Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

Saidina Said bin Amir Al-Jumahiy



Said bin Amir AlJumahiy (M.S 7)

Intisari 
Kuliah Ustaz Wadi Annuar
8 Ogos 2021

Dipilih oleh Saidina Umar Al-Khatab RA menjadi salah seorang gabenor di Homs, Syria. 

Syarat Saidina Umar Al-Khatab memilih Gabenor: 
1. Soleh, iman yang tinggi. 
2. Ada kepimpinan. 

Kisah pengIslaman Saidina Saad bin Amir. 

Pada satu ketika, sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW ditangkap selepas dikhianat dan dibawa ke Mekah untuk dibunuh (boleh rujuk dalam peristiwa Ar-Raji).

Antara sahabat tersebut ialah Khubaib bin Adi. 

Thursday, May 20, 2021

Kemanusiaan #Aid4Palestine


Ada yang bertanya, mengapa perlu dikisah negara orang sedangkan negara kita tak pun sedang hadapi masalah COVID-19 yang teruk.

Apabila berbicara tentang Palestin, kita perlu tahu yang rakyat di sana sedang bertembung dengan pengganas yang palik teruk dalam sejarah; Zionis.

Penduduk Palestin telah lama dizalimi puak Zionis yang merampas negara mereka sedikit demi sedikit dengan pertolongan kuasa-kuasa besar termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia adalah antara negara yang sentiasa bersama rakyat Palestin memerangi kezaliman pihak Zionis sejak merdeka lagi.

Wednesday, December 21, 2016

Kandungan Khutbah Jumaat TGHH 9 Dis 2016 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1438H



Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertakwa kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan daripada Allah SWT :

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadankan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demikian).

Kita memperingati bulan kelahiran Rsulullah SAW, Rasul yang diutuskan untuk seluruh manusia, menamatkan kerasulannya, tidak ada lagi Rasul selepas Muhammad SAW, setelah Allah SWT menentukan untuk menamatkan alam dunia bila-bila masa sahaja.

Rasul yang dipilih adalah dipilih daripada zuriat Nabi Ibrahim AS yang diletakkan di Makkah al-Mukarramah yang disebut oleh Allah SWT :

(Maksudnya): Lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya.

Friday, December 9, 2016

Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama

Saidina Abu Bakar

Meskipun pengurusan jenazah Rasulullah SAW masih belum selesai, telah berlaku pertengkaran di antara golongan mujahidin dan ansar dalam melantik pengganti kepada Baginda SAW sebagai seorang ketua di kalangan umat Islam. Perkara ini berlaku di Thaqifah Bani Saidah.

Golongan Ansar mendakwa mereka lebih layak menjadi ketua memandangkan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith memuji mereka. Mereka juga berjihad dengan Rasulullah SAW sehingga Baginda wafat. Mereka telah mencadangkan Saad bin Ubadah sebagai calon ketua.

Golongan Mujahidin juga mendakwa mereka lebih layak memegang jawatan tersebut. Merekalah golongan yang pertama memeluk Islam, berdakwah di Mekah serta bersama-sama Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Penglibatan jihad mereka juga sangat tinggi. Terdapat ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang menyanjung mereka.

Ketika Rasulullah SAW sakit, pernah bapa saudara Nabi, saidina Abbas yang mewakili Ahlul Bait berbisik kepada Saidina Ali supaya Baginda SAW mewasiatkan pengganti Baginda di kalangan ahli keluarga atau orang lain untuk memimpin umat Islam. 

Tuesday, November 29, 2016

Peristiwa selepas kewafatan Rsulullah SAW


Seluruh alam bersedih...

Alam telah kehilangan seorang yang dicintai oleh semua makhluk. 

Baginda mulia Rasulullah SAW telah wafat di bilik isteri Baginda, Saiditina Aisyah pada 12 Rabiul Awal ketika Baginda berumur 63 tahun.

Pelbagai reaksi ditimbulkan masyarakat ketika itu. Kesedihan tak terkira dialami oleh para sahabat Baginda. Saidina Umar menafikan kematian tersebut dengan menyatakan Baginda SAW hanya pengsan sepeti Nabi Musa AS bertemu Allah SWT. Saidina Umar akan mencabar sesiapa sahaja yang menentangnya.

Golongan munafik memulakan gerakan gunting dalam lipatan mereka. Golongan yang berkepentingan memeluk Islam ketika Baginda SAW masih hidup kembali murtad kepada agama masing-masing.

Friday, November 25, 2016

Abu Ayyub Al-Ansari: Pemula penaklukan kota Constantinople

Abu Ayyub Al-Ansari

Kisah Abu Ayyub Al-Ansari terkenal setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW datang berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu semua sahabat Ansar berebut-rebut mengajak Baginda SAW bermalam di rumah mereka. Keadaan memaksa Nabi SAW melepaskan unta Baginda untuk memilih rumah mana yang akan Baginda bermalam sebelum siapnya Masjid Nabi SAW.

Unta Baginda berjalan dan terus berjalan...

Akhirnya berhenti di sebuah rumah sahabat Baginda. Di situlah Baginda bermalam. Di situlah Baginda berehat dan makan. Di situlah rumah sahabat yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari.

Thursday, July 14, 2016

Tafsir surah Al-Falaq oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 6 Mei 2016


(113:1) Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

(113:2) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

(113:3) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

(113:4) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

(113:5) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/


Surah Al-Falaq ialah surah makkiyah yang berkait dengan akidah. Surah ini menyuruh umat Islam agar sentiasa bergantung dengan Allah SWT dalam menghadapi apa jua cabaran. Hanya Allah SWT yang boleh melindungi kita daripada perkara yang nampak dan perkara yang tidak nampak.

Falaq pada ayat pertama bermaksud waktu subuh. Berlaku cerah selepas berlaku gelap. Cerah yang menyinari seluruh alam. Siang yang datang selepas waktu malam.

Hanya Allah SWT yang boleh melindungi makhluk daripada kejahatan apa yang Allah SWT diciptakan. Ada makhluk yang baik dan ada makhluk yang jahat. Allah SWT mengajar makhluk yang baik agar memohon perlindungan daripada Allah SWT. Allah SWT mencipta makhluk jahat sebagai ujian bagi hamba-hambaNya.

Waktu malam adalah waktu paling mudah untuk makhluk jahat melakukan kejahatan. Kita diajar agar memohon perlindungan daripada Allah SWT yang mencipta waktu siang dan malam.

Di dunia ada orang yang menjadi ahli sihir. Salah satu cara adalah dengan menggunakan simpulan tali. Mereka menggunakan jin untuk aktiviti sihir. Mereka adalah manusia dan jin yang jahat.

Nabi Muhammad SAW pernah disihir oleh Nabit bin Al-Aqsam dengan meniup pada tali yang disimpul, diikat pada lilin yang dibentuk seperti lembaga. Ditikam lilin tersebut dengan jarum. Nabi rasa seberti ditikam dan berasa lemah. 

Nabi Muhammad SAW membaca surah ini. Setiap kali Baginda membacanya tercabut sihir ini. Dikatakan ada 11 ikatan yang digunakan untuk menyihir Baginda SAW. 

Malaikat Jibril memberitahu Nabi Muhammad SAW ada barang yang diletakkan di dalam telaga yang menyebabkan Baginda disihir. Baginda meminta Saidina Ali KW untuk membuang barang tersebut.

Manusia yang berkawan dengan jin kafir boleh menjadi kafir apabila jin mengajar benda-benda yang boleh menjatuhkan aqidahnya seperti menulis ayat Al-Quran dengan darah haid.

Ahli-ahli sihir tidak boleh memberi mudarat selain daripada keizinan Allah SWT. Pada akhir zaman dajjal akan menggunakan sihir yang lebih dasyat dalam menyesatkan umat Islam. Semua ini dibenarkan oleh Allah SWT untuk menguji iman setiap orang.

Dalam sebuah kitab tassawuf ada menceritakan seorang nelayan yang memuji Allah SWT tetapi hanya mendapat seekor ikan sahaja. Ada seorang lagi memuja jin dan syaitan mendapat ikan yang banyak. Malaikat mengadu kepada Allah SWT mengapa berlaku perkara ini, Allah SWT menyuruh malaikat melihat tempat kedua-dua nelayan tersebut di syurga dan neraka. 

Di dunia mungkin hidupnya susah. Namun sekiranya dia sabar dan redha maka nikmat syurga yang bakal diperoleh. Begitu juga sebaliknya. Kehidupan di dunia hanya sementara.

Dalam sejarah, pemerintahan Muawwiyah diganti oleh anaknya Yazid dan kemudiannya Malik bin Marwan. Pada ketika ini Abdullah bin Zubir memberontak menyatakan Mekah bebas daripada pemerintahan Malik bin Marwan yang zalim. Malik bin Marwan menghantar Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi yang terkenal dengan kezaliman menyerang Abdullah bin Zubir.

Perang yang lama sehinggakan Abdullah bin Zubir dan tenteranya dikepung. Seorang demi seorang tenteranya berundur kerana tidak tahan dengan tekanan dihadapi. Hajjaj menawarkan perdamaian dengan meminta Abdullah bin Zubir mengiktiraf kerajaan Muawwiyah ketika itu.

Asma’ bin Abu Bakar RA didatangi oleh anaknya Abdullah bin Zubir bin Awwam dan ditanya pendapat ibunya itu tentang perdamaian yang diberikan. Ibunya menjawab sekiranya Abdullah bin Zubir berlawan kerana dunia maka terimalah tawaran tersebut. Sekiranya lawan kerana akhirat, teruskan perjuangan.

Abdullah berkata lagi yang sekiranya dia terus berlawan dia tinggal seorang. Semua telah lari. Asma’ menjawab sekiranya kamu lemah, pengikutmu lebih lemah daripada kamu. Hidup di dunia ini sementara sahaja. Hidup di akhirat selama-lamanya. Sekiranya kamu menerima tawaran ini kamu akan senang di dunia tetapi hina di akhirat selama-lamanya.

Abdullah berkata lagi, "Wahai ibu, saya akan dibunuh dan di salib." Asma menjawab lembu yang di sembelih tidak sakit apabila dilapah. Teruskan dalam hidup mulia, mati mulia. Tegakkan kebenaran meskipun susah.

Dalam sejarah diceritakan akhirnya Abdullah bin Zubir dibunuh dan disalib di kaabah.

Kita mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada golongan yang hasad. Hasad ialah orang yang tidak suka melihat orang lain lebih daripadanya dan dia mahu jatuhkan orang itu. Hasad dan dengki ialah benda yang sama.

Thursday, July 7, 2016

Tafsir surah Al-Masad oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 22 April 2016


(111:1) Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

(111:2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

(111:3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

(111:4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

(111:5) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/


Surah Al-Masad adalah surah Makkiyah yang dikenali sebagai surah Al-Lahab, atau Tabbat. Surah ini menceritakan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah SAW ketika di Mekah. Baginda SAW ditentang oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab atau nama sebenarnya Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah gelaran yang bermaksud bapa api neraka. Surah ini menceritakan juga bahawa ahli keluarga terdekat tidak dapat membantu sekiranya tidak beriman.

Sirah menceritakan bahawa Abu Lahab adalah orang yang begitu gembira apabila kelahiran Nabi SAW sehingga menghadiahkan seorang hamba bagi menyusu Nabi SAW. Walau bagaimanapun dia tidak mengikut ajaran Nabi SAW. Ini memberi maksud yang sama bagi mereka yang meraikan maulud Nabi tetapi melawan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Sebab turun surah ini diriwayatkan oleh para ulama tafsir, menurut riwayat Ibnu Abbas surah ini turun selepas Allah SWT menyuruh nabi berdakwah secara terbuka, pertama sekali kepada keluarga terdekat dahulu. Nabi memanggil keluarga Baginda di atas bukit untuk menyatakan kenabian Baginda SAW. Abu Lahab adalah orang pertama yang mencela Nabi SAW ketika itu dan selepas itu surah ini diturunkan.

Mengikut riwayat Tariq Al-Muhallibi, bukan seorang penduduk Mekah menceritakan sedang mereka berada di pasar, dia terlihat seorang pemuda (Nabi Muhammad SAW) menyeru kepada Allah SWT. Tiba-tiba ada seorang di belakang pemuda tersebut baling batu kepada pemuda tersebut sambil menyatakan bahawa pemuda ini adalah pembohong. Tariq Al-Muhallibi bertanya siapa pemuda itu, orang Mekah menyatakan pemuda itu adalah Nabi Muhammad SAW dan dibelakang Baginda adalah bapa saudara Baginda, Abu Lahab.

Tabbat bermaksud binasa, celaka. Ulama’ tafsir menafsirkan tabbat dalam ayat pertama adalah doa dan ayat kedua mengkhabarkan memang Abu Lahab dibinasakan oleh Allah SWT. Tangan adalah anggota yang terpenting bagi Abu Lahab. Segala harta, usaha dan amal kebajikannya sia-sia kerana melawan Nabi SAW. Allah SWT menyediakan baginya api neraka yang dasyat yang bakal membinasakannya.

Isterinya ialah seorang pembawa kayu berduri. Dia tahu di mana jalan Nabi. Dia meletakkan kayu tersebut di mana Nabi SAW jalan. Dia mengikat kayu-kayu berduri yang dibawanya untuk menyekat usaha Nabi di mana sahaja. Dia juga dibinasakan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Ulama’ meriwayatkan Abu Lahab ada 3 orang anak. 2 orang memeluk Islam apabila pembukaan kota Mekah manakala seorang lagi tidak memeluk Islam. Ummu Kalsum dan Ruqayyah (kedua-dua anak Nabi) berkahwin dengan anak-anak Abu Lahab iaitu Utaibah dan Utbah. Selepas kenabian Rasulullah SAW, Abu Lahab meminta kedua-dua anaknya menceraikan anak-anak Nabi SAW.

Seorang lagi anak Abu Lahab yang bukan menantu Baginda adalah seorang yang suka menemani bapanya. Setelah diceraikan anak Abu Lahab dengan anak Baginda Nabi SAW dia menyanyi lagu yang mencela Nabi SAW. Nabi berdoa agar dia dibinasakan oleh anjing-anjing Allah SWT. Ketika dia mengikut bapanya ke Syam, dia diserang dan mati oleh anjing-anjing di sana.

Abu Lahab ketika perang Badar menghidap penyakit yang luar biasa. Penyakit yang berbau sangat busuk. Sehingga akhirnya dia mati, mayatnya dibiar selama 3 hari. Mayatnya diseret, ditanam dan dikambus dengan batu dengan baling dari jauh. Dia dilaknat sehingga ke akhirat.

Isteri Abu Lahab, Ummu Jamil apabila mengetahui turun ayat yang mencelanya, dia hendak mencederakan Nabi SAW. Dia membawa batu bersamanya. Ketika itu Baginda SAW duduk bersama sahabat. Isteri Abu Lahab mendekati Saidina Abu Bakar RA yang ada bersama ketika itu dan bertanya adakah mereka nampak nabi. Saidina Abu Bakar RA hanya berdiam diri lalu isteri abu Lahab beredar. Rasulullah SAW berkata Allah SWT telah menutup pandangannya daripada nampak Baginda SAW. Isteri Abu Lahab juga dilaknat di dunia sehingga akhirat kelak.

Monday, June 20, 2016

Tafsir surah Quraisy oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 18 Mac 2016



(106:1) Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

(106:2) laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

(106:3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

(106:4) Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/


Surah Quraisy adalah sambungan kepada surah Al-Fiil. Ayat-ayatnya berkaitan dengan surah Al-Fiil. Ada di kalangan ulama’ mengatakan bahawa kedua-dua ini satu surah sahaja. Dipisahkan untuk memberi huraian yang berbeza. Surah Qurausy ialah surah makiyyah yang diturunkan ketika Nabi SAW dan para sahabat Baginda mengalami tekanan daripada penduduk kafir Quraisy.

Allah SWT telah menceritakan kehebatan Allah SWT ketika peristiwa tentera bergajah. Terselamatnya Mekah bukan kerana penduduk Mekah kerana mereka adalah golongan hina yang menyembah berhala. Allah SWT telah meletakkan mereka di negeri yang aman meskipun jauh daripada air dan tamadun-tamadun yang hebat.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim AS agar meletakkan Nabi Ismail AS di Mekah untuk dilahirkan daripada zuriat Baginda Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi Muhammad SAW dibentuk dengan pembangunan insan di sana sepertimana Allah SWT meletakkan Nabi Adam AS dan Hawa di syurga untuk proses pembentukan sebelum diturunkan ke bumi.

Perbezaan antara Nabi Adam AS ialah Baginda bermula daripada keluarga, daripada sedikit kepada ramai manakala Baginda Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh manusia hingga akhirat. Sebab itu Allah SWT meletakkan Baginda Nabi Muhammad SAW di Mekah.

Menjadi adat qabilah Quraisy daripada Nabi Ismail AS yang berkahwin dengan kaum jurhum untuk melakukan perjalanan di musim panas dan sejuk. Di Mekah hanya ada air zam-zam, oleh sebab itu mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan keperluan hidup. Ketika musim panas mereka akan ke Yaman manakala ketika musim sejuk mereka akan ke Syam.

Yaman ialah palabuhan dan pusat dagangan kepada kerajaan di sebelah timur seperti Parsi, China dan India. Syam ialah pelabuhan dan pusat dagangan kepada kerajaan sebelah barat seperti Eropah, Afrika dan Asia Tengah. Orang-orang Mekah mengambil barang-barang di kedua-dua negara tersebut untuk ditinggalkan sebahagian di Mekah dan sebahagian lagi digunakan untuk aktiviti perdagangan mereka. Perkara ini menjadikan Mekah menjadi pusat perniagaan dan tempat ibadah.

Aktiviti penduduk Mekah pada ketika itu menjadikan kota Mekah sebagai sebuah kota metropolitan yang hidup 24 jam. Keadaan tersebut berterusan sehingga ke hari ini. Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita daripada sebuah negeri yang kering dan kini menjadi sebuah negeri yang sentiasa berlaku perniagaan dalam sehari dan sentiasa dijadikan tempat ibadah kepada kaum muslimin.

Semua agama memuliakan Nabi Ibrahim AS. Kaum Yahudi, Nasrani, musyrikin Mekah antara mereka yang memuja Nabi Ibrahim AS. Kefahaman asal tentang Nabi Ibrahim telah disesatkan oleh agama-agama ini. Agama hindu memanggil Brahma yang dianggap sebagai tuhan mereka. Orang Yahudi menganggap mereka sahaja daripada Nabi Ibrahim, bangsa lain kesemuanya monyet. Allah SWT telah menyuruh Nabi Ibrahim AS membina Ka’abah yang merupakan kiblat umat Islam pada hari ini.

Sepatutnya penduduk Mekah menyembah Allah SWT 
dan mengikut segala peraturan dan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT kerana Allah SWT yang menyuruh Nabi Ibrahim AS membina Ka’abah. Mereka diberikan keamanan dan rezeki yang melimpah-ruah yang menjadikan keistimewaan kepada penduduk Mekah. Walau bagaimanapun mereka tidak mengikut apa yang diperintahkan hatta mereka menentang apa yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Penduduk Mekah meragui apa yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Mereka takut mereka akan kelaparan sekiranya mereka menganut Islam. Mereka takut kerana seluruh dunia menganut agama nenek moyang mereka tiba-tiba Baginda SAW membawa satu ajaran yang bertentangan dengan mereka. Penduduk Mekah takut mereka akan dikepung oleh seluruh kerajaan besar sekiranya mereka menganut Islam. Mereka lupa bahawa Allah SWT sentiasa berkuasa dalam menyelamatkan Mekah seperti ketika mereka diserang tentera bergajah.

Umat Islam sekarang diuji keimanan untuk meyakini apa yang telah disuruh oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Kita diuji seperti yang pernah berlaku pada zaman awal Baginda SAW menyampaikan Islam. Umat Islam dimuliakan dengan Islam. Sekiranya ada kaum yang takut untuk membawa Islam kerana harta dan kedudukan maka Allah SWT akan tukar mereka dengan kaum lain untuk memimpin Islam. Imam Mekah pernah diimami oleh orang Melayu, Salahuddin Al-Ayyubi merupakan orang Kurdish yang menawan kembali Batu Maqdis, Sultan Muhammad Al-Fatih yang membuka Kota Constantinople bukan daripada bangsa Arab.

Penjajah-penjajah telah membahagikan negara-negara di bawah Khalifah Turki Uthmaniyyah sesama mereka dalam usaha untuk memadam cahaya Islam namun mereka tetap gagal. Mereka telah bonekakan orang-orang Islam untuk memerintah negara-negara ini tetapi tetap juga gagal memadamkan cahaya Islam. Allah SWT menjadikan pasang-surut dalam kemenangan Islam dalam membersihkan manusia yang bersama Islam. Hanya mereka yang berpegang kepada Islam adalah mereka yang tulen dan selamat ketika berjumpa dengan Allah SWT.

Thursday, June 16, 2016

Tafsir surah Al-Fiil oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 11 Mac 2016



(105:1) Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

(105:2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

(105:3) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

(105:4) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

(105:5) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/


Surah Al-fiil termasuk di dalam surah makkiyyah. Surah yang berkait dengan peristiwa besar yang diketahui oleh seluruh warga Mekah ketika itu. Berlaku irhas dalam peristiwa ini iaitu berlaku peristiwa luar biasa yang berlaku kepada orang Islam dan kafir untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Allah SWT memusnahkan tentera bergajah kerana ka’abah telah dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan akan menjadi qiblat umat Islam di zaman Baginda Nabi Muhammad SAW. Allah SWT bukan memusnakan tentera bergajah kerana penduduk Mekah ketika itu yang merupakan penyembah berhala kerana penyembah berhala dilaknat oleh Allah SWT.

Peristiwa berlaku pada tahun kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Bermula dengan kaum Habsyah yang menakluk negeri Yaman. Habsyah menyerang Yaman setelah peristiwa ashabul ukhdud yang mana raja yang menganut agama Yahudi membunuh penduduk Yaman yang menganut agama Nasrani setelah mereka beriman selepas melihat kehebatan seorang budak yang beriman dan dibunuh oleh raja yahudi tersebut.

Berita peristiwa ini sampai ke Raja Rom yang diperintah oleh raja yang beragama Nasrani. Dia mengarah negeri yang terdekat iaitu Habsyah untuk menyerang Yaman. Dihantar dua panglima iaitu Arbath dan Abrahah untuk mengetuai serangan terhadap Yaman.

Friday, February 12, 2016

Kandungan khutbah Jumaat TGHH 5 Febuari 2016


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Al-Baqarah 2:13)

Diturunkan ayat ini kerana menceritakan perihal orang munafik yang tidak setia dengan Baginda Nabi SAW.

Orang yang beriman pada ketika itu sentiasa menunggu ayat-ayat Al-Quran daripada Allah SWT yang mereka yakini dapat menyelamatkan mereka. Mereka sentiasa menunggu arahan-arahan daripada Rasulullah SAW. Mereka dididik dengan ilmu dan bersabar hadapi cabaran.

Orang munafik tidak yakin dan tidak beriman dengan sebenarnya dengan Al-Quran dan persendakan Rasulullah dan mengikut Islam kerana hawa nafsu. Mereka lebih mempercayai dan mencari perlindungan orang kafir kerana percaya ada kemuliaan dan kekuatan pada orang kafir.

Orang munafik apabila berhadapan orang Islam berkata mereka beriman tetapi apabila di hadapan syaitan-syaitan mereka berkata hanya main-main sahaja dengan Islam. Allah SWT akan terus biarkan orang munafik dengan kesesatan mereka. Mereka hanya mendekati Islam kerana inginkan habuan dunia dan tidak mahu menghadapi kesusahan.

Orang yang berpura-pura dengan Islam akan didedahkan oleh Allah SWT dari semasa ke semasa.

Ketika awal kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah, Negara-negara umat Islam dipecah-pecahkan. Umat Islam berada dalam ketakutan seolah-olah bersalah. Bangkit orang-orang yang beriman melawan kembali segala pembohongan yang digambarkan kepada Islam sehingga hari ini.

Ada juga orang-orang Islam yang bekerjasama dengan mereka yang berideologi ciptaan manusia dari dulu sehingga kini. Akhirnya Allah SWT meruntuhkan setiap ideologi-ideologi tersebut. Walau bagimanapun masih ada umat Islam yang ragu-ragu dengan Islam. Mereka masih bermain-main dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak melaksanakan perintah Allah SWT dengan ikhlas dan tidak laksanakan sepenuhnya Islam yang sebenar.

Hayati Islam bukan ketika beribadah sahaja hatta sepanjang kehidupan kita. Dalam doa selepas wudhu' kita berdoa agar sentiasa berada dalam bersih. Antara punca penyakit sekarang ialah tidak menjaga kebersihan termasuk tidak makan makanan yang baik. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat apabila membicarakan tentang kebersihan. Kegagalan kita tidak ikuti dan hayati apa yang disuruh menyebabkan kita lemah dan berpenyakit. Sepatutnya kita kuat untuk menegakkan agama.


Twitter: Farhan _Yusri

Friday, February 5, 2016

Nota kuliah Sirah Jumaat TGHH 22 Januari 2016

(Video kuliah boleh dilihat pada post sebelum ini)

Ibnu Ishak dikatakan oleh imam syafie adalah orang yang paling sahih dalam meriwayatkan sejarah Nabi SAW.

Satu ketika sebelum kelahiran Nabi SAW, Rabiah bin Masar, seorang raja dari negeri Yaman telah bermimpi sesuatu yang menakutkan. Rabiah telah memanggil semua ahli sihirnya dan menyoal mereka siapa yang mahir dalam menafsir mimpi. Mereka telah mencadangkan 2 orang ahli nujum pada zaman tersebut untuk menafsir mimpi Rabiah.

Kedua-dua ahli nujum tersebut telah dipanggil secara berasingan. Awalnya Rabiah hanya menyebut yang dia bermimpi ngeri. Ahli nujum pertama terus bersajak menyatakan raja tersebut bermimpi melihat api. Api tersebut keluar dari kegelapan, lalu jatuh di lembah dan terus memakan setiap yang hidup. 

Raja berkata betul apa yang dikata oleh ahli nujum tersebut. Disebabkan sebelum kelahiran Nabi SAW pintu langit terbuka, maka jin dan syaitan dapat mengambil rahsia-rahsia langit dan memberi maklumat kepada ahli nujum. Jadi tidak pelik ahli nujum boleh mengetahui perkara-perkara rahsia ketika itu. Kita diharamkan percaya sama sekali sebarang ramalan dari ahli nujum walaupun sedikit.

Ahli nujum pertama menafsirkan mimpi tersebut; 

Dia berkata akan datang ancaman dari Habsyah (Afrika) dan akan menakluk Yaman dari Abyan sehingga Jarash. 

Rabiah bertanya zaman bila akan berlaku perkara itu?

Ahli nujum berkata pada masa akan datang dalam 60 atau 70 tahun yang akan datang. Ketika masa itu Rabiah bukan lagi Raja Yaman.

Rabiah bertanya lagi adakah penakluk itu selama-lamanya? 

Ahli nujum berkata tidak hatta orang-orang Habsyah itu akan diperangi dan dihalau. Ketika itu diketuai perang tersebut diketuai oleh orang Yaman.

Rabiah bertanya lagi adakah pemerintahan itu berkekalan?

Nota kuliah Aqidah Jumaat TGHH 22 Januari 2016


Hikmah ke-7 berlaku hari akhirat.

Allah SWT menjadikan manusia dengan ilmu, akal dan kemampuan. Setiap manusia diuji mengikut tahap ilmu dan kemampuan masing.

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" 
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" 
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; 
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), 
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
(Surah Al-Fajr 89:15-20) 

Allah SWT tidak memberi semua kebaikan kepada orang Islam kerana Allah SWT tahu, bukan semua muslimin akan gunakan kebaikan tersebut untuk kebaikan orang lain.

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
(Surah Muhammad 47:4)

Allah SWT tidak menjadikan Islam menang selama-lamanya kerana Allah SWT hendak menguji hamba-hambaNya. Mudah untuk Allah SWT menghukum orang-orang kafir seperti kaum Nabi Nuh, tetapi sengaja Allah SWT biarkan selama 950 tahun kepada mereka sebelum ditimpa banjir yang besar di muka bumi ini.

Tuesday, February 2, 2016

Kemenangan Islam


Saidina Umar RA pernah menasihat Saad bin Abi Waqas RA sebelum dihantar menyertai peperangan menentang Parsi;

"Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh KEMAKSIATAN yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah! Bersama-sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata;

"Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan".

Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami."

Twitter: Farhan_Yusri

Thursday, March 8, 2012

Fetih 1453

"Aku akan menakluki Istanbul atau Istanbul akan menakluki aku"


Wing 0: Meremang bulu roma tengok preview ni
http://cikgusantai.com/farhan