Showing posts with label Faridatul Faraid. Show all posts
Showing posts with label Faridatul Faraid. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Permulaan Ilmu Tauhid - Bahagian 3

3 perkara yang melengkapi agama:
1. Islam
2. Iman
3. Ihsan

Islam bermula dengan mengikut dan menerima secara zahir oleh seseorang, perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tanpa ragu-ragu. Dia perlu mengakui menerima Islam melalui lisan. Seseorang itu masih diiktiraf Islamnya selagimana dia mengakui dirinya Islam meskipun dia tidak beramal dengan apa yang telah disyariatkan dalam Islam.

Rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
Iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah dan ini adalah perkara yang utama bagi orang kafir yang hendak menganut agama Islam.

2. Solat
Mendirikan sembahyang lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. SOlat umpama bekas, sekiranya tidak dilakukan maka sia-sia lah amalan-amalan lain yang dilakukan.

3. Zakat
Memberi zakat

4. Puasa
Puasa di bulan Ramadhan. Salah satu cara untuk mengalahkan hawa nafsu.

5. Menunaikan haji
Haji akan baitullah bagi mereka yang mampu.

Monday, October 5, 2009

Permulaan Ilmu Tauhid - Bahagian 2

Ilmu tauhid merupakan ilmu mengenali sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala yang mana sifat-sifat ini hanya dapat dikenali melalui zat (sifat)Nya sahaja. Ilmu ini juga membincangkan sifat-sifat bagi seorang Rasul serta apa yang dibawa oleh Baginda. Melalui ilmu ini seorang hamba akan lebih mengenali tuhannya dan melaluinya juga seorang hamba akan peroleh 2 nikmat syurga iaitu syurga makrifat iaitu ketenangan dan syurga akhirat. Ilmu ini wajib dipelajari dan diyakini melalui dalil-dalil yang perlu diketahui.

Agama ialah himpunan segala hukum yang diturunkan oleh Allah Ta'ala kepada hambaNya yang mukallaf melalui RasulNya yang mana akan membawa mereka kepada kabajikan yang kekal. Ada 4 tanda orang yang beragama:
1. Berpegang kuat dengan apa yang dibawa oleh ahli Sunnah
2. Melakukan ibadah dengan ikhlas
3. Melakukan apa yang disuruh oleh Allah Ta'ala
4. Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala

Thursday, October 1, 2009

Permulaan Ilmu Tauhid

(Bermula ilmu tauhid itu) ibarat daripada perhimpunan barang yang diiktiqadkan dan dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan (dan bicara) ilmu ini pada zat Allah ta'ala daripada sekira2 barang yang wajib baginya dan mustahil atasnya dan barang yang harus baginya dan pada segala rasul demikian jua dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh rasul seperti hari qiamat dan lainnya (dan faedah) ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama2 (dan agama itu) ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Ta'ala bagi segala hambanya yang mukallaf atas lidah rasulnya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal (dan) segala tanda agama empat (pertama) sah iktiqad iaitu jazam dengan barang yang diiktiqadkan dia oleh ahli sunnah (kedua) benar qasad iaitu (2) menunaikan ibadah dengan ikhlas (ketiga) menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh (keempat) ketiadaan melampaui sangkat iaitu meninggalkan segala yang dilarang (dan) melengkapi agama atas tiga perkara iaitu Islam dan Iman dan Ihsan (dan bermula Islam) itu mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh nabi SAW daripada segala barang yang diketahuikan daripada agama darurah ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggalkan ia akan sembahyang dan umpamanya selama2nya (dan segala rukun Islam itu) lima perkara (pertama) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk agama Islam (kedua) mendirikan sembahyang lima (ketiga) memberi zakat (keempat) puasa bulan Ramadhan (kelima) haji akan baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan

Faridatul Faraid fi Ilmi Aqaid
16 September 09
Surau Kg Jawa

Monday, May 25, 2009

Kitab Faridatul Faraid

Puji itu bagi Allah SWT yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang mukminin akan beberapa matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin. Dan rahmat dan sejahtera atas jurubahasa ketuhanan dan yang menunjuk kepada keesaannya penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahnya dan membenarkan penunjuknya. Dan ke atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberap pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya dan segala taulannya yang gilang-gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang penunjuk dan nas sabdanya. Kemudian dari itu maka ini risalah pada ilmu tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang dia iktibarkan aku ambil segala kebunnya buah2 an yang diinginkan dan daripada berapa lautan akan berapa permata megah. Maka datang ia dengan kepujian Allah ta'ala aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan iktiqad ahli sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin aku lindungkan dia dengan Allah Ta'ala daripada iktirad yang diserupakan dengan syaitan.Yang dibangsakan kepada imam Ibnu Hassan Al-Asya'ari mazhabnya lagi kepada melayu bahasanya lagi kepada Fatani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya. Ditempatkan dia di antara segala umpama daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah mata dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak. Sebenar dengan bahawa dilobakan atas mendapatkan dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa diingatkan risalah ini ke atas [1] pengajangan kelebihan diperpegang dengan dia. Dan hamba dinamakan dia faridatul faraid pada bicara ilmu aqaid. Dan atas Allah Ta'ala aku berpegang dan daripada limpah kurnianya menuntuti pertambahan.
[1] iaitu tempat untuk dihiasi dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mula-mula diperjumpakan dia dengan suaminya dihadapan orang ramai

Pada muqadimah kitab ini, pengarang kitab, Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad Al-Fatani memulakan dengan bismillah kerana setiap pekerjaan yang tidak dimulakan dengan bismillah adalah kerja yang tiada keberkatan daripada Allah SWT diikuti meletakkan segala kepujian hanya laya bagi Allah SWT. Terdapat 4 pembahagian puji:

1. Allah SWT memuji dirinya sendiri
2. Allah SWT memuji manusia
3. Manusia memuji Allah SWT
4. Manusia memuji manusia

Meskipun yang terakhir manusia memuji sesama sendiri namu hakikat kepujian hanya kembali kepada Allah SWT.

Penulis meletakkan hati orang mukmin umpama langit untuk menunjukkan betapa tingginya martabat hati orang mukmin. Semua kejadian di atas muka bumi ini dapat melihat betapa tingginya langit. Penulis menggambarkan juga usaha mengenali Allah SWT umpama matahari bagi orang yang nampak. Mereka ini digolongkan dalam golongan orang yang cemerlang berbanding orang yang nampak tetapi berada dalam kegelapan.

Buku ini berkaitan dengan ilmu tauhid yang diambil daripada kitab-kitab yang berkaitan dengannya. Penulis memohon agar buku ini dilindungi daripada iktirad yang disamakan dengan syaitan. Iktirad adalah gelaran bagi orang yang mencari kesalahan.