Showing posts with label Tubuh Badan. Show all posts
Showing posts with label Tubuh Badan. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Rukun Solat - Bahagian 3

7. Iktidal
Berdiri kembali dalam keadaan asal. Tempoh berdiri tidak boleh lebih lama daripada membaca fatihah

8. Tomakninah pada iktidal
Sekurang-kurang pada bacaan rabbana walakal hamdu.

9. Sujud
Perlu 7 anggota diletakkan atas tanah; dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung tapak kaki. Paling kurang dua hujung tapak kaki ialah ibu jari kaki ditekan atas tanah. Anggota sujud tidak boleh berada atas barang yang boleh bergerak contohnya dahi tidak boleh diletak atas hujung tali serban yang berada pada kedudukan dahi ketika sujud. Kedudukan punggung ketika sujud juga perlu berada lebih tinggi daripada kepala.

10. Tamakninah pada sujud
Sekurang-kurang pada bacaan subhanarabbiayal a'la wa bihamdih.

11. Duduk antara dua sujud
Duduk dengan tempoh tidak lama daripada membaca tahiyyat.

12. Tomakninah pada duduk antara dua sujud
Sekurang-kurang pada bacaan yang selalu dibaca ketika ini dan tidak melebihi tahiyyat.

13. Duduk tahiyyat akhir
Duduk dalam keadaan tawarruq iaitu punggung diletakkan di atas lantai, kaki kiri di atas lantai dan kaki kanan ditegakkan.

14. Membaca tahiyyat
Rukun qauli. Bermula daripada attahiyya sehingga mengucap dua kalimah syahadah.

15. Selawat ke atas nabi
Rukun qauli. Berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW dan disunatkan sambung sehingga akhir. Disunatkan juga membaca doa sebelum salam. Doa dalam bahasa arab.

16. Memberi salam pertama
Diiringi berpaling ke sebelah kanan. Sekiranya disambung dengan salam kedua, salam tersebut masih dikira dalam solat. Sekiranya terbatal ketika memberi salam kedua maka batal solat seseorang. Memberi salam kedua dengan berpaling ke sebelah kiri. Sunat membaca doa ketika berpaling ke arah kedua-dua salam.

17. Tertib
Mengikut segala urutan yang telah ditetapkan. Sekiranya terlupa satu rukun, perlu kembali kepada rukun tersebut sebelum hendak melakukan rukun yang seterusnya. Sekiranya telah berlaku rukun yang seterusnya maka perlu menambah rakaat bagi melengkapkan rakaat tersebut.

Monday, June 29, 2009

Rukun Solat - Bahagian 2

Sembahyang atau solat beerti doa. Jika dari sudut syara' bermaksud perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Rukun-rukun solat adalah juzuk-juzuk dalam solat. Setiap rukun bersifat sementara dan meninggalkannya menyebabkan tidak sah solat seseorang. Rukun solat ada 17 perkara bermula dengan;

1. Niat
Iaitu qasad dengan hati diikuti perbuatan. Rukun qalbi. Terdapat 3 cara berniat mengikut solat yang hendak dilakukan. Pertama untuk solat sunat mutlak iaitu solat yang tiada waktu, cukup sekadar qasad "sahaja aku solat". Kedua bagi solat sunat yang ada waktu, perlu kepada qasad yang disertakan dengan takyin iaitu "sahaja aku solat (nama solat sunat)" contohnya "sahaja aku solat dhuha", "sahaja aku solat hari raya", dan seumpama dengannya. Ketiga untuk solat fardhu, perlu kepada qasad, taarud, dan takyin iaitu "sahaja aku solat FARDHU (nama solat fardhu)" contohnya "sahaja aku solat fardhu subuh", "sahaja aku solat fardhu Zohor" dan seumpama dengannya.

2. Takbiratul Ihram
Salah satu rukun qauli iaitu rukun yang perlu disebut "Allahu Akbar" dan didengar oleh orang yang melakukannya. Pada ketika ini dimuqaranahkan atau dilintaskan niat solat antara alif (untuk kalimah Allah) dan ra (untuk kalimah akbar).

3. Berdiri tegak
Untuk solat fardhu dan bagi yang berkemampuan. Harus untuk solat sunat. Meskipun harus, pahala orang yang solat duduk separuh daripada orang yang solat berdiri

4. Membaca Al-Fatihah
Rukun Qauli. Bagi mazhab Syafie bermula dengan bismillah kemudian membaca segala perkataan dalam 155 atau 156 perkataan dengan tashdid serta baris yang betul yang tidak mengubah maksud perkataan atau ayat. Sekiranya tidak tahu membaca Al-Fatihah boleh membaca surah lain yang hampir sama tempohnya dengan Al-Fatihah atau berzikir sebanyak perkataan Al-Fatihah. Sekiranya tidak tahu berzikir cuma berdiri tegak selama bacaan fatihah dibaca.

5. Rukuk
Sekurang-kurang tapak tangan diletakkan atas lutut. Paling afdhal kedudukan badan seolah-olah diletak papan di belakang dan papan tersebut tidak jatuh dalam erti kata badan lurus ketika rukuk.

6. Tomakninah pada rukuk
Sekurang-kurang pada kadar membaca subhanarabbiayal azimi wa bihamdih.

Thursday, June 25, 2009

Hadis-hadis Palsu Bulan Rejab

Diambil dari
http://yusofembong.blogspot.com/2009/06/hadis-hadis-palsu-berkaitan-bulan-rejab.html

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi,

Jangan anda sengaja berbohong kepada RasuluLlah saw kelak anda dicampakkan ke dalam neraka. Sesuatu yang bukan hadith dikatakan hadith Nabi saw. Bila muncul bulan Rejab maka ramailah yang menyebut keutamaan bulan Rejab berdasarkan hadith palsu(hadith rekaan)

Berikut dipanjangkan tulisan Ustaz Khairul Azmi(pengajar Ma'ahad Darul Fikri Kuantan Pahang) lulusan bahagian hadith di al-Azhar University.
1.) Hadith yang diriwayatkan oleh asSilafi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya." Hadith ini adalah Maudhu'. Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517

2.) Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu".
Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil. Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 5143.)

3. Hadith yang biasa digunakan Puasa Rejab seperti berikut : Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan."

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa. Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk. Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524 4.)

4. Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku…..dan seterusnya yang terlalu panjang untuk dinukilkan.Kata Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu' Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529, kasyful Khafa hadis no 13585.)

5. Hadis mengenai kelebihan solat-solat tertentu:
"Sesiapa yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab". Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr.

Kesimpulan.
1. Para ulama hadis diantaranya Ibnu Hajar Al-Asqallani, Ibnu Taimiyyah dll menyatakan bahawa tidak ada hadis yg sahih tentang kelebihan bulan rejab secara khusus melainkan ia adalah termasuk di antara bulan2 haram.

2. Adapun berpuasa di bulan rejab hukumnya sunnat sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah Saqr kerana ia termasuk di dalam bulan2 haram dan ada hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa tersebut.

3.Kita perlu berhati2 dlm menukilkan hadis2 kerana dibimbangi kita mendustai Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya pendustaan terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan disediakan baginya azab dari api Neraka. [Bukhari, Kitab Jenazah no 1209, Muslim, Mukaddimah no 9, TIrmidzi, Kitab Jenazah no 921, Ahmad Juzuk 4/245 & 252]

Rujukan:
1. Ahsanul Kalam fit Fatawa Wal ahkam, Syeikh Athiyyah Saqr Jil 3, ms 65, 443, 476
2. Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali Ms 217- 235
3. Kasyful Khafa', Syeikh Ismail Ajluuni
4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari
5. Al.ahkam.net
6. Tanzihus Syariah..., Syeikh Ibnu Iraq Al-Kannani.

Sunday, June 14, 2009

Ayatul Mahabah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Sekiranya merasakan diri tidak disukai masyarakat sekeliling termasuk keluarga elok diamalkan

Sunday, May 31, 2009

Selawat Munjiyah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0:
Antara selawat yang digalakkan untuk beramal. Selalunya digabung dengan selawat syifa' pada awal merawat pesakit. InsyaAllah, dapat merawat sakit fizikal dan rohani.

Tuesday, May 12, 2009

Doa Memohon dimudahkan Perkara yang Susah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Jangan lupa usaha dan tawakal

Wednesday, April 29, 2009

Haid, Nifas, Wiladah dan Darah Istihadah

(Fasal) Ini suatu fasal mewajib atas semuanya atau ibu bapanya mengajarkan isterinya dan akan anaknya hukum haid dan nifas dan wiladah istihadah (bermula) erti haid itu darah yang keluar daripada perempuan yang sampai umurnya sembilan tahun atau lebih sekurang-kurangnya sehari semalam dan sebanyak-banyaknya lima belas hari dan malamnya lima atau enam atau tujuh hari maka dinamakan darah haid (dan erti) nifas itu darah yang keluar kemudian daripada selesai keluar anaknya maka sekurang-kurangnya satu titik dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari dan ghalibnya empat puluh atau dua puluh dan lebih kurang daripadanya (dan erti) wiladah beranak jika tiada berserta darah dan sekeliannya mewajibkan mandi diangkatkan hadasnya daripada haid atau daripada nifas atau daripada wiladah dan wajib meninggalkan sembahyangnya dan puasa dan membaca quran dan berhenti di dalam masjid (dan erti) istihadah itu darah penyakit yang keluar dari bukan masa haid dan nifas seperti darah yang lebih daripada sebanyak-banyak haid dan nifas maka dinamakan darah istihadah maka tiada dimenegahkan daripada sembahyang dan puasa dan mengambil kesukaan oleh suaminya
Sulmu Al-Mubtadi (M/S: 8)
28 April 2009
Surau Kg. Jawa

Meskipun haid dan sekelompok dengannya tidak berlaku kepada golongan lelaki namun mengetahuinya adalah wajib untuk mengajar ahli keluarga terutama isteri dan anak perempuan kerana boleh menyebabkan dosa isteri dan anak perempuan mereka juga tertanggung oleh si suami. Betapa pentingnya ilmu ini juga dapat dilihat apabila si isteri yang keluar daripada rumah tanpa kebenaran suaminya untuk mempelajari ilmu ini tidak dikira nusyuz. Kekeliruan perbezaan antara haid dan sekelompok dengannya juga boleh menyebabkan dosa kerana silap mandi.

Haid seperti yang diterangkan dalam kitab ini merujuk darah yang dikeluarkan oleh seorang perempuan ketika umurnya 9 tahun atau ke atas dan paling awal dikira 16 hari sebelum masuk umur 9 tahun. Sekiranya keluar lebih awal daripada itu maka masih belum diwajibkan ke atas mereka perkara wajib seperti solat selepas tamat tempoh haid tersebut. Sekiranya telah keluar sekali maka dibenarkan mengikut adat iaitu tempoh jika bulan ini keluar 7 hari maka bulan hadapan juga 7 hari. Cara memeriksa haid tersebut berhenti adalah dengan memasukkan kain putih atau kapas ke dalam kemaluan dan pada kain atau kapas tersebut tiada warna darah seperti merah, kuning, atau seumpama dengannya dan kain tersebut berwarna putih. Tempoh darah haid keluar ialah 24 jam dalam 15 hari. Sekiranya kurang maka perlu qadha kembali solat yang ditinggalkan.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ketika haid ialah solat, puasa, memegang Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur. Namun dalam keadaan haid boleh dibaca ayat Al-Quran selagi tidak diqasad membacanya seperti membaca zikir amalan, untuk perlindungan gangguan makhluk terutama memasuki tempat yang mencurigakan hingga tegak bulu roma, dan untuk tujuan perubatan*. Mereka yang haid juga tidak dibenarkan untuk tinggal atau menetap di dalam masjid dalam erti kata berhenti seketika dalam masjid selepas masuk ke dalamnya. Hanya dibenarkan untuk menetap di tempat yang tidak dilakukan solat seperti di tangga dan kolah masjid. Dibenarkan untuk melalui dalam masjid dengan masuk pintu yang berbeza dengan pintu keluar selagi mana wanita itu tidak berhenti seketika dan tiada darah yang menitik di dalam masjid.

Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin tidak kira lahir secara normal atau melalui pembedahan sekurang-kurangnya setitik. Syarat darah tersebut mestilah bayi tersebut telah keluar sepenuhnya tanpa tinggal sedikit juzuk dalam badan si ibu. Sekiranya darah yang keluar sebelum itu dinamakan darah tolaq dan masih diwajibkan ke atas wanita tersebut untuk menunaikan kewajiban seperti solat dan lain-lain sekiranya darah ini keluar. Sekiranya darah nifas tidak keluar pada waktu kelahiran dan darah tersebut keluar dalam tempoh tujuh hari selepas kelahiran maka wajib ke atas wanita tersebut mandi nifas. Tempoh paling lama darah ini keluar adalah 60 hari dan selalunya dalam tempoh 20 hari atau 40 hari. Selepas darah nifas berhenti diwajibkan mandi dan perlu melaksanakan perkara wajib seperti solat dan lain-lain.

Wiladah berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah. Perkara ini berlaku pada anak Baginda Nabi Muhammad S.A.W; Fatimah ketika melahirkan anak. Wajib ke atas wanita tersebut untuk mandi wiladah selepas melahirkan anak dan diwajibkan untuk menunaikan perkara wajib seperti solat dan lain-lain. Sekiranya darah keluar dalam tempoh 7 hari selepas itu maka dinamakan darah tersebut darah nifas dan sekiranya darah keluar pada hari ke-8 dan seterusnya dinamakan darah haid.

Darah istihadah adalah darah penyakit yang keluar dalam keadaan abnormal melebihi 15 hari. Keadaan wanita yang keluar darah istihadah wajib melakukan perkara-perkara yang wajib seperti solat dan sebagainya. Sekiranya mengikut adat, seorang wanita yang haidnya pada hari pertama hingga ke-7 pada setiap bulan tiba-tiba keluar darah dari hari ke-10 hingga ke-16 maka diwajibkan ke atas wanita tersebut qadha kembali solatnya untuk hari ke-10 hingga ke-16. Seorang suami boleh meniduri isterinya ketika darah istihadah keluar dari isterinya.

*Sekiranya belajar dengan Tuan Guru Ustaz Haron Din, ayat rawatan perubatan yang diberi beliau ada yang menggunakan selawat. Sebaik-baiknya menggunakan selawat ini ketika merawat dalam keadaan haid

Wing 0: Berasap kepala memahami bab ini :-p

Monday, April 13, 2009

Doa Pendinding dan Penggerak

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0:
Baca 3 kali sebelum keluar untuk sebarang urusan yang berisiko. Sekiranya bacaan tersangkut atau ada gangguan lain ketika membaca, rehat sekejap atau tangguhkan dahulu kerja tersebut

Thursday, January 8, 2009

Sudah sihat...

Meraikan tahun baru ini dengan demam selama 4 hari. Pensyarah dah mula tanya, dan kerja makin bertambah, nampak gaya kena pergi kerja la esok. Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan tak kena demam denggi atau chikungunya berdasarkan tiada simtom-simtom penyakit ini pada diri sehingga ke hari ini. Kepada yang membantu dan bertanyakan khabar, terima kasih diucapkan. Tak terasa tinggal seorang diri di rumah sewa ni meskipun adik telah praktikal di Alor Setar. Terima kasih.

Wing 0: Hargailah kesihatan sebelum ditarik nikmat ini

Sunday, May 11, 2008

Sakit gigi

Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah telah mengadu sakit geraham kepada Rasulullah SAW. Baginda meletakkan tangan kanannya ke atas dagunya di mana terdapat geraham yang sakit tadi lalu membaca doa berikut tujuh kali:

Al-Humaidiy telah meriwayatkan bahawa Fatimah r.a telah datang kepada Baginda mengadu sakit gusi. Baginda telah memasukkan jari telunjuk kanannya dan meletakkan pada gigi yang sakit lalu berdoa


Wing 0: Tukar berus gigi setiap 3 bulan

Thursday, April 24, 2008

Gambar apa di sebalik x-ray ini?

Gambar x-ray ini diambil di salah sebuah hospital tempatan. Dikatakan hamba Allah ini tidak sedar diri dan dikatakan ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Perhatikan di belakang kepalanya ada rambut. Walhal dalam x-ray tiada rambut
Perhatikan giginya yang tajam
Perhatikan matanya yang pelik
Perhatikan tiada tulang hidung

Semoga beliau selamat menghadapi cabaran dan dugaan mendatang.

Wing 0: Setiap perkara yang baik akan dibalas, setiap perkara buruk akan dibalas

Tuesday, January 29, 2008

Punca Penyakit


Dalam pendidikan perubatan, punca penyakit berasal dari 9 punca;
1. Keturunan dan ginetik
2. Jangkitan infeksi
3. Ketumbuhan barah
4. Pemakanan tidak seimbang
5. Agen fizikal
6. Reaksi imunologi yang abnormal
7. Racun kimia dan dadah tindakan
8. Faktor psikologikal
9. Gangguan makhluk halus

Setiap penyakit yang dirunkan ada penawarnya. Semoga senarai punca-punca ini dapat membantu dalam usaha merawat penyakit.

Wing 0: Mencegah lebih baik daripada berubat

Sunday, March 25, 2007

Peperangan Tak Terhingga

Bahagian 3


Tentera Tambahan


Ada sesetengah mikrob menempatkan diri di sebahagian tubuh badan (seperti kulit, lipatan kulit, mulut, hidung, mata, saluran pencernaan) yang tidak menyebabkan penyakit.


Apabila ada mikrob asing cuba memasuki badan, mikrob yang sedia ada terasa keselamatan habitatnya terancam, menyerang mikrob asing ini daripada terus mara. Kita boleh menggelarkan mikrob ini sebagai tentera tambahan yang berperang demi kepentingan habitat sendiri. Dengan bantuan ini keselamatan ditingkatkan.


Friday, March 16, 2007

Peperangan Tak Terhingga

Bahagian 2


Kubu Istana: Tubuh badan manusia

Kita boleh anggapkan tubuh badan kita sebagai kubu istana yang menghalang kemasukkan musuh di setiap penjuru istana. Kulit manusia ialah dinding bagi istana ini.

Keteguhan keratin dalam sel menjadi perisai kepada serangan bakteria dan fungi. Bendasing yang hinggap pada kulit tidak dapat melalui dinding ini meskipun lapisan pada luar kulit yang mengandungi keratin ini sentiasa terkoyak apabila sel sudah mati. Ini kerana kulit baru sentiasa bersedia menyalin kulit ini dengan penghasilan sel baru pada bahagian bawah kulit apabila kulit pada lapisan atas hampir mati. Oleh itu, semua bendasing yang tidak diundang akan dibuang bersama-sama kulit yang sudah mati semasa pembaharuan kulit dilakukan dari dalam ke luar. Walau bagaimanapun, tentera musuh dapat melalui benteng ini sekiranya terdapat luka yang pada kulit.



Tentera Bahagian Hadapan

Salah satu cara virus dapat memasuki badan adalah melalui udara. Tentera musuh memasuki tubuh badan melalui udara yang tercemar. Walau bagaimanapun, rembesan khas dalam mambran mukus nasal dan sel penelanan yang menjadi kubu elemen di dalam paru-paru (fagosit) akan bertembung musuh ini dan mengawal situasi sebelum ia terus merebak ke seluruh badan. Enzim pencernaan dalam asid yang dirembeskan dalam perut dan usus kecil memusnahkan mikrob-mikrob yang memasuki tubuh melalui makanan.

Tuesday, March 6, 2007

Peperangan Tak Terhingga

Siri pertama

Bagi sesebuah negara maju, isu yang sering diberi keutamaan ialah isu keselamatan negara. Setiap ancaman luar mahupun dalaman, risiko menghadapi perang, gerakan bawah tanah, dan sebagainya sentiasa diawasi dari semasa ke semasa. Oleh kerana itu, sesebuah negara maju sanggup menyediakan peruntukan belanjawan negara yang besar untuk sistem pertahanan negara. Sistem ketenteraan disediakan dengan senjata-senjata, jet pejuang, kapal dan sebagainya yang berteknologi paling canggih dan sentiasa berada dalam keadaan berwaspada menghadapi perang bila-bila masa sahaja.


Bagi tubuh badan manusia, situasi yang sama juga sedang dihadapi. Dikelilingi oleh musuh yang terdiri daripada bakteria, virus, dan organisma mikro serta ancaman yang berada di mana-mana sahaja termasuk di udara, dalam air, makanan dan persekitaran di mana sahaja yang diduduki, sistem pertahanan manusia sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan tentera-tentera dan teknologi yang cukup mantap. Tentera-tentera yang wala’ dilatih secukupnya dengan kemahiran dan tugasan tertentu oleh pegawai-pegawai yang tidak mengamalkan rasuah. Mereka berperang secara konvensional dan menggunakan senjata kimia.


Setiap hari, masa dan ketika, peperangan sentiasa berlaku antara pihak tentera dan musuh. Peperangan juga berlaku dalam kelompok yang kecil serta di bahagian luar jangkauan yang melibatkan seluruh badan. Keadaan ini memaksa seluruh badan berada dalam keadaan berjaga-jaga setiap masa. Peperangan ini dipanggil “penyakit.”


Pegawai yang terlibat dalam pengurusan strategi peperangan juga hampir tidak ditukarkan. Tipu daya serta komplot sentiasa dibuat oleh pihak musuh demi mengambil alih tubuh badan. Pasukan perisik yang terlatih dihantar oleh pihak tentera untuk mengesan musuh-musuh ini. Apabila musuh dikesan, senjata yang bersesuaian disediakan, tentera dikumpul dan bergerak ke medan tempur.....berlaku pertempuran. Peperangan berlarutan sehingga tiada langsung kesan musuh tinggal di medan perang. Setelah berakhir peperangan, setiap maklumat berkaitan musuh disimpan untuk persediaan peperangan akan datang.....Bersambung