Sunday, August 8, 2021

Saidina Said bin Amir Al-Jumahiy



Said bin Amir AlJumahiy (M.S 7)

Intisari 
Kuliah Ustaz Wadi Annuar
8 Ogos 2021

Dipilih oleh Saidina Umar Al-Khatab RA menjadi salah seorang gabenor di Homs, Syria. 

Syarat Saidina Umar Al-Khatab memilih Gabenor: 
1. Soleh, iman yang tinggi. 
2. Ada kepimpinan. 

Kisah pengIslaman Saidina Saad bin Amir. 

Pada satu ketika, sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW ditangkap selepas dikhianat dan dibawa ke Mekah untuk dibunuh (boleh rujuk dalam peristiwa Ar-Raji).

Antara sahabat tersebut ialah Khubaib bin Adi. 


Pada ketika itu dibuat iklan besar-besaran di Mekah yang mereka akan dibunuh. Di Tan'im semua sahabat-sahabat Nabi SAW ini dikumpul, diikat untuk dibunuh. 

Semua pembesar-pembesar Quraisy dan penduduk-penduduk Mekah turun melihat sambil terjerit-jerit minta dibunuh segera sahabat-sahabat ini.

Said bin Amir ketika ini masih remaja. 

Saidina Khubaib diikat dan kelihatan tenang meskipun tahu akan dibunuh. Said bin Amir pelik melihat tindakan saidina Khubaib. Sebelum dibunuh, pembesar Quraisy tanya kepada saidina Khubaib permintaan terakhirnya. 

Beliau minta untuk solat 2 rakaat. Ini adalah solat pertama dalam sejarah sebelum dilakukan hukuman bunuh. 

Said bin Amir makin pelik melihat saidina Khubaib tenang dalam solat. Selepas solat saidina Khubaib berkata yang beliau buat solat ringkas kerana tidak mahu orang kafir kata yang beliau takut untuk mati.

Saidina Khubaib diikat semula. Beliau dipotong tangan. Ketika darah sedang memancut-mancut, pembesar kafir tawar kepada beliau untuk digantikannya dengan Rasulullah SAW. Beliau menolak hatta tidak benarkan Rasulullah SAW disentuh walaupun dengan duri.

Pada ketika itu saidina Kubaib berdoa agar dihitung seorang-seorang, dibunuh semua, jangan ditinggal walau seorang pun mereka yang ada pada hari itu. Said bin Amir menggeletar mendengar doa tersebut. 

Pada hari itu beliau telah belajar akidah, hari akhirat dan cinta Rasulullah SAW adalah paling utama. Akhirnya dia menganut Islam dan hijrah ke Madinah mencari Rasulullah SAW.


Kehidupan selepas menganut Islam. 

Beliau banyak mendampingi Rasulullah SAW dan sertai banyak perang termasuk perang Khaibar. Selepas Rasulullah SAW wafat, saidina Said bin Amir antara sahabat yang sentiasa menegur Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab.

Antara nasihat beliau kepada saidina Umar Al-Khatab: 
1. Taqwa dalam urus hal umat Islam. 
2. Jangan takut dengan manusia. 
3. Cakap jangan tak buat. 
4. Tanggungjawab kepada rakyat yang berada dekat atau jauh. 
5. Sayangi rakyat macam sayang diri sendiri. 

Saidina Said bin Amir dilantik menjadi gabenor di Homs pada zaman Saidina Umar Al-Khattab. Beliau minta agar tidak dirosakkan akhiratnya untuk menolak tawaran ini. 

Saidina Umar RA balas kembali dengan berkata sewaktu beliau dilantik menjadi khalifah, semua setuju, namun apabila beliau perlukan bantuan semua pakat tolak. Akhirnya saidina Umar RA tetap melantik saidina Said bin Amir sebagai gabenor Homs.

Pada ketika itu juga saidina Umar RA melantik pegawai di sana yang akan memantau saidina Said bin Amir. 

Pada waktu saidina Umar RA meminta nama orang-orang fakir di Homs, pegawai memberi senarai nama yang mana orang yang paling fakir ialah gabenor sendiri, saidina Said bin Amir.

Saidina Umar menangis kegembiraan melihat sahabat Rasulullah SAW masih kekalkan cara Baginda SAW memerintah. Saidina Umar memberi 1000 dinar kepada pegawai untuk diberi kepada Said bin Amir. 

Apabila Said bin Amir terima duit tersebut beliau menjerit sekuat-kuatnya. Isterinya terkejut. Isterinya bertanya apa yang terjadi, beliau berkata dunia telah masuk ke dalam kehidupannya untuk merosakkan akhiratnya.

Beliau berbincang dengan isterinya dan akhirnya mereka bersetuju untuk serahkan semua dinar yang diterima kepada golongan fakir miskin di Homs. 

Satu ketika saidina Umar RA membuat lawatan ke Homs. Beliau bertanya kepada pemimpin tempatan tentang masalah yang dibuat oleh gabenor.

Mereka berkata 4 masalah yang dilakukan oleh saidina Said bin Amir: 
1. Selalu keluar kerja selepas matahari keluar (dalam jam 7:30 pagi). 
2. Kerja waktu siang sahaja. 
3. Suka ambil cuti sehari dalam sebulan. 
4. Suka pitam dalam majlis besar. 

Saidina Umar bertanya dan saidina Said bin Amir menjawab: 
1. Rumah beliau tidak ada pembantu. Oleh itu dia perlu urus keluarga dahulu.
2. Siang adalah masanya untuk rakyat, malam adalah untuk ibadah dengan Allah SWT.
3. Sehari cuti itu sahaja diambil untuk bersama keluarganya. 
4. Teringat doa saidina Khubaib ketika sebelum peluk Islam menyebabkan beliau pitam. 

Saidina Umar RA berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh saidina Said bin Amir dan beliau memberi 1000 dinar kepada saidina Said bin Amir.

Dalam perjalanan balik, saidina Said bin Amir sekali lagi berbincang dengan isterinya apa yang akan dilakukan dengan duit tersebut. Akhirnya mereka sedekar semua dinar tersebut kepada fakir miskin.

No comments: