Perang ini berlaku di bulan Rejab ketika:
1. Suasana kemarau di Madinah.
2. Buah anggur dan kurma lebat mengeluarkan hasil.
Umat Islam pada ketika itu diarahkan untuk bertempur dengan tentera kerajaan Rom di Tabuk. Perjalanan ke sana mengambil masa sebulan perjalanan pergi dan sebulan perjalanan balik.
Rasulullah SAW telah mengarahkan semua mereka yang layak untuk berperang agar turut serta dan tiada berkecuali. Namun ada juga mengharapkan diubah waktu kerana dua keadaan di atas.
Allah SWT telah memberi peringatan kepada orang-orang beriman pada ketika itu melalui ayat ke-9 surah At-Taubah yang membangkitkan kembali semangat mereka untuk berperang. Walaubagaimana pun golongan munafik tetap tidak sertai.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
Ketika dalam perjalanan, Rasulullah SAW menyemak keterlibatan para sahabat dan dapati 3 orang sahabat yang merupakan ahli Badar tidak sertai peperangan ini. Mereka ialah Mubarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah, dan Ka'ab bin Malik.