Kisah Abu Ayyub Al-Ansari terkenal setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW datang berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu semua sahabat Ansar berebut-rebut mengajak Baginda SAW bermalam di rumah mereka. Keadaan memaksa Nabi SAW melepaskan unta Baginda untuk memilih rumah mana yang akan Baginda bermalam sebelum siapnya Masjid Nabi SAW.
Unta Baginda berjalan dan terus berjalan...
Akhirnya berhenti di sebuah rumah sahabat Baginda. Di situlah Baginda bermalam. Di situlah Baginda berehat dan makan. Di situlah rumah sahabat yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari.
Ketika mana perang Ahzab atau lebih dikenali dengan perang Ahzab sedang berlaku, keluar satu hadith daripada Baginda SAW tentang Kota Constinople;
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
Pada ketika itu sememangnya tidak dapat terbayang bagaimana keadaannya kerana mereka terpaksa bertahan dalam memastikan Islam terus kekal daripada serangan musuh-musuh Islam ketika itu.
Pada ketika itu mereka hanya menghadapi golongan Kafir Mekah, munafik dan Yahudi. Sekiranya hendak difikirkan kerajaan Rom dan Parsi sudah tentu lebih jauh kekuatan berbanding gabungan Ahzab ketika itu.
Namun iman mereka bukan sebarangan. Tiada iman yang mampu menandingi zaman mereka. Mereka percaya dengan hadith tersebut. Kalau diberi kepada Saidina Abu Bakar sudah tentu jauh lebih hebat daripada hadith tersebut pun beliau percaya.
Zaman terus berlalu...
Sehingga tiba zaman Khalifah Muawwiyah memerintah.
Abu Ayyub Al-Ansari pergi menemui Khalifah. Beliau mencadangkan dimulakan expidisi membuka Kota Konstantinople. Pada ketika itu kerajaan Parsi dan Rom telah tunduk pada pemerintahan Islam.
Khalifah Muawwiyah bersetuju. Mereka menyiapkan bala tentera untuk ke sana. Abu Ayyub Al-Ansari juga menjadi salah seorang daripada panglima yang mengikuti ekspidisi tersebut.
Pada ketika itu umur beliau 80 tahun!
Beliau berpesan kepada rombongan tersebut, sekiranya beliau syahid tanam beliau di hadapan kubu kota Konstatinople tersebut supaya menjadi inspirasi kepada generasi selepas beliau menyambung usaha ini.
Dalam serangan kali pertama tersebut, seperti yang dijangka, umat Islam tidak dapat menawan kota tersebut. Abu Ayyub Al-Ansari yang syahid dalam ekspidisi tersebut dan jasad beliau ditanam di hadapan kubu yang gagah di sana.
Jasad Abu Ayyub Al-Ansari dikeluarkan kembali pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh dan dikebumi semula dengan keadaan yang baik pada zaman Baginda.
No comments:
Post a Comment