Showing posts with label Hadith pilihan. Show all posts
Showing posts with label Hadith pilihan. Show all posts

Friday, November 18, 2016

Abdullah bin Zubair, anak angkat Rasulullah SAW


Abdullah bin Zubair ialah anak angkat Nabi Muhammad SAW yang lahir selepas peristiwa hijrah. Beliau merupakan anak Muhajirin yang pertama selepas peristiwa hijrah.

Bapanya Zubair bin Al-Awwam manakala ibunya ialah Asma' bin Abu Bakar. Dalam kata lain Abdullah bin Zubair juga ialah anak saudara kepada Aisyah R.A.

Dikisahkan orang kafir Mekah mendakwa mereka telah menyihir orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah dengan sihir yang menjadikan orang Islam Mekah tidak dapat melahirkan zuriat.


Dengan lahirnya Abdullah bin Zubair ini maka bergembiralah orang-orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah kecewalah penduduk kafir Mekah atas kegagalan usaha mereka.

Dalam kisah lain pada satu ketika, Rasulullah SAW meminta Abdullah bin Zubair supaya membuang darah bekam Baginda. Baginda berpesan kepada beliau supaya dibuang di tempat yang orang tidak akan jumpa.

Monday, November 14, 2016

Kandungan khutbah Jumaat TGHH 4 November 2016 bersamaan 4 Safar 1438H



Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar dengan penuh perhatian kepada firman Allah Taala:

Maksudnya: Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutuskan para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah di datangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendaknya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang di kehendakinya kepada jalan yang lurus. (surah Al Baqarah 213).

Para ulama tafsir, diantaranya Ibnu Abbas R.A, sepupu Rasulullah S.A.W yang dibawa dan diletakkan diatas ribanya ketika dilahirkan ke dunia semasa Rasulullah S.A.W berada di Mekah sebelum Hijrah dan berdoa kepadanya:

Maksudnya: Ya Allah, berilah kepadanya faham dalam agama dan ilmu menafsirkan Al Quran.(riwayat Imam Ahmad)

Ibnu Abbas menyatakan ayat ini menunjukkan bahawa manusia itu bermula dengan Nabi Adam A.S, melahirkan zuriat keturunannya dalam satu keluarga, berkembang dan seterusnya menjadi jumlah yang besar, sehingga selepas wafatnya Nabi Adam A.S manusia dalam keadaan beriman kepada Allah S.W.T kesalahanya sekadar melakukan maksiat dosa yang besar dan kecil.

Friday, November 11, 2016

Ayat-ayat Al-Quran tentang menasihat.


Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah mengajar kita cara-cara untuk menasihat;

1. Menegur dengan berhikmah


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl: 125)


2. Menegur dengan lemah-lembut

“Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (paling melampau zalimnya). Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.” (Surah Taha: 43 - 44)

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Surah Lukman: 19)


3. Bersabar dalam menegur
(i)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.” 
(Surah Fussilat: 33-35)

Thursday, January 28, 2016

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri 7 oleh Ust Wadi Annuar


Antara makhluk yang dipanjangkan umur seperti iblis, syaitan, dan Nabi Isa ialah dajjal. Sahabat Nabi SAW pernah berjumpa dengan dajjal secara bersemuka di sebuah pulau. Ada kemungkinan orang lain juga pernah bertemu dajjal di pulau ini.

Fitnah dajjal adalah fitnah yang paling besar di dunia ini hatta lebih besar daripada fitnah iblis. Ini kerana dajjal menyuruh manusia mengaku dia adalah tuhan, dan suruhan tersebut datang secara bersemuka, bukan melalui bisikan. Pada ketika itu, semua benda akan mematuhi dajjal. Daripada tanah, awan hingga ke syaitan dikawal oleh dajjal sebagai tenteranya.

Allah SWT himpunkan semua fitnah yang pernah berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu pada akhir zaman. Disebabkan itu banyak kelebihan Allah SWT kurniakan kepada umat akhir zaman. Antara kelebihan tersebut ialah dapat dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. Semua umat nabi sebelum Nabi Muhammad SAW hatta nabi-nabi juga tidak dapat kelebihan ini.

Apabila seseorang itu rapat dengan Allah SWT, segala makhluk termasuk iblis dan dajjal tidak menjadi masalah bagi mereka. Selagi alam itu bukan syurga, akan sentiasa ada ujian dan seksaan daripada Allah SWT. Orang beriman sentiasa selamat dengan izin Allah SWT. Keperluan kita ialah bersedia untuk menghadapi hari kiamat, bukan menunggu bila akan berlaku hari kiamat.

Sebelum keluar dajjal, dunia akan mengalami kemarau selama 3 tahun. Tahun pertama kurang sepertiga hujan. Pada tahun kedua berkurang dua pertiga, tahun ketiga hujan tak turun langsung. Selepas 3 tahun kemarau, keadaan yang terdesak menyebabkan mereka yang lemah iman mudah mengaku dajjal itu tuhan. Sewaktu dajjal keluar mengaku tuhan dia datang dalam rupa manusia yang buta sebelah. Namun pada waktu itu ramai yang mengikutnya.

Daerah yang mengaku dajjal tuhan, dajjal akan mengarah hujan ke kawasan tersebut. Penduduk yang tidak mengaku ketuhanan dajjal akan terus kelaparan meskipun kebun mereka sebelah daerah mereka yang mengaku ketuhanan dajjal.

Ada ulama' takwil keadaan negara pada ketika itu berlaku seperti sekarang. Negara yang tak ikut dajjal akan dihancurkan sehingga negara tersebut berada dalam keadaan sengsara, tiada makan dan minum. Manakala yang lainnya berkata keadaan seperti yang dikisahkan dalam hadith. Walau bagaimanapun semua ulama' bersepakat bahawa mereka yang ikut dajjal akan mendapat makanan dan minuman, manakala jika tidak ikut sengsara.

Selepas dajjal hancurkan satu kawasan itu, dajjal datang balik membawa kemewahan harta emas menyebabkan kawasan itu diuji oleh dajjal untuk kali kedua. Pada ketika itu ada juga kawasan yang tertewas, percaya kepada dajjal. Sewaktu itu, makanan bagi orang yang beriman hanyalah zikir yang dapat mengenyangkan mereka.

Dajjal akan memerintah selama 40 hari. Namun pemerintahannya umpama 14 bulan 14 hari. Hari pertama pemerintahannya umpama setahun, hari kedua umpama sebulan, hari umpama ketiga seminggu, manakala hari keempat kembali normal. Dajjal akan membawa syurga dan neraka, serta sungai air dan syurga api untuk menguji manusia. Mengikut hadith Nabi SAW apabila diuji oleh dajjal dengan sungai air dan sungai api, maka terjunlah ke dalam api, kerana sungai api dajjal sebenarnya ialah air yang sejuk.

Twitter: Farhan_Yusri

Friday, February 20, 2015

Kisah emas dan para sahabat

Abu Said Al-Khudri menceritakan;

Pada suatu ketika Saidina Ali R.A mengirim satu bungkusan yang mengandungi emas daripada Yaman kepada Nabi Muhammad S.A.W. Selepas menerima emas tersebut, Baginda S.A.W membahagikan emas tersebut kepada 4 orang. Mereka ialah:

  1. Uyainah bin Hisn
  2. Al-Aqra' bin Habis
  3. Zaid al-khair
  4. Keempat Abu Said Al-Khudri tidak pasti; antara Al-Qamah bin Khulasah atau Amil At-Tufail

Keempat-empat mereka ialah pemimpin bagi puak-puak mereka. 

Tindakan Baginda S.A.W menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada sahabat Nabi di kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka merasakan mereka lebih layak menerimanya daripada keempat-empat orang yang Nabi S.A.W berikan emas tadi.

Rungutan mereka in sampai ke telingan Nabi S.A.W lalu Baginda memanggil mereka semua.

Tuesday, April 15, 2014

Hadith 40: Hadith ke-27; Akhlak yang baik dan buruk

Oleh Ustaz Zainul Asri





عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ. [رَوَاهُ مُسْلِم] .
وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ [حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن]

Terjemah hadith/ترجمة الحديث :

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam beliau bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “ Riwayat Muslim.

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan? Saya menjawab: Ya. Beliau bersabda: Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya. (Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan).

Monday, August 26, 2013

Muhasabah setengah bulan Syawal


Sudah lebih 15 hari kita meninggalkan Ramadhan. Bagaimana kesihatan ibadah kita?


Antara amalan yang perlu dikejar di bulan Syawal ialah puasa 6 hari sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". 

(Hadith riwayat Muslim)

Friday, August 23, 2013

Sentiasa berbuat baik dan redha dengan ujian

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, 


“Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. 


Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


HR At-Tirmizi

Monday, July 18, 2011

Gunung So'ud

Di akhirat kelak penghuni neraka akan dipaksa mendaki gunung So'ud (Sod, Ain, Wau, Dal). Gunung ini adalah gunung yang dicipta daripada api.

Apabila penghuni neraka menyentuh gunung ini dengan tangan maka binasalah tangan mereka. Apabila diangkat tangan maka tangan tersebut akan baik semula dan mereka perlu meneruskan pendakian mereka selama 70 tahun akhirat kemudian berguling turun dari bukit tersebut selama 70 tahun juga.

Wing 0: Gunung berapi yang memuntah larva pun dah cukup menakutkan apatah lagi gunung tersebut dibuat daripada api
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011

Penyempurnaan Iman

Daripada hadith nabi SAW, 3 perkara yang jika dilakukan maka lengkaplah iman kita;

1. Melakukan/menunaikan tuntutan Allah SWT walaupun dicaci oleh golongan pencaci

2. Melakukan ibadah terutama ibadah khusus hanya kerana Allah SWT ya'ni jauh daripada sifat riya'

3. Seorang lelaki apabila diberi pilihan kesenangan dunia dan kesenangan akhirat maka dia memilih kesenangan akhirat

Wing 0: Sempurnakah iman kita?
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, October 5, 2010

Berkasih sayang

Daripada Abu Hurairah R.A., RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah berfirman di hari kiamat:

Allah: Wahai manusia, Aku sakit tapi kamu tidak menjengukKu.

Manusia: Bagaimana aku menjengukMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah: Tahukah kamu bahawa hambaKu, polan bin polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapatiKu di sisinya. Wahai manusia manusia, Aku minta makanan kepadaMu tapi kamu tidak memberi makan kepadaKu.

Manusia: Bagaimana aku memberi makan kepadaMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah: Tidakkah kamu tahu bahawa hambaKu, polan bin polan meminta makanan daripadamu tetapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu sekiranya kamu memberi makan kepadanya nescaya kamu mendapat pahala di sisiKu. Wahai manusia manusia, Aku meminta minuman daripadaMu tapi kamu tidak memberi minum kepadaKu.

Manusia: Bagaimana aku memberi minun kepadaMu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah: Tahukah kamu bahawa hambaKu, polan bin polan meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak memberinya minuman. Padahal seandainya kamu memberi minumn kepadanya nescaya kamu mendapat pahala di sisiKu.

(Riwayat Muslim)

- Rujukan: Solusi isu no. 24

Tuesday, September 7, 2010

Di akhir Ramadhan

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, Amin, Amin".

Para sahabat bertanya. "Kenapa engkau berkata 'Amin, Amin, Amin' Ya Rasulullah?"

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda;

"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: 'Wahai Muhammad, celakalah seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat
kepadamu dan katakanlah Amin!' maka kukatakan, 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi, '
Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah Amin!', maka aku berkata: 'Amin'. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata lagi.

'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justeru itu tidak memasukkan dia ke dalam syurga dan katakanlah Amin!' maka kukatakan, 'Amin".

[Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al- Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)


Wing 0: Marilah sama-sama kita rebut peluang beribadah dan pohon keampunan di akhir Ramadhan seoptima usaha kita

Friday, September 5, 2008

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Mengambil kesempatan di kala pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. Orang yang paling bijak; orang yang sentiasa mengingati kematian dan bersedia untuknya

Wednesday, August 27, 2008

Mencari Redha Allah SWT daripada Kesukaan Manusia

Kitab: Bahrul Mazi M.S220
Penceramah: Ustaz Abd Rahman Awang Soh
Tempat: Masjid Mardi
Tarikh: 13 Ogos 08 (Rabu)

Barangsiapa yang mencari keredhaan Allah SWT dengan kemarahan manusia, maka dipelihara oleh Allah SWT daripada keberatan perbuatan manusia yakni tuhan pelihara daripada diumpat dan cela dan barangsiapa menuntut kesukaan orang dengan kemarahan Allah SWT, nasib kamu di tangan manusia.

Berdakwah adalah satu amalan yang dipuji tidak kira melalui medium apa sekali pun. Jika pada satu ketika dahulu, surat menjadi antara medium untuk berdakwah. Pada masa kini, dakwah dapat dijalankan melalui telefon, SMS, internet dan sebagainya. Di atas adalah satu hadith yang diterima oleh Muawwiyah ketika beliau memegang jawatan sebagai khalifah.


Hadith tersebut telah dihantar oleh Ummul Mukminin; Saiditina Aisyah R.A kepada Muawwiyah setelah Muawwiyah meminta nasihat daripada Saiditina Aisyah. Beliau meminta nasihat yang pendek, mudah dihafal dan mudah diamalkan memandangkan tanggungjawab sebagai khalifah yang amat membebankan. Daripada tindakan beliau ini boleh dijadikan tauladan yang meskipun berjawatan tinggi namun masih meminta nasihat atau pendapat orang yang lebih arif.

Dalam hadith ini keredhaan Allah bermaksud apa yang Allah SWT suka dan tidak marah dengan melaksanakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Keredhaan manusia di sini pula bermaksud mencari atau mengutamakan apa yang orang suka tanpa menghiraukan kemurkaan Allah SWT.

Pada hari ini masalah lebih mengutamakan manusia seolah-olah perkara biasa terutama perkara yang melibatkan protokol. Upacara-upacara kebesaran terutama yang dilakukan pada waktu solat yang singkat terutama Maghrib menyebabkan ramai yang terpaksa meninggalkan solat semata-mata perlu mengikut protokol. Perkara sama juga berlaku apabila mesyuarat tidak dijalankan berlandaskan agama. Lebih mengutamakan mesyuarat sehingga solat pada akhir waktu.

Jika dibincang dalam skop yang lebih luas, kebanyakkan apa yang dilakukan atau dirujuk lebih mengutamakan apa yang barat buat berbanding apa yang telah tersemat dalam Al-Quran dan Hadith. Apa yang lebih menyedihkan apabila golongan ini terlalu berbangga apabila mengikut telunjuk orang-orang barat. Perkara ini juga membawa maksud yang sama mengutamakan manusia daripada mencari keredhaan Allah SWT.

Terdapat beberapa golongan terhadap mereka yang berkawan dengan pemerintah yang zalim:
1. Paling jahat; mereka yang pergi kepada pemerintah tersebut
2. Jahat; Pemerintah tersebut datang kepadanya
3. Baik; menjauhkan diri daripada pemerintah tersebut

Adalah paling baik kepada rakyat untuk menolak pemerintah yang zalim bagi mengelakkan diri daripada tergolong dalam kumpulan di atas.

Wednesday, April 23, 2008

Kelebihan bersedekah

Sabda Rasulullah SAW: Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin umpama berjihad di jalan Allah dan ibarat orang yang bersolat malam. Ia tidak merasa lemah dan umpama berpuasa yang tidak pernah berbuka.
H.R Al-Bukhari

Saturday, April 7, 2007

Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang


Apa yang aku tegah kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendakalah kamu laksanakan sedaya upaya kamu.

(HR. Bukhari dan Muslim)


Sunday, March 25, 2007

Urusan yang tertolak

Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) ini yang tidak termasuk bahagian daripadanya, maka ia tertolak

(HR. Bukhari dan Muslim)


Saturday, March 17, 2007

Rukun Islam


Tertegak Islam atas lima perkara; mengucap tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa Ramadhan

(HR. Bukhari dan Muslim)