Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Friday, September 3, 2021

Freemanson


Ideolog-ideologi dan teori baru

Freemanson (M.S 226)

Intisari
Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
3 September 2021

Freemanson ialah pembina-pembina yang bebas. 

Satu pertubuhan ditaja oleh Yahudi untuk kuasai bangsa-bangsa lain dengan apa sahaja cara untuk kuasai dunia. Matlamat mereka hendak kembalikan kerajaan Nabi Sulaiman A.S yang menguasai dunia.

Friday, August 27, 2021

Sosialisme



Ideolog-ideologi dan teori baru
Sosialisme (M.S 223)

Intisari
Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
27 Ogos 2021

Tiada sejarah dari mana ajaran ini datang 

Dasar: 
1. Kebendaan - kena cukup benda semata-mata. 
- sumber halal haram tak kisah 
- Aspek rohani tidak dipeduli 

2. Semua harta milik negara 

3. Kuasai politik dari demokrasi 

4. Buat perubahan secara berperingkat

Percanggahan dari Islam: 
1. Kebendaan asas utama. Tak kisah halal dan haram. 
2. Tidak betul dalam mengurus hak milik sehingga rampas hak milik individu. 
3. Bercanggah fitrah roh dan jasad. 
4. Menghapuskan tanggungjawab individu. 
5. Menyebabkan ekonomi tak aktif. 
6. Menyebabkan keruntuhan akhlak.

Kaedah penyebaran: 
1. Sebar propaganda.
2. Di negara mereka, siapa lawan akan dikenakan tindakan.

Allah



Pengajian Asmaul Husna
Allah

Intisari
Kuliah selepas Subuh Syeikh Zainul Asri Mohd Romli
27 Ogos 2021

Kita perlu sentiasa berubah cara untuk kenal Allah SWT. 

Menurut Imam Syafie, tiada satu orang pun yang bernama Allah. 

Keistimewaan nama Allah: 
1. Eksklusif hanya untukNya. 
2. Maha suciNya dari sebarang kekurangan.

Alla beerti siapa kenalNya akan tercengang bengang kerana dia tak seumpama dengan makhlukNya. 

Kaedah kenal Allah: 
1. Kehairanan (tercengang). 
2. Sampai (berhubung dgnNya). 
3. Perlu kepadaNya. 

Allah SWT telah sediakn hati sebagai penghubung makhluk denganNya umpama internet yang sudah ada dalam handphone.

Orang yang kenal Allah SWT akan makin kehairanan kepadaNya. 

Nama Allah SWT ialah sebagai tempat bergantung, nama-nama lain (lagi 98 nama) sebagai untuk berakhlak denganNya.