(Video kuliah boleh dilihat pada post sebelum ini)
Ibnu Ishak dikatakan oleh imam syafie adalah orang yang paling sahih dalam meriwayatkan sejarah Nabi SAW.
Satu ketika sebelum kelahiran Nabi SAW, Rabiah bin Masar, seorang raja dari negeri Yaman telah bermimpi sesuatu yang menakutkan. Rabiah telah memanggil semua ahli sihirnya dan menyoal mereka siapa yang mahir dalam menafsir mimpi. Mereka telah mencadangkan 2 orang ahli nujum pada zaman tersebut untuk menafsir mimpi Rabiah.
Kedua-dua ahli nujum tersebut telah dipanggil secara berasingan. Awalnya Rabiah hanya menyebut yang dia bermimpi ngeri. Ahli nujum pertama terus bersajak menyatakan raja tersebut bermimpi melihat api. Api tersebut keluar dari kegelapan, lalu jatuh di lembah dan terus memakan setiap yang hidup.
Raja berkata betul apa yang dikata oleh ahli nujum tersebut. Disebabkan sebelum kelahiran Nabi SAW pintu langit terbuka, maka jin dan syaitan dapat mengambil rahsia-rahsia langit dan memberi maklumat kepada ahli nujum. Jadi tidak pelik ahli nujum boleh mengetahui perkara-perkara rahsia ketika itu. Kita diharamkan percaya sama sekali sebarang ramalan dari ahli nujum walaupun sedikit.
Ahli nujum pertama menafsirkan mimpi tersebut;
Dia berkata akan datang ancaman dari Habsyah (Afrika) dan akan menakluk Yaman dari Abyan sehingga Jarash.
Rabiah bertanya zaman bila akan berlaku perkara itu?
Ahli nujum berkata pada masa akan datang dalam 60 atau 70 tahun yang akan datang. Ketika masa itu Rabiah bukan lagi Raja Yaman.
Rabiah bertanya lagi adakah penakluk itu selama-lamanya?
Ahli nujum berkata tidak hatta orang-orang Habsyah itu akan diperangi dan dihalau. Ketika itu diketuai perang tersebut diketuai oleh orang Yaman.
Rabiah bertanya lagi adakah pemerintahan itu berkekalan?
Ahli nujum berkata tidak dan mereka akan dikalahkan oleh Nabi akhir zaman yang bijak dan menerima wahyu. Nabi ini akan memimpin kaumnya hingga ke akhir zaman.
Rabiah bertanya adakah akan ada akhir zaman?
Ahli nujum menjawab ya, iaitu hari dihimpunkan orang dahulu dan akan dating. Dia menyambung berbahagialah orang yang baik dan celakalah orang yang jahat.
Raja bertanya adakah cerita-cerita ini benar atau tidak?
Ahli nujum pertama berkata perkara ini benar.
Ahli nujum kedua dipanggil selepas itu pada masa yang berlainan. Dia juga membaca sajak hampir sama dengan ahli nujum pertama, menceritakan tentang negara mereka yang akan ditawan, kemudian diambil balik dan Islam akan datang memerintah selepas itu dan wujudnya akhir zaman.
Kepercayaan mereka pada hari akhirat menunjukkan zaman tersebut bercampur aduk antara iman dan kufur. Jin-jin yang berceritakan tentang hari kiamat tersebut turut mempercayai hari akhirat. Sekiranya mereka tidak percaya sudah tentu mereka tidak ceritakan kepada ahli nujum. Ketika itu tiada nabi dan rasul. Mungkin Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka. Wallaua’lam.
Sebab dipilih negara arab untuk menjadi tapak tersebarnya Islam pada akhir zaman yang sebenar hanya Allah SWT yang lebih tahu. Jika diteliti sebabnya mungkin kerana orang arab jahil, mudah terima ilmu, kedudukan geografi di tengah-tengah peta dunia, dan berada di padang pasir menjadikan mereka orang-orang yang cekal. Sukar bagi negara yang sudah ada tamadun harta dan ilmu untuk terima perkara yang sangat baru yang mereka tidak pernah terima sebelum ini.
Dipilih Mekah sebagai tempat penyebara Islam adalah kerana tempatnya yang strategik. Allah SWT telah memilih Nabi Ibrahim dan nabi Ismail untuk membiak di sana. Nabi Ismail telah berkahwin dengan orang Jurhum dari Yaman dan melahirkan keturunan arab.
Keadaan yang kosong di Mekah menyebabkan mereka yang tinggal di Mekah sewaktu itu keluar dari Mekah untuk berniaga. Mereka keluar ke timur dan barat sehinggakan Mekah menjadi tempat pengumpulan barang dari timur dan barat kerana perniagaan ini untuk memenuhi keperluan mereka seperti makanan dan pakaian. Jiwa orang Mekah juga kuat kerana sanggup keluar untuk berniaga menghadapi keadaan padang pasir dan jiwa mereka kosong memudahkan mereka mengingati ilmu-ilmu Islam.
Twitter: Farhan_Yusri
No comments:
Post a Comment