Monday, January 2, 2017
Salam Tahun Baru 2017
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog ini. Semoga perjalanan kita pada tahun akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan sentiasa di bawah rahmatNya.
Meskipun banyak persoalan ditimbulkan; mengapa tidak menjadikan tahun Hijrah sebagai asas perancangan, kenapa menggunakan kalendar yang dihasilkan oleh bukan Islam, kenapa nak berazam mesti tunggu tahun baru Masihi dan pelbagai lagi, perkara tersebut bagi saya amat subjektif.
Perkara yang lebih penting bagi saya ialah apakah kesempatan yang ingin kita ambil dan lakukan dalam membawa bekalan untuk hari kemudian. Berapa ramai yang banyak bercakap tetapi langsung tiada tindakan dalam membawa kemenangan kepada Islam.
InshaAllah antara azam yang saya ingin lakukan ialah meruntuhkan jahiliyyah bersungguh-sungguh kerana Islam tertegak di atas keruntuhan jahiliyyah. Tidak akan sekali Islam seiring dengan jahiliyyah. Antara satu akan berada di atas dan satu mesti berada di bawah.
Saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca sekalian. Sekiranya ada perkara yang saya lakukan bertentangan dengan azam saya, tegurlah saya. Semoga usaha kecil ini dapat membantu menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Salam Tahun Baru 2017
Wing 0
Jihad fi sabilillah
Tuesday, November 16, 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha
Thursday, September 30, 2010
Pengambilan Ahli Baru Darussyifa'
PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM
PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;
Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.
2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.
6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.
7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.
8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.
9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.
12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM200.00.
13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.
Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.
Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-23, Sessi 2010/2011 (Iss1.0)
15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)--
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
( DARUSSYIFA )
Thursday, September 9, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Akan diupdate kemudian
http://www.wing-0.blogspot.com/ dan
http://teratakmindaku.wordpress.com/
akan dukemaskini selepas bulan 6 ini, insyaAllah...
Friday, January 29, 2010
Jangan sombong dengan kejayaan
Wing 0: Fe'el kebanyakkan manusia masa kini; menang kerana AKU, kalah kerana Allah nak uji.
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saturday, August 29, 2009
Penghayatan Ramadhan
Tok Guru Nik Abdul Aziz
Mursyidul Am PAS
Menteri Besar Kelantan
Wing 0: Selamat menyambut Ramadhan.
Friday, July 31, 2009
Sedarlah wahai hati ini
Setiap hari ada kematian...
Setiap makhluk tidak mampu lari daripadanya...
Hanya menunggu masa.
Apabila ada di kalangan mereka yang dekat dengan kita mati, perasaan sedih menyelubungi hati. Hati kita akan mengungkit kembali detik kita bersama dengan si hamba Allah yang meninggal itu. Hati menangis meskipun kadang-kala mata cuba menafikan sehingga merah mengelilingnya. Lumrah hidup...
Namun...
Berapa lama perasaan sedih itu perlu menyelubungi hati kita. Dunia masih terpampang di depan mata. Matahari dan bulan masih meneruskan tugas mereka. Tanggungjawab dan amanah mesti diteruskan. Perasaan itu perlu dihilangkan... Hanya memori yang menjadi parut pada hati ini sahaja ditinggalkan.
Tetapi...
Jangan...
Jangan sekali-kali...
Jangan sekali-kali kita lupa... Yang kita juga akan mati.
Biarlah perasaan sedih itu pergi. Biarkan memori menjadi parut dalam hati ini. Tetapi jangan biar sekali-kali yang diri kita juga akan mati.
Monday, June 29, 2009
Tahniah kepada Pelajar Baru Universiti
Seperti biasa apabila tiba minggu orientasi universiti pak guard akan ditugaskan untuk mengawal kemasukan orang luar ke dalam universiti. Kepada yang tiada pelekat kenderaan selalunya akan diminta berhenti untuk di’soal siasat’. Namun berbeza bagi mereka yang pak guard sudah kenal. Meskipun dah lebih 2 bulan masuk keluar universiti, pak guard tidak pernah tahan untuk di’soal siasat’ (Skill mau ada la).
Hari ini kelihatan pelajar lebih ramai daripada sebelum ini. Pelajar baru universiti sessi 2009/2010 sudah mula menghadapi minggu orientasi mereka. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya masuk universiti. Semoga kemasukan ini akan menjadikan anda lebih matang dalam menghadapi dunia realiti pada hari ini. Berhati-hatilah terhadap setiap perkara yang didengar atau disuruh ketika berada dalam universiti ini agar tidak terperangkap oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.
Gunakanlah masa anda sebaik-baiknya kerana masa akan jadi kawan yang banyak membantu atau lawan yang yang banyak menyusahkan sekiranya tidak digunakan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan masa anda. Meskipun jadual kuliah telah tetap namun pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk tidak menghadiri kuliah dalam masa sama rekod kehadiran pensyarah menulis yang kita hadir ke kuliah tersebut (Ilmu yang tak perlu dipelajari). Semoga anda berjaya menghadapi era baru anda.
Good luck!
Wing 0
Jihad fi Sabilillah
Monday, May 11, 2009
Tahniah buat Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana masih kekal sebagi ketua menteri Perak yang sah di sisi undang-undang. Semoga kejayaan ini membuka jalan yang lebih luas untuk memperbaiki kekurangan sebelum ini dan dapat melicinkan lagi perjalanan mendaulatkan daulah Islamiyyah di muka bumi Malaysia ini.Wing 0: Perjalanan masih jauh untuk menegakkan khilafah Islamiyyah. Harap para pejuang masih berada di dalam landasan yang sebenar
Friday, April 24, 2009
Adakah anda pemimpin?
Pembuka bicara kami ketika saya sedang menyusun beg-beg sebelum berangkat ke Bukit Selambau. Membawa golongan veteran ke pilihanraya kecil membuka lembaran baru dalam perjuangan saya setelah pulang ke negeri sendiri. Jika sebelum ni selalu bawa golongan-golongan junior sahaja ke program, kini kena biasakan diri dengan golongan-golongan yang lebih veteran.
"Pakcik tak mampu nak raih undi atau buat kerja-kerja berat. Hanya mampu nak pi masak saja. Tak kira la kerja apa pun selagi boleh berjuang demi Islam pakcik tak kisah."
Antara ungkapan-ungkapan yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya pada ketika ini. Ahli-ahli dari pelbagai lapisan telah berjuang habis-habisan untuk memastikan sistem khalifah dapat ditegakkan kembali. Perkara yang amat menyedihkan apabila mendapat berita ini sebagai balasan oleh setengah golongan yang menggelar diri mereka pemimpin jemaah.
Musim Pemilihan Pemimpin
Ketika musim pemilihan pemimpin ketika ini, pelbagai ragam dan maklumat dalaman yang melibatkan pemimpin dapat diperolehi dengan begitu mudah sekali. Jika sebelum ini, wala' ahli terhadap pemimpin tidak berbelah bahagi namun setelah makin banyak cerita-cerita yang tidak menarik tentang pemimpin dimuntahkan maka keraguan ahli kepada pemimpin semakin menjadi-jadi.
"Betulkah pemimpin kita buat macam ni?"
"Ala, dia jugak manusia..."
"Dia kena sedia untuk duduk di bawah pulak."
Tahun ini buat pertama kali dalam sejarah perjuangan saya terkejut apabila di hadapan mata saya sendiri seorang pemimpin telah meminta dirinya dicalonkan antara ahli jawatan tertinggi dalam jemaah. Terkejut saya mendengarnya. Macam kempen pilihanraya pulak. Sebelum ini apa yang saya biasa hadapi tolak jawatan dalam parti ada la. Perkara yang amat mengecewakan saya.
Selang beberapa hari pulak saya mendapat berita yang pimpinan ini yang tidak pernah menghadiri mesyuarat di peringkat bawahan datang untuk memastikan teamnya dicalonkan untuk ahli jawatankuasa di peringkat pusat. Ada ahli di peringkat bawahan menolak sebahagian daripada team tersebut. Yang terpilih pun kerana dia mempergunakan orang yang boleh mempengaruhi keputusan dalam mesyuarat untuk menyokongnya. Sehinggakan orang tersebut berkata dia tak boleh buat apa-apa kerana awal-awal dah diminta berbuat demikian oleh pemimpin tersebut.
Melobi
Pelik cerita di atas. Tetapi itulah hakikat yang terjadi pada masa kini. Sudah berlaku lobi-melobi. Mungkin disebabkan sekarang ini jemaah berada dalam keadaan 'menang' di kaca mata masyarakat. Persoalannya adakah dibenarkan lobi-melobi ini?
Jika dirungkai sejarah ketika kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, puak ansar telah melobikan diri mereka untuk menjadi pemimpin umat Islam ketika itu. Setelah puak muhajirin mendengar khabar tersebut mereka segera bertemu puak ansar dengan meninggalkan hanya beberapa orang sahabat sahaja untuk mengebumikan Rasulullah S.A.W. Pertengkaran berlaku dalam memilih pemimpin umat Islam pada masa itu sehingga Abu Bakar datang untuk menyelesaikan persengketaan tersebut. Kebijaksanaan dan kelebihan Abu Bakar telah digunakan oleh Umar untuk melobi perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah untuk memimpin umat Islam selepas kewafatan Baginda S.A.W. Cadangan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua golongan muhajirin dan ansar. [1]
Peristiwa di atas menunjukkan keadaan yang membolehkan lobi-melobi dilakukan dalam pemilihan ketua. Namun saya lebih suka apa yang dikatakan oleh ustaz Azizan tentang pemilihan ketua (Klik di sini). Bagi saya biarlah pemimpin yang dipilih oleh ahli tidak dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin yang melobi. Diharap jemaah PAS yang didokong oleh ulama selama ini akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T dan dijauhkan daripada menerima nasib yang sama seperti UMNO.
[1] Perbincangan dalam usrah daie
Wing 0: Selamat memilih pemimpin
Thursday, April 9, 2009
Apakah disebalik bayang-bayang perjuanganmu?
Tenangkan fikiran...Tutup matamu...
Buka mindamu...
Lihat disudut pandangan lain...
Sebab apa berjuang?
Tidak kira dalam apa jua bidangmu...
Pelajar, guru, ahli dakwah, jurutera, doktor, petani, ahli politik...
Apakah yang menggalakkan perjuanganmu?
Wang, pangkat, wanita, pengalaman, keluarga...
Apakah matlamatmu?
Jawatan tertinggi, kahwin, keamanan, teman wanita, pengaruh...
Apa halanganmu?
Kawan, bos, orang bawahan, keluarga, parti...
Adakah matlamatmu sama seperti pada awal perjuangmu?
Ikhlaskan hatimu menjawab semuanya
Sesungguhnya Allah SWT berkuasa membolak-balikkan hati
Wing 0
9 April 09
Flying through hasitant
Thursday, January 15, 2009
Pilihanraya Kuala Terengganu: Selamat Berjuang
Pagi tadi selepas solat Subuh menerima panggilan daripada Shuhaimi yang sedang bertugas di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Menurutnya pada ketika ini semua petugas terpaksa melakukan banyak kerja menjelang tarikh buang undi yang akan berlangsung pada Sabtu ini (17 Januari 09). Dikatanya juga di sana terutama di ADUN yang dia sedang bertugas, ramai menteri turun untuk meraih undi. Dia minta agar kita yang tidak berada di sana bersama-sama bermunajat agar Allah SWT menurunkan kemenangan kepada pejuang yang berjuang menegakkan Islam di Kuala Terengganu. Semoga dengan ini juga dapat membesarkan lagi jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.Kepada pengundi di Kuala Terengganu, undilah calon yang mampu membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Janganlah dikabur oleh gula-gula dunia yang dikatakan akan diperoleh sampai ke liang lahat tapi tidak membawa apa-apa kebaikan di akhirat kelak. Selamat mengundi.
Wing 0: Jom undi PAS
Thursday, January 8, 2009
Sudah sihat...
Meraikan tahun baru ini dengan demam selama 4 hari. Pensyarah dah mula tanya, dan kerja makin bertambah, nampak gaya kena pergi kerja la esok. Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan tak kena demam denggi atau chikungunya berdasarkan tiada simtom-simtom penyakit ini pada diri sehingga ke hari ini. Kepada yang membantu dan bertanyakan khabar, terima kasih diucapkan. Tak terasa tinggal seorang diri di rumah sewa ni meskipun adik telah praktikal di Alor Setar. Terima kasih.Wing 0: Hargailah kesihatan sebelum ditarik nikmat ini
Saturday, December 27, 2008
Selamat Tahun Baru 1430H
Tinggal beberapa ketika sahaja lagi untuk kita meninggalkan 1429H dan menyambut 1430H. Adakah anda sudah bersedia? Sedia atau tidak masa ini tetap akan tiba tanpa mengambil kira di mana kita berada atau apa yang kita lakukan pada ketika itu. Bersama-samalah kita menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW ketika hendak berhijrah ke Madinah dan bermuhasabah diri untuk menghadapi tahun baru 1430H nanti. Semoga kita tetap ditetapkan iman yang benar dan semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik kepada kita berbanding tahun ini.
Selamat tahun baru 1430H daripada Wing 0
Wednesday, December 17, 2008
Kepada yang mendaftar menjadi pelajar Darussyifa' sessi ke-21
Seramai 480 orang telah daftar untuk pengajian Darussiya' pada kemasukkan sessi ke-21 pada tahun hadapan. Pada pengijazahan tahun ini, pengerusi Darussyifa', Ustaz Abdul Rahman dalam ucapannya telah menyatakan bahawa daripada perbincangan dengan Tuan Guru Dato Dr Haron Din tentang bilangan yang makin meningkat ini, Tuan Guru telah memberi 2 cadangan;
1. Membesarkan lagi bangunan Darussyifa'.
2. Menapis kemasukan pelajar pada tahun ini.
Hasil mesyuarat jawatankuasa darussyifa' telah bersetuju untuk menapis kemasukan pelajar tahun ini daripada 480 orang kepada 400 orang. Oleh itu temuduga yang bakal dijalankan pada 27hb Disember ini bakal menjadi penentu bagi mereka yang ingin mendapat tempat belajar di Darussyifa' pada tahun hadapan. Oleh itu diharap kepada mereka yang mendaftar ini agar bersedia untuk temuduga.
Bagi mereka yang berjaya dalam temuduga, mereka akan menjadi pelajar sessi ke-21. Namun bagi mereka yang gagal, kelas khas berkaitan dengan tajwid akan diadakan untuk mereka sertai sepanjang tahun hadapan. Sekiranya mereka dapat sertai kelas ini dengan cemerlang, insyaAllah nama mereka akan automatik menjadi pelajar pada sessi ke-22 nanti.
Ada beberapa bahagian yang ditanya dalam temuduga. Seingat saya pada sessi lepas, bab yang disoal kepada saya;
1. Bacaan ayat-ayat Al-Quran
2. Aqidah
3. Ibadah
4. Sirah
Semoga mereka yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu di Darussyifa' ini berjaya dalam temuduga tersebut. Good luck
Wing 0: Segala maklumat terkini adalah daripada pengerusi Darussyifa'
Thursday, October 2, 2008
Lebaran ini
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Semoga tarbiyyah Ramadhan yang kita bina dapat membimbing kita di bulan-bulan mendatang
Mohd Farhan bin Yusri
Wing 0
Jihad fi Sabilillah
Lebaran Ini
Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa
Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..
Lebaran Ini
Nowseeheart, Rem, Ajai dan Raihan

