Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Fetih 1453

"Aku akan menakluki Istanbul atau Istanbul akan menakluki aku"


Wing 0: Meremang bulu roma tengok preview ni
http://cikgusantai.com/farhan

Thursday, April 9, 2009

Apakah disebalik bayang-bayang perjuanganmu?

Tenangkan fikiran...

Tutup matamu...

Buka mindamu...

Lihat disudut pandangan lain...

Sebab apa berjuang?
Tidak kira dalam apa jua bidangmu...
Pelajar, guru, ahli dakwah, jurutera, doktor, petani, ahli politik...

Apakah yang menggalakkan perjuanganmu?
Wang, pangkat, wanita, pengalaman, keluarga...

Apakah matlamatmu?
Jawatan tertinggi, kahwin, keamanan, teman wanita, pengaruh...

Apa halanganmu?
Kawan, bos, orang bawahan, keluarga, parti...

Adakah matlamatmu sama seperti pada awal perjuangmu?

Ikhlaskan hatimu menjawab semuanya

Sesungguhnya Allah SWT berkuasa membolak-balikkan hati

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas jalan agamaMu"

Wing 0
9 April 09
Flying through hasitant

Wednesday, January 28, 2009

Geram... tapi gembira


Baru saja tukar Ronaldo daripada pasukan Fantasy League, semalam jaringkan dua gol pulak...

Wing 0: Yang penting sekali MU menang lagi

Saturday, December 27, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H



Tinggal beberapa ketika sahaja lagi untuk kita meninggalkan 1429H dan menyambut 1430H. Adakah anda sudah bersedia? Sedia atau tidak masa ini tetap akan tiba tanpa mengambil kira di mana kita berada atau apa yang kita lakukan pada ketika itu. Bersama-samalah kita menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW ketika hendak berhijrah ke Madinah dan bermuhasabah diri untuk menghadapi tahun baru 1430H nanti. Semoga kita tetap ditetapkan iman yang benar dan semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik kepada kita berbanding tahun ini.

Selamat tahun baru 1430H daripada Wing 0

Thursday, October 2, 2008

Lebaran ini



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga tarbiyyah Ramadhan yang kita bina dapat membimbing kita di bulan-bulan mendatang

Mohd Farhan bin Yusri
Wing 0
Jihad fi Sabilillah


Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..

Lebaran Ini
Nowseeheart, Rem, Ajai dan Raihan

Saturday, August 30, 2008

Harapan Ramadhan



Pejamkan matamu. Genggamkan tanganmu. Betulkan niatmu.
Hulurkan tanganmu. Pohonkan harapanmu...

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna bagiku
Dalam menempuh ranjau duri dalam mencari keredhaanMu
Harap dipermudahkan jalanku untuk ke SyurgaMu
Meskipun begitu kecil jumlahnya amalan solehku
Harap dijauhkan jalanku dari Neraka JahanamMu
Meskipun diri ini penuh disaluti dosa
Keranaku yakin hanya RahmatMu yang membawaku ke syurgaMu


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Harapan Ramadhan
Raihan, Man Bai

Friday, June 13, 2008

Iktiraf



Ada ketika kita berasa amat sesak dan serabut dengan timbunan kerja yang tidak semuanya kita mahu. Ada kala ketika itu kita merungut atas ketidak sanggupan bebanan tugasan yang diberikan. Pernahkah kita terfikir bahawa Allah SWT telah berfirman:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (Al-Baqarah:286)

Pernahkah kita terfikir apabila semua kerja tersebut dapat kita selesaikan dengan baik adalah satu pengiktirafan kepada kita kerana mampu mengatasi ujian halangan yang melanda kita. Pada ketika ini dada dan pemikiran kita menjadi lapang kerana perkara-perkara yang menyerabutkan dan menyesakkan kita sudah pun terungkai.

Semoga kita tabah menghadapi ujian dan cabaran yang dikurniakanNya sebagai tanda kita seorang hamba yang akur atas kehendakNya

I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Iktiraf
Raihan

Wing 0: Tiada pengiktiran yang Agung selain daripadaNya

Friday, May 16, 2008

Jasa yang tidak patut dilupakan



Insan yang tidak patut dilupakan dalam melahirkan insan-insan yang bertaraf teknokrat, doktor, engineer, perdana menteri dan lain-lain lagi.
Semoga dikurniakan kekuatan kepada guru-guru untuk terus membimbing pelajar-pelajar dalam melahirkan insan-insan yang berjaya di dunia dan di akhirat

Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lilin Seorang Guru
In-Team

Wing 0: Selamat Hari Guru

Friday, May 9, 2008

Permata Hatiku



Ummi
Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x

Ummi
By Hadad Alwi

Maksud Lagu Ibu
Ummi, lagu yang paling kugemari
Irama yang selaluku dendangkan
Di mana sahaja selalu aku mengingatinya
Selalu dan selalu aku nyanyikan

Ummi, jiwa dan hidupku
Pemberi kebahagiaan dan harapan
Sekarang dan juga di masa mendatang

Allah memerintahkan kepadaku,
Dalam diam atau terbuka
Berlaku sopan kepadamu dan berkasih sayang

Namamu wahai ibu terpahat di hatiku
Cintaku padamu membawa kepada jalan yang benar
Dan doaku selalu,
Semoga Allah senantiasa menjagamu


Wing 0: Selamat Hari Ibu

Tuesday, April 29, 2008

Mari Senyum



Senyum
Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman... Senyuman

Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah...

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah...

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah...

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.

Senyumlah...
by Raihan

Wing 0: Senyum-senyumlah selalu

Saturday, April 12, 2008

Syurga Buku

Selepas seminggu bersabar atas ujian dan cabaran yang mendatang...

Akhirnya...
Pada hari Sabtu 12 April 08 menuju ke PWTC untuk ke syurga duniawiku...

Beraneka jenis, tajuk, bidang dan sebagainya terhidang di hadapan beribu-ribu pengunjung.

Sememangnya bercita-cita ingin beli sebanyak mungkin buku yang ada. Namun apakan daya duit yang ada tidak selari dengan buku-buku di sini. Walau bagaimanapun antara matlamat datang ke sini tercapai apabila buku yang dicari dijumpai dan yang lebih menariknya apabila dapat tandatangan dan bergambar dengan penulis buku tersebut.

Beliau ialah penulis laman web saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Beliau telah mengeluarkan buku beliau sendiri bertajuk Aku Terima Nikahnya. Pada hari tersebut beliau sempat meluangkan masanya dari jam 2:30 petang sampai pengsan (katanya). Sempat berbual sebentar ketika mendapatkan tandatangan beliau pada hari tersebut.

Dalam pameran tersebut berjumpa dengan Hakim dan Shazrul yang kini bekerja di Telekom dan Petronas. Juga berjumpa dengan Ustaz Redha. Katanya pada waktu tersebut akan membuat persembahan singa ketika pelancaran buku Islam di China =)

Beberapa buku dibeli di sini. Memandangkan Farah ikut sekali maka kenalah belanjakan sedikit (?) wang untuk beli bukunya. Namun agak kecewa kerana masih tak dapat memperoleh buku teks Electrochemistry yang sekian lama dicari. Bayangkan pameran yang begitu besar tetapi tak ada satu tajuk buku tentang subjek ini...

Lebih empat jam berada di sini. Walaupun tidak puas lagi meronda kerana kesesakan yang begitu ketara namun tetap berpuas hati dapat datang ke sini. Semoga program bermanfaat ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Wing 0: Buku pelita hidup

Thursday, March 8, 2007

Kemenangan Mutlak

VS
1 : 0 (Agg. 2 : 0)

Kemenangan mutlak yang dicapai oleh MU pada pagi ini berjaya menutup mulut para pengkritik yang senang dengan kemenangan MU pada perlawanan 2 minggu lepas. Kejayaan penyerang utama MU, Henrik Larsson menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 hasil umpanan Christiano Ronaldo menyemarakkan lagi semangat MU untuk terus memburu kemenangan padaperlawanan ini.



Dengan posisi 4-3-3 pada awalnya kemudian berubah kepada 4-5-1, posisi Wayne Roonie dan Ronaldo banyak digunakan untuk membuat umpanan kepada penyerang yang akan mengakhiri karier bole sepak dan bersama MU selepas perlawanan sabtu ini. Pada penghujung perlawanan, ketiga-tiga pemain ini ditukar dengan Richardson, Park ji sung dan Alan Smith.

Perlawanan yang berlangsung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan hati-hati tidak banyak mencipta peluang dan banyak masa dihabiskan pada bahagian tengah padang. Perlawanan sebelum ini yang menimbulkan kontroversi berbezapada hari ini dengan masing-masing menerima hakikat menang atau kalah. Akhirnya MU berjaya melangkah satu tapak ke hadapan lagi untuk merangkul kejuaraan Piala liga juara-juara Eropah.

P/s: Setiap kesusahan diiringi kesenangan

Sunday, March 4, 2007

Demi Masa

Demi Masa
Oleh: Raihan

Demi Masa...
Sesungguhnya Manusia Kerugian
Melainkan...
Yang Beriman Dan Beramal Saleh

Demi Masa...
Sesungguhnya Manusia Kerugian
Melainkan...
Nasihat Kepada Kebenaran Dan Kesabaran

Gunakan Kesempatan Yang Masih Diberi
Moga Kita Takkan Menyesal
Masa Usia Kita Jangan Disiakan
Kerna Ia Takkan Kembali

Ingat Lima Perkara, Sebelum Lima Perkara
Sihat Sebelum Sakit
Muda Sebelum Tua, Kaya Sebelum Miskin
Lapang Sebelum Sempit
Hidup Sebelum Mati


Ya Allah, permudahkanlah aku dalam setiap urusan yang dilakukan.
Dekatkanlah diri hambaMu kepadaMu
melalui setiap urusan yang hambaMu dilakukan.
Janganlah Engkau sempitkan aku dengan urusan dunia
yang menjauhkan diri hambaMu kepadaMu
Amin

Wednesday, February 21, 2007

Kemenangan yang diragui

VS

Jam menunjukkan pukul 2:25 pagi ketika masih cuba memahami cara mengendalikan blog ini. Banyak perkara lagi yang masih dirasa tidak memuaskan. Namun perlawanan UEFA Champions League yang akan berlangsung pada jam 3 pagi melupakan hasrat untuk sambung. Nak rehat seketika mengumpul tenaga.....

Perlawanan Lille vs MU berlangsung di stadium Felix Bollaert, Lens ditayang secara langsung di TV3. Sebagai peminat setia MU sejak tahun 1993, bersama-sama sirap dan rusli, pagi ni memang dihabiskan menonton TV3.

Permainan pagi ini memang agak mengecewakan. Dalam permainan yang seimbang, MU banyak melakukan careless mistake yang tak patut berlaku. Sirap dan rusli hangin sepanjang perlawanan. Tak puas hati persembahan yang ditunjukkan MU.

Perlawanan berkesudahan 0-1 dengan kemenangan berpihak kepada MU meskipun berlaku kontroversi pada gol yang dijaringkan pada minit ke-84. Pemain Lille membantah gol tersebut dengan keluar daripada padang. Namun pengadil tetap dengan keputusan yang telah dibuat.

Permainan MU bertambah terabur selepas gol tersebut. Seolah-olah rasa bersalah terhadap keputusan pengadil yang mengesahkan jaringan tersebut. Cuma masa menyelamatkan MU daripada terus diasak pada akhir perlawanan.



Terfikir tentang kemenangan yang MU perolehi pagi ni. Bagi peminat MU tentu ada yang setuju dengan keputusan pengadil dan tentu yang ambil sikap tak kisah, janji menang. Bagi pihak yang tak suka MU tentu membantah sehabis-habis keputusan pengadil. Kebancian yang sedia ada tentu akan bertambah lagi...

Terfikir pula jika kemenangan yang diperoleh pejuang Islam tanpa perancangan yang baik dan usaha yang bersungguh. Cuma menadah tangan mohon doa tiba-tiba dikurniakan kemenangan. Adakah kemenangan tersebut adalah satu kemenangan yang boleh diiktiraf? Adakah kemenangan ini dapat melahirkan keinsafan? Adakah kemenangan tersebut boleh memberi kepercayaan kepada non-muslim tentang aqidah muslim? Adakah Islam dapat terus tersebar melalui kemenangan ini?

Teringat janji Allah SWT dalam Al-Quran;
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan; Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai" (An-Nashr:1-2)

Jika dikaji sejarah dan sirah juga telah mengajar bahawa kemenangan tidak akan dicapai tanpa usaha yang bersungguh hatta kemenangan akan diberikan kepada musuh sekiranya mereka lebih berusaha, seperti kata Saidina Ali KW;
Kebatilan dengan perangcangan boleh mengalahkan kebaikan tanpa perancangan.

Semoga diistiqamahkan hati ini dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan ditingkatkan semangat dan roh jihad dalam melakukan amal yang membawa keredhaan Allah SWT.