Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Saturday, September 4, 2021

Doa mendapat keampunan Allah SWT



Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa mendapat keampunan Allah SWT (M.S 31)

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
4 September 2021



Manusia tidak akan sunyi daripada lupa dan melakukan salah silap. Hati sentiasa berbolak balik. Sebab itu kita perlu saling maaf memaafi antara satu sama lain. Hati kena selalu minta agar tetap atas iman dan ketaatan.

Allah SWT akan gantikan kaum yang tak buat dosa dengan kaum yang buat dosa dan kemudian kembali memohon ampun kepadaNya. 

Saturday, August 28, 2021

Doa selepas membaca surah Al-Mulk



Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa selepas membaca surah Al-Mulk (M.S 30)

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri 
28 Ogos 2021


Sekiranya seseorang hendak meninggal dan sempat mengucap kalimah syahadah maka matinya adalah mati yang baik. 

Bal'am bin Bughirah dari Bani Israel adalah seorang guru yang mustajab doa tetapi matinya dalam su'ulkhatimah apabila digoda isterinya agar doakan kemusnahan kepada Nabi Musa. Disebabkan doanya, Nabi Musa sesat sehingga 40 tahun. 

Pada ketika sesat ini Baginda dan kaumnya dikurniakan makanan dari syurga, 'manna' dan 'salwa'. Namun bangsa Bani Israel tetap bangsa yang tidak tahu bersyukur. 

Monday, September 16, 2013

Doa Istkharah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Sumber: Darussyifa'

Pelbagai pendapat dikatakan untuk mengetahui keputusan istiqarah kita. Daripada Tuan Guru Ustaz Harun Din, cara mudah untuk mengetahui pilihan yang terbaik ialah selepas berdoa terus berusaha terhadap apa yang kita pohon. Sekiranya baik akan kita perolehinya. Jika sebaliknya kita redha dan kita tahu bahawa perkara tersebut buka terbaik bagi kita.


Pastikan sepanjang proses menanti keputusan kita terus melakukan solat istiqarah dan menjaga betul-betul hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga dengannya kita dapat terus menjaga hubungan dengan Allah SWT selepas mendapat keputusan kita kita pohon.

Wing 0 pernah berpengalaman dengan istikharah ini ketikamana hendak memilih muslimat yang ingin dijadikan pasangan hidup. Disebabkan hubungan kemesraan Wing 0 dengan muslimat amat kurang pada ketika itu, Wing 0 mengambil masa 6 bulan untuk mendapat keputusan.

Teringat pada hari mendapat 'jawapan' istikharah tersebut, iaitu pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat. Pada hari tersebut selepas solat tahiyatul masjid, Wing 0 mengalunkan zikir-zikir sebelum azan berkemundang. Pada ketika itu terlintas satu nama di hati Wing 0 menyebabkan Wing 0 rasa sungguh pelik. Selepas solat Wing 0 bertemu dengan sahabat-sahabat yang lebih mendalam ilmu mereka tentang agama dan mereka mencadangkan nama tersebut diambil sebagai pasangan hidup Wing 0.

Monday, September 2, 2013

Doa bertemu Nabi Muhammad S.A.W


Klik pada gambar untuk besarkan


Doa diambil dari laman web darussyifa'. 


Sebagaimana kita tahu pengasas darussyifa', Tuan Guru Ustaz Harun Din merupakan tokoh ulama' terkemuka di negara ini pernah bertemu Baginda Nabi S.A.W dalam mimpi beliau.


Semoga dengan pengamalan ini dapat menemukan kita dengan Baginda S.A.W yang kita cintai.

Sunday, June 14, 2009

Ayatul Mahabah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Sekiranya merasakan diri tidak disukai masyarakat sekeliling termasuk keluarga elok diamalkan

Sunday, May 31, 2009

Selawat Munjiyah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0:
Antara selawat yang digalakkan untuk beramal. Selalunya digabung dengan selawat syifa' pada awal merawat pesakit. InsyaAllah, dapat merawat sakit fizikal dan rohani.

Tuesday, May 12, 2009

Doa Memohon dimudahkan Perkara yang Susah

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Jangan lupa usaha dan tawakal

Monday, April 13, 2009

Doa Pendinding dan Penggerak

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0:
Baca 3 kali sebelum keluar untuk sebarang urusan yang berisiko. Sekiranya bacaan tersangkut atau ada gangguan lain ketika membaca, rehat sekejap atau tangguhkan dahulu kerja tersebut

Wednesday, February 4, 2009

Doa Terhindar Daripada Sifat Keji

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Sifat yang keji dari hati yang kotor

Thursday, January 1, 2009

Mari Bantu Saudara Kita di Palestine


"Mereka pun tak bersatu. Apa boleh buat".

"Kena kena kuasai ekonomi dunia dulu, baru boleh kalahkan Israel".

Ayat paling biasa yang saya perolehi apabila hendak berbincang dengan tentang isu Palestine. Cuba mengelat apabila membincangkan tentang saudara-mara kita yang berada di luar sana. Dalam Al-Quran Allah SWT telah merakamkan bahawa semua orang mukmin adalah bersaudara (Rujuk Al-Hujurat: 10). Namun disebabkan minda umat Islam kini yang telah dipandu oleh nasionalism maka tidak hairanlah masing-masing tidak menghiraukan saudara kita seIslam di negara lain. Lebih teruk lagi apabila ekstrim dengan bangsalism.

Membantu Rakyat Palestine
Hadith Rasulullah SAW telah memperingatkan sekiranya tidak mengasihi saudara seIslam sepertimana mengasihani diri sendiri maka mereka bukan daripada umat Baginda SAW (Rujuk Hadith 40, Hadith ke-13). Sebagai saudara yang berada jauh daripada Palestine dan terbatas untuk membantu rakyat Palestine, marilah sama-sama kita mendoakan Qunud Nazilah, semoga dengannya dapat merosakkan segala perancangan Yahudi laknatullah dan memusnahkan mereka daripada muka bumi Palestine.

Klik pada gambar untuk besarkan

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada warga Palestine untuk menghadapi serangan Yahudi Laknatullah.

Wing 0: Kekalahan Yahudi laknatullah pasti tiba

Tuesday, December 2, 2008

Doa Pembuka Apa yang Tertutup

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Amalkan dalam doa agar sentiasa terbuka pintu hati kita dalam menjadi seorang hamba yang bertawa kepadaNya

Sunday, November 2, 2008

Doa kepada Orang yang Bakal Menunaikan Haji

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Di kala ada yang masih merayakan Hari Raya Aidulfitri, rombongan jemaah Haji Malaysia yang pertama pada tahun ini telah bertolak menuju ke Mekah Al-Mukarramah. Sedar atau tidak 1429H sudah makin melabuhkan tirainya. Kepada yang bakal menunaikan haji pada tahun ini, bersihkanlah niat kalian untuk beribadah menunaikan kewajiban, bukan nak bercuti atau membeli-belah. Semoga kalian selamat pergi dan pulang.

Wing 0: Semoga memperoleh Haji yang mambrur. Amin

Friday, September 5, 2008

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Mengambil kesempatan di kala pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. Orang yang paling bijak; orang yang sentiasa mengingati kematian dan bersedia untuknya

Thursday, August 21, 2008

Doa Mencari Barang Hilang

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Biasakan diri meletak barang setempat. Sediakan ruang tempat untuk letak barang kepunyaan diri -pesan ayah-

Monday, June 2, 2008

Doa Mohon Disembuhkan Penyakit 2

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Anak Tuan Guru, Dr Huda berada dalam keadaan stabil setelah hampir seminggu berada di hospital ketika menunaikan umrah. Beliau dikatakan collapse ketika menunaikan umrah dan dimasukkan ke dalam icu pada awal kejadian. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak tuan guru ini. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik semula. Amin...

Wednesday, May 21, 2008

Doa Mohon Disembuhkan Penyakit

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Diambil dari laman web darussyifa'

Wing 0: Tuan Guru Ustaz Haron Din akan berangkat mengerjakan umrah pada 24 Mei 08. Mari bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan keluarga beliau.

Sunday, May 11, 2008

Sakit gigi

Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah telah mengadu sakit geraham kepada Rasulullah SAW. Baginda meletakkan tangan kanannya ke atas dagunya di mana terdapat geraham yang sakit tadi lalu membaca doa berikut tujuh kali:

Al-Humaidiy telah meriwayatkan bahawa Fatimah r.a telah datang kepada Baginda mengadu sakit gusi. Baginda telah memasukkan jari telunjuk kanannya dan meletakkan pada gigi yang sakit lalu berdoa


Wing 0: Tukar berus gigi setiap 3 bulan

Thursday, May 8, 2008

Doa Dipermudahkan urusan

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Wing 0: Diambil dari laman web darussyifa'

Friday, April 25, 2008

Friday, April 18, 2008

Doa Jauhi Kemaksiatan

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Wing 0: Diambil dari laman web darussyifa'