(105:1) Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
(105:2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
(105:3) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,
(105:4) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,
(105:5) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/
Surah Al-fiil termasuk di dalam surah makkiyyah. Surah yang berkait dengan peristiwa besar yang diketahui oleh seluruh warga Mekah ketika itu. Berlaku irhas dalam peristiwa ini iaitu berlaku peristiwa luar biasa yang berlaku kepada orang Islam dan kafir untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
Allah SWT memusnahkan tentera bergajah kerana ka’abah telah dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan akan menjadi qiblat umat Islam di zaman Baginda Nabi Muhammad SAW. Allah SWT bukan memusnakan tentera bergajah kerana penduduk Mekah ketika itu yang merupakan penyembah berhala kerana penyembah berhala dilaknat oleh Allah SWT.
Peristiwa berlaku pada tahun kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Bermula dengan kaum Habsyah yang menakluk negeri Yaman. Habsyah menyerang Yaman setelah peristiwa ashabul ukhdud yang mana raja yang menganut agama Yahudi membunuh penduduk Yaman yang menganut agama Nasrani setelah mereka beriman selepas melihat kehebatan seorang budak yang beriman dan dibunuh oleh raja yahudi tersebut.
Berita peristiwa ini sampai ke Raja Rom yang diperintah oleh raja yang beragama Nasrani. Dia mengarah negeri yang terdekat iaitu Habsyah untuk menyerang Yaman. Dihantar dua panglima iaitu Arbath dan Abrahah untuk mengetuai serangan terhadap Yaman.
Setelah Yaman ditakluk oleh Habsyah berlaku perkelahian antara dua panglima ini. Yaman ialah negeri yang kaya dan banyak hasil kerana Yaman ialah sebuah negeri perdagangan. Arbath dan Abrahah berlawan sesama sendiri dan akhirnya Abrahah membunuh Arbath dan Abrahah mendapat kecederaan yang kekal.
Abrahah menjadi pemerintah Yaman. Raja Habsyah marah kepada Abrahah sehinggakan ingin menyerang Yaman dan bernazar hendak menjejak kaki di sana. Demi membalas jasa, Abrahah menghantar harta yang banyak dan tanah Yaman ke Raja Habsyah untuk menunaikan hajatnya iaitu menjejak kaki di tanah Yaman yang menyebabkan Raja Habsyah tak jadi menyerang Yaman.
Abrahah hendak membalas jasa lagi dengan hendak membina tempat ibadah yang lebih hebat daripada Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Dia membina tempat ibadah yang tinggi dan cantik lalu mengajak orang Arab agar datang beribadah di tempatnya. Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Arab Mekah. Mereka membuat tindakan mensabotaj tempat ibadah tersebut. Ada pendapat menyatakan buang air besar di tempat ibadah itu, ada pendapat yang mengatakan dibakar.
Perkara ini menimbulkan kemarahan Abrahah sehingga dia menyedia bala tentera untuk menyerang Mekah dan meruntuhkan Ka’abah. Disediakan gajah yang paling besar yang bernama Mahmud disertai dengan gajah-gajah lain. Ada pendapat kata 8 ekor, ada kata 12 ekor gajah. Rancangan mereka akan menggunakan gajah-gajah ini menarik rantai besar meruntuhkan Ka’abah.
Orang Arab menyediakan tentera menghalang tentera Abrahah tetapi gagal. Abrahah terus mara hingga ke Thaif dan penduduk Thaif risau tempat penyembahan mereka juga dimusnahkan. Lalu mereka mengampu Abrahah dengan menghidang makan kepada tentera Abrahah dan menyediakan seorang penunjuk arah untuk memandu arah ke Mekah. Dalam perjalanan pemandu arah tersebut mati. Tempat kuburnya dijadikan tempat melontar kerana orang-orang Arab begitu marah dengannya.
Sepanjang perjalanan Abrahah merompak segala ternakan yang berada di tengah jalan termasuk peliharaan Abdul Mutalib, datuk kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian Abrahah memanggil wakil Mekah untuk berunding dengan meminta mereka menyerah kalah. Datang Abdul Mutalib sebagai wakil Mekah. Apabila dikatakan oleh Abrahah hendak menyerah Mekah beliau tidak hiraukan dan beliau meminta 100 ekor untanya yang dirampas diberi semula.
Abrahah pelik dengan tindakan Abdul Mutalib. Apabila ditanya kenapa beliau tidak merisaukan keadaan Mekah, Abdul Mutalib menjawab;
“Mekah ada tuhan yang menjaganya, bukan aku.”
Selepas itu Abdul Mutalib pulang ke Mekah. Abdul Mutalib melakukan tawaf dan memegang Kaabah sambil berdoa;

“Ya Allah ya tuhan, puak-puak ini (Abrahah) membawa rombongan hendak memusnahkan rombongan Mu. Wahai tuhan jangan jadikan salib mereka memusnahkan ajaranMu. Wahai tuhan sekiranya kamu ingin memusnahkan qiblat kami terpulanglah kepadaMu.”
Abdul Mutalib meminta semua penduduk Mekah agar mengosongkan Mekah menyelamatkan diri di bukit-bukit dan melihat dari jauh keadaan Mekah. Pada ketika itu mereka melihat ada bala tentera iaitu burung bagi menghadapi tentera Abrahah.
Apabila tentera Abrahah sampai di Mekah, gajah-gajah tidak mahu menghadap Ka’abah. Apabila menghadap ke tempat lain baru gajah-gajah tersebut hendak bergerak. Pelbagai usaha dibuat untuk menggerakkan gajah-gajah tersebut tetapi gagal.
Burung-burung tadi yang lebih kecil daripada burung merpati, memegang batu yang sangat keras sebesar kacang pada paruh dan kedua-dua kaki mereka lalu dilepaskan pada tentera Abrahah. Batu tersebut jatuh dengan tepat ke tentera Abrahah lalu memutuskan anggota badan dan memusnahkan badan tentera-tentera Abrahah.
Peristiwa yang menakjubkan ini ialah tanda kelahiran NAbi Muhammad SAW dan kebesaran Nabi Ibrahim AS yang membina Ka’abah untuk menjadi pedoman kepada seluruh manusia.

No comments:
Post a Comment