Showing posts with label Tauhid. Show all posts
Showing posts with label Tauhid. Show all posts

Friday, September 3, 2021

Allah


Pengajian asmaul husna

Nama: Allah 

Imam Yahya bin Muadz RA, ulama sufi berkata kalau berlegar lidah-lidah orang arifin bersama manusia sama sepertimana berlegar hati mereka dengan Allah SWT pastilah akan katakan mereka gila.

Tanda orang kenal tuhan ialah tidak berlaku pada mereka hukum hakam itu kecuaian pada semua keadaan.

Maksudnya orang kenal tuhan akan jaga sungguh-sungguh benda wajib, usaha buat benda sunat, tinggal sungguh-sungguh benda haram, usaha tinggal benda makruh, jadikan benda harus sebagai ibadah.

Friday, August 27, 2021

Allah



Pengajian Asmaul Husna
Allah

Intisari
Kuliah selepas Subuh Syeikh Zainul Asri Mohd Romli
27 Ogos 2021

Kita perlu sentiasa berubah cara untuk kenal Allah SWT. 

Menurut Imam Syafie, tiada satu orang pun yang bernama Allah. 

Keistimewaan nama Allah: 
1. Eksklusif hanya untukNya. 
2. Maha suciNya dari sebarang kekurangan.

Alla beerti siapa kenalNya akan tercengang bengang kerana dia tak seumpama dengan makhlukNya. 

Kaedah kenal Allah: 
1. Kehairanan (tercengang). 
2. Sampai (berhubung dgnNya). 
3. Perlu kepadaNya. 

Allah SWT telah sediakn hati sebagai penghubung makhluk denganNya umpama internet yang sudah ada dalam handphone.

Orang yang kenal Allah SWT akan makin kehairanan kepadaNya. 

Nama Allah SWT ialah sebagai tempat bergantung, nama-nama lain (lagi 98 nama) sebagai untuk berakhlak denganNya.