Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Al-Baqarah 2:13)
Diturunkan ayat ini kerana menceritakan perihal orang munafik yang tidak setia dengan Baginda Nabi SAW.
Orang yang beriman pada ketika itu sentiasa menunggu ayat-ayat Al-Quran daripada Allah SWT yang mereka yakini dapat menyelamatkan mereka. Mereka sentiasa menunggu arahan-arahan daripada Rasulullah SAW. Mereka dididik dengan ilmu dan bersabar hadapi cabaran.
Orang munafik tidak yakin dan tidak beriman dengan sebenarnya dengan Al-Quran dan persendakan Rasulullah dan mengikut Islam kerana hawa nafsu. Mereka lebih mempercayai dan mencari perlindungan orang kafir kerana percaya ada kemuliaan dan kekuatan pada orang kafir.
Orang munafik apabila berhadapan orang Islam berkata mereka beriman tetapi apabila di hadapan syaitan-syaitan mereka berkata hanya main-main sahaja dengan Islam. Allah SWT akan terus biarkan orang munafik dengan kesesatan mereka. Mereka hanya mendekati Islam kerana inginkan habuan dunia dan tidak mahu menghadapi kesusahan.
Orang yang berpura-pura dengan Islam akan didedahkan oleh Allah SWT dari semasa ke semasa.
Ketika awal kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah, Negara-negara umat Islam dipecah-pecahkan. Umat Islam berada dalam ketakutan seolah-olah bersalah. Bangkit orang-orang yang beriman melawan kembali segala pembohongan yang digambarkan kepada Islam sehingga hari ini.
Ada juga orang-orang Islam yang bekerjasama dengan mereka yang berideologi ciptaan manusia dari dulu sehingga kini. Akhirnya Allah SWT meruntuhkan setiap ideologi-ideologi tersebut. Walau bagimanapun masih ada umat Islam yang ragu-ragu dengan Islam. Mereka masih bermain-main dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak melaksanakan perintah Allah SWT dengan ikhlas dan tidak laksanakan sepenuhnya Islam yang sebenar.
Hayati Islam bukan ketika beribadah sahaja hatta sepanjang kehidupan kita. Dalam doa selepas wudhu' kita berdoa agar sentiasa berada dalam bersih. Antara punca penyakit sekarang ialah tidak menjaga kebersihan termasuk tidak makan makanan yang baik. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat apabila membicarakan tentang kebersihan. Kegagalan kita tidak ikuti dan hayati apa yang disuruh menyebabkan kita lemah dan berpenyakit. Sepatutnya kita kuat untuk menegakkan agama.
Twitter: Farhan _Yusri
No comments:
Post a Comment