Showing posts with label Hidayatul As-Salikin. Show all posts
Showing posts with label Hidayatul As-Salikin. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Hidayah dan Taqwa - Bahagian 2

Ketahui olehmu hai thalib bahawasanyamurad dengan taat yang zahir itu iaitu seperti sembahyang dan puasa dan naik haji dan memberi zakat dan barang yang sebagainya dan murad dengan taat batin itu iaitu segala sifat yang kepujian seperti ikhlas dan merendahkan diri dan nasihat dan zuhud dan sabar dan hilmi dan tawakal dan barang sebagainya bermula murad dengan maksiat zahir itu isitu seperti zina dan mencuri dan minum arak dan membunuh orang dan memalu orang dan memaki orang dan mengumpat orang dan barang sebagainya dan murad dengan maksiat batin itu iaitu segala sifat yang kecilan seperti riya' dan ujub dan kibir dan hasad dann kasih kepada dunia dan barang sebagainya seperti yang lagi hamba akan sebut di dalam kitab ini insyaAllahu Ta'ala

Hidayatul Salikin
M.S 16

Wednesday, December 16, 2009

Hidayah dan Taqwa

Ketahui olehmu wahai thalib bahawa hidayah dan taqwa itu satu jua maknanya tetapi ada bagi keduanya bidayah dan nihayah dan dari kerana inilah berkata imam Ghazali di dalam kitab bidayatul hidayah yang ertinya maka jikalau engkau kata apa bidayatul hidayah itu supaya aku cuba dengan dia diriku maka ketahui olehmua bahawa bidayatul hidayah itu zahiratul taqwa dan nihayatul hidayah itu batinatul taqwa dan tiada dapat syurga melainkan bagi orang yang takut akan Allah dan tiada dapat pertunjuk melainkan bagi orang yang takut akan Allah Bermula taqwa dan hidayah itu iaitu ibadah daripada ibadah mengerjakan taat yang disuruh Allah ta'ala sama ada taat zahir atau batin dan menjauh akan maksiat yang ditegahkan Allah ta'ala sama ada maksiat zahir atau maksiat batin seperti yang lagi hamba menyatakan di dalam kitab ini insyaAllah ta'ala

Hidayatul Salikin
M.S 15 dan 16

Wednesday, September 30, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu - Bahagian 3

Ketiga seorang yang menuntut ilmu maka dijadikan ilmunya itu sebab kepada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesaran dan kemuliaan dan dengan banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya padahal mereka itu tiada diingatkan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya itu hampir kepada Allah Ta'ala kerana ia berupa dengan rupa ulama dan berlaku seperti kelakuan ulama pada zahirnya tetapi di dalam hantinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya maka mereka itulah orang yang dapat binasa di dalam akhirat dan yang yang sangat kurang akal mereka itu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesakkan orang lain dan mereka itulah sejahat2 daripada ulama yang dikata oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud "Aku terlebih takut atas kamu daripada dajal akan seorang lain daripada dajal" maka tanya sahabat "siapa mereka itu ya Rasulullah" maka sabdanya "mereka itulah ulama yang jahat" dan sabdanya Nabi SAW yang bermaksud "barangsiapa bertambah ilmunya padahal tiada bertambah hidayahnya nescaya tiada bertambah daripada Allah Ta'ala itu melainkan jauh"

Hidayatul As-Salikin
M/S: 14 dan 15
Surau Kg Jawa
1 Julai 2009

Golongan yang ketiga ini lebih merujuk kepada golongan yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia termasuk harta-benda, kemegahan, kemuliaan dan pengaruh supaya mudah untuk mereka memenuhi segala hajat mereka. Mereka inilah golongan ulama sesat atau ulama jahat (ada panggil ulama suuk) yang mementingkan keduniaan daripada kebenaran. Setiap apa yang hendak diminta daripada mereka ini yang memerlukan pengetahuan mereka tentang agama mesti dihabuankan mengikut kepuasan mereka. Habuan lebih dijadikan matlamat berbanding ilmu yang hendak disampaikan oleh mereka. Terdapat juga golongan ini yang dipergunakan oleh mereka yang lebih berkuasa untuk kepentingan diri. Golongan ulama sesat ini hanya mengiakan apa yang disuruh kepada mereka selagimana periuk nasi mereka masih selamat. Mereka ini apabila dikurniakan ilmu agama tidak bertambah hidayah (petunjuk) mereka hatta makin jauh daripada rahmat Allah SWT.

Wing 0: Berhati-hati dengan golongan ustaz ekspress.

Tuesday, September 29, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu - Bahagian 2

Kedua seorang menuntut ilmu kerana menolong akan kehidupannya di dalam dunia dan kerana dapat kemuliaan dan kemegahan dan kerana dapat hartanya maka sangat jahat maka jikalau dikekal akan qasadnya serta diketahuinya akan jahat kelakuannya itu maka lalu mati ia dengan tiada taubat daripada perbuatan itu maka mereka itu mati di dalam maksiat lagi derhakalah mereka itu maka jikalau taubat mereka itu dahulu daripada matinya maka lalu diamalkannya akan ilmunya dengan amal yang soleh nescaya diperhubungkan mereka itu dengan orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan di dalam akhirat itu kerana orang yang taubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada berdosa dan dapatlah mereka itu keredhaan daripada Allah Ta'ala seperti firman Allah Ta'ala yang ertinya "bahawasanya Allah Ta'ala kasih akan mereka itu yang banyak taubat kepada Allah Ta'ala dan kasih ia akan mereka itu yang bersuci daripada najis dan daripada dosa."

Hidayatul As-Salikin
M/S: 13 dan 14
Surau Kg Jawa
17 Jun 2009

Tujuan kedua orang menuntut ilmu adalah semata-mata untuk kesenangan dunia dalam mengejar nama, pangkat, kemegahan serta kekayaan. Mereka tergolong dalam golongan yang jahat di mana sekiranya mereka mati, mereka mati dalam keadaan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Mereka perlu bertaubat dan memanfaatkan ilmu mereka dalam amal kebajikan untuk meraih kembali keredhaan Allah SWT.

Wing 0: Percaya atau tidak kebanyakan orang pada hari ini tergolong dalam kumpulan kedua ini

Monday, September 28, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu

Ketahui olehmu wahai thalib bahawasanya bagi orang yang menuntut ilmu itu 3 perkara; pertama menuntut ilmu kerana jadi ilmunya bekal di dalam akhirat dan tiada mengkehendaki ia melainkan kerana Allah Taala dan negeri akhirat maka mereka itulah orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan akhirat iaitulah yang dinamakan muttaqin seperti firman Allah Ta'ala yang ertinya "bahawasanya Allah Ta'ala amat kasihlah akan orang yang muttaqin" dan lagi firman Allah Ta'ala yang ertinya "dan ambil oleh kamu bekal di dalam akhirat maka bahawasanya yang terlebih baik daripada bekal itu iaitu takut akan Allah Ta'ala" bermula makna taqwa itu iaitu mengerjakan taat dan menjauhi akan maksiat seperti yang lagi tersebut makna taqwa itu di dalam kitab ini insyaAllahu Ta'ala.

Hidayatul As-Salikin
M/S: 13
Surau Kg Jawa
20 Mei 2009

Terdapat 3 sebab menuntut ilmu di mana sebab pertama ialah mendapatkan bekalan akhirat disamping memohon keredhaan Allah SWT. Golongan ini dinamakan golongan muttaqin dan mereka ini memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat kerana golongan ini ialah golongan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa bermaksud melakukan apa yang Allah SWT suruh dan meninggalkan perkara yang Allah SWT larang. Penjelasan berkaitan taqwa akan dirungkai secara lebih mendalam dalam bab yang akan datang dalam kitab ini. InsyaAllah.

Wing 0: Mudah tetapi sukar dilaksanakan

Sunday, May 10, 2009

Niat Belajar

Kata Imam Ghazali pada permulaan kitab Bidayatul Hidayah ertinya maka ketahui olehmu bahawasa jikalau engkau kehendaki dengan menuntut ilmu itu akan bersedap-sedap dan bermegah-megah dan terdahulu atas orang yang semasamu dan supaya cenderung muka manusia kepadamu dan menghimpunkan kekayaan dunia nescaya engkau mengusahani pada meruntuhkan akan agamamu dan membinasakan dirimu dan engkau jual akhiratmu dengan duniamu maka perjualanmu itu rugi dan perniagaanmu itu tiada laku dan orang yang mengajar akan dikau itu menolong bagimu atas maksiat dan menyengutui ia akan dikau di dalam kerugianmu dan iaitu seperti menjual pedang kepada orang yang merampas di jalan yang demikian itu perbuatan maksiat seperti sabda Rasulullah S.A.W barangsiapa menolong akan seorang atas berbuat maksiat dan jikalau dengan setengah perkataan sekalipun maka adalah ia jadi menyengutui di dalamnya.

Ertinya dan jikalau ada di antaramu dan qasadmu antaramu dan antara Allah taala daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayah tiada semata-mata riwayat maka suka ia olehmu kerana bahawasanya malaikat itu mengamparkan ia bagimu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan segala ikan laut memohonkan ampun bagimu kepada Allah taala apabila engkau usaha di dalam menuntut ilmu itu.
Hidayatul As-Salikin
M/S: 11 hingga 13
Surau Kg Jawa
6 Mei 2009

Dalam menuntut ilmu, Imam Ghazali berpesan sekiranya kita menuntut ilmu kerana;
i. Untuk keselesaan hidup
ii. Bermegah-megah
iii. Pangkat
iv. Menarik minat orang
v. Himpun kekayaan
sesungguhnya tindakan kita hanya memruntuhkan agama, membinasakan diri dan menjual akhirat kepada dunia di mana usaha tersebut tidak laku dan hanya mendatangkan kerugian.

Dan pesannya juga sesiapa yang mengajar kita melakukan kejahatan atau kemaksiatan maka mereka juga akan tergolong antara orang yang bersubahat dengan kita.

Sekiranya kita mempelajari ilmu semata-mata untuk memohon hidayah Allah SWT dan bukan hanya untuk tujuan untuk mencerita kepada orang lain maka sepanjang perjalanan kita ke tempat menuntut ilmu, malaikat akan menyebarkan sayap mereka dan ikan-ikan di lautan akan memohon keampunan bagimu sepanjang kita berusaha menuntutnya.

Wing 0: Ikhlaskan hati menuntut ilmu