Showing posts with label Ijazah Amalan dan Doa Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Ijazah Amalan dan Doa Pilihan. Show all posts

Saturday, September 4, 2021

Doa mendapat keampunan Allah SWT



Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa mendapat keampunan Allah SWT (M.S 31)

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
4 September 2021



Manusia tidak akan sunyi daripada lupa dan melakukan salah silap. Hati sentiasa berbolak balik. Sebab itu kita perlu saling maaf memaafi antara satu sama lain. Hati kena selalu minta agar tetap atas iman dan ketaatan.

Allah SWT akan gantikan kaum yang tak buat dosa dengan kaum yang buat dosa dan kemudian kembali memohon ampun kepadaNya. 

Saturday, August 28, 2021

Doa selepas membaca surah Al-Mulk



Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa selepas membaca surah Al-Mulk (M.S 30)

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri 
28 Ogos 2021


Sekiranya seseorang hendak meninggal dan sempat mengucap kalimah syahadah maka matinya adalah mati yang baik. 

Bal'am bin Bughirah dari Bani Israel adalah seorang guru yang mustajab doa tetapi matinya dalam su'ulkhatimah apabila digoda isterinya agar doakan kemusnahan kepada Nabi Musa. Disebabkan doanya, Nabi Musa sesat sehingga 40 tahun. 

Pada ketika sesat ini Baginda dan kaumnya dikurniakan makanan dari syurga, 'manna' dan 'salwa'. Namun bangsa Bani Israel tetap bangsa yang tidak tahu bersyukur.