Apabila berbicara tentang Palestin, kita perlu tahu yang rakyat di sana sedang bertembung dengan pengganas yang palik teruk dalam sejarah; Zionis.
Penduduk Palestin telah lama dizalimi puak Zionis yang merampas negara mereka sedikit demi sedikit dengan pertolongan kuasa-kuasa besar termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia adalah antara negara yang sentiasa bersama rakyat Palestin memerangi kezaliman pihak Zionis sejak merdeka lagi.
''Almarhum Syeikh Amin al-Husaini (Mufti Palestin) pernah diundang oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menjadi tetamu Musabaqah al-Quran terawal yang diadakan pada tahun 1960.
Ketika itu, beliau menjadi tetamu negara kita dan berucap di Stadium Merdeka, sewaktu beliau diharamkan daripada mendapat visa ke mana-mana negara di seluruh dunia.''
Zionis Israel pengganas bersejarah
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
19 Mei 2021
Fitrah seorang manusia yang ada sifat simpati dan empati apabila orang dizalimi kita ingin bantu, apatah lagi bagi seorang muslim.
Ini disandarkan kepada hadis, orang mukmin sesama mereka umpama satu jasad, salah satu anggota sakit maka seluruh badan akan turut sakit.
Disebabkan tidak dapat ke Palestin membantu rakyat di sana, maka dilancarkan tabung untuk mengutip dana membantu meringankan beban mereka di sana.
Perkara yang hendak dilakukan tidak perlu kepada pergerakan yang banyak, cukup sekadar klik memasukan duit dari akaun kita ke akaun bank pihak-pihak yang dipercayai untuk salur duit kita kepada penduduk Palestin.
Bagi orang muslim, sudah tentu peluang jihad ini akan digunakan bersungguh-sungguh untuk mendapat manfaat sepertimana diceritakan dalam Al-Quran.
Boleh rujuk seruan untuk berjihad pada surah At-Taubah: 41 dan kelebihan orang berjihad pada surah Al-Baqarah: 261, dan As-Saff:10-13.
Janganlah dibiarkan diri kita sebagai orang yang bakhil sehingga kita digantikan oleh mereka yang lebih pemurah untuk menderma seperti yang dikisahkan dalam surah Muhammad ayat 38.
Oleh itu mari bersama-sama kita membantu rakyat Palestin yang amat-amat memerlukan bantuan kita pada ketika ini.
Bantulah setakat yang mampu; membelanjakan harta yang terbaik sehingga menadah tangan di tikar memohon agar dikurniakan pertolongan kepada umat Islam seluruh dunia.
Kemenangan Islam semakin hampir, usah lepaskan peluang untuk bersama-sama tentera yang memenangkannya
Kepada yang ingin menyumbang melalu PAS Kawasan Bayan Baru disalur melalui:
07034010005608 (BIMB)
PAS Kawasan Bayan Baru
Boleh PM resit kepada saya untuk pemakluman kepada PAS kawasan.
Teks penuh Zionis Israel pengganas bersejarah:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/05/19/zionis-israel-pengganas-bersejarah
#AlQuranPanduanKami
#rijaldaulah
#setiapkejadianberhikmah
No comments:
Post a Comment