Monday, April 3, 2017
Ringkasan Perang Tabuk
Monday, January 2, 2017
Salam Tahun Baru 2017
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog ini. Semoga perjalanan kita pada tahun akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan sentiasa di bawah rahmatNya.
Meskipun banyak persoalan ditimbulkan; mengapa tidak menjadikan tahun Hijrah sebagai asas perancangan, kenapa menggunakan kalendar yang dihasilkan oleh bukan Islam, kenapa nak berazam mesti tunggu tahun baru Masihi dan pelbagai lagi, perkara tersebut bagi saya amat subjektif.
Perkara yang lebih penting bagi saya ialah apakah kesempatan yang ingin kita ambil dan lakukan dalam membawa bekalan untuk hari kemudian. Berapa ramai yang banyak bercakap tetapi langsung tiada tindakan dalam membawa kemenangan kepada Islam.
InshaAllah antara azam yang saya ingin lakukan ialah meruntuhkan jahiliyyah bersungguh-sungguh kerana Islam tertegak di atas keruntuhan jahiliyyah. Tidak akan sekali Islam seiring dengan jahiliyyah. Antara satu akan berada di atas dan satu mesti berada di bawah.
Saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca sekalian. Sekiranya ada perkara yang saya lakukan bertentangan dengan azam saya, tegurlah saya. Semoga usaha kecil ini dapat membantu menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Salam Tahun Baru 2017
Wing 0
Jihad fi sabilillah
Saturday, December 31, 2016
Berbengkel sambil berdakwah
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyertai Bengkel Penulisan Artikel Popular yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Moderator program ialah Dr. Nizam. Selalunya apabila ada masalah gout, beliau akan hubungi saya untuk bekam.
Bengkel ini memberi tips dan motivasi untuk menghantar artikel ke majalah-majalah tempatan seperti Dewan Tamadun, Solusi, Dewan Siswa dan sebagainya. Di samping mendapat sagu hati, usaha ini sebenarnya dapat meningkatkan kefahaman kita dalam sesuatu bidang ilmu.
Peserta bengkel terdiri daripada pelajar, pensyarah dan penerbit buku USM. Salah seorang peserta ialah seorang profesor bukan Islam dari USM Kubang Kerian. Penyertaan beliau memberi pengalaman yang menarik kepada kami.
Friday, September 16, 2016
Terima kasih Tuan Guru...
Hari ini, 16 September 2016 hari rakyat Malaysia kehilangan seorang lagi permata yang banyak memberi manfaat kepada negara. Seorang guru yang menghabiskan masa beliau kepada ummah dalam memimpin agar masyarakat berada pada jalan yang diredhai Allah SWT. Seorang murshid yang memandu jemaah Islam agar tidak terbabas daripada dasar perjuangan Islam yang sebenar. Beliaulah Tuan Guru Ustaz Haron Din.
Hari ini juga saya tidak dapat fokus dalam melakukan kerja-kerja yang sememangnya banyak dan tidak habis. Masakan mampu apabila terkenang detik-detik menjadi anak murid Tuan Guru pada tahun 2008. Meskipun hanya setahun di Darussyifa', namun kemanisan menuntut ilmu bersama beliau dan kesan pengajaran ilmu yang beliau perturunkan cukup melekat pada diri saya sehingga kini.
Pertama sekali yang saya ingat ketika kali pertama menyertai kelas beliau, sewaktu beliau baru masuk ke dewan solat menuju ke tempat imam, mata saya terpana melihat kejernihan wajah beliau dan keputihan yang terpancar daripada jubah beliau memberi ketenangan dalam hati ini. Inilah kali pertama saya melihat beliau pada jarak yang dekat. Terkejut ketika itu. Rupanya memang benar Allah SWT memberi kelebihan hatta hanya apabila melihat ulama'. Tidak terbayang bagaimana pula jika dapat melihat Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sudah 2 bulan kemaskini blog ini...
Amanah dan tanggungjawab yang diberikan jemaah semakin hari semakin bertambah dan mencabar memerlukan konsentrasi yang lebih untuk menguruskannya. Boleh dikatakan apabila memegang telefon bimbit atau buka komputer, 70% daripada masa saya dihabiskan untuk gerak kerja sahaja dahulu.
Dalam masa sama tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang sedang menghabiskan pelajaran saya di peringkat PhD perlu diberi perhatian memandangkan sudah 2 semester saya berhutang dengan pihak universiti. Sekiranya bulan Disember ini tidak saya selesaikan hutang tersebut maka nama saya akan dikeluarkan daripada status pelajar kampus ini.
Sebagai seorang yang sudah berkeluarga dan pelajar sepenuh masa, sudah tentu tanggungjawab saya sebagai orang yang sepatutnya mencari rezeki tidak terlepas. Dalam 20% masa saya di hadapan telefon bimbit dan komputer adalah untuk menguruskan perniagaan saya. Sekiranya berkelapangan jemput melawat page dan laman web kami:
Facebook page: https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
Laman web: http://www.ohsihat.com
Setiap kita diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap keimanan kita. Antara cabaran yang sedang saya lalui ketika ini ialah saya tidak ada telefon bimbit sendiri dan tidak ada laptop. Saya sedang berkongsi telefon bimbit dengan isteri saya dan isteri saya terpaksa meminjam laptop dari sekolah untuk buat kerja-kerja sekolah.
Tujuan penulisan ini lebih kepada memberi kekuatan untuk menulis dalam blog kembali. Saya memohon kepada yang membaca agar saya dapat mendoakan saya Istiqamah Hingga Kemenangan yang hakiki di akhirat kelak. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca post ini.
Farhan Yusri
https://www.facebook.com/farhanyusri
Thursday, August 1, 2013
Wing 0 return
InsyaAllah page ini akan dikemaskini kembali selepas setahun menyepi. InsyaAllah saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang saya pelajari supaya dapat dijadikan panduan. Sebarang cadangan atau teguran saya terima dengan lapang dada, insyaAllah...
Wing 0 Return
Thursday, September 9, 2010
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, July 31, 2009
Sedarlah wahai hati ini
Setiap hari ada kematian...
Setiap makhluk tidak mampu lari daripadanya...
Hanya menunggu masa.
Apabila ada di kalangan mereka yang dekat dengan kita mati, perasaan sedih menyelubungi hati. Hati kita akan mengungkit kembali detik kita bersama dengan si hamba Allah yang meninggal itu. Hati menangis meskipun kadang-kala mata cuba menafikan sehingga merah mengelilingnya. Lumrah hidup...
Namun...
Berapa lama perasaan sedih itu perlu menyelubungi hati kita. Dunia masih terpampang di depan mata. Matahari dan bulan masih meneruskan tugas mereka. Tanggungjawab dan amanah mesti diteruskan. Perasaan itu perlu dihilangkan... Hanya memori yang menjadi parut pada hati ini sahaja ditinggalkan.
Tetapi...
Jangan...
Jangan sekali-kali...
Jangan sekali-kali kita lupa... Yang kita juga akan mati.
Biarlah perasaan sedih itu pergi. Biarkan memori menjadi parut dalam hati ini. Tetapi jangan biar sekali-kali yang diri kita juga akan mati.
Monday, June 29, 2009
Tahniah kepada Pelajar Baru Universiti
Seperti biasa apabila tiba minggu orientasi universiti pak guard akan ditugaskan untuk mengawal kemasukan orang luar ke dalam universiti. Kepada yang tiada pelekat kenderaan selalunya akan diminta berhenti untuk di’soal siasat’. Namun berbeza bagi mereka yang pak guard sudah kenal. Meskipun dah lebih 2 bulan masuk keluar universiti, pak guard tidak pernah tahan untuk di’soal siasat’ (Skill mau ada la).
Hari ini kelihatan pelajar lebih ramai daripada sebelum ini. Pelajar baru universiti sessi 2009/2010 sudah mula menghadapi minggu orientasi mereka. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya masuk universiti. Semoga kemasukan ini akan menjadikan anda lebih matang dalam menghadapi dunia realiti pada hari ini. Berhati-hatilah terhadap setiap perkara yang didengar atau disuruh ketika berada dalam universiti ini agar tidak terperangkap oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.
Gunakanlah masa anda sebaik-baiknya kerana masa akan jadi kawan yang banyak membantu atau lawan yang yang banyak menyusahkan sekiranya tidak digunakan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan masa anda. Meskipun jadual kuliah telah tetap namun pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk tidak menghadiri kuliah dalam masa sama rekod kehadiran pensyarah menulis yang kita hadir ke kuliah tersebut (Ilmu yang tak perlu dipelajari). Semoga anda berjaya menghadapi era baru anda.
Good luck!
Wing 0
Jihad fi Sabilillah
Friday, May 8, 2009
?Pening?
Dalam masa sama saya dapat mesej daripada kawan-kawan dalam Yahoo Messenger seolah-olah saya online dan ada menghantar mesej kepada orang lain. Kepada sesiapa yang ada menerima mesej YM daripada saya sepanjang minggu ini diharap tolong abaikan kerana saya tidak online sepanjang minggu ini lagi kecuali pada hari Jumaat jam 8:30 malam. Itu pun sekejap sahaja. Harap maklum.
Wing 0: Minggu mula kerja la macam-macam nak jadi
Friday, April 24, 2009
Adakah anda pemimpin?
Pembuka bicara kami ketika saya sedang menyusun beg-beg sebelum berangkat ke Bukit Selambau. Membawa golongan veteran ke pilihanraya kecil membuka lembaran baru dalam perjuangan saya setelah pulang ke negeri sendiri. Jika sebelum ni selalu bawa golongan-golongan junior sahaja ke program, kini kena biasakan diri dengan golongan-golongan yang lebih veteran.
"Pakcik tak mampu nak raih undi atau buat kerja-kerja berat. Hanya mampu nak pi masak saja. Tak kira la kerja apa pun selagi boleh berjuang demi Islam pakcik tak kisah."
Antara ungkapan-ungkapan yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya pada ketika ini. Ahli-ahli dari pelbagai lapisan telah berjuang habis-habisan untuk memastikan sistem khalifah dapat ditegakkan kembali. Perkara yang amat menyedihkan apabila mendapat berita ini sebagai balasan oleh setengah golongan yang menggelar diri mereka pemimpin jemaah.
Musim Pemilihan Pemimpin
Ketika musim pemilihan pemimpin ketika ini, pelbagai ragam dan maklumat dalaman yang melibatkan pemimpin dapat diperolehi dengan begitu mudah sekali. Jika sebelum ini, wala' ahli terhadap pemimpin tidak berbelah bahagi namun setelah makin banyak cerita-cerita yang tidak menarik tentang pemimpin dimuntahkan maka keraguan ahli kepada pemimpin semakin menjadi-jadi.
"Betulkah pemimpin kita buat macam ni?"
"Ala, dia jugak manusia..."
"Dia kena sedia untuk duduk di bawah pulak."
Tahun ini buat pertama kali dalam sejarah perjuangan saya terkejut apabila di hadapan mata saya sendiri seorang pemimpin telah meminta dirinya dicalonkan antara ahli jawatan tertinggi dalam jemaah. Terkejut saya mendengarnya. Macam kempen pilihanraya pulak. Sebelum ini apa yang saya biasa hadapi tolak jawatan dalam parti ada la. Perkara yang amat mengecewakan saya.
Selang beberapa hari pulak saya mendapat berita yang pimpinan ini yang tidak pernah menghadiri mesyuarat di peringkat bawahan datang untuk memastikan teamnya dicalonkan untuk ahli jawatankuasa di peringkat pusat. Ada ahli di peringkat bawahan menolak sebahagian daripada team tersebut. Yang terpilih pun kerana dia mempergunakan orang yang boleh mempengaruhi keputusan dalam mesyuarat untuk menyokongnya. Sehinggakan orang tersebut berkata dia tak boleh buat apa-apa kerana awal-awal dah diminta berbuat demikian oleh pemimpin tersebut.
Melobi
Pelik cerita di atas. Tetapi itulah hakikat yang terjadi pada masa kini. Sudah berlaku lobi-melobi. Mungkin disebabkan sekarang ini jemaah berada dalam keadaan 'menang' di kaca mata masyarakat. Persoalannya adakah dibenarkan lobi-melobi ini?
Jika dirungkai sejarah ketika kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, puak ansar telah melobikan diri mereka untuk menjadi pemimpin umat Islam ketika itu. Setelah puak muhajirin mendengar khabar tersebut mereka segera bertemu puak ansar dengan meninggalkan hanya beberapa orang sahabat sahaja untuk mengebumikan Rasulullah S.A.W. Pertengkaran berlaku dalam memilih pemimpin umat Islam pada masa itu sehingga Abu Bakar datang untuk menyelesaikan persengketaan tersebut. Kebijaksanaan dan kelebihan Abu Bakar telah digunakan oleh Umar untuk melobi perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah untuk memimpin umat Islam selepas kewafatan Baginda S.A.W. Cadangan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua golongan muhajirin dan ansar. [1]
Peristiwa di atas menunjukkan keadaan yang membolehkan lobi-melobi dilakukan dalam pemilihan ketua. Namun saya lebih suka apa yang dikatakan oleh ustaz Azizan tentang pemilihan ketua (Klik di sini). Bagi saya biarlah pemimpin yang dipilih oleh ahli tidak dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin yang melobi. Diharap jemaah PAS yang didokong oleh ulama selama ini akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T dan dijauhkan daripada menerima nasib yang sama seperti UMNO.
[1] Perbincangan dalam usrah daie
Wing 0: Selamat memilih pemimpin
Sunday, April 12, 2009
Fakta atau auta?

Sepanjang melawat pelbagai web, saya dapati pelbagai variasi laman web yang dihasilkan oleh pihak-pihak yang membuat laman web termasuk blogger. Kepelbagaian dari sudut kandungan, corak, bahan-bahan tambahan dan lain-lain lagi disediakan bagi menarik minat pembaca di seanterio dunia mengikutinya. Di sini ingin saya sentuh sedikit tentang kandungan-kandungan web terutama daripada blog-blog yang dihasilkan oleh bloggers.
Sebagai ahli sains, antara aspek yang penting bagi saya ketika menyelami dunia maklumat adalah kesahihan sesuatu maklumat atau fakta. Fakta beerti sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan [2]. Fakta ini boleh jadi daripada Al-Quran, hadith, hasil penyelidikan, berita yang sahih, pengalaman hidup dan sebagainya. Sebeb itu saya tidak kisah sekiranya bloggers ingin menjadikan blog mereka sebagai diari untuk tatapan umum (Selagi tidak membuka aib diri). Melaluinya pelbagai pengalaman yang belum dialami oleh orang lain dapat dijadikan tauladan dan sempadan oleh pembaca.
Bertentangan dengan fakta, ada laman web yang tidak menyampaikan sesuatu yang sahih atau auta atau lebih senang lagi disebut temberang [2]. Laman web seperti ini selalunya diwujudkan atas dasar tidak puas hati atau hendak melaga-lagakan pembaca. Dalam blog ini juga diluahkan perkara-perkara yang dituduh untuk memburuk-burukkan seseorang walhal perkara tersebut tidak berlaku. Dalam istilah mudah boleh dikatakan sebagai fitnah. Saya menyarankan kepada pihak yang ingin meletakkan sesuatu informasi ke dalam web atau blog mereka, tidak kira taip sendiri atau salin daripada web orang lain agar lebih berhati-hati agar tidak tergolong dalam golongan yang menanggung dosa besar [3] dan golongan yang munafik.
Ada satu lagi jenis web yang agak terkecuali daripada kedua-dua jenis web di atas. Web ini juga cukup minat untuk saya lawati. Dalam web-web ini ada yang menceritakan perkara yang betul atau ada yang yang fantasi semata-mata. Itulah laman web komik dan animasi. Bab in mungkin saya akan kupasnya pada masa yang akan datang. :-)
Setiap laman web atau blog mempunyai pelbagai kekreativitian tersendiri dalam menarik minat pembaca lain untuk baca. Pelbagai informasi juga dapat diperoleh daripadanya. Ada yang berkongsi fakta dan ada yang sekadar ingin menyebarkan khabar angin. Para pembaca harus berhati-hati dalam memilih dan menerima maklumat yang disampaikan dalam web atau blog.
[1] Utusan Meloya 8 April 09
[2] Kamus Dewan edisi ketiga
[3] Al-Quran; Al-Baqarah 191
Wing 0: Bijak menilai yang mana betul dan yang mana bohong
Thursday, April 9, 2009
Apakah disebalik bayang-bayang perjuanganmu?
Tenangkan fikiran...Tutup matamu...
Buka mindamu...
Lihat disudut pandangan lain...
Sebab apa berjuang?
Tidak kira dalam apa jua bidangmu...
Pelajar, guru, ahli dakwah, jurutera, doktor, petani, ahli politik...
Apakah yang menggalakkan perjuanganmu?
Wang, pangkat, wanita, pengalaman, keluarga...
Apakah matlamatmu?
Jawatan tertinggi, kahwin, keamanan, teman wanita, pengaruh...
Apa halanganmu?
Kawan, bos, orang bawahan, keluarga, parti...
Adakah matlamatmu sama seperti pada awal perjuangmu?
Ikhlaskan hatimu menjawab semuanya
Sesungguhnya Allah SWT berkuasa membolak-balikkan hati
Wing 0
9 April 09
Flying through hasitant
Tuesday, March 31, 2009
Back on Track

Alhamdulillah setelah lebih sebulan betungkus-lumus menyelesaikan kerja-kerja yang amat perlu diselesaikan maka pada hari ini hidup saya sudah boleh kembali kepada normal. Harap selepas ini boleh menyelesaikan perkara-perkara yang telah sekian lama tertangguh. Ingin dimaklumkan di sini yang saya sudah tiada di sekitar Lembah Klang. Saya telah kembali ke negeri asal; Pulau Pinang. Oleh itu, kepada sesiapa yang masih tidak termaklum ingin saya maklumkan di sini saya tidak berada di sekitar Lembah Klang lagi dah. Cuma ke sana apabila keadaan memerlukan.
Wing 0: Pulau Pinang, saya telah kembali...
Wednesday, March 11, 2009
Ambik hang...
Ini keadaan meja di tempat kerja selepas sebulan bertungkus lumus bekerja. Meskipun sudah sebulan berlalu tetapi noktah akhir masih belum ditemui lagi. Apatah lagi apabila datang kerja-kerja yang sepatutnya bukan kerja saya tetapi dipaksa buat (atas arahan... standard). Kepada sesiapa yang cuba menghubungi saya melalui telefon tetapi tidak dilayan harap maaf kerana pada masa ini saya teramat-amat fobia dengan bunyi telefon meskipun selepas waktu bekerja.
Wing 0: Ada sapa-sapa nampak telefon saya...?
Wednesday, January 28, 2009
Geram... tapi gembira
Wing 0: Yang penting sekali MU menang lagi
Tuesday, January 27, 2009
Sepetang bersama Black
Nama Black mungkin biasa bagi mereka yang bersekolah di SMKA Al-Mashoor Lelaki dari tahun 1997-1999. Nama penuh Syed Syaufiq Syahiran. Seorang yang tidak popular kerana nasyid atau tilawah tetapi terkenal dengan ideologi yang dibawa bertepatan dengan realiti masa kini tanpa menentang syariat. Berkenalan dengannya banyak mengubah paradigma dan cara hidup saya berbanding sebelumnya. Pada Isnin Tahun Baru Cina kami berjumpa setelah hampir 2 tahun tidak berjumpa.
Antara perkara yang menarik minat saya daripada apa yang dikatanya ketika dalam pertemuan tersebut;
1.
Kita kalau buat benda teruk hati jadi tak senang. Kalau hati tak senang buat kerja serba tak jadi.
2.
Rakyat Malaysia minat satu benda kerana orang lain minat.
3.
Alien kalau dapat signal TV Malaysia mesti kagum dengan keadaan Malaysia ni. (maksudnya terlampau kuat menipu)
4.
Kalau silap beli baju boleh dipakai waktu malam. Kalau silap beli seluar pakat simpan dalam almari sajala...
5.
Orang kalau dia minat satu benda walaupun dah ada cetak rompak mesti beli yang original punya. Sebab tu kalau syarikat muzik masukkan semua lagu dalam internet sekali pun mesti boleh survive lagi jualan syarikat depa.
Wing 0: Kawan biar beribu...
Saturday, January 24, 2009
Melihat sesuatu perkara
Dalam bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik, saya dikategorikan dalam sahabat yang paling kurang baik kerana apa yang saya lakukan tidak banyak sanggup dilakukan oleh orang-orang baik. Antara perkara utama yang sering saya lakukan sehingga boleh dijadikan hobi ialah membaca komik dan bermain permainan video terutama Playstation 2. Saya masih teringat pada satu tamrin kepimpinan yang pernah saya hadiri, seorang daripada peserta pernah disoal apa faedah yang dia dapat daripada bermain permainan video. Dia senyap. Diam sambil menundukkan kepalanya...Ketika saya pulang ke Pulau Pinang pada Rabu baru-baru ini, sahabat saya memasang lagu-lagu nasyid yang terkenal pada era 80-an ketikamana nasyid tidak menjadi halwa masyarakat ketika itu.
"Ana suka lagu-lagu nasyid dulu. Lirik lebih jelas daripada muzik," kata sahabat saya.
Saya tersenyum. Meskipun muzik bukanlah kegemaran saya tetapi saya setuju dengan pendapatnya. Pada hari ini saya lihat kebanyakkan lagu-lagu yang dikategorikan dalam lagu nasyid hanya sebagai satu lagu yang berdendang untuk menyedapkan telinga daripada membangkitkan semangat seseorang. Nasyid-nasyid ini dinilai muziknya dahulu sebelum dinilai lirik lagunya. Ini pendapat saya, nak bangkang terpulang. Saya menilai berdasarkan pemerhatian saya.
Ketika menjadi pelajar di Darussyifa', antara asas 10 yang kedua yang dihafal ialah ayat dari surah Al-Mukminuun ayat 115. Tiada perkara yang Allah SWT jadikan sia-sia. Hanya bagaimana satu perkara itu dilihat, itu yang membezakan hasil yang akan kita perolehi. Bak kata orang kampung Ustaz Hasrizal; What you see is what you get. Kita boleh mengumpamakan seperti perkara di bawah;
Seorang pemuda pergi ke pusat membeli-belah untuk berjalan-jalan.
Seorang suami pergi ke tempat sama untuk membeli barang keperluan harian.
Seorang penganalisis pergi ke tampat sama untuk mendapatkan data.
Seorang pendakwah pergi ke tempat sama untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Orang yang berbeza pandangan dan matlamat menuju ke satu tempat yang sama. InsyaAllah mereka akan mendapat apa yang mereka hajatkan untuk ke tempat tersebut. Pada saya penting untuk memperbetulkan penglihatan ini agar apa yang kita lakukan membawa makna kepada kita. Masa, tenaga dan wang tidak dibazirkan sia-sia sekiranya apa yang ingin kita lakukan ini mempunyai satu pandangan yang jelas, yang boleh membawa kita ke matlamat yang sempurna serta perkara yang kita lakukan memberi makna kepada kita. Semoga apa yang kita lakukan tergolong dalam golongan yang melakukan ibadah dalam masa sama memperoleh makna yang yang baik dalam melakukan sesuatu.
Wing 0: Lihat dengan mata iman
Thursday, January 15, 2009
Pilihanraya Kuala Terengganu: Selamat Berjuang
Pagi tadi selepas solat Subuh menerima panggilan daripada Shuhaimi yang sedang bertugas di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Menurutnya pada ketika ini semua petugas terpaksa melakukan banyak kerja menjelang tarikh buang undi yang akan berlangsung pada Sabtu ini (17 Januari 09). Dikatanya juga di sana terutama di ADUN yang dia sedang bertugas, ramai menteri turun untuk meraih undi. Dia minta agar kita yang tidak berada di sana bersama-sama bermunajat agar Allah SWT menurunkan kemenangan kepada pejuang yang berjuang menegakkan Islam di Kuala Terengganu. Semoga dengan ini juga dapat membesarkan lagi jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.Kepada pengundi di Kuala Terengganu, undilah calon yang mampu membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Janganlah dikabur oleh gula-gula dunia yang dikatakan akan diperoleh sampai ke liang lahat tapi tidak membawa apa-apa kebaikan di akhirat kelak. Selamat mengundi.
Wing 0: Jom undi PAS





