Wednesday, April 5, 2017

Kemuliaan Bilal bin Rabah


Pada mata masyarakat ketika di Mekah, Bilal bin Rabah ialah seorang yang cukup terhina. Kehinaan masyarakat kepadanya sehinggakan kaum kafir Mekah menyerahkannya kepada kanak-kanak untuk diseksa kerana tidak mahu kotorkan tangan mereka.

Kaumnya sendiri, Bani Jumah juga tidak menerimanya sebagai salah satu daripada mereka. Ada riwayat menyatakan nilai tebusannya hanya bernilai 28 dirham (bersamaan 28 ekor ayam) untuk memerdekakannya.

Istimewanya Bilal ketikamana sahabat selalu bertanyakan Rasulullah SAW amalan apa yang terbaik untuk dilakukan, Bilal pula ditanya oleh Baginda SAW amalan apa yang dilakukannya sehingga Baginda bermimpi mendengar tapak kasutnya di syurga.

Pernah satu ketika Salman Al-Farisi, Suhaib Ar-Rumi dan Bilal bin Rabah memberi amaran berjaga-jaga kepada Abu Sufian (ketika belum Islam). Saidina Abu Bakar yang berada berdekatan amat terasa dengan tindakan mereka kerana tindakan mereka seolah-olah menghina status Abu Sufian yang sama dengannya sebagai seorang yang masyhur di kalangan masyarakat.

Saidina Abu Bakar membawa isu ini kepada Rasulullah SAW. Terkejutnya Saidina Abu Bakar apabila Rasulullah SAW memberi amaran kepadanya bahawa Allah akan murka sekiranya mereka yang memberi amaran kepada Abu Sufian tadi marah.

Saidina Abu Bakar segera berjumpa mereka dan bertanyakan adakah mereka marah kepadanya kerana tindakannya melapor kepada Baginda SAW. Mereka berkata mana mungkin mereka hendak marah kepada orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Ulama' berpendapat sebab Baginda Nabi SAW berkata demikian kerana adanya Bilal bin Rabah di situ.

No comments: