1. Suasana kemarau di Madinah.
2. Buah anggur dan kurma lebat mengeluarkan hasil.
Umat Islam pada ketika itu diarahkan untuk bertempur dengan tentera kerajaan Rom di Tabuk. Perjalanan ke sana mengambil masa sebulan perjalanan pergi dan sebulan perjalanan balik.
Rasulullah SAW telah mengarahkan semua mereka yang layak untuk berperang agar turut serta dan tiada berkecuali. Namun ada juga mengharapkan diubah waktu kerana dua keadaan di atas.
Allah SWT telah memberi peringatan kepada orang-orang beriman pada ketika itu melalui ayat ke-9 surah At-Taubah yang membangkitkan kembali semangat mereka untuk berperang. Walaubagaimana pun golongan munafik tetap tidak sertai.
Ketika dalam perjalanan, Rasulullah SAW menyemak keterlibatan para sahabat dan dapati 3 orang sahabat yang merupakan ahli Badar tidak sertai peperangan ini. Mereka ialah Mubarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah, dan Ka'ab bin Malik.
Perang ini tidak berlaku, Rasulullah SAW dan para sahabat pulang semula ke Madinah.
Selepas solat Subuh setelah pulang dari Tabuk, ketika itu di bulan Ramadhan, Rasulullah SAW menghadap para sahabat. Datanglah para munafik memberi alasan masing-masing sebab tidak sertai perang.
Rasulullah SAW melayan sahaja alasan-alasan yang diberi. Apabila datang ketiga-tiga sahabat tadi mereka terus mengaku bahawa mereka tiada alasan untuk diberikan melainkan lalai daripada perintah Allah dan RasulNya.
Akibatnya mereka dipulau oleh Rasulullah dan para sahabat. Pada ketika itu hati mereka amat sempit. Kisah mereka seperti dikisahkan dalam surah At-Taubah ayat 118.
Pada ketika ini juga mereka menerima tawaran daripada Raja Rom untuk tinggal di sana dan diberi kemewahan. Walaubagaimana pun selepas menerima surat ini mereka terus bakar tanda betapa kuatnya iman mereka.
Akhirnya selepas hari ke-50 mereka dipulau, taubat mereka diterima dan hanya Aĺlah SWT yang lebih ketahui kegembiraan mereka. Taubat mereka dikisahkan dalam surah At-Taubah ayat ke 117.
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.
- Pengisian Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari di majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment