(110:2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
(110:3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/
Surah An-Nasr ialah surah sempena kemenangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW yang berjaya menawan kota Mekah. Surah ini diturunkan sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah untuk menyatakan mukjizat nabi SAW.
Ayat sebelum ini menyatakan umat Islam boleh masuk Mekah. Apabila menerima ayat tersebut, Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat untuk bersedia ke Mekah untuk menunaikan umrah. Di tengah jalan mereka dihalang oleh bala tentera musyrikin Mekah yang menghalang mereka daripada masuk Mekah. Ini menjadi ujian kepada umat Islam ketika itu untuk meyakini janji Allah SWT. Golongan munafik ketika itu mempertikai suruhan Allah tersebut.
Selepas itu Rasulullah SAW menghantar Saidina Uthman RA untuk berunding dengan pihak musyrikin Mekah. Namun beliau tidak balik selepas dihantar. Mengikut adat semenjak zaman jahiliyyah tidak boleh menghalang orang daripada masuk ke Mekah tetapi golongan musyrikin Mekah telah mengingkari adat yang telah mereka tetapkan.
Rasulullah SAW telah mengadakan bai’ah (jual) dengan para sahabat untuk meyerang Mekah dan tidak akan berundur walau apa pun berlaku. Kesemua mereka ini diberi keredhaan Allah, RadhiyAllahuanhu (RA), di mana Allah redha dengan mereka meskipun mereka pernah melakukan maksiat sebelum ini. Jumlah mereka seramai 1000 orang. Rasulullah SAW menggunakan tangan Baginda sebagai pengganti kepada tangan saidina Uthman RA.
Setelah puak musyrikin Mekah mendapat tahu bai’ah ini, mereka menghantar wakil untuk berunding dengan Rasulullah SAW. Dimetraikan perjanjian hudaibiyyah. Rasulullah SAW meminta Saidina Ali K.W menulis. Kaum musyrikin diwakili oleh Suhil bin Amar. Perjanjian ini seolah-olah lebih memberi kelebihan kepada kaum musyrikin. Antaranya:
- Perkataan bismillahirrahmanirrahim diganti dengan bismukallah.
- Nama Rasulullah SAW diganti oleh Muhammad bin Abdullah.
- Orang Islam yang ke Mekah tak perlu dihantar balik manakala orang Islam yang ke Madinah perlu dihantar balik.
- Orang Islam tidak dibenarkan ke Mekah pada tahun tersebut.
- Mana-mana qabilah dibenarkan bergabung dengan mana-mana pihak yang mereka hendak. Antara pihak Islam atau pihak musyrikin Mekah.
Para sahabat masih berat untuk menyembelih. Baginda SAW masuk ke dalam khemah menceritakan hal ini kepada isteri Baginda, Ummu Salamah RA dan Ummu Salamah RA mencadangkan agar Rasulullah SAW buat dahulu penyembelihan tersebut. Setelah Baginda SAW sembelih maka para sahabat mengikuti Baginda. Para sahabat pulang dalam keadaan kecewa kerana tidak dapat menunaikan umrah.
Perjanjian Hudaibiiyah antara permulaan kepada pembukaan kota Mekah. Pada ketika ini dipersetujui tidak dibenarkan untuk berperang. Ketika ini juga tidak dibenarkan untuk menindas antara satu sama lain. Pada ketika ini ramailah yang mula masuk Islam. Berganda-ganda bilangannya. Pada ketika ini juga ada sahabat yang keluar dari Mekah tidak ke Madinah tetapi tinggal di bukit-bukit.
Setelah tahun berikutnya Baginda SAW menunaikan umrah. Ketika menunaikan tawaf di satu bahagian Baginda SAW dan para sahabat berlari-lari anak menunjukkan kecergasan umat Islam. Tindakan Baginda dan para sahabat ini menafikan sebaran berita ketika itu yang menyatakan bahawa Madinah adalah tempat yang tidak elok, berlaku wabak di sana. Tahun tersebut adalah tahun yang damai. Saidina Uthman telah dibebaskan daripada tahanan kaum musyrikin Mekah.
Takdir Allah SWT, kabilah bani Bakar yang bergabung dengan kaum musyrikin Quraisy menyerang kaum Quza’ah yang bergabung dengan Baginda SAW. Kaum Quza’ah ialah kaum yang rapat dengan datuk nenek Nabi Muhammad SAW. Meskipun mereka tidak memeluk Islam tetapi mereka berbaik dengan Rasulullah SAW. Mereka melaporkan perkara ini kepada Baginda SAW dalam keadaan orang musyrikin Mekah tahu yang mereka telah melanggar perjanjian.
Keadaan ini telah memberi kebenaran kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyerang Mekah bila-bila masa sahaja. Abu Sufian bin Harb, pemimpin Mekah datang ke Mekah untuk bertemu dengan Baginda SAW untuk berunding semula. Semua penduduk Madinah buat tidak layan kepadanya sehingga dia pergi ke rumah isteri Nabi, Ummu Habibah yang merupakan anaknya. Namun dia pulang ke Mekah dalam keadaan hampa.
Nabi SAW mengarahkan para sahabat untuk membuat persediaan untuk berperang. Tidak dimaklum arah hendak dituju. Tiba-tiba malaikat Jibril memaklumkan kepada Baginda SAW ada seorang perempuan dalam perjalanan menghantar surat ke Mekah. Perempuan tersebut tinggal di Nakhlah. Nabi SAW mengarah saidina Ali dan Az-Zubair mengejar wanita ini. Apabila bertemu mereka minta kepada perempuan tersebut surat tersebut. Pada awalnya dia tidak mahu bagi tetapi akhirnya menyerahkannya.
Surat tersebut dibawa pulang ke Madinah tanpa dibuka dan diberi kepada Baginda Nabi SAW. Surat tersebut dari Hatib Abi Bat’am, seorang ahli Badar kepada pemimpin Mekah yang memberi amaran kepada Quraisy Mekah yang nabi SAW akan serang Mekah. Apabila dipanggil dia menyatakan tujuan dia melakukan kerana tiada waris yang menjaga keluarganya di Mekah. Dia berharap agar keselamatan keluarganya terjamin.
Saidina Umar RA menawar diri untuk membunuh Hatib tetapi dilarang oleh Baginda SAW kerana beliau adalah ahli Badar. Allah SWT mengampuni dosa-dosa ahli Badar. Pada ketika ini turun ayat Al-Quran yang melarang kita daripada memberi kesetiaan kepada orang kafir. Hanya dibenarkan berkawan sahaja.
Bala tentera Islam datang dengan bilangan puluhan ribu tentera dan memasuki kota Mekah. Baginda mengisytiharkan perintah berkurung kepada penduduk Mekah. Mereka semua tidak keluar sehingga dibenarkan untuk keluar. Setelah selesai perintah tersebut mereka menemui Nabi SAW di Ka’abah. Pada ketika itu Nabi SAW membebaskan semua mereka dan hanya menangkap beberapa orang sahaja. Ada riwayat menyatakan 12 orang kerana melakukan jenayah yang amat besar. Walau bagaimanapun hanya 3 orang sahaja yang dibunuh yang baki diampunkan. Setelah ini masuklah Islam secara beramai-ramai.
Surah ini adalah satu petanda bahawa Nabi SAW akan meninggal selepas itu. Pada ketika ini hanya Ibnu Abbas RA yang memahami hal ini. Beliau adalah seorang yang muda yang didoakan oleh Nabi untuk memahami tafsir ayat Al-Quran. Pada zaman saidina Umar RA, pernah Ibnu Abbas dipanggil ke majlis beliau. Para sahabat lain tidak berpuas hati mengapa anak-anak mereka tidak dipanggil. Pada ketika itulah baru semua sahabat tahu daripada Ibnu Abbas RA bahawa turunnya surah An-Nasr adalah petanda bahawa Nabi SAW akan wafat tidak lama selepas itu.
No comments:
Post a Comment