Friday, September 16, 2016

Sudah 2 bulan kemaskini blog ini...

Saya pohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dalam 2 bulan ini.

Amanah dan tanggungjawab yang diberikan jemaah semakin hari semakin bertambah dan mencabar memerlukan konsentrasi yang lebih untuk menguruskannya. Boleh dikatakan apabila memegang telefon bimbit atau buka komputer, 70% daripada masa saya dihabiskan untuk gerak kerja sahaja dahulu.

Dalam masa sama tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang sedang menghabiskan pelajaran saya di peringkat PhD perlu diberi perhatian memandangkan sudah 2 semester saya berhutang dengan pihak universiti. Sekiranya bulan Disember ini tidak saya selesaikan hutang tersebut maka nama saya akan dikeluarkan daripada status pelajar kampus ini.

Sebagai seorang yang sudah berkeluarga dan pelajar sepenuh masa, sudah tentu tanggungjawab saya sebagai orang yang sepatutnya mencari rezeki tidak terlepas. Dalam 20% masa saya di hadapan telefon bimbit dan komputer adalah untuk menguruskan perniagaan saya. Sekiranya berkelapangan jemput melawat page dan laman web kami:

Facebook page: https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
Laman web: http://www.ohsihat.com

Setiap kita diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap keimanan kita. Antara cabaran yang sedang saya lalui ketika ini ialah saya tidak ada telefon bimbit sendiri dan tidak ada laptop. Saya sedang berkongsi telefon bimbit dengan isteri saya dan isteri saya terpaksa meminjam laptop dari sekolah untuk buat kerja-kerja sekolah.

Tujuan penulisan ini lebih kepada memberi kekuatan untuk menulis dalam blog kembali. Saya memohon kepada yang membaca agar saya dapat mendoakan saya Istiqamah Hingga Kemenangan yang hakiki di akhirat kelak. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca post ini. 

Farhan Yusri
https://www.facebook.com/farhanyusri

No comments: