Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa mendapat keampunan Allah SWT (M.S 31)
Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
4 September 2021
Allah SWT akan gantikan kaum yang tak buat dosa dengan kaum yang buat dosa dan kemudian kembali memohon ampun kepadaNya.
Perkara ini bukan alasan untuk kita lakukan dosa. Istighfar diucap selepas menyesal. Tidak dibenarkan sebut sebelum melakukan dosa.
Para Nabi terpelihara daripada melakukan dosa. Para auliya' tidak berniat melakukan dosa. Mereka laku pun dalam keadaan tidak sengaja dan mereka terus istighfar.
Keampunan (maghfirah) ialah kita berdosa tapi Allah SWT lindung (tutup) dosa kita.
Tuhan tidak wajib masukan orang yang buat taat ke dalam syurga dan tidak wajib masukan orang jahat ke dalam neraka.
Tuhan tidak wajib masukan orang yang buat taat ke dalam syurga dan tidak wajib masukan orang jahat ke dalam neraka.
Pemaaf (affu) ialah Allah SWT padam terus dosa kita.
Illiyin - tempat roh orang beriman.
Sijjiyin - tempat roh orang kufur.
Orang yang berhutang tidak diangkat rohnya ke illiyin. Rasulullah SAW tidak solat jenazah kepada orang yang berhutang.
Orang yang berhutang tidak diangkat rohnya ke illiyin. Rasulullah SAW tidak solat jenazah kepada orang yang berhutang.
Orang yang muflis pahala tidak akan melalui sirat. Dipegang umbun-umbun mereka oleh malaikat dan dihumban terus ke nereka.
Imam Sya'rani berkata lebih baik mengumpat kedua ibubapanya daripada mengumpat orang lain kerana ibubapanya akan mendapat pahala disebabkan mengumpat tersebut.
Imam Sya'rani berkata lebih baik mengumpat kedua ibubapanya daripada mengumpat orang lain kerana ibubapanya akan mendapat pahala disebabkan mengumpat tersebut.
No comments:
Post a Comment