Saturday, August 28, 2021

Doa selepas membaca surah Al-Mulk



Kitab Ijazah Amalan dan Doa Pilihan
Doa selepas membaca surah Al-Mulk (M.S 30)

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri 
28 Ogos 2021


Sekiranya seseorang hendak meninggal dan sempat mengucap kalimah syahadah maka matinya adalah mati yang baik. 

Bal'am bin Bughirah dari Bani Israel adalah seorang guru yang mustajab doa tetapi matinya dalam su'ulkhatimah apabila digoda isterinya agar doakan kemusnahan kepada Nabi Musa. Disebabkan doanya, Nabi Musa sesat sehingga 40 tahun. 

Pada ketika sesat ini Baginda dan kaumnya dikurniakan makanan dari syurga, 'manna' dan 'salwa'. Namun bangsa Bani Israel tetap bangsa yang tidak tahu bersyukur. 


Solat untuk pelihara iman adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat maghrib.

Fatimah binti Assad, isteri Abu Talib tidak dihimpit dalam kubur kerana Nabi Muhammad SAW pernah tidur dalam kuburnya sebelum ditanamnya. 

Zaman Imam Sayuti pernah berlaku orang korek kubur dan berlaku keruntuhan dalam kubur yang dikoreknya. Ada orang dalam kubur berdekatan bertanya adakah sudah tiba kiamat. Orang dalam kubur ini didengari sedang membaca surah Al-Mulk.

Dalam tempoh 7 hari meninggal jangan tinggal buat amalan untuk disumbang kepada orang yang sudah meninggal agar rasa takut mereka dapat dikurangkan dalam kubur. 

Kubur orang yang tidak solat akan diseksa dan dipatuk dengan ular syujaul haq, ular botak yang ada biji hitam pada kepalanya, tanda terlalu berbisa.

Nazar ialah dengan buat perkara sunat atau harus menjadi wajib. 

Orang yang hendak meninggal dibacakan surah yassin. InshaAllah mati husnul khatimah. Matlamat hidup perlulah ke arah mati husnul khatimah.

No comments: