Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 9 (m/s 231)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
14 Oktober 2023 | 28 Rabiulawal 1444
TAWAKAL ITU YAKIN SETIAP KELAHIRAN ITU ADA REZEKINYA
Masih lagi penjelasan kepada ibarat-ibarat yang disebutkan Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi, dan juga syarahnya tentang maksud tawakal.
Kata Yahya bin Muaz, telah disyarahkan sebahagian semalam, katanya,
“Pakaian bulu domba (pakaian Sufi) ibarat kedai – pakaian yang menarik manusia mengenali kita. Perbicaraan tentang zuhud seperti jadi pekerjaan, kedatangan kafilah (rombongan perniagaan), orang ramai ibarat sesiatu yang nampak (perniagaan) semua saling bergantungan.”
Dalam ibarat ini Yahya bin Muaz menekankan tentang ketelusan dalam tawakal.
Ketelusan dalam tawakal itu bukan diletakkan pada pakaian.
Tidak juga diletakkan pada perbicaraan,
Tidak juga diletakkan pada hubungan orang ramai.
Tetapi ia adalah suatu hubungan yang telus antara hati seorang hamba dengan Allah SWT.
Kadang-kala kita meletakkan nilai kita pada pakaian kita. Mungkin dengan pakaian ini orang akan menilai kita alim,
Orang akan nilai kita orang berjawatan,
Orang nilai kita sebagai orang tertentu.
Kadang kita nak manusia menilai kita dengan perkataan,
Perkataan ini mungkin menggambarkan kita genius,
Educated,
Sufi, alim.
Dan lain-lain.
Maka ramai manusia cuba memperindah perkataan supaya dinilai dia siapa. Maka ini bukan nilai tawakal sebenar. orang tau dia siapa.
Dan membina jaringan hubungan dengan manusia yang mempunyai pelbagai bentuk kekayaan, kafilah.
Ini tidak akan membuka ruang ketelusan dalam tawakal.
Seperti maknanya tawakal ini membebaskan semua itu. Jadi tak perlu kita meletakkan pergantungan pada pakaian untuk diketahui siapa kita. Tak perlu letak pergantungan pada bicara kita untuk dikatakan siapa kita.
Sehingga kita takut untuk diam, nanti tak dikenali.
“Saya kena cakap, supaya orang tahu saya siapa.”
Walhal, orang-orang yang benar-benar bermutu dikenali dengan diamnya, bukan dengan sebab cakapnya.
Orang awam, dia kenal seseorang dengan pakaian, cakapan dan kenal orang tertentu, dia dikatakan ‘somebody’. Tapi orang khusus dia tak dikenali dengan cara itu.
Kalau kita berada pada kelompok orang-orang yang dianggap VIP kita takkan lagi melihat pakaian dia atau bicara dia, kerana kita sedia maklum siapa dia.
Misal kata, pesilat, Tok Guru silat.
Bagi orang awam mungkin kenal Tok Guru silat itu dengan pakaian, muka bengis, pengikut dia. Ini Tok Guru.
Tapi bagi orang khusus kalaupun dia tak dengan pakaiannya, tak bersama orang-orangnya, tetap dikenali dia Tok Guru Silat.
Contoh lain,
Polis. Kenal dia dengan paku di dada, ada bintang maka dia mesti pangkat tinggi. Ini orang awam.
Tapi orang khusus sekalipun dia tanggal pakaian seragam dan pakai jubah, kita tetap kita tahu, kenal.
Sama juga Ulama, orang awam kenali Ulama dengan pakaian, bicara, sekian.
Kalau tak bercakap kita kata dia tak pandai.
Tawakal ini kita tak terdesak memperkenal diri dengan pakaian, perbualan dengan orang sekeliling kita. Kalau kita benar, Allah akan angkat. Allah akan muliakan kita.
Yahya bin Muaz ajarkan kita tak bergantung pada gambaran zahir.
Kadang-kadang kita takut tak tunjuk gambaran zahir maka orang tak kenal kita siapa, lalu orang tak berikan kemuliaan yang sepatut kita dapat. Orang pun takkan layan sepatut kita dilayan.
Tapi kalau orang berjiwa tawakal, kita tak peduli itu.
Pada kita takda apa pada pakaian, takda apa pada penampilan.
Maka kita dengan jiwa tawakal kita kepada Allah.
Ada seorang datang berjumpa Imam Syibli, dia berkata,
“Ya Syeikh.. anak-anak saya ramai. Saya bimbangkan rezeki mereka.”
Lalu kata Imam Syibli,
Mana kamu tak yakin Allah beri rezeki kepada mereka maka engkau keluarkan dia daripada rumahmu.
- Ini ucapan sinis
Kita tau setiap anak yang dilahirkan ada rezeki masing-masing. Bila Allah ciptakan manusia, Rasulullah SAW menceritakan bila sempurna ciptaan manusia dalam perut ibunya, Allah utuskan Malaikat bagi menuliskan:
- Ajalnya
- Rezeki
- Bahagia – celaka
- Amalan dia
Sepanjang dia hidup dia beramal benda apa?
Baik buruk, ditulis.
Ditulis apakan dia ini ahli Syurga atau Neraka,
Dan dituliskan ajalnya, berapa.
2 hari? 2 tahun? 20 tahun?
Dan dituliskan ialah rezekinya.
Semua yang lahir sahaja maka Allah tetapkan rezeki.
Orang beriman dia tak perlu bimbang bila anak-anak lahir.
Masyarakat jahiliyah bimbang anak mengurangkan rezekinya maka dibunuh anak-anak, khususnya bila yang lahir itu anak perempuan dikatakan tak boleh mencari rezeki tapi menjadi bebanan rezeki.
Macam kita dok fikir, setengah kita.. bukan semua.
Kita dok fikir isteri kita tak kerja, dia tak tarik rezeki.
“Ini perabis beras je!”
Isteri yang kerja, dia kata, “Ok ni boleh rezeki, kita jadi banyak.
Saya gaji RM5,000 dan isteri gaji RM5,000 maka RM10,000.”
Bila isteri tak kerja kita kata dia zero income, takda!
Maka itu penilaian salah.
Itu bukan cara kira rezeki.
Kita dok fikir saya Ayah, anak 6 orang katakan, kalau semua kerja. Income saya dan anak-anak, maka dapat banyaklah.
Kalau seorang anak dapat RM1,000, maka RM6,000.
Maka tak beri anak belajar maka kalau belajar nanti tak dapat duit.
Belajar tak dapat duit, jadi semua anak kerja.
Lahir terus suruh kerja!
Misal, biar jana income.
Maka CARA FIKIR TU SALAH.
Rezeki Allah Taala bukan semestinya dengan bekerja, bukan semestinya.
Allah jadikan manusia ini ada peringkat-peringkat umur sesuai bekerja, sesuai belajar dan sebagainya.
Kalau tengok umumnya, rezeki orang bekerja kita nampak jelas.
Tuan-tuan, rezeki orang belajar juga ada.
Kalau kita tau seorang dia belajar lalu dia disibukkan dengan urusan rezeki, bekerja, maka dia takkan dapat ilmu.
Seorang belajar sepenuhnya, dia dapat ilmu.
Bila kita tengok orang tu dia betul-betul alim, kerana dia sepenuhnya belajar kerana dia tak fikir tentang rezekinya.
Dia ada jalan rezekinya sendiri.
Sama juga orang berperang dia ada jalan rezekinya, berperang.
Setiap orang ada aturan rezeki mengikut peringkat umur, pekerjaan, sekian.
Allah sebut sebagai sunnah umum = kerja dan dapat duit.
Itu sunnah umum.
Tapi di sana ada sunnah khusus.
Misal, anak-anak kecil kita, apakah kita faham rezeki dengan cara suruh dia kerja?
Umur 2 – 3 tahun suruh dia kerja. Asbab anak-anak kita dapat rezeki.
Anak-anak kita yang belajar, asbab anak belajar, kita dapat rezeki.
Saudara-mara kita yang sakit takkan orang sakit nak suruh kerja jugak?
Awak sakit takkan nak suruh kerja jugak.
Kita semua tau orang tu sakit, dia boleh tak kerja.
Kita yang kerja kalau sakit pun boleh ambil cuti tak payah kerja. Sementelah orang sakit selalu?
Maka dia bukan daripada segi sunnatullah untuk dapat rezeki dia kena kerja.
Dia sakit ada rezeki dia.
Dan orang gila, ada orang gila kerja? Orang gila mana kerja?
Ada rezeki dia?
Allah dah bagaimana perjalanan rezeki dia, orang gila. Takda orang ambil bekerja, orang gila. Takkan.
Kalau dia orang gila apply kerja dek Mak dia tak sanggup tanggung dia,
Maka anak-anak dia yang gila tu apply kerja jadi Cikgu, polis, kerani.
Siapa terima orang gila? Ada orang terima?
Hatta majikan gila pun tak terima orang gila tu (kerja).
Sementelah dia normal, tak mungkin.
Tapi orang gila ada rezeki dia?
Ada?
Dia tak boleh bekerja, kerana kalau dia bekerja dia buat kerosakan lebih teruk.
Contoh: Orang gila dijadikan polis, macam mana negara kita?
Unit khas orang gila.
Habis orang kena tembak!
Dia tak boleh kerja.
Kita ada kategori kanak-kanak tak boleh kerja, bahkan dalam Akta Buruh menyebutkan umur sekian tak boleh bekerja, ia satu kesalahan.
Level rezeki.
Kita nak cerita rezeki mereka, tawakal kepada Allah.
Ada orang level dia belajar, dia tak boleh kerja. Kalau tuan-tuan tengok orang yang belajar tu kerja, kita dah tau dia telah merosakkan belajar dia.
Ada orang belajar tiba-tiba kerja?
Dia rosakkan belajar dia, dia takkan jadi pelajar berkualiti, kerana pelajar berkualiti dia akan fokus.
Sebab dalam keadaan orang belajar ini dia ada tawakal khas dia, dia ada rezeki.
Kita cerita tadi, suami anggap bila isteri tak kerja maka dia takda duit?
Dan income berkurangan?
Maka dia kena bekerja supaya income kita ++ banyak?
Tidak semestinya.
Saya tak kata tak betul atau betul semuanya, perkataan ialah ‘tidak semestinya’ kerana ada waktu, keadaan isteri tak sesuai bekerja bila suami punya anak-anak yang ramai, suami perlu pemerhatian khas maka isteri telah melakukan kerja khas untuk dia suami iaitu
- Jaga anak
- Perhatikan suami
Kalau ada suami jenis tak kisah, isteri masak ke tak masak. Dia pun tak kisah siapa jaga anak dia, maka ini mungkin bagus untuk isteri dia bekerja. Tapi kalau suami jenis nak makan mesti masakan isteri, ini tak mungkin boleh isteri dia bekerja?
Dia kena fokus pada suami.
Ini jenis suami balik rumah isteri takda, mengamuk maka tak mungkin boleh isteri dia bekerja. Isteri dia kena duduk rumah untuk sambut dia.
Kalau suami jenis isteri takda sebelah boleh mengigau, boleh meroyan maka isteri macam ni tak boleh bekerja. Dia kena duduk, tidur. Teman suami dia.
Kalau jenis suami tak kisah, makan mana tak kisah,
Tidur mana tak kisah?
Maka ini bagus dia dapat isteri bekerja, dia suami jenis tak kisah.
Dia balik rumah isteri dia takda, dia tak kisah. Yang dia tau isteri dia jadi isteri dia. Itu saja.
Dia balik isteri kerja,
Isteri balik dia kerja.
Dia jumpa selisih tepi jalan je, hon kereta.
Ok dah.
Dah dia terima benda tu, okay.
Sesuailah isteri dia kerja.
Tapi saya katakan kalau dia suami nak perhatian khusus, maka isteri dia sebenarnya dah bekerja dalam menjaga dia. Dan dia ada rezekinya
Setiap orang ada rezeki dengan cara yang Allah tetapkan.
Rezeki bukan semesti dengan cara isterinya kerja.
Ada kelompok dilarang bekerja,
Tidak begitu baik bekerja, atau buat kerosakan bila bekerja.
- Anak-anak kecil kalau bekerja, rosak budak
Angkat barang berat, sekian.
Kecik-kecik otak dah fikir masalah. Sedangkan otak tadi otak budak ialah yang menghiburkan kita. Bila dia menghiburkan kita, dia sendiri tak boleh ada bebanan dan tekanan.
Sebab itu kita terhibur dengan kanak-kanak, sebab kanak-kanak dia takda masalah.
Takda.
Maka kita terhibur.
Cuba kanak-kanak kita beri dia tekanan kerja? Kita sendiri hidup takkan bahagia sebab takda boleh membahagiakan kita.
Takda boleh menghiburkan kita.
Kita kan terhibur dengan karenah anak-anak kecil?
Kita terhibur dengan cara dia berjalan bercakap. Kita terhibur sebab kita bebaskan dia daripada kerja. Takda orang mencela kanak-kanak itu kerana dia dah bawa watak membahagiakan keluarga.
Tapi bila dah besar dia mula bekerja, dia tak lagi membahagiakan kita dengan gambaran tadi. Bukan itu lagi cara dia membahagiakan kita.
Kadang-kadang kita bimbang rezeki anak-anak, kita sebut dalam hadis,
Sempurna janin dalam perut, Malaikat tulis empat (4) perkara:
- Ajal
- Amalan perbuatan
- Celaka atau bahagia
- Rezekinya banyak mana
Ditulis.
Dan kita baca hadis, tidak akan mati seorang anak Adam melainkan disempurnakan rezeki.
- Seorang takkan melainkan rezeki yang Allah tetapkan, disempurnakan.
Sebab itu ada orang kaya dulu miskin kemudian,
Atau yang miskin dulu kaya kemudian.
Itu semua proses menyempurnakan rezeki.
Kalau Allah takdirkan fulan bin fulan, rezekinya katakan RM2 juta.
Dia peringkat awal dapat RM1.5 juta.
Berbaki RM500,000 bagi mencukupkan rezekinya sebelum dia mati. Maka dalam tempoh berikutnya dia mula ada masalah sehingga dicukupkan yang sedikit yang masih ada kemudian dia mati.
Saya katakan kita lihat pergerakan manusia, ada orang yang dia kaya dulu – akhir hidup tak kaya.
Ada orang miskin dulu, dekat nak mati – kaya pulak dia.
Dekat nak mati kaya dia.
Dan kadang-kadang lepas mati baru dia tinggalkan rezeki buat isteri, anak dia.
Masa hidup takda dia beri banyak pada anak isteri. Tapi bila dia mati dia dapat insuran. Semua itu rezeki dia.
Maka dia cukupkan keperluan anak isteri dengan duit takaful.
Itu rezeki dia yang Allah cukupkan.
Maka bila ada lelaki mengadu kepada Imam Abu Bakar Asy-Syibli,
Tok Guru saya ni anak ramai.. susah hati ni rezeki macam mana.
Maka kata Syibli,
Siapa yang kamu tak yakin rezeki dia anak kamu ini pada Allah, maka kamu halau dia keluar.
- Tak mungkin seorang ayah halau anak?
Hanya kerana bimbangkan rezeki?
Makna, setiap anak ada rezekinya..
Kisah, Ibrahim bin Adham, suatu hari orang datang jumpa dia. Orang kata,
“Syeikh, saya ni anak ramai. Bebanan kewangan tinggi..”
Kata Ibrahim bin Adham,
“Mana-mana anak yang kamu tak yakin rezeki dia di tangan Allah, Allah uruskan? Engkau pindahkan je anak itu ke rumah aku. Biar rezeki Allah hantar ke rumah aku. Mana-mana anak kamu tak yakin ada rezeki Allah tetapkan, pindahkan anak itu ke rumah aku, aku nak anak tu.”
Inilah dia, keyakinan yang wajib bahawa anak-anak ada rezekinya.
Dah disebut sebelum ini,
Orang Islam tak pernah bimbang anak ramai, walaupun –
Kita bila sebut tentang keyakinan, kita tetap mengambil asbab yang Allah perintahkan.
Antara doa yang Rasulullah SAW ajarkan kita,
اللهمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ
Allaahumma ‘inni ‘a’udzubika min jahdil balaa’
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada ujian yang berat.”
Apa maksud ‘ujian berat’ – ada banyak makna,
- Penyakit berat tak tertanggung
- Anak ramai, duit sikit.
Ia ujian berat, ia melibatkan hati kita.
Anak 7 – 10 orang tapi rezeki sikit. Kita berlindung kepada Allah daripada ujian itu tapi kalau diuji.. yakinlah Allah Pemberi Rezeki.
Berlindung, kita doa yang Rasulullah SAW ajarkan:
اللهمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada uijan yang berat – “
Antara maksudnya:
1. Penyakit yang takda ubat, tak tertanggung
2. Ramainya ahli keluarga kita kena tanggung, gaji sikit
Gaji kita RM2,000 nak tanggung semua orang?
Dengan rumah, kereta.. berat.
Beban.
Tuan-tuan kita doa dulu pada Allah kita tak diuji macam tu. Tapi bila diuji, kita tawakal pada Allah.
Sebelum benda berlaku kita boleh berdoa.
Ada orang diuji dengan isteri tak baik, daripada awal kita berdoa:
“Ya Allah berikan aku isteri solehah.”
Tapi tiba-tiba kita dapat bukan isteri solehah, nama saja Solehah.
Ini contoh..
Ini kalau, seorang yang berdoa “Ya Allah berikan aku isteri solehah..”
Tengok nama bakal ‘Solehah’, cerah masa depan!
Tiba-tiba tak macam disangkakan, dijangka macam tu?
Maka apa patut dilakukan?
Bersabar, sehingga dia jadi solehah.
Sabarlah.
Mungkin Allah nak jadikan sebab tangan dia, menjadikan isterinya baik.
Kita kadang-kadang, nak ‘cuci kaki’ je, nak senang-senang.
Tapi Allah Taala nak suruh kita mujahadah, berusaha.
Kita doa, “Ya Allah kurniakan aku isteri yang beragama.”
Nabi SAW ajar kita,
Carilah isteri yang beragama, untung kamu.
Kalau tak, rugi kamu.
Kita sebut, nak cari pasangan beragama, macam mana nak tengok pasangan beragama?
Kita pun tanya Ustaz kita, Ustaz kita pun bagi 20 30 indikator berdasarkan latar belakang Ustaz tu lah.
“Nak cari suami, isteri solehah.. cara pakaian dia. Tutup aurat.”
Yang ini pulak kata,
“Nak tau isteri solehah atau tak, dia bukan jenis pemarah.”
Masing-masing, kalau kita tanya 10 Ustaz dia akan bagi 10 karektar.
Ada sifat yang ia tak mungkin dapat dilihat melainkan setelah jadi isteri yang disebutkan oleh Nabi SAW kata, isteri solehah:
- Disuruh dia ikut
- Melihatnya, mengembirakan.
Itu isteri solehah.
Suruh, dia tak lawan.
Lihat dia, jadi gembira.
“Bila kamu lihat wajah isteri kamu, kamu gembira.” – tanda solehah.
“Disuruh dia tak bantah.” – isteri solehah.
Itu dalam proses dah dapat isteri, tapi sebelum? Kalau seorang perempuan cari bakal suami soleh?
Keluaran fakulti Islam? Tapi kalau fakulti lain? Tak soleh ke?
Itu bukan jawapan tepat, ada tanda (kesolehan) tapi tak tepat.
Atau bakal suami soleh itu dia pergi solat Subuh berjemaah?
Ia indikator baik tapi ia tak mutlak.
Yang pergi setiap hari Subuh barangkali dia nak nilai suami soleh dan hari itulah lelaki itu pergi solat Subuh. Sebab tak boleh tidur malam tu, dia pun pergi Subuh. Lalu perempuan itu kata,
“Oh ini lelaki soleh.”
Dia kawin.
Rupa itu sekali je dia pergi Subuh, ‘tak sengaja’!
Okay lelaki yang pergi Subuh setiap hari, pun tak menjadi indikator mutlak. Sebab dia belum mengharungi fasa-fasa rumahtangga. Mungkin dia lepas kawin terus tak datang Subuh.
- Ada orang masa bujang di datang Subuh, lepas kawin tak datang Subuh.
Terus Subuh di rumah
Misalnya.
Atau ciri-ciri dia mesti rajin ke kulliah?
Tuan-tuan, ini ciri-ciri.
Kita tak dapat kepastian, tapi ciri.
Tiba-tiba bila kita kawin dengan segala ciri kita usahakan bersungguh, menekuni ciri-ciri itu tadi ada pada pasangan yang kita nak cari baik lelaki, perempuan?
Bila kita kawin tiba-tiba jadi sebaliknya? Lalu kita menghadapi rumahtangga yang goyang.
Macam saya sebut, kadang-kala Allah tak bagi untuk kita ‘ basuh kaki ‘ saja dapat siap-siap isteri solehah – suami soleh. Allah datangkan ujian.
Mungkin asbab tangan kita menjadikan pasangan kita soleh / solehah.
Akhir kita dapati isteri tak macam kita nak tapi kita terus didik dia sampai dia jadi solehah.
Akhir didapati suami itu tak macam suami yang kita nak, rupanya dia kuat berlakon!
Masa dia nak ke kita dia berlakon pakai jubah, serban.
Ke surau, azan.
Dia punya berlakon, dia punya warak..
Azan dia dua kali. Dia azan di kampung dua kali azan Subuh. Dia pioneer azan Subuh dua kali!
“Ini level Malaikat ni..”
Tapi bila dah kawin, tanggal semua itu takda. Maka Allah nak jadikan sebab perempuan ini didik suami dia sehingga jadi soleh.
Allah sebut dalam al-Quran, perkataan,
Lelaki baik tetap akan dapat perempuan yang baik. Tetap.
Kalau perempuan baik tetap dapat lelaki baik.
Sama ada ‘baik’. Itu daripada kecenderungan (dengan memandang) dan kita berkenan; atau
Baik dengan hasil tarbiyah.
Betul dia dapat asalnya isteri dia tak elok tapi dengan kesungguhan tarbiyah isterinya jadi baik.
Betul dia dapat suami tak berapa baik, tapi dengan tarbiyah, dengan nasihat isteri itu suami berubah jadi baik. Berubah jadi baik.
360 darjah.
Ini tentang keyakinan.
Kita boleh doa, “Ya Allah janganlah berikan aku keluarga yang ramai dan duit yang sedikit..”
Tapi bila kita dapat, yakinlah Allah dah tentukan rezeki.
Kita doa pada Allah janganlah dapat keluarga ramai rezeki sikit.. kalau boleh, biarlah rezeki banyak.
Tiba-tiba Allah uji kita dalam keadaan kita kerja gaji ciput dan isteri terus beranak dan beranak. Tak boleh sekat, sehingga dapat 10 orang anak, gaji kita tak naik-naik!
Yang naik harga barang naik.
Kita lagi ‘goyang’,
Isteri asyik beranak?
Kalau Allah uji kita macam tu, maka :
Sabar dan tawakal dengan sebenar kerana setiap kelahiran (anak) ada rezeki.
Contoh: kita taknak perang, taknak kemarau, banjir tapi bila Allah uji, Allah akan jamin rezeki.
Macam sahabat kita, saudara kita di Palestin, bukan mereka nak benda tu.
Tapi bila diuji begitu maka pasti Allah akan datangkan rezeki. Ikut mana pun rezeki mereka akan datang.
Akan datang.
Kita pun sama, kita taknak berlaku begini begitu, banjir, kebakaran. Kalau berlaku maka tawakal pada Allah, pasti ada rezekinya.
Hatim al-Asham, ada isteri 4 dan anak 9 orang. Dia kata, dalam keadaan dia bukanlah orang kaya, dia kata,
Isteri dan anak-anakku tak pernah diganggu Syaitan tentang rezekinya.
Semua mereka yakin.
Takda mengeluh sakan.
Walau berlaku satu ketika, satu kisah Hatim nak ke Mekah, naik Haji.
Hatim bin Asham seorang Ulama Tabi’ Tabiin terkenal, Ulama sekitar tahun 200 Hijriyah. Dia tengah sembang dengan kawan-kawan akhir bercakap bab Haji. Datang kerinduan nak Haji.
Rasa nak pergi Haji, dia tak dapat sekat.
Dia pun kumpul isteri, anak-anak nak mintak izin pergi Haji.
Lalu isteri dan anak-anaknya kata,
Ayah kita dalam keadaan gawat, ekonomi tak kuat.. jadi siapa nak urus makan minum? Selama ni Ayah yang kerja, macam mana Ayah pergi Haji lama?
- Haji dulu berbulan-bulan malah boleh ½ tahun.
- Sekarang pergi Haji ½ bulan, siap semua.
- Mereka dahulu pergi Haji perjalanan pergi – balik dan sebagainya.
Hatim kata,
Allah jaga kamu, saya akan doakan untuk kamu.
Isteri, dan anak-anak mula bimbang seketika.
Dan berkata anak perempuannya,
“Kenapa bimbang sangat? Yang pergi Haji ini pencari rezeki, yang Pemberi rezeki itu ada dengan kita, Allah. Ayah kita ni hanya cari rezeki bukan pemberi rezeki. Pemberi rezeki itu Allah.”
Lalu kata anak-anak yang lain, “Betullah tu.”
Hatim berkata, betul.
Anak ini lebih bijak.
“Ayah pergilah jangan bimbang.
Ayah hanya pencari rezeki, bukan pemberi rezeki.”
Dalam keluarga ada 2 – 3 orang tukang cari rezeki bukan pemberi rezeki.
Pemberi rezeki itu Allah.
Akhir Hatim pergi Haji, dan dia ramai anak perempuan jadi urusan kerja tadi agak terbatas sehingga peringkat mereka tak makan beberapa hari.
Berlapar.
Tak cukup makan.
Kisah mereka jadi perbualan orang kampung,
“Suami tak bertanggungjawab. Pergi Haji dan tau susah..”
Macam biasa. Gosip ni bukan hari ini zaman kita dah ada TV je, memang daripada dulu gosip kerja dia. Kerja bergosip ni kerja manusia. Kadang masalah manusia ni taklah besar tapi orang tengok macam besar. Dia terlebih bimbang daripada orang tu.
Orang-orang luar.
Di zaman sekarang kita panggil netizen, dulu di kalangan jiran-jiran.
Satu hari Pemerintah Negeri, kerjanya memburu dan tersesat. Akhirnya kehabisan air. Dahaga. Dicari dan ada rumah terdekat itu rumah Hatim al-Asham. Diketuk pintu, beri salam.
“Ada air?”
“Siapa..?”
“Saya Amir (Pemerintah).”
Maka isteri kepada Hatim keluarkan bekas, beri air.
Raja itu pun minum air itu, dirasakan air itu sedap tak macam biasa.
Maka Raja minum air kosong dikatakan sedap, lain rasa. Nyaman.
Maka ditanyakan, “Ini rumah siapa?”
“Ini rumah Hatim al-Asham.”
“Oh saya pernah dengar nama dia. Mana dia?”
“Dia pergi Haji.”
Raja pun ada dengar gosip kisah Hatim pergi Haji, keluarganya ditanggalkan susah.
Raja ini pun tanggalkan tali pinggangnya dan diminta semua pegawainya tanggalkan tali pinggang masing-masing,
“Semua yang sayangkan aku, tanggalkan pinggang kamu semua tinggalkan di sini..”
Maka isteri Hatim terkejut, rezeki yang banyak dengan tali pinggang itu penuh permata. Dan Raja itu kembali, dengan membawa duit, dia berkata,
“Aku datang ni sebab nak beli semua tali pinggang tadi.”
Maka diberikan duit, diambil tali pinggang dan diberikan kembali pada pegawainya.
Tiba-tiba anak perempuan Hatim menangis.
Ibunya pelik, padahal harta dah banyak. Penuh.
Lalu kata anak perempuannya,
“Wahai Ibu, manusia memandang kita dengan sekali pandang saja, dek kesusahan kita mereka cukupkan kita. Bagaimana kalau Allah pandang kita?”
Kita ni bila susah, simpati manusia maka dilepaskan kesusahan kita.
Bagaimana kalau Allah memandang Allah dengan pandangan simpati, pasti Allah mencukupkan segala-galanya.
Lalu anak perempuan Hatim menangis, manusia pandang dah macam tu.
Bagaimana Allah yang memandang?
Kita bila kita tengok kita terlalu mengharapkan pandangan manusia sedang manusia hanya boleh beri sikit. Bagaimana pandangan Allah yang melihat?
Memanglah Allah sentiasa pandang kita, tapi pandangan khusus,
Dek kita sabar dengan ujian,
Tawakal pada Allah.
Bagaimana Allah memandang kita?
Kita ni bila sabar dengan ujian, orang tengok kita pun orang kesian.
Lalu orang pun tolong kita.
“Kesian awak eh.. ? takpa kami tolong awak.”
Itu baru pandangan manusia.
Bagaimana pandangan Allah?
Dia menangis, pandangan Allah jauh lebih hebat.
Ini bagaimana cerita setiap anak-anak kita dan setiap yang berada di bawah tanggungan kita ada rezeki. Maka ini penting tawakal kita pada Allah.
Kata Sahl bin Abdullah At-Tustari,
Siapa mencela gerakan ibadat, maka dia mencela sunnah.
Ada setengah orang kata,
Dengan bertawakal tak perlu bekerja.
- Tak perlu gerakan apa dalam mencari rezeki
Maka siapa menafikan gerakan (pekerjaan) itu maka dia telah menolak sunnah sunnah Nabi SAW.
Dan siapa mencela tawakal maka dia telah mencela imannya.
Kita ada dua benda yang perlu sempurna pada penyerahan kita pada Allah, walau kita cerita sebesar mana tawakal, Allah suruh kita berusaha.
Kita berperang dengan musuh Allah, yang jelas musuh Allah.
Allah janjikan kemenangan dengan turun Malaikat dengan pelbagai bentuk (pertolonganNya) tapi bukan bermaksud Allah suruh kita goyang kaki.
Tidak.
Allah suruh kita buat apa yang kita mampu.
“Bersedia dengan segala kekuatan yang ada.”
Mesti bersedia.
Macam saya cerita bila Imam Mahdi akan keluar dan Nabi Isa a.s akan turun, ini tanda-tanda kemenangan Islam. Tapi bukan makna kita tunggu mereka. Tak. Kita buat apa kita boleh buat hari ini.
Kita buat segala kita boleh buat sebelum keluar Imam Mahdi dan turun Nabi Isa a.s
Contoh: Kalau Raja nak masuk kampung, tuan-tuan buat apa?
Peruntukan nak masuk banyak..
Maka tuan-tuan mesti buat sambutan Raja. Penduduk negeri mungkin tak tidur hanya nak tunggu Raja datang, bukan dia duduk termenung macam tu.
Yang ini buat pintu gerbang,
Masakan,
Kebersihan.
Sibuk!
Nak tunggu kedatangan seorang Raja, takda yang akan duduk saja-saja.
Semua orang pastikan Raja datang semua dah siap.
Tuan-tuan bila Imam Mahdi datang, kita dah siapkan semua. Tentera terlatih,
Orang-orang yang kuat iman, yang jaga ibadat dan solatnya,
Golongan yang pemurahnya,
Golongan yang berilmu.
Kita dah siap semua maka Imam Mahdi pun keluar.
Dia ada pembantu-pembantu yang sudah bersedia.
Bukan Imam Mahdi datang kita baru nak, start menuntut ilmu. Mengajar.
Bukan, Mahdi tak arahkan itu.
Imam Mahdi datang terus ‘lead’. Siap.
Macam saya beri perumpamaan, Raja nak datang takkan tunggu Raja datang baru nak panaskan periuk?
Baru nak kutip sampah?
Mau dilempang Raja.
Dia datang kita dah prepare.
Dan bila Imam Mahdi datang, kita dah prepare. Kita dah daripada awal dah bangun awal Subuh. Kita Subuh tak bangun.. nak tunggu Imam Mahdi?
Kita dah prepare baca Al-Quran, hafal dan faham al-Quran.
Bukan Imam Mahdi keluar baru kita nak Imam Mahdi ajar Quran.
Bukan.
Kedatangan Imam Mahdi bila kita bersedia.
Kalau kita tak bersedia, Imam Mahdi takkan datang.
Kalau tuan-tuan belum bersedia, Imam Mahdi takkan datang.
Tanda Imam Mahdi datang kita cukup bersedia.
Bak Raja nak datang kita dah prepare. Tapi kalau kita tak prepare, dia cancel. Tunda tarikh.
Orang report, “Hamba tu tak buat apa lagi.”
“Ok kita beri dia tempoh lagi sebulan.”
Imam Mahdi tak mungkin dia keluar dalam keadaan kita lalai macam ni. Keluar dalam keadaan kita tunjuk struggle kita. Sebab itu kita baca hadis tentang bila Imam Mahdi keluar, datang tentera-tentera elit Imam Mahdi, yang sudah terlatih hebat (well-trained).
Satu tentera dari Syam yang sudah terlatih, hebat.
Satu tentera dari India sudah terlatih hebat.
Nak lawan musuh kuat-kuat.
Tentera Imam Mahdi ini semua tentera yang berpengalaman lawan musuh terkuat dunia. Dia tak lawan musuh komeng.
Dia sudah terlatih musuh terkuat,
Tentera dari Syam dah terlatih lawan musuh terkuat, Yahudi.
Didokong semua negara dan mereka lawan.
Mereka bukan lawan satu negara tapi semua negara mereka lawan.
Maka tentera ni paling kuat.
Dan satu lagi tentera berada di India, yang akan lawan kuasa Hindu yang besar.
Kuasa Musyrik paling besar, akan lawan.
Dan kita katakan satu lagi, disebut dalam hadis,
“Satu kelompok dari Syam dan satu kelompok dari India.”
- Dua kelompok tentera hebat yang akan membawa bendera hitam bertemu Imam Mahdi
Dibawak.
Benda hitam, dibawak.
Well-trained tentera.
Dan tentera dari Khurasan, yang sudah berhadapan kuasa-kuasa besar.
Ini Afghanistan, Khurasan.
Dah lawan Rusia, Britain, Amerika. Lawan semua kuasa besar.
Ini tentera terkuat.
Dia tak lawan yang kecik-kecik, bukan lawan kecik tapi lawan Amerika.
Lawan Rusia, Rusia lari.
Lawan Amerika, Amerika lari.
Lawan Britain, cabut lari.
Seolah bumi Afghanistan, bumi untuk melatih tentera terkuat melawan musuh terkuat. Tak pernah musuh lemah datang nak jajah mereka, takda.
Kalau ada nak jajah dia, mesti kuasa besar.
Tiga-tiga ini kuat, Allah jadikan mereka.
Dan mereka ini tentera Imam Mahdi.
Kalau kita lawan dengan telefon lagi tak menang, payah..
Lawan dengan selimut tak menang lagi.
Kita jadi tukang buat air, sudahlah..
Maksud bila kita sebut tawakal, tak menafikan siap-siaga, kerja, usaha.
Buat kerja.
Kalau betul kita nak letak kita di antara orang yang dapat kemuliaan, maka kita mesti tunjukkan kesungguhan.
Maka kerja betul-betullah.
Nabi a.s manusia yang paling sempurna tawakal namun mereka tetap bekerja dan suruh orang bekerja. Rasulullah SAW suka para sahabat bekerja.
Nabi SAW, orang-orang Ansar, Muhajirin habis solat Subuh maka orang-orang Ansar sibuk di kebun-kebun.
Orang Muhajirin ke pasar, semua mereka bekerja.
Sampai waktu Zuhur mereka datang (solat) dan selepas itu mereka bekerja.
Sehingga Nabi SAW meletakkan pasar, membina pasar di sebelah masjid untuk menunjukan ibadat dan kerja tak berpisah. Dekat.
Sebelah masjid, pasar (tempat berjual – beli).
Kita letak pasar sebelah masjid, bising. Logik.
Iya. Itu cara Rasulullah SAW membina masyarakat, antara usaha dan ibadat. Sebab itu pasar letak dekat dengan masjid.
- Lepas kerja, ibadat
- Lepas ibadat, fikir kerja
Begitu perjalanan sunnah yang benar.
Bukan maksudnya tawakal itu tinggalkan kerja, dengan kemampuan kamu ada.
Kemampuan kita berbeza-beza.. kita tak boleh beri orang tu kerja sama. Dan dah nama isteri dia dah fokus pada keluarga, maka jangan suruh dia kerja lagi.
Dia dah fokus pada anak-anak, siapkan rumah maka dia jaga rumah.
Itu kerja dia.
Anak-anak kita pulak jangan suruh dia kerja. Dia fokus pada belajar dia.
Pergi sekolah, buat kerja rumah.
Itu kerja dia.
Kita pulak, suami cari duit. Maka kita asbab rezeki semua ini.
Ini daripada sudut sunnah yang sempurna.
Satu cerita Ibrahim bin Khawwas sedang dia berjalan nak ke Mekah, berjalan kaki, dia berjumpa orang yang menakutkan. Gerun.
Dia tanya, “Awak ni manusia ke, jin?”
Kalau jin, dia berubah rupa manusia muka dia jadi hodoh.
Jin, ada yang ada kemampuan untuk berubah, menjadi manusia.
Tak semua jin boleh berubah jadi manusia, tak semua jin boleh tercegat depan kita.
Jin-jin yang boleh tercegat depan kita ni jin-jin yang kuat sikit berbanding jin lain.
Jin lain dia tak boleh menampakkan diri dia sebab dia lemah.
Setengah jin Allah jadikan dia gagah sikit. Mungkin ada pangkat sikitlah.
Dia boleh ubah diri dia jadi manusia tapi dia takkan sempurna, sebab dia jin.
Jalan senget,
Muka hodoh,
Jadi pendek.
Jadi telanjang, tinggal badan sekerat.
Bila jin cuba berubah jadi manusia dia jadi cacat.
Tak boleh sempurna.
Allah sebut tentang manusia,
“Kami jadikan manusia paling sempurna di kalangan makhluk.”
Jin cuba menyerupa manusia dan dia datang kuliah. Ustaz kenal,
“Ini bukan orang, ni jin.”
Sebab muka dia tak lawa.
Hidung dia berubah tempat. Dia jin.
Dia punya transform tak sempurna.
Balancing muka dia tak betul.
Bila dia jin, kita nak kenal dia, dia tak nampak macam orang betul.
Kalau tinggi, tinggi sangat. Tak boleh sharp macam kita.
Kita 5 – 6 kaki.
Tapi dia jin terus 8 kaki.
Atau dia jin jenis jalan lambat, mengengsot.
Atau jalan dengan tangan.
Maka Ibrahim bin Khawas tengok orang ni tak rupa orang, dia kata,
“Kamu ni manusia ke jin?”
Maka jawab lelaki ini, “Aku jin.”
Kita dah pernah sebut dulu, orang yang takut jin maka dia takkan jumpa Malaikat. Orang yang berani jumpa jin, dia ada karektar jumpa Malaikat.
Tapi bunyi pintu dah lari.. takda harapan (jumpa Malaikat).
Ini kalau ada harapan pun jumpa Malakul Maut!
Maksud, kalau seorang kita tau dia Allah nak beri dia kemuliaan dia diberi jumpa Malaikat, tapi dia kena ada kekuatan jumpa jin dulu.
Kalau jumpa jin takut,
Jalan tengok jin lambai, dia kata, “Awak lambai-lambai ni ada masalah apa?”
Dia boleh tanya.
Kalau tuan-tuan tak boleh tanya, lupakan niat nak jumpa Malaikat.
Dia boleh interaksi jin, dia tak takut.
Dia boleh suruh jin keluar,
“Awak ni sibuk-sibuk kenapa?”
Maka bila Ibrahim bin Khawas dia tengok lelaki pelik,
“Awak jin ke manusia?”
“Jin/”
“Nak pergi mana ni?”
“Nak berjalan ke Mekah juga.”
“Takda bekal pun bawak?”
“Saya bertawakal!”
“Eh awak tawakal juga?”
“Iya sebagaimana manusia bertawakal, kami juga bertawakal.”
Ibrahim bin Khawas tanya pada jin itu,
“Tawakal itu apa?”
“Tawakal itu..,” kata jin,
“.. segalanya kami ambil daripada Allah.”
Semua benda ambil daripada Allah, takda ambil daripada makhluk.
Makna jin pun faham, makna tawakal itu bergantung pada Allah.
Ambil daripada Allah.
Kerja itu Allah perintah dan Nabi SAW suruh,
Dan dalam kerja ini Nabi SAW suruh kerja yang
- Halal
- tak ganggu ibadah
- Tak lagha kita
Ini menghasilkan tawakal.
Tapi kalau kita tengok orang kerja tipu dan dapat banyak dan kita nak tipu juga?
Itu makna kita tak tawakal.
Kita tengok orang ni kerja sampai langgar waktu Maghrib – Isyak, dapat banyak duit.
Maghrib-maghrib buka kedai banyak dapat duit.
Kita tutup kedai nak solat kurang duit kita?
Di situ datang tawakal.
Kerja kita tak macam kerja dia, kerja dia langgar hukum hakam semua.
Kerja kita patuh hukum hakam semua.
Kita nampak kerja dia, pelayan kedai dia semua pakai seksi.
Kita pelayan kita semuanya tutup aurat belaka.
Takpa. Kita tak mungkin supaya kedai makan kita banyak pelanggan, kita pun cari yang perempuan yang boleh goda orang?
Bukan cara itu, itu bukan cara. Itu orang tak tawakal.
Cari orang lelaki lah (Pelayan) bukan perempuan.
Nanti dia datang nak tengok pelayan perempuan, bukan nak makan.
Tak untung juga kita.
Kita cari cara halal.
Dia nak lari jumpa Tok Bomoh, setiap minggu berasap kedai dia.
Kita orang beriman tak pakai bomoh. Kita tawakal pada rezeki kita.
Dia pakai pengeras, pelaris.
Pe tu dia pakai belaka.
Kita tak pakai pelaris, kita tau ini syirik, khurafat.
Kita berniaga macam Rasulullah SAW ajar –
- Bercakap benar
- List harga
Itu tanda tawakal sehingga Allah beri kita rezeki baik.
Ini tak tawakal, tipu orang.
Pelanggan tanya, harga berapa?
Dia kata,
“Rahsia.. makan dulu. Nanti kita kira.”
Makan dulu, nanti bagi bil.
Murah sangat, mahal sangat?
Kita tak guna cara macam tu nak perangkap pelanggan.
“Berapa harga?”
“RM10. Nak tambah RM12.”
“Mahal!”
“Takpalah awak kata mahal. Paling kurang saya dah beritahu semua.
Nak beli, beli.
Taknak, takpa.”
Ada orang kata mahal tapi belakang kita dia kata okay.
Tapi ada orang kata murah tapi lepas tu dia masuk Facebook kata,
“Mahal kedai ni!”
Kita telus, ini kita sebut sebagai makna tawakal.
Kita bekerja tapi tak melanggar hukum.
Tapi orang yang saya kata kerja dengan rasuah, langgar perintah Allah, khurafat pakai bomoh, jin. Ini orang tidak tawakal dan kesudahannya, kesudahan paling tak baik.
Kerana Allah janji siapa tawakal, Allah cukupkan.
Kisah Tok Guru kami (Almarhum) cerita, kisah seorang nelayan, hasil ikan sentiasa banyak kerana dia guna jin laut.
Dia amal pakai jin laut, halau ikan masuk pukat.
Setiap kali dia turun laut, dia dapat ikan yang banyak.
Dia ada jin, halau ikan ni.
Maka dihalau ikan masuk.
Maka Guru kami pergi rumah dia, dia kaya.
Tauke besar funder dia, bagi kereta sekian, duit banyak.
Guru kami tanya berapa pendapatan dia sebulan..?
Dia kata banyak ini.
Dan dia kata, “Tapi Ustaz, masalah. Saya memang duit banyak tapi masalah macam-macam. Anak sakit, isteri lari.”
Akhir duit itu macam takda juga.
Maka Guru kami beri komen,
Itulah cerita bila hilang keberkatan rezeki.
Zahirnya dia dapat banyak tapi dia tak dapat kebahagiaan daripada tujuan dia dapat.
Tujuan kita dapat harta banyak?
nak bahagiakan isteri kita, anak-anak.
Tapi kita cari duit dengan anak masalah, isteri lari rumah?
Buat apa cari duit?
Dapat isteri je, lari.
Dia tak tau kenapa dia dapat isteri kaki lari.
Bila kita dalam idealisme perkahwinan, bila seorang bertunang erti dia ikat tangan tunang dia. Dia berkahwin maka dia ikat kaki isteri dia. Dia dah lama kawin dia ikat hati isteri dia.
Maksud: seorang bertunang, dia ikat tangan jangan berhubung lelaki lain. Dah buang delete semua.
Bila dia kahwin, dia ikat kaki: Keizinan keluar – masuk dia pada suami.
Dia faham bila jadi isteri maka keluar – masuk dia dengan izin suami.
Dan ikat hati, hatinya pada suaminya, dan hati suami pada isteri.
Bukan maksud dalam Islam, bila kita sebut kuasa keluar – masuk pada suami, akhir suami tak bagi isteri keluar langsung.. keluar masa jadi Arwah?
Takda..
Ia memberi maksud, menghormati institusi kepimpinan suami dalam rumahtangga.
Kita maklum suami kita ke mana kalau berlaku apa-apa, dia tau kita kat mana.
Dia boleh selamatkan kita.
Tapi ini pakai keluar tau-tau isteri dalam ICU.
Suami takda maklumat.
Biar ada maklumat. Bukan bermaksud izin suami dia biar isteri terpenjara di rumah.
Ini ortodok!
Tapi maksudnya, menghormati..
Kalau suami yang baik tak mungkin dia larang isteri dia ke mana-mana selagimana dia tau tempat tu selamat. Kalau suami itu suami yang baik.
Kadang diberi keizinan umum, tempat yang baik pergi je.
Tapi tetap walau suami beri keizinan mutlak, dia boleh membatalkan.
Dulu kan kata boleh nak ke mana?
Ok sekarang tak boleh.
Suami yang bagi isteri dia keluar, boleh beri izin khusus pulak sebab semenjak dua menjak meliar ke lain. Maka nak ke mana, beritahu.
Ini bagi hormati institusi keluarga, bukan menyekat kebebasan.
Suami yang baik takda sorang pun menjadikan menghalang isteri dia ke mana-mana.
Suami yang baik tau tempat mana patut isteri pergi dan tak pergi.
TOKKU PASIR GUDANG
No comments:
Post a Comment