Friday, October 13, 2023

17. Tawakal (Bahagian 8)

Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 8 (m/s 231)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
13 Oktober 2023 | 27 Rabiulawal 1444

TAWAKAL, TASLIM, TAFWIDH: DUNIA INI SEKADAR PERSINGGAHAN

Masih lagi bicara tentang hakikat tawakal, makna dan definisi serta terjemahan dalam kehidupan beragama dan dalam kehidupan seharian kita dalam menghadapi segala ujian Allah Taala.

Bagaimana tawakal menjadi suatu kebergantungan yang mutlak, yang menjadikan manusia senantiasa berani dan kuat, tidak berputus asa dengan kehidupan, sentiasa melihat nur (cahaya) daripada Allah Taala.

Sentiasa melihat harapan, dan tidak pernah merasa lemah.
Tidak pernah terhina dengan sifat tawakalnya kepada Allah SWT.

Bila Allah Taala nak memuliakan seorang hambaNYa maka dipakaikan padanya pakaian tawakal, maka dengannya menjadi benteng segala musibah-musibah duniawi dan kesedihan-kesedihannya dan segala turun – naik, pusingan-pusingan dunia.

Maka dengan pakaian tawakal yang mesti dipakai orang-orang beriman menjadikan mereka terjaga maruah agama, dan nampak kekuatan mereka yang sebenar.

Kekuatan manusia itu bukan terletak pada ukuran fizikalnya; atau
Harta; atau
Senjata; atau
Pengaruh yang ramai.

Tetapi kekuatan itu pada hati yang bergantung pada Allah. 
Ini tawakal.

Maka ini hakikat yang Allah SWT ciptakan manusia, dan jadikan manusia sehingga mereka merasakan dekatnya Allah dengan mereka. 

Orang yang tawakal akan rasa jauh dengan makhluk dan dekat dengan Pencipta.

Manakala orang tak tak tawakal dia akan rasa dekat dengan makhluk dan jauh daripada Pencipta.

Manusia bila dekat dengan makhluk, mereka akan dibiarkan.
Akan dihina.

Tapi bila dekat dengan Allah SWT, mereka akan dimuliakan. Dan mereka akan diberikan kegembiraan.

Para Ulama ketikamana membicarakan tentang kalimah pergantungan kepada Allah, mereka membahagikan kepada tiga (3):

1. Tawakal
2. Taslim
3. Tafwidh

Ketiga-ketiga perkataan ini memberi maksud tawakal secara umum. 

Namun bila kita cuba menghalusinya maka ia ada perbezaan.

Tawakal, Taslim, Tafwidh = serah kepada Allah

Ketiga-tiga kalimah ini, Allah menjanjikan dengan satu perkataan, 
“Allah akan cukupkan kamu. Allah akan pelihara kamu. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Maka kalau kita sebut:

1. TAWAKAL

Secara lebih detail – 

Kita dah katakan bahawa tawakal, taslim dan tafwidh memberi maksud sama.
“Saya tawakal kepada Allah –
Saya taslim kepada Allah –
Saya tafwidh kepada Allah.”

TAPI bila pergi pada detail, ‘Tawakal’ – percaya kepada janji Allah.
Bila kita sebut janji, bila kita berkawan dengan orang-orang baik antara yang menjadikan kita masih berpegang dengan dia ialah JANJINYA.

Janji dia.

Bila kita sanggup beri hutang banyak pada orang kerana janjinya. Dia janji dia akan bayar, maka kita pun bagi.

Seorang isteri dia sanggup terima pinangan seorang lelaki kerana janjinya. Dan sebagaimana seorang lelaki memperisterikan seorang wanita kerana janjinya. 

Manusia diikat oleh janji.
Makin tinggi kepercayaan kita pada seseorang, makin tinggilah perjanjian kita dengan dia. Makin besar perjanjian kita dengan dia.
Perjanjian besar.

Ini perjanjian melibatkan harta dan nyawa.

Orang yang bertawakal dia percaya pada janji Allah, bahawa setiap apa yang dibelanjakan pada jalan Allah, setiap apa diletakkan di jalan Allah berupa:
- Harta
- Nyawa

Akan diganti oleh Allah.

Adapun nyawa, Allah gantikan dengan kehidupan yang lebih baik sebagaimana Allah Taala sebutkan dalam al-Quran:

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”

(Surah An-Nahl, 97)

- Dan kita tau kehidupan yang baik itu, kehidupan di Akhirat.

وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ لَهِىَ ٱلْحَيَوَانُ ۚ

“Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya.”

(Surah Al-Ankabut, 64)

- Dan negeri Akhirat itulah tempat kehidupan sebenar

Allah gantikan.

Bila Allah Taala menyebut, 

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

(Surah Al-Baqarah, 154)

- Jangan kamu mengatakan kepada orang-orang yang mati pada jalan Allah itu mati, mereka hidup di sisi Tuhan mereka dapat rezeki.

Maka orang beriman meyakini janji ini. Bukan sekadar mereka akan berikan seluruh harta, bahkan nyawa.

Ini TAWAKAL. Percaya kepada janji Allah.

2. TASLIM

Apa itu Taslim?
Iaitu orang yang yakin kepada ilmu Allah.

‘yakin / tenang dengan ilmu Allah’, apa maksud?

Contoh: Kita lapar. Bila kita tau orang ini tau tentang kita, kita tak perlu beritahu dia kita lapar. Dia secara auto, angkat makanan.

Kita penat, bila kita berhadapan orang dekat dengan kita, kita tak perlu beritahu kita penat. Dia tengok muka kita, dia tau kita penat. Dia terus beri kita tilam, bantal tidur.

Ilmunya cukup.
Tak perlu kita beritahu apa-apa.

Ini namanya Taslim. Allah tahu.

Kita berjalan dengan orang baik-baik, kita tak perlu beritahu kita lapar, tak perlu beritahu kita nak buang air atau nak tidur sebab dia kenal kita.

Umpama seorang Ibu kenal anak-anaknya, 
Dia tau bila anak dia mengantuk,
Bila anak dia lapar, 
Bila anak dia merajuk. 

Dia tau semua, dia besarkan budak ni daripada kecil. 
Dia tau anak dia – anak ni tak perlu beritahu dia ni lapar ke, ini memang masa dia makan. Kita pun siapkan makan.

Kita tau dia selera ke tak. Dia tak perlu beritahu dia selera atau tak, kita tau.

Orang yang Taslim cukup dia yakin ilmu Allah tentang diri dia. 

“Allah tahu tentang saya.”

“Allah tahu kelemahan saya.”

Tuan-tuan bila Allah datangkan ujian, dia tak kata, “Beratnya ujian..”, tapi dia Allah tahu kemampuan dia memikul ujian ini.
Allah tahu.

Kerana Allah takkan berikan kita satu ujian yang kita tak mampu.
Ini janji Allah.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

(Surah Al-Baqarah, 286)

- Allah tidak akan membebankan kita melainkan apa yang kita mampu.

Dan setiap orang kemampuannya berbeza.

Benar, kita lihat sahabat-sahabat kita di Palestin, ujiannya berat. 

Israel dengan targetnya nak menjadikan bumi Gaza ini rata – habis bangunan. Mereka nak hancurkan semua.

Tuan-tuan apa dilalui oleh saudara-saudara kita tanpa makanan, minuman? Tanpa bahan bakar. 

Mereka buat.
Memang kita nampak berat kerana kita bukan dalam kelompok yang mempunya kemampuan itu. 

Allah bila menguji hambaNya, maka Allah mengetahui kemampuan hambaNya. 

Kadang-kadang kita dengar saudara-mara kita, kawan-kawan kita yang kematian anak 5 orang sekaligus. 6 – 7 anak. Kita tengok dia berat. Tapi ketikamana Allah uji dia, Allah mengetahui kemampuan dia. 

Sama jugak ujian kena dekat kita. Sebahagian ujian kena kat kita, orang kata,
“Beratnya ujian awak.”

“Saya bila tengok ujian awak, saya rasa nak mati. Tapi saya tengok awak masih tersenyum, kuat.”

Apakah kerana dia kuat?
Bukan. Kerana Allah menguji sesuatu dengan sifat rahmat Allah, pada ilmu Allah .. Allah mengetahui kemampuan dia (yang diuji). Dan kemampuan ini akan jadi lebih mulia bila benar tawakal dia kepada Allah.

Sebab itu kalau tuan-tuan sembang, bercakap dengan semua orang – ujian kita berbeza, berdasarkan kemampuan yang Allah Taala ciptakan kepada kita.

Ada orang diuji takda harta, sehingga tidur bawah jambatan. Dalam kereta.
Ujian dia kita nampak berat, sebab kita tak pernah lalu benda tu. 

Tapi dia ni Allah jadikan mampu, ilmu Allah mengetahui.

Ada orang kita dengar ujian dia, Mak Ayah takda daripada kecik. Dah yatim piatu daripada kecil.
Kita? Tak. Kita sampai umur 50, Mak Ayah kita ada lagi.
Kita dah umur 60, Mak Ayah ada lagi.

Ada orang tak diuij begitu. Mak Ayah dia ada, walaupun dia umur 60 tahun.
Ada orang tak sempat umur 20, Mak Ayah dah takda.
Dia tengah sekolah lagi, Mak Ayah dah takda.

Yang ada Mak Ayah, nampak berat ujian ini. Tapi Allah mengetahui kemampuan hambaNya.

Sebab itu tuan-tuan, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jangan banding.

Dan Allah tak uji suatu yang berat pada kemampuan orang tu. 
Setengah yang tak kena ujian itu dia rasa berat sebab dia bukan ahli yang diuji begitu. Namun, bila Allah uji hamba, Allah janji Allah akan bantu, Allah tolong.

Dia tak macam Cikgu beri soalan susah-susah, suruh kita jawab. 
Lepas tu dia ‘failed’- kan kita!
Dia hanya tolong sebelum tu, beri kelas tambahan. Tuisyen.
Lepas periksa dia tak layan.

Mana boleh beritahu (jawapan)? Dia biar kita, dia tak boleh buat apa-apa.
Itu peraturan. 
Tapi Allah tidak begitu. Allah waktu diuji kita, dibantu.

Kita dok tengok adik-beradik tolong kita. 
Tak, Allah taknak adik-beradik tolong kita.
Orang lain tolong.

Kita dok fikir kalau kita diuji, anak-anak tolong kita.
Tak, Allah nak suruh jiran sebelah jaga dia.
Kita dok fikir sekiranya kita susah, orang-orang datang bantu. 
Allah taknak begitu, Allah beri pada orang dia tak kenal bantu supaya dia tau luasnya pertolongan Allah. 

Sebab kita ada satu perangai, kita bila susah kita pun nampak orang tertentu. Orang tertentu yang punya hubungan dengan kita, lalu Allah datangkan orang yang takda hubungan dengan kita.

Sama orang Islam, orang Islam fikir dah kita dalam susah ni – orang Islamlah yang akan tolong.
Tak, Allah datangkan orang tak Islam yang tolong kita kerana begitu luasnya pertolongan Allah.

Itu berlaku kepada Nabi SAW.

Waktu Rasulullah SAW dipulau ekonomi 3 tahun, tak boleh makan, tak boleh minum. Takda jual-beli,
Takda perkahwinan.

Mana-mana pedagang yang cuba jual barang makanan pada orang Islam makan Musyrik Mekah datang dan rampas. Undang-undang, dalam perjanjian yang mereka gantung dalam Kaabah,
‘Tiada jual-beli dengan orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib’

Takda jual beli.

Sehingga para sahabat pergi ke gunung-gunung, ke lembah-lembah makan daun kayu. Minum air lopak, sehingga najis mereka bak najis kambing. Dek makan rumput, daun-daun kayu. 

Kambing dia makan daun-daun maka najisnya berketul.

Kata sahabat,
“Kami dok makan daun-daun ini dalam tempoh 3 tahun pemulauan ekonomi, bila najis keluar macam najis kambing. Sama.”

Berat ujian. 

Bagaimana datang pertolongan Allah?
Sebahagian orang kafir tak tegar melihatnya, kenapa sampai jahat macam tu taknak bagi makan minum?

Tak setuju, tak nak masuk Islam dan nak lawan, itu hal lain.
Tapi tak beri makan? Ini menafikan hak kemanusiaan!

Macam Israel buat kepada orang Palestin hari ini. Takda makanan, minuman.
Potong elektrik,
Semua takda.
Takda ambulan, takda ubat-ubatan.

Nampak sangat (Israel) ni bukan manusia, yang jahat. 
Ini kalau secara undang-undang antarabangsa, bahkan undang-undang kemanusiaan, tapi lihat bagaimana Allah datangkan pertolongan?

Bila orang kafir buat macam tu, akhirnya Allah jadikan sebahagian orang kafir ini rasa belas kasihan.

“Tak boleh jadi. Kita mesti koyak perjanjian ini. Kita mesti lawan.
Perang pun takkan nak biarkan orang Islam ini mati, walau kita tak berada dalam agama mereka?”

Tapi ini kejahatan, kezaliman.
Akhir orang kafir berpakat, di kalangan Pemimpin yang tak tegar melihat.
Lalu mereka kumpulkan pemuda mereka dan mendatangi Kaabah dengan nekad nak menghancurkan.

Lalu dihalang oleh Abu Sufyan, Abu Jahal, Abu Lahab.
Dihalang.

Mereka nekad jika bergelumang darah, ini kezaliman yang tak boleh diterima.
Tak pernah orang Quraisy sekedekut itu?!
Tak mungkin kedekut macam tu?

Nak beri makan pun tak boleh? Banduan pun layak makan.
Semua orang layak makan, siapa pun dia.
Siapa pun orang layak minum.
Semua layak untuk dapat.

Nabi SAW telah bermimpi, dalam perjanjian tadi mereka juga menggunakan nama Allah – ‘Bismikallahumma (Dengan nama Allah)’

Lalu perjanjian ditulis, ‘Tiada jual-beli dengan orang-orang Islam’, 

Lalu Rasulullah SAW memberitahu Abu Talib bahawa surat perjanjian itu sudahpun hancur dimakan anai-anai melainkan kalimah Allah.
Rasulullah SAW memberitahu yang Jibril a.s memberitahu Baginda SAW.

Lalu waktu mereka bertekak depan Kaabah untuk menghancurkan surat perjanjian pemboikotan kepada umat Islam selama 3 tahun yang panjang – 

Kita dah masuk hari ke-7 (Palestin – Israel).
Akhir Abu Talib menyampaikan kata-kata Nabi SAW, bahawa surat itu sudah hancur melainkan kalimah Allah.

Lalu mereka bertekak depan Kaabah, tetap nak hancurkan surat.

Bila datang perkhabaran itu, mereka kata: “Muhammad bohong!”

Lalu kata mereka, “Kalau Muhammad benar, kamu hentikan benda ini.”

Akhirnya mereka ramai-ramai masuk Kaabah dan melihat surat perjanjian itu sudahpun hancur dimakan anai-anai, melainkan kalimah Allah.

Di situ apa dia? Allah beri pertolongan – anai-anai, yang makan surat perjanjian itu. 
Bagaimana Allah beri pertolongan?
Dan ini orang-orang kafir yang juga Allah berikan mereka rasa simpati.

Begitu pertolongan Allah. 
Maka ini bila orang itu tawakal, pertolongan datang macam tu.

Sebab itu setiap ujian datang kekuatan kita. Kita tak sekuat mereka dalam ujian. Dan bila Allah uji, Allah bantu.

Dan Allah akan beri jalan keluar bila seorang benar-benar kenal Allah. 

Kalau kuat ingatannya kepada Allah maka datang keajaiban dalam pertolongan. Allah tolong, dan manusia melihat sebagai solusi, jalan keluar.

Tapi bila Allah nak tunjuk bahawa ini benar-benar pertolongan daripada Allah dengan makna Allah redhai maka Allah jadikan dalam pertolongan itu ada keajaiban.
Pertolongan Allah.

Ini ilmu Allah.

Berlaku dalam satu kisah yang mahsyur, 
Perkataan – kita sebut,
Tawakal,
Taslim.

‘taslim’ – meyakini ilmu Allah tentang kita. Kita lemah, Allah tahu.

“Ya Allah.. aku lemah. Aku tak kuat.”

Sebagaimana kita mengadu kepada Allah, kita beritahu Allah apa yang Allah dah tau tentang kita:

“Ya Allah, Engkau mengetahui kelemahan diriku.. 
Engkau mengetahui segala sifat keji yang ada pada diriku.
Ya Allah Engkau mengetahui segala perkara yang buruk yang ada pada diriku.”

Maka kita pun mintak pertolongan Allah.

Kisahnya, ada seorang sahabat namanya Hudai, satu cerita menarik tentang Hudai dalam makna taslim, menyerahkan ilmu Allah. 
‘Allah tahu..’

Kita kadang-kadang bila susah, nak orang tahu supaya orang tolong.

Tak, Allah tahu (kita susah).
Allah tau hambaNya susah.

Suatu hari Baginda SAW nak hantar sekumpulan tentera peninjau untuk lihat gerakan musuh, Nabi SAW pun pilih berapa orang dalam tentera. Salah-seorang, Hudai.

Kebetulan tahun itu, tahu kemarau, 
Bekalan tak banyak.
Maka Rasulullah SAW berikan setiap tentera ini bekal, untuk perjalanan tadi.
Bekalan makanan dan sekian.

Melainkan Nabi SAW terlupa beri bekal kepada Hudai.

Dalam banyak tentera tu, Nabi SAW lupa seorang tentera. Maka Hudai dia tak cakap apa-apa. Dia tak sebut, dia tawakal kepada Allah.
Dia malu berkata kepada Nabi SAW.

Maka tentera ini pun berjalan. Dan Hudai duduk belakang sekali, sambil dia berzikir kepada Allah dengan menyebut, 

KALIMAH YANG BERCAHAYA DI LANGIT

Laa ila ha illah
Wallahuakbar
Walhamdulillah
Wasubhanallah 
Wala hawla wala quwwata illa billah
Nikmazza huwa Ya Rabb –

Maksud:
Tidak ada Tuhan selain Allah
Allah Maha Besar
Segala Puji bagi Allah
Maha Suci Allah
Tiada Daya tiada Upaya melainkan Allah.
Sebaik-baik bekalan ialah Allah.

Dia berzikir dengan zikir ini dalam keadaan dia lapar, takda bekalan. Dan kawan-kawannya menganggap dia macam ada bekalan.

Masa perang semua fokus pada diri. 

Jibril a.s turun, beritahu kepada Nabi SAW,
“Ya Rasulullah.. kamu terlupa beri bekal kepada seorang sahabatmu bernama Hudai. Dan dia sentiasa berzikir sepanjang perjalanan, bertawakal kepada Allah. 
Kalimahnya bercahaya di langit!”

Kalimah itu bercahaya di langit dek benar ‘Taslim’ penyerahannya kepada Allah.
“Sebaik-baik bekalan ialah Allah”

Itu bekalan terbaik, Allah.

Lalu Nabi SAW panggil seorang sahabat lain dan berikan bekalan dan disuruh kejar rombongan itu. Dan sampaikan salamku padanya, katakan padanya (Hudai),
“Nabi kirim salam.”

Kita dalam adat kirim salam,
Baik dengan lafaz (Assalammualaikum), saya kirim salam.

Atau sebutkan, 
“Saya kirim salam (pada si fulan).”

Sebut.

Nabi SAW kata, 
Rasul memberikan salam kepada kamu dan beritahu kamu bahawa dia lupa beri bekalan. Dan kamu telah berzikir dengan satu zikir yang menyebabkan Jibril a.s mengingatkan aku.

Jibril datang.
Kalimah zikirnya naik sehingga langit ke-7.
Sehingga Allah perintahkan Jibril a.s, yang dia berada di langit ke-7, 
Diperintahkan turun jumpa Nabi SAW.

Maka Rasulullah SAW siapkan bekalan dan beri.
Disuruh sahabat lain kejar rombongan itu, berikan bekalan dan Jibril a.s yang sampaikan pada Nabi SAW, dan beritahukan tentangnya

Sebaik sahaja Hudai mendengarnya dia pun memuji Allah Taala,

‘Alhamdulillah..
Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad’.

Kemudian dia berkata,
Alhamdulillahi robbil alamin
Zakarani robbi min fauki sab’i sama watts
Wamin fauki arsyihi
Warahima ju i, huwa do’fi
Ya Rabb!
Kama lam tan sa hudairan faj al hudairan
La yan saka

Maksud:
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,
Yang telah mengingati aku dari langit ke-7, daripada atas Arasy-Nya
Yang telah merahmati kelaparanku dan kelemahanku
Ya Allah sebagaimana Engkau tidak pernah lupa kepada Hudai
Jadikan Hudai tidak pernah lupa kepadaMu.

Allah Taala tak pernah lupa pada kita, kita yang lupa pada Allah. 
Allah tak pernah lupa.
Allah tak pernah lupa bila kita ada masalah, bila kita ada kesedihan.

Allah tak pernah lupa. Tapi kita yang lupa pada Allah.
Kadang Allah datangkan benda ini semua untuk kita ingat Allah sebab kita lupa lama dah.
- Dengan harta
- Dengan kekuatan
- Dengan kesihatan
- Sibuk dengan keluarga

Kita lupa Tuhan, masjid jarang-jarang nampak.
Al-Quran pun jarang-jarang bukak.
Majlis ilmu pun jarang-jarang datang. 

Allah tak pernah lupakan kita, lalu Allah berikan satu peringatan supaya kita tak lupa.

Sebab itu kita kena berdoa pada Allah, “Ya Allah sebagaimana Engkau tidak pernah melupakan aku, jangan jadikan aku lupakan Kamu Ya Allah.”

Allah tak pernah lupa kita.
Dengan ilmuNya Allah mengetahui tentang kita.
Hatta kalau hari ini kita susah lalu kita tak angkat tangan berdoa pada Allah, Allah tetap tolong kerana Allah tak lupakan kita.

Apatah lagi kita angkat tangan dengan adab, tawaduk rendah diri.
Dengan khusyuk.
Allah tak pernah lupa kita. Yang jadi masalah kita yang lupakan Allah sehingga sebahagiannya syirik kepada Allah.

Tapi Allah tak pernah lupa beri rezeki,
Allah tak pernah lupa beri nikmat pelbagai.

Nilai kehidupan beragama kita, banyaknya waktu kita lupa Allah walhal Allah tak pernah lupakan kita. Dan kita katakan, ketikamana Allah beri kita senang sikit, lupa dia (akan Allah), panjang..

Berminggu berbulan, kadang bertahun.
Kadang sampai pencen!

Baru berazam pencen nanti ingatlah, tapi sepanjang dia hidup hingga pencen, banyaknya rezeki Allah bagi.
Banyaknya kemurahan Allah bagi,
Banyaknya nikmat yang Allah bagi.

Kerana Allah tak pernah lupa hambaNya..

Hamba yang lupa pada Allah. Hamba lupa.
Ini doa yang baik disebutkan Hudai.

Ini kisah Hudair, tentang makna taslim. Allah tahu.

3. TAFWIDH

Apa maksud tafwidh?
Redha dan tenang dengan semua yang Allah takdirkan, ini makam paling tinggi.

- Tawakal: Yakin dengan janji Allah
Kita solat kita yakin janji pahala, Syurga
Zikir, kita yakin ia jalan keluar kesusahan kita

- Taslim: Kita yakin Allah tahu keadaan kita
Walau kita tak angkat tangan tak mengadu, tak merintih ..Allah tahu tentang kita.

Dan ‘Tafwidh’, maknanya apa pun berlaku yang Allah beri kepada kita, nak atau taknak – kita redha.

Redha dengan segala hukum Allah, qadha.
Ini makam para Nabi a.s

Kata Ulama, bila kita sebut kelebihan-kelebihan ini:

TAFWIDH – Sifat para Nabi a.s 

TASLIM – sifat Nabi Ibrahim a.s (orang Khusus, para Wali)

TAWAKAL - Golongan Mukminin (orang awam)

Dan ada mengatakan,

TAWAKAL – sifat Nabi Muhammad SAW

TASLIM – sifat Nabi Ibrahim a.s

TAWAKAL – sifat para Nabi a.s

Apa tidaknya, kerana Baginda SAW itu telah diangkat menjadi kekasih Allah. Maka dapat segala yang special pada akal logik, tidak.
Nabi SAW redha segala apa berlaku,
Kehilangan ibu bapa, datuk, isteri, anak-anak.

Nabi SAW redha semua.

Walhal kalau ikut logik kita bila nama ‘tersayang’ maka VVIP.
Dengan segala nikmat dunia. Tapi tidak VVIP di sisi Allah.

Kita sebut VVIP kelengkapan dia semua paling besar paling empuk.
Nasi lemak kita ikan bilis, dia siakap
Nasi lemak kita telur belah 8, dia VVIP telur dia 3 biji.

Itu dalam definisi VVIP nafsu kita.

Kita tengok layanan VVIP business class, disambut,
Hotel ni bila VVIP diiringi sampai ke bilik.

VIP di sisi Allah bukan itu, makin dia VIP makin berat ujian dia.

Sebab itu sahabat kita di Palestin itu VIP Allah. Mereka semua VIP Allah yang Allah dah bukakan Syurga seluas-luasnya buat mereka. Mereka boleh masuk waktu mana mereka nak, seluas-luasnya.

Walau ditutup di daratan, daripada sudut air tapi langit dibuka pintunya untuk mereka, menjadi syuhada sehingga Palestin menjadi negeri paling subur dengan para syuhada.

Paling ramai dalam dunia.
Bumi paling barokah.
Bumi paling barokah yang dibanjiri darah pada syuhada.
Ini darah orang-orang yang hebat.

Orang yang membuktikan kekuatan mereka, itu VIP Allah.

Nabi Muhammad SAW di sebalik kekasih Allah patut VIP Allah dengan perkiraan kita macam Maharaja Rom dan Parsi, itu disebut Umar al-Khattab:

“Ya Rasulullah.. Maharaja Rom, Parsi tilamnya empuk. Bodyguard, makanan.
Sedangkan engkau tidur beralaskan pelepah kurma sehingga berbekas belakang badan?”

Rasulullah SAW tersenyum dan berkata,
“Wahai Umar, kita ada Akhirat.. itulah kita nak cari.
Apa sangat dunia ini? Cuma tumpang berteduh seketika?
Aku seperti orang musafir, berteduh di pohon rendang lalu aku akan tinggalkan.”

- Dunia ini sekadar persinggahan

Rasulullah SAW tak rasa apa pun nilai dunia, seorang dah VIP Allah dia tak rasa apa pun nilai dunia.

Kalau pun dia pegang dunia untuk dia cari Akhirat.
Kalau dia pegang.

Seperti Umar Abdul Aziz, Nabi Sulaiman a.s
Kuasai dunia bukan untuk nafsu, tapi untuk agamanya.

Ini makam Tafwidh tertinggi.

TOKKU PASIR GUDANG

No comments: