Sunday, October 15, 2023

17. Tawakal (Bahagian 10)

Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 10 (m/s 232)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
15 Oktober 2023 | 29 Rabiulawal 1444

TAWAKAL TIDAK DILUPAKAN DALAM SEGALA USAHA DAN IKHTIAR

Masih lagi bicara kita tentang tawakal yang diperintahkan olehAllah,

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ

“Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

(Surah Ali-Imran, 159)

- Bilamana kamu berazam akan sesuatu perkara maka bertawakallah kepada Allah kerana Allah suka orang bertawakal.

Sepakat Ulama tawakal ini pada semua perkara, sama ada yang kecil atau yang besar yakni melihat ketentuan Allah dengan penuh hikmah, kebijaksaan dan redha apa pun diingini Allah SWT.

Dan melihat bahawa pergantungan kepada Allah adalah sebaik-baik keadaan, sebaik-baik keputusan.

Maka ini hakikat tawakal kepada Allah yang menjadikan seorang itu
- Tidak bersendirian
- Merasa kuat, berani
- Tidak pernah meletak pergantungan pada makhluk pujian / kejian

Kerana melihat kepada perintah Allah, kebijaksanaan Allah SWT, sifat pemurah, sifat penyayang, sifat sempurna Allah SWT.

KISAH-KISAH TAWAKAL MENURUT ULAMA

Kata para Ulama mengenai tawakal ini –
Supaya kita juga memahami bahawa tawakal ini tak membuang usaha, ikhtiar tetapi usaha dan ikhtiar bukanlah jadi suatu yang jadi pergantungan. Ia adalah sebab yang Allah perintahkan.

Diceritakan, Ibrahim Al-Khawwas, salah-seorang Ulama yang dikenali dengan tawakalnya, dia bila berjalan pasti akan bawa bekal, antarnaya jarum, benang, bekas kecil. Dan gunting.

Dan dia tak cenderung bawa yang lain selain perkara tersebut. Lalu ditanyakan orang, 

“Kenapa awak bagi benda ni, yang lain awak tak bawak?”

Maka jawabnya, “Inilah yang akan menyempurnakan tawakalku dan menyempurnakan ibadat aku kerana orang yang seperti aku cuma ada satu pakaian. Andai kata ia koyak maka aku jahit supaya tertutup aurat. Solat dalam keadaan aurat terdedah, batal.

Manakala bekas air ini pula aku gunakan untuk berwuduk, menyimpan air. Bawa air ke mana pun supaya aku sentiasa dalam bersuci. Kalau seorang bercakap tentang tawakal dalam keadaan dia berzuhud dengan sehelai pakaian namun tak bawa kelengkapan ini maka yakinilah bahawa dia tak solat.”

Maka di sini bila kita bicarakan tentang tawakal, tidak menolak usaha yang diperintahkan.

Umpama: kita nak suruh anak kita baik, dan kita yakin, kita serah kepada Allah dalam pendidikan anak kita. Tapi Allah perintahkan kita beri nama yang baik.

Bahkan sebelum itu lagi Allah perintahkan kita cari pasangan yang baik bagi mendapat anak yang baik. Allah perintahkan.

Dan Allah perintahkan kita mengajarkan anak-anak kita perkara-perkara yang maklum dalam agama
- Kenal Allah
- Cinta Nabi SAW
- Membacakan Al-Quran

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis.

Sehingga bila mereka berusia 7 tahun, ajar mereka solat. Dan bersikap lebih tegas bilamana mereka berusia 10 tahun. Dan setengah Ulama dikiaskan semua ibadat wajib lain seperti puasa, diajarkan di usia 7 tahun dan bersikap tegas di usianya 10 tahun.

Demikian hal-hal yang lain, ,aka apa dilalui melalui usaha ikhtiar ini apa yang Allah perintahkan.

Dan telah kita katakan, orang yang berusaha dengan apa yang Allah larang maka ini terkeluar daripada makna tawakal. 

Dan orang yang tidak berusaha pula, dalam keadaan dia kata dia bertawakal tapi dia membebankan orang lain maka orang ini tidak melakukan tawakal yang sempurna, melainkan dia disebu tengan ‘tawakul’.

‘Tawakul’ – berpura-pura tawakal.
Hakikatnya dia susah nanti dia akan bergantung pada orang.

Dia hanya menyebutkan nama tawakal itu pada pandangan awam. Konon dia bertawakal tapi akhir dia menyusahkan orang.

Kisah kafilah dari Yaman pergi menunaikan Haji dan tak bawa makanan. Lalu kata Nabi SAW: Di mana bekalan kamu?

Kata mereka, “Kami kaum yang bertawakal.”

Tapi bila sampai waktu makan diminta sana, minta sini. Maka turun ayat al-Quran:
وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ

“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

(Surah Al-Baqarah, 197)

- Berbekal

Hendaklah kamu berbekal. 
Dalam ibadat Haji kita berbekal, musafir kita berbekal. Keran sebaik-baik bekal itu takwa:
- Tak meminta kepada orang lain
- Menjaga maruah diri

Jangan kita bila ke mana, jalan musafir: Mana bekal?

“Saya bertawakal..”

Last sekali orang yang bawa bekal nasi lemak, nasi goreng – kita pun tumpang sekaki. Kita pulak makan lebih banyak daripada tuan dia.

Itu BUKAN tawakal, itu pura-pura tawakal.
Kerana syarat orang tawakal dia takkan menyusahkan orang lain. Maka benarlah kalimah tawakal.

Contoh: sekiranya dia sakit, maka ada dua (2) pilihan:
1. Berubat, ikhtiar dan itu salah-satu cara tawakal Allah tunjuk jalan

2. Menyerahkan kepada Allah – taknak berubat. 
Taknak berubat tapi tak membebankan orang dan tak menggangu tanggungjawab asasi kita dalam beribadat kepada Allah, dan tanggungjawab kita pada Allah manusia di bawah tanggungan kita.

Contoh: Suami sakit, dan taknak berubat atas nama tawakal.
Okay, boleh. Dengan syarat tak ganggu solat Subuh hari ini.

Walhal kalau makan ubat boleh mampu berdiri solat. Tapi dek tak makan ubat, maka merangkak solat. Maka tak sempurna ibadat.
Dan tak ganggu cari nafsu buat anak isteri.

Atas nama tawakal taknak ubat, tak pergi kerja.
Seminggu tak pergi kerja. Mungkin isteri tanya, kenapa tak kerja. Kami nak makan.
Nak sekian belanja?

Suami kata, saya sakit.
Isteri kata, makanlah ubat. Pergi klinik jumpa doktor.

Tapi suami kata,
“Saya bertawakal.”

Maka apakah betul kalimah itu? Tak betul sebab berkait tanggungjawab dia.

Contoh: Bila berperang kita tawakal pada Allah, hidup dan mati kita.

Dan Allah perintahkan kita memenangkan agamaNya, memenangkan Islam.
Benar, banyak kelebihan mati syahid tapi kelebihan menangkan Islam itu lebih besar daripada syahid itu sendiri.

Sebab itu para sahabat faham di antara:
- Kelebihan mati syahid; dan
- Keinginan memenangkan Islam. 

Pahala memenangkan Islam itu pahalanya lebih besar daripada syahid itu sendiri.

Kerana itu para sahabat benar-benar menjaga diri mereka agar dapat menangkan Islam. Hatta Rasulullah SAW dalam Perang Uhud memakai 2 baju besi. Kerana ingin menangkan Islam.
2 baju besi, bukan satu.

Dan demikian para sahabat yang lain,
Pakai baju besi dan topi besi.
Dan Nabi SAW ada topi besi kerana tanggungjawab memenangkan Islam.

Kalau kita sebut hari ini rakyat Palestin mereka syahid, syuhada.
Masuk Syurga.

Tapi mereka faham sebagaimana Nabi SAW ajarkan bahawa mati syahid itu bukan tadah dada, membiarkan diri mati. Mereka ada satu tugas besar, menjaga Baitul Maqdis. Satu tanggungjawab besar yang Allah berikan kepada mereka.

Dan tanggungjawab kita kena support, dengan doa.
Bantuan apa kita boleh beri.

Memenangkan Islam ini memerlukan kepada asbab yang diperintahkan oleh Allah. 

Kita baca pembukaan Kota Konstatinopal, Sultan Muhammad Al-Fateh, dia tahu kelebihan menangkan Islam sehingga pelbagai strategi digunakan sehingga menggunakan kapal-kapal di daratan bagi mengatasi rantai-rantai diletakkan dalam laut.

Kalau kapal masuk maka rantai itu diregangkan dan mereka (musuh) akan menyerang. 

Maka Sultan Muhammad Al-Fateh menggunakan laluan darat untuk menggerakkan kapalnya sehingga melepasi rantai dalam laut sehingga membawa kepada kemenangan.

Dan Sultan Muhammad Al-Fateh menggunakan pakar yang mencipta meriam paling besar sehingga meranapkan tembok Kota Konstantinopal setebal 40 kaki.
Tak mungkin meriam biasa.

Meriam paling besar, dibuat.

Ini tentang ikhtiar dalam memenangkan Islam,
Sempurnakan ibadat,
Menjalankan tanggungjawab.

Jadi benar tawakal seseorang bila sakit dan taknak berubat dan kata, 
“Saya tawakal.”

Iya benar, kalau ada dua (2) perkara:
i) Masih sempurna ibadat
ii) Tak ganggu tanggungjawab orang bawahan saya

Contoh: Nak pergi Haji jalan kaki? Takda masalah.
Jalan kaki, naik kenderaan semua boleh.

Tapi sekiranya jalan kaki sehingga sampai di tempat Manasik / Masyair (tempat syiar Allah) –

Allah berfirman,

“Demikian itu siapa yang membesarkan syiar-syiar Allah itu tanda hati orang bertakwa.”

Waktu saya sampai untuk tawaf, saya kuat. Jangan berjalan kaki ke Mekah akhir nak tawaf, lembik? akhirnya merangkak tawaf? Maka ini tidak betul.

Maka saya lebih pilih kenderaan untuk saya sampai ke Mekah, akhir boleh tawaf dalam keadaan kuat, boleh tawaf dan sai’e dengan kuat. 

Haji ialah menunjukkan kekuatan dalam ibadat.

Sebab itu kita ada i’tiba’ (zahirkan bahu kanan dan tutup bahu kiri), sebagai satu kekuatan bahawa umat Islam ini bersedia dengan kekuatan dia. 

Ibadat Haji bukan sekadar ibadat berkait kekayaan, harta tapi juga kekuatan.

Orang pergi Haji ini seumpama batalion tentera yang kuat yang bersedia menjaga agama Allah. Dan bentengnya.

Kalau saya jalan kaki asbab saya lemah maka saya kena naik kenderaan.
Maka itu daripada sudut kesempurnaan tawakal.

Tawakal menjadikan kerja-kerja agama kita lebih sempurna kerana Allah inginkan kesempurnaan dalam semua perbuatan. Namun kalau kita dah cari segala kesempurnaan kita mampu buat tapi tak dapat, maka kita bersabar dengan segala ketentuan.

Kita memang cari sempurna.

Umpama sahabat kita berperang, kalau boleh nak senjata canggih. Tapi itu saja senjata yang ada. Kalau boleh nak canggih lagi dan canggih lagi tapi itu saja yang mampu diadakan lalu mereka berserah kepada Allah Taala. 

Maka demikian dalam kehidupan kita, kita bertawakal tapi selagimana kita mampu berusaha dalam kerangka syariat dengan apa diperintahkan oleh syariat maka kita kena berusaha, ‘all-out’, semua.

Semua kita boleh buat maka ketika itu benar tawakal seseorang kepada Allah.

Dia keluar separuh dan dia kata dia tawakal?
Dia bohong. Dia lakukan sesuatu dengan tidak sempurna.

Sama seperti disebut Ibrahim al-Khawas, bila seorang itu berjalan bermusafir dia kena bawa bekal. Bekal tadi bagi menyempurnakan ibadat.
- Jarum
- Benang
- Bekas air

Macam nak pergi Haji, Umrah bawa kain ihram.
Bukan kata, “Takpa nanti kain ihram turun dari langit!”

Tak. Antara tawakal kita bawa bekalan yang kita boleh bawak.

“Saya taknak bawak kain ihram, ada rezeki adalah.”

Tapi sampai sana, mintak orang? Susahkan orang. Maka itu salah. 
Ini konsep tawakal dalam usaha dan ikhtiar.

Kata Syeikh Abul Qasim lagi, kata Abu Ali Daqaq,
“Tawakal sifat orang Mukmin,
Taslim sifat para Wali,
Tafwidh sifat orang yang bersatu dengan Allah (Muhyidin).”

Kita dah sebut sebelum ini tentang apakah beza,
Tawakal, 
Taslim,
Tafwidh:

- Tawakal: Orang percaya pada janji Allah. 
Ia pintu gerbang permulaan. Bila nak buat sesuatu, bila nak bersemangat sesuatu maka kita lihat kebaikannya. 

Contoh: Kita belajar, kita lihat kebaikan apa kita dapat.
Kita bekerja, kita lihat kebaikan dijanjikan majikan gaji tinggi.
Pintu gerbang seorang sempurnakan tawakal dia melihat janji Allah sehingga mengenepikan semua janji manusia. Janji Allah itu diutamakan berbanding janji manusia.

Ini tawakal.

- Taslim: Melihat kepada ilmu Allah
Menyerahkannya pada ilmu Allah, maksudnya ialah bahawa Allah mengetahui tentang kita. Kita susah, kita tak bimbang sebab kita tau Allah mengetahui kita susah. Allah pasti bantu, tolong kita.

Contoh: Kita baik dengan orang dan orang itu kenal kita, kita tak perlu beritahu pun masalah kita, dia tau tentang kita. Dia tau anak kita 7 – 8 orang, dia tau kita income berapa. Dia tau.
Dan dia tau kenapa dia perlu tolong, bantu.

Kita mengetahui meyakini Allah tau keadaan kita, kelemahan kita.
Kenaifan kita, kejahatan musuh-musuh kita dan lain-lain.

Ini mendatangkan tawakal.

- Tafwidh: Seorang redha dengan apa pun yang Allah tentukan pada dia. 
“Dan aku serahkan urusanku pada Allah.”

- Apa pun Allah kehendaki maka itulah paling baik.

Itu tawakal.

Bila kita pilih jodoh, kita percaya pada janji Allah bahawa Allah suruh dan Nabi SAW suruh cari orang ada agama. Atas asas itu kita akan bina rumahtangga.

Akhirnya kita pun berumahtangga, bila berumahtangga tak nampak pun pasangan kita punya agama macam kita lihat di permulaan. 

Tapi ilmu kita, atas nama tawakal kita tau bila dia ada agama, kelak dia akan tau salahnya.

- Beza orang ada agama buat salah, dengan orang takda agama buat salah. 
Orang ada agama buat salah dia datang menyesal, dia tau.
“Dosa saya buat macam ni..”

“Tak baik saya buat macam tu..”

Penyesalan itu buat dia berubah, jadi lebih beragama.

Kemudian, tiba-tiba berlaku juga perkara kita tak sangka dalam hubungan yang kita bina atas asas ilmu, atas asas yakin kita pada janji / kebaikan orang beragama. Berlaku juga apa kita tak ingini, maka kita redha apa pun berlaku.

Ini disebut sebagai tafwidh.

Ada Ulama-ulama, dia tau kelebihan-kelebihan mendidik anak secara agama, dia tau kelebihan dan dibuat apa yang patut dibuat. Tapi kadang-kala tak macam diharapkan.

Tiba-tiba anaknya bukan sekadar tak ikut cara dia beragama, bahkan mungkin lebih teruk daripada itu, memusuhi agama!

Itu yang berlaku dalam kehidupan kita.

Tuan-tuan, salah-seorang daripada penggerak Hamas terkenal, dia didik anak dia menjadi pejuang Hamas. Dan anaknya meringkuk dalam penjara beberapa kali. Tapi anehnya anaknya sesudah itu menjadi mata-mata kepada Hamas.
Sedangkan Ayahnya antara pengasas Hamas.

Dia jadi pengkhianat terbesar, dan lebih teruk daripada itu dia tukar agama.

Bayangkan, Ayahnya orang baik dan Ulama. Didik anak untuk perjuangkan, bebaskan Baitul Maqdis.

Daripada kecil dia bersemangat, daripada kecil dah disumbat dalam penjara.
Keluar – sumbat.
Last sekali dia jadi mata-mata, pengkhianat.
Walhal ayahnya Ulama, pendiri pejuang yang hebat.

Bukan sekadar dia khianat pada perjuangan, dia khianat juga pada agama.
Dia tukar agama dia!

Ini cerita bagaimana kita redha dengan ketentuan Allah, tawakal.

Saya katakan, saya ada anak-anak dan saya didik apa yang saya tau ada kebaikan dalam pendidikan ini, agama,
Dihantar ke tahfiz, dan sekian-sekian.

Dan saya tawakal pada Allah, atas ilmu yang saya tahu. Atas janji Allah.
Namun saya tidak tahu ketentuannya bagaimana.

Ketentuan saya tak tau, saya serah kepada Allah.
Kalau Allah tentukan macam tu maka saya redha kepada Allah.

Itu berlaku pada Nabi Nuh a.s, anaknya kafir. Anaknya. Bayangkan? Dan lebih malang daripada itu, isterinya kafir.

Apakah Nabi Nuh a.s tak buat apa-apa? Buat..
Didik isteri,
Didik anak-anak.

Kalau Nabi Nuh a.s boleh didik orang lain maka isteri lebih aula. Tapi kesudahan?
Isterinya kafir dan anaknya kafir.
Maka ini tafwidh, serah pada Allah, itulah Allah kehendaki.

Walau dicuba pada saat-saat akhir, berkata kepada anaknya,
“Wahai anakku naiklah bahtera ini.”

Anaknya menolak dan berkata,
“Aku akan selamat dengan berada pada tempat yang tinggi, di gunung-gunung.”

Nabi Nuh a.s kata, 
Pada hari ini tiada yang terselamat. Yang selamat hanya yang berada dalam bahtera.

Lalu Nabi Nuh a.s berdoa, 
“Ya Allah, ini anakku.”

Maka Allah menegur Nabi Nuh a.s agar menerima ketentuan bahawa anaknya tidak termasuk (yang terselamat).

Maka ini tafwidh. Serah kepada Allah, itu ketentuan Allah SWT.

Macam kita cerita ramai, banyak kisah.

Pernah orang ceritakan tentang Almarhum Mahmoud Khalil al-Hussary, yang anaknya jadi penyanyi. Walau dia dah didik mengaji al-Quran, hafal al-Quran, mahir al-Quran tapi last sekali anaknya jadi penyanyi.

Buka tudung.

Ayahnya Imam Besar dalam al-Quran, qiraat. 
Tokoh al-Quran, tapi anaknya menjadi artis.
Tapi dia serah kepada Allah, itu ketentuanNya.

Dia dah buat semua (usaha).

Maka ini makam tafwidh.

Ini Nabi Allah Ibrahim a.s, berhadapan ayahnya yang kafir. 
Kecintaan Nabi Ibrahim a.s kepada ayahnya luar biasa, biarpun ayahnya menghujani dengan ugutan, kemarahan, kebencian, dia tetap berkata,

“Wahai Ayah yang tercinta..”

Baginda tak pernah meninggikan suara pada ayahnya, tidak pernah menggunakan perkataan kasar kepada ayahnya dan tak membuang perkataan sayang dalam memanggil ayahnya,

“Wahai ayahku tercinta, tersayang.”

Maka tafwidh pada urusan Allah, serah.
Ini antara makam tawakal, taslim dan tafwidh.

Dan kita lihat apa dicontohkan Ulama, contoh tawakal itu pada semua tawakal Nabi SAW.

Dan contoh taslim itu pada contoh Nabi Ibrahim a.s, dengan api.
Waktu datang Malaikat Jibril menawarkan bantuan maka Nabi Ibrahim a.s kata,

“Allah.. bukan kamu..”

- mintak tolong daripada kamu, tidak. Aku mintak tolong daripada Allah.

Dan tafwidh, kita dah sebut di sebalik Baginda SAW diangkat menjadi Rasul yang termulia, kekasih Allah bahkan diangkat ke langit ke-7, ke Sidratul Muntaha dengan segala keistimewaan Nabi SAW, Nabi SAW redha dengan apa semua yang berlaku.

Kematian anak-anaknya, kematian cucunya,
Kematian isteri, 
Kematian orang disayanginya,
Kejahatan kaumnya, 

Nabi SAW redha.
Ini disebut tafwidh yang dilalui Baginda SAW.

Ini makam tertinggi dalam makna tawakal. 

Tawakal itu kita masih harap sesuatu pada nafsu kita.
“Saya tawakal pada Allah. Saya bisnes ni saya tawakal pada Allah.”

- Harap untung, tapi serah pada Allah.

Mengail,
“Saya tak reti mengail, ada rezeki, ada.”

Dalam hati, harap dapat.
Itu tawakal.

Taslim –
“Serahlah, ikan kecik ke tak dapat ke. Serah.”

Dalam keadaan kita 50:50

“Apa pun okay.”

Tadi (tawakal), 
“Apa pun okay (tapi) nak ni.”

Makam Taslim, 
“Apa pun okay. A atau B. okay.”

Macam orang hulur nasi lemak atau nasi minyak, kita pun tengok.
“Saya awak bagi apa pun takpa.”

- Tapi dalam hati nak nasi minyak, ayam ada 2 ketul!
Tapi kita cakap ‘Saya apa pun okay.’
Tapi cenderung nasi minyak.

Taslim, nasi lemak ke nasi minyak. Sama.
Boleh belaka.
Tanpa ada cenderung mana-mana. Boleh.

Tafwidh, bukan cerita nasi lemak ke nasi minyak, bagi kita takda nasi pun takpa.
“Apa pun saya redha.”

Tiba-tiba orang kata, “Awak nak nasi lemak ke, nasi minyak?”

Kita kata, 
“Saya takpa belaka. Takpa beri ke orang lain, kita nanti.”

Kita pun okay. Dia tak melihat dua ini, dia melihat apa pun yang dapat, okay.

Orang tawarkan nasi lemak, dan nak beri ke orang lain dulu, dia okay.
Ini tafwidh, dia tak pandang pun benda tu.

Maka ini daripada sudut contoh bagaimana makam:
- Tawakal
- Taslim
- Tafwidh

Walau ketiga-tiga ini secara makna umum, tawakal, tapi dalamnya ada pendetailan.

Secara umum orang lihat semua Ustaz, tapi dalam Ustaz itu ada lebih pakar. Yang tersembunyi, yang diketahui sesama mereka.

Secara umum orang awam melihat itu Ustaz belaka, pakai jubah, kupiah. Ustaz.
Kemudian orang awam tengok kenapa sesama Ustaz sesama pun gaduh?

Secara umum orang awam melihat itu Ustaz belaka,
A – Ustaz
B – pun Ustaz

Orang awam melilhat Ustaz secara umum, tapi kalau lihat lebih detail, 
Ustaz ni lebih pakar, 
Lebih alim,
Lebih warak.
Dalam kelompok Ustaz lebih tau siapa yang lebih ‘Ustaznya’.

Orang awam tengok kita sama, Ustaz belaka.
Atas boleh ceramah, Ustaz. Letak kupiah atas kepala.
Ini orang awam. 

“Kenapa Ustaz tu macam tu?”

Dia tak tau latar belakang, dia mungkin bukan keahlian atau tak cukup keahliannya. 

Kita sebut tawakal, pandangan umum tawakal itu sama, serah pada Allah.
Tapi bila pergi pada pendetailan di sana ada pecahannya,
- Tawakal
- Taslim
- Tafwidh
Menerima qadha Allah dengan takda masalah apa. Sama.
Tidak ada beza, tidak ada kecenderungan.

Kata Abu Ja’far al-Haddad, katanya,
Saya selama 10 tahun lebih bekerja di pasar, mengambil upah, dan saya tidak pernah ambil manfaat daripada upah tersebut atau gunakan untuk masuk tandas.

- Dia bekerja di pasar, dapat duit, dia tak ambil manfaat duit tadi untuk beli makanan khas atau masuk tandas khas.

Sejak dulu lagi ada tandas berbayar yang disebut ‘Hammam’ untuk mandi, dan sebagainya. Ini kena bayar.

Di sana ada perbahasan Ulama tentang hukum mandi di tandas awam (sauna: Hammam) ataupun sauna hari ini. Mereka akan bayar dengan sejumlah wang untuk nikmati sauna itu.
Bilik air, sebagainya.

Kata Abu Ja’far,
Aku kerja puluhan tahun dan dapat duit dan tak ambil manfaat peribadi melainkan kumpul fakir miskin dan kami makan bersama.
Takda pendapatan khusus untuk saya

- Yang kerja itu dia

Logik kita kerja, kita ambil manfaat khusus.

Tapi dia bekerja dan beri kepada semua fakir miskin tanpa melihat bahawa saya lebih berhak. Takda.

Tawakal tak menjadikan kita rasa kita lebih berhak. Tak rasa.
Bahkan apa pun Allah beri kita okay.

Kita kata, 
“Saya ni orang tua, lebih berhak dilayan berbanding orang muda.”

Tapi kita serah pada Allah, mungkin ada hikmah kenapa kita walau dah tua tak dilayan lebih baik berbanding orang muda.

Atau kita ini VIP, terkenal, tapi tak dilayan macam kita dikenali. 
Maka tawakal pada Allah, ada hikmahnya.

Dalam makna tawakal, bila dia dapati ada benda dia berhak tapi dia tak ambil, itu makna dia benar-benar tawakal.

Abu Ja’far, dia bekerja dan dia dapat duit dan dia-lah berhak ambil tapi tak, dia lihat semua berhak kerana benarnya tawakal kepada Allah.

Kita kadang-kadang, kita yang buat benda tu dan kita yang berhak dapat pujian. Alih-alih orang lain dapat pujian?

“Saya yang buat, saya yang pioneer.
Alih-alih Si B dapat pujian? Saya tawakal pada Allah.”

Kadang-kadang Allah nak selamatkan daripada sifat riak, ujub.
Banyak keadaan kita tengok orang lain buat, orang lain dapat pujian.
Dan lebih teruk lagi orang lain buat kejahatan tapi kita dituduhnya.

“Saya tak buat jahat.”

“Tak, awak sama je.”

Maka tawakal. Kita rasa kita tak berhak dikutuk sebab kita tak buat!
Tapi tiba-tiba tuduhan itu dihalakan kepada kita, kita tak buat. Maka tawakal kepada Allah.

Nabi Allah Yusuf a.s, dituduh berzina. 
Kenapa dituduh, tak buat.
Yang cuba berzina ini Zulaikha, dia goda, dia pujuk, dia yang kejar saya.
Saya lari.

Tapi yang dituduh itu Yusuf a.s, meringkuk dalam penjara itu Nabi Yusuf a.s, bukan Zulaikha.

Logiknya yang berhak dipenjara itu Zulaikha, Nabi Yusuf a.s tak salah apa.
Tetapi Nabi Allah Yusuf bertawakal kepada Allah.

Tuan-tuan,
Apa hikmah Nabi Yusuf duduk dalam penjara?

Kita baca sejarah para Anbiya, satu-satunya Rasul duduk di penjara dan paling lama. 

Kenapa Nabi Yusuf a.s dipenjarakan?
Agar tak terpengaruh suasana kehidupan di situ, untuk dapat bimbingan terus daripada Allah.

Nabi Yusuf a.s duduk dalam suasana hidup Zulaikha dan Pembesar Mesir, akan dilimpahi banyak kemewahan sehingga mengubah cara, bentuk kehidupan.

Macam kita baca sirah, kenapa Nabi SAW hidup yatim?
Supaya tidak ada campur-tangan ibu ayah dalam mendidik Baginda SAW, terus direct daripada Allah.

Kita kan kalau tengok orang pandai,
“Ayah dia didik dia..
Dia ikut Ayah dia lah tu. Mak dia.
Mak dia doktor, ayah dia pun doktor.”

Kita akan kata, kalau budak tu bagus, baik kita akan kata Mak Ayah dia mempengaruhi dia.

“Ayah dia kaya, Mak dia berjaya.
Dia (anak) pun sama.”

Tapi tidak untuk Nabi SAW, Nabi SAW tidak dididik oleh datuknya,
Tidak oleh Ibu Ayahnya.

Nabi SAW kata, “Tuhanku yang mendidikku dengan sebaik-baik pendidikan.”

Nabi Yusuf a.s dipenjarakan supaya tak terpengaruh suasana Mesir ketika itu, mewah. Ini negara kufur. Ia berbeza waktu Yusuf a.s duduk dengan Ayahnya Yaakub a.s, yang duduk dalam suasana Iman.

Ayahnya Yaakub a.s, Nabi a.s
Adik-beradiknya juga jaga, melainkan ada dengki.

Supaya kita tau kita ini walaupun bagus agama, tapi dengki tak boleh selamat.
Baik, sembahyang Subuh berjemaah tapi dengki, benda kita tak mampu selamat dengan mudah.

Sifat lain mungkin mudah boleh buang,
Sifat kedekut, 
Sifat pemarah, sekian.
Tapi sifat dengki ni payah, melainkan orang yang Allah rahmati.

Kadang duk sembahyang pun dengki orang sebelah, tengok dia macam lebih khusyuk daripada kita. Dengki.

Dengki ini berlaku pada orang paling dekat dengan kita. Lagi dekat maka dengki itu lebih mudah terhasil.
Rakan sepejabat, tengok dia naik pangkat, datang dengki.

Kadang tengok kawan kita dia dengan isteri dia bahagia, datang dengki.
Biar dia tak bahagia macam kita?

Kadang-kadang tengok kawan kita ada kereta baru, gaji sama.
Kenapa dia ada kereta baru?
Datang dengki, tuduh rasuah lah tu.
Mula wasangka buruk.

Wasangka buruk tak terhasil melainkan dengki.
Kalau tak dengki, takda wasangka buruk.

Dengki ni hatta dalam keluarga kenabian pun belum selamat, jangan cerita kitalah.

“Saya Ustaz, takda dengki-dengki..”

Bukan takda, tapi takda lagi.. Sampai masa jumpa pesaing sebenar, datang (dengki). Hatta di kalangan Ulama.

Datang pesaing sebenar, mula datang dengki.
Kecenderungan memburukkan, antara tanda dia.
Ia tak semudah itu dengki.

Supaya kita tahu bahawa jarang orang terselamat daripada sifat ini melainkan orang yang Allah rahmati.

Hatta rumah kenabian, adik-beradik Nabi Yusuf a.s hanya kerana Nabi Yusuf a.s ini diberi perhatian sedikit oleh Ayahnya. Dan memang selayaknya Yaakub a.s beri perhatian kepada Yusuf a.s kerana Baginda Nabi.

Yusuf a.s itu Nabi dan Yaakub a.s tahu melalui tanda-tanda kenabian.
Sayang Nabi Yaakub a.s ialah sayang pada Nabi, 
Dan orang beriman memang diajarkan menyayangi Nabi daripada orang lain.

“Nabi itu lebih diutamakan dalam kasih-sayang daripada diri orang beriman itu sendiri.”

Jadi asasnya hikmah Nabi Yusuf a.s dipenjara, terselamat daripada kehidupan (mewah) Raja ini dan mendapat tarbiah / wahyu. Maka Nabi Yusuf a.s dapat wahyu dalam penjara. Mentarbiyah dan mendidik, sehingga beriman dua banduan
- Seorang mati dalam iman
- Seorang dibebaskan dan menjadi asbab Nabi Yusuf a.s dibebaskan.

Di sini kita sebut bentuk ujian tafwidh, menyerahkan urusan kepada Allah SWT.

Walaupun kita sebut tadi tanda orang itu tawakal walaupun dia tak patut dipersalahkan, lalu dipersalahkan maka dia bertawakal. 

Patut dia dipuji dan tak dipuji maka dia berserah kepada Allah.

“Saya dengan buat baik, orang keji saya? Saya serah kepada Allah.”

Ramai mana orang buat baik lalu dikeji?
Akhir dia mati baru orang tau itu kebaikan dia?

Dan ramai mana dituduh buat jahat walau dia tak pernah buat jahat?
Akhir dia mati, baru orang tau bukan dia yang buat jahat tu.

Orang lain. Tapi kerana jiwa tawakal, serah kepada Allah.

Di dunia ini datang pujian atau kejian maka serah kepada Allah.

Kadang-kadang kita dah elok, boleh orang tuduh kita sesat?
Padahal kita tak layak dikata sesat. Tapi yang kata kita sesat ini orang sesat, dia pulak nampak betul.

Maka serah kepada Allah. Itu makna tawakal, serah kepada Allah.
Walau secara keahlian kita tau kita tak sesat.
Tapi ada orang war-warkan kesesatan kita sehingga orang nampak kita macam sesat. Lalu kita serah kepada Allah.

Itu berlaku pada Nabi-nabi a.s, dikatakan sesat, buat ajaran baru.
Mereka menyerahkan urusan mereka kepada Allah.

Dzun Nun Al-Misri, pernah kita cerita, seorang Sufi yang hebat. Waktu hidupnya orang tuduh dia sesat. Sehingga bilamana mati baru orang tau dia tak sesat.

Bilamana dia meninggal dunia dengan ribuan manusia yang datang, barulah orang tahu kelebihan kedudukannya di sisi Allah. Barulah orang bercerita, tentang ilmunya, karomahnya selepas dia mati.
Tidak semasa hidupnya.

Dia dicela, difitnah, diadukan pada Pemerintah dan dibawa ke muka keadilan dengan tuduhan seumpama ini.
Sehingga beliau berdoa pada Allah, sekelompok mengadu pada Raja bahawa dia bawa ajaran sesat, 

“Ya Allah aku serahkan mereka kepadaMu.”

Akhir terbalik bot mereka dan mati semua.

Dia hanya mampu berserah kepada Allah akan orang-orang yang menuduhnya dalam keadaan dia tak layak dituduh. Itulah tawakal.

Yang saya katakan, kita ahlinya, empunyanya tiba-tiba tak diberi pada kita. Diberi (pujian) pada orang lain, maka kita serah pada Allah kerana kita mengetahui apa Allah beri itu lebih baik.

Dan kita dah bawakan contoh, bagaimana Abu Ja’far al-Haddad dia bekerja dia rasa tak layak rezeki tadi melainkan dikongsi.

Kalau kita ambil contoh hidup kita,
Tuan-tuan kerja, isteri duduk rumah.
Anak-anak juga duduk rumah.

Tapi bila dapat rezeki, tuan-tuan kepada mereka lebih banyak daripada yang tuan-tuan nikmati. Kerana kita ada jiwa tawakal.

Kita beri isteri lebih banyak.
Beri isteri, anak walau yang kerja kita.

Ayah takpa, kerja lagi.
Guna sikit-sikit.

Ini orang tawakal tak nampak dia berhak, walau yang buatnya dia.

Ini Abu Ja’far al-Haddad, yang kerja dia tapi dia nampak ini fakir miskin berhak dengan rezeki yang diserahkan Allah.

Hasan Abu Sinan menyatakan,
Aku berjalan kaki ke Mekah sebanyak 14 kaki.

Kisah Ulama ke Mekah berjalan kaki, banyak.
Saidina Hasan, Saidina Husin, sahabat dan Ulama ramai cuba berjalan kaki untuk membentuk jiwa yang lebih kuat dalam pasrah dan tawakal. Bahkan untuk keluar daripada kesibukan duniawi kepada munajat Ilahi.

Kita bila pergi Haji ramai-ramai dengan orang ramai berkumpul, sembang kosong ada jugak. Sembang dunia banyak juga. Ia sedikit-sebanyak menjejaskan Haji kita, dan kita tau itu.

Kadang-kadang mengeluh pun banyak juga.
“Asyik makan nasi kepal!”

Mengeluh banyak.
“Asyik makan ni, tak masuk tekak!”

Sehingga lupa tujuan kita Haji.
Lupa. Tapi kita seolah-olah lihat Haji ini kena makan lebih sedap, duduk lebih baik.
Lalu kita fokus pada benda-benda yang bantu sempurna Haji.
Lalu kita cuma cari sempurna makan minum, tempat tidur.
Bukan sempurna Haji.

Lari ‘tune’.

Akhir dia pening, fikirkan adalah keselesaannya, bukan kesempurnaan Haji.
Keselesaan pada perkara-perkara ini yang boleh dinikmati di Malaysia, atau di negara dia. 

“Rasa nak selesa.. balik rumah sajalah..”

Umpama kita nak pergi perang, pergi perang tapi nak tilam, makan sedap?
Dah nama perang, redha apa pun ada.
Tandas pun takda di mana pun boleh.
Dah nama perang, tak teringin pun selimut, barangkali kita tidur duduk atau berdiri.

Haji ini macam perang, fisabilillah. Dia kalau faham Haji maka dia lihat nilai kesempurnaan ibadah Haji bukan kesempurnaan kemudahan.
Ia sukar dijelaskan, difahami melainkan orang-orang yang memang betul-betul fokus Haji, dia tak fokus benda kecik ni.
Jauh sekali nak mengadu dekat Facebook pulak, itu lagi teruk!

Lama sikit, siap mengadu.
“Makan tak sedap!”

Ini sibuk Haji.
Dia lupa, iy akita nak kondem penganjur itu lain, tapi benda ni jangan sampai terkeluar, sebagai satu tanda redha dan sabar.

Tapi memang kita argue penganjur dijanji lain, beri lain.
Kita argue sebagai hak, agar tak menzalimi orang lain di masa akan datang.
Tapi fokus kita tetap pada Haji.

Sebab itu sebahagian Ulama mereka pergi Haji berjalan kaki, mengasingkan diri.
Kurang percakapan, kurangkan pergaulan.
Fokus pada Haji.

Tengah jalan kaki terpijak duri. Dipijak duri dan diteruskan perjalanan sehingga menikam kaki. Hasan Abu Sinan membiarkan duri itu, kalau berhenti akan lambat.
Maka diteruskan jalan.

Bak selumbar, biar saja duduk dalam kaki. Selagimana kita boleh gerak, kita gerak.

Umpama kita demam, selagi boleh jalan kita jalan.
Ini demam, kena masuk wad.
Kita tak semudah itu nak berhenti buat ibadat, walau kita ada alasan itu.

Kita dah demam maka taknaklah ke surau, masjid.
Apakah dibenarkan? 
Iya dibenarkan, itu rukhsoh (keringanan).

Demam boleh tinggalkan solat Jumaat, apatah lagi solat berjemaah.
Ini keuzuran dibenarkan.

Tetapi orang kuat, dia tak pernah tengok alasan, dia tengok matlamat.
Akhir demam pun dia ke masjid.

Hukum umum kalau sakit tak payah datang kuliah itu hukum umum.
Rasa tak sihat tak datang kuliah, tetap dapat pahala macam tuan-tuan datang waktu sihat. Waktu sihat kita memang datang kuliah, tiba-tiba sakit.

Atau bermusafir, tetap dapat pahala.
Kerana Rasulullah SAW sebut orang bermusafir tetap dapat pahala apa dibuat semasa tak musafir.

Itu secara umum keuzuran.
Tapi saya secara peribadi, syariat beri kelonggaran, saya tak secara mudah mengizinkan.
Demam pun datang, selagi tak mudarat orang. Tak jangkit ke orang lain.
Kalau jangkit orang.. tak datang. Mudarat orang lain.

Saya batuk pun datang .. selagi tak kacau orang.
Tapi kalau batuk dia sampai Tok Imam nak baca Al-Fatihah pun tak boleh, ini better tak datang.

Batuk, jemaah lain terkejut kuat batuk dia.
Imam terkejut, jemaah terkejut maka ini better tak datang, mudarat besar, ganggu orang.
Tapi kalau batuk sikit-sikit tak ganggu orang, maka datang.
Tapi kalau batuk ganggu orang, jangan datang. Itu jauh lebih baik.

Tapi kalau batuk sikit-sikit dan itu pun biasa kita dengar.
Atau macam batuk di Mekah, sana sini batuk itu semua dah redha keadaan itu. Semua orang batuk.

Jadi kalau kita sakit dan tak kacau orang lain untuk kita ke masjid, takda masalah.
Pergi.

Tapi kalau kena Covid, datang masjid akhir satu masjid kena kuarantin?
Itu tak patut.

“Saya kan Ustaz ajar jangan ada alasan? Itu saya pergi jugak.”

Ini lagi teruk, takda alasan tu betul, tapi dia punya kebodohan lain macam.

Kita beri syarat, tuan-tuan sakit yang menggugurkan dan tuan-tuan lawan itu terpuji melainkan datang mudarat pada orang lain, maka jangan kerana maslahat orang lain juga perlu diambil kira.

Macam orang bawa anak-anak ke surau, masjid, boleh. Tapi syarat dia boleh jaga anak dia jangan mengganggu orang lain. Ganggu orang lain untuk solat, atau ganggu orang lain kuliah maka dia telah hilangkan semua manfaat orang lain.

Dia nak bawa anak, boleh. Tapi syarat anak tak kacau orang, anak jenis duduk dengan dia belajar.

Tapi kalau sebab anak dia, Ustaz sampai hilang idea nak mengajar ini musibah besar.

“Ustaz anak-anak kan kena didik..”

Betul, tapi Ustaz sampai takda idea dalam awak nak didik sangat anak awak.
Berlari kanan kiri.
Ustaz tengok anak dia berlari-lari je.

Gangguan itu beri mudarat besar kepada majlis ilmu dan solat berjemaah.

Siapa-siapa nak bawa anak dia datang kuliah, mana-mana Ustaz solat jemaah maka pastikan dia disiplinkan anak-anak itu.

Dan kena bertindak lah. 
Jangan anak dia ganggu tapi dia buat khusyuk je.
Itu tak betul.

Dia patut bangun, ambil tanggungjawab, pimpin tangan anak dia bawa keluar sampai anak dia mampu diam dan disiplin.

Bagus bawa anak-anak dalam mendidik tapi kita perlu patuhi dalam hal-hal yang lain juga. Hal-hal yang jadikan majlis ilmu, ibadat tadi tak terganggu.
Bahkan menyempurnakan.

Anak-anak kita juga ambil manfaat ilmu dan jauh lebih terang matanya daripada kita. Bahkan kita tanya anak,

“Abang tadi Ustaz cakap apa?
Abah tertidur tadi.”

Anak ni cakap Ustaz ni cakap sekian, sekian.
Macam ni bagus bawa anak tu, dia mengingatkan kita.
Dan kita tak sempat tulis nota, lambat. Anak dah tulis nota. Kadang Ustaz cakap tak habis pun dia boleh sempurnakan ayat al-Quran yang Ustaz baca.

Dia ada bakat.
Anak-anak macam ni, bawak.
Dia membantu kita, ingatkan balik apa kita lupa.

Itu di sudut keuzuran.

Ulama, Abu Hamzah mengatakan,
Saya malu kepada Allah kalau saya masuk ke padang pasir dalam keadaan saya kenyang kerana ini akan menghilangkan makna tawakal saya.

- Terlalu kenyang

“Takpa, kenyang ni tahan 4 – 5 jam..”

Ini merosakkan tawakal.

Kita sebut antara ikhtiar, usaha kadang-kala ikhtiar kita menyebabkan kita terlalu bergantung pada ikhtiar dan merosakkan tawakal.

- Berusaha ikhtiarlah dengan tidak merosakkan tawakal.

Bak sakit, ambil paracetamol, jadi satu akidah.
Makan ubat ni je baik.
Makan, baik.

Ini bahaya. Maka saya ada keadaan saya taknak makan, saya yakin yang menyembuhkan Allah.

Betul, tapi hati dah rosak pada ikhtiar.
Ikhtiar itu mula dilihat lebih sempurna daripada tawakal maka ini salah. 

Disebut para Ulama ini boleh membawa pada syirik.

“Saya makan ubat ni je, sembuh.
Tak makan, tak sembuh.”

Bahaya awak ni.
Awak kena tinggal (ubat) macam tu.
Peringkat berat, peringkat tawakal boleh rosak.

Kita dah sebut, kita usaha, ikhtiar tapi tak berkiblatkan kepada usaha ikhtiar, untuk kita faham bahawa ramai orang usaha ikhtiar macam kita tak dapat hasil macam tu.
Supaya kita tau itu datang daripada Allah.

Semua kita kerja kuat, bagus.
Semua kerja untuk lebih mendapat untung. Tapi lihat,
Hasilnya berbeza-beza.

Kadang yang turun ke laut waktu yang sama,
Bot yang sama, enjin yang sama kuasa kuda,
Lubuk ikannya banyak ikan dan hasil.
Tapi natijahnya tak sama.
Balik, tak sama.

Sama jugak orang berperang, senjata tentera semua sama. Tapi natijah tak sama.
Inilah ketentuan Allah. Bila kita terlalu berkiblat usaha, maka tinggalkan bagi merawat akidah kita.

“Saya jumpa doktor tu, mesti sembuh.
Jumpa doktor satu lagi mesti tak sembuh.”

Baik, awak jumpa doktor sorang lain yang kalau rawat tak sembuh tu.
Kenapa?
Untuk awak tawakal dan didik diri awak.

Itu dibuat Umar al-Khattab, antara sebab dipecat Khalid al-Walid yang tak pernah kalah perang. Undefeated. Gagah, kuat. 

Umar al-Khattab pecat Khalid al-Walid dengan beberapa sebab. 
Setengah mengatakan ada tiga (3) sebab, ada fitnah kata Umar dengki sedang ini fitnah. 

Ini sahabat dipelihara daripada sifat dengki melainkan kecintaan pada Islam dan akidah. Khalid dipecat daripada jawatan Jeneral Perang,

1. Kerana sebahagian orang Islam kata kalau ada Khalid mesti menang. Khalid takda, kalah!. Umar bimbang supaya mereka nampak kemenangan itu daripada Allah.

2. Khalid terlalu agresif, tak rehat dan terus bergerak sehingga tentera dia kepenatan. 
Kita ketua nampak matlamat jelas, 
Tapi ‘awak-awak kita’ tak berapa.

Tapi kita tetap raikan kelemahan. Ikutkan kuliah esok baru habis.
Tapi ini yang dengar dan menguap, menyandar.
Maka sebagai ketua kita kena berhenti.

Tapi Khalid tak berhenti. Itu masalah Khalid al-Walid, bergerak sehingga tenteranya kepenatan. Ia membahayakan tenteranya. 
Ia bagus untuk Khalid tapi membahayakan tenteranya. 

Maka Umar al-Khattab memecatnya, bukan pecat daripada tentera tapi daripada kepimpinan.

Khalid kata, dia tetap berperang bersungguh walau bukan lagi Jeneral, supaya mereka tau Khalid berperang bukan kerana pangkat tapi kerana agama.
Dia walau dipecat daripada Jeneral, tapi dia tetap berperang macam dia Jeneral, supaya yang lain tau dia berperang bukan kerang pangkat tapi kerana agamanya.

TOKKU PASIR GUDANG

No comments: