Friday, October 6, 2023

17. Tawakal (Bahagian 2)

Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 1 (m/s 226)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
6 Oktober 2023 | 20 Rabiulawal 1444

TAWAKAL, BERGANTUNG HANYA KEPADA ALLAH

Tawakal adalah amalan hati, penyerahan kepada Allah dalam semua perkara sama ada urusan dunia, atau Akhirat.

Ulama membahagikan tawakal kepada dua:

1. Urusan dunia

Berkait rezeki, kebaikan yang kita inginkan dan kejahatan yang ingin kita tolak dan semua urusan dunia kita.

2. Urusan Akhirat

Bilamana kita solat, puasa, beribadat, Umrah Haji, kita serah kepada Allah. 
Buat apa Allah perintah dan serah kepada Allah, pahala balasan, penerimaan. Tak melihat kekuatan kita.

Bahkan apa kita buat, ibadat kita, kerana Allah memudahkan kita solat, baca al-Quran, zikir, menuntut ilmu, pergi Umrah Haji, buat baik semuanya ini datang daripada Allah. 

Bukan daripada kekuatan diri kita, kebijaksaan, kepandaian.
Bukannya daripada leluhur keturunan tapi ia daripada taufik Allah.

Syiar orang beriman,

وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

“Dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”

(Surah Hud, 88)

- Tidaklah kekuatan yang aku perolehi ini melainkan daripada Allah, hanya kepada Allah aku berserah diri dan hanya kepada Allah aku kembali

Hari ini kita dapat duduk di majlis ilmu,
Kita boleh duduk mengaji al-Quran,
Kita boleh bangun menunaikan solat –

Ini semua taufik (kurniaan, kekuatan daripada Allah).

Maka dalam urusan Akhirat pun kita bertawakal. Kita tak tau esok lusa bagaimana kekuatan kita dalam ibadat. Hari ni iya, muda. 
Kita 30an, 40an.

Hari ini Allah lapangkan rezeki boleh pergi Umrah, Haji.
Untuk esok, lusa kita tak tau maka kita tawakal pada Allah.

Dan apa kita lalui hari ini juga kerana tawakal kita kepada Allah.

Kita tak kata, sebab kita kaya, kuat gagah. Melainkan, daripada Allah.

Katakan, “Semua ini daripada Allah.”

Tawakal ini suatu kekuatan pergantungan keyakinan kita kepada Allah SWT, bahawa apa pun berlaku dengan takdir, keinginan dan kekuasaanNya.

Dan apa yang kita lalui dalam takdir Allah itu redha, rela dan melakukannya mengikut acuan yang Allah perintah.

- Kita redha dengan penyakit menimpa kita, dan kita berusaha mengikut acuan yang Allah suruh.
Doa, sekian perkara.

KONSEP TAWAKAL DALAM ISLAM

Kata Ulama bagaimana kita memahami konsep tawakal secara asas?

1. Kita hanya menyerahkan urusan kita kepada Allah, bukan yang lain.
Hanya pada Allah, bukan makhluk itu ini.

وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah Hud, 123)

- Kata Allah, ‘Dan bagi Allah segala pengetahuan langit dan bumi dan kepadaNya dikembalikan segala urusan. Maka hendaklah engkau menyembahNya dan bertawakal kepadaNya. Tidaklah Allah lupa dengan apa yang mereka lakukan. 

1. Allah ajar kita tawakal kita hanya pada Allah, bukan pada orang itu ini

2. Iktikad (meyakini), bahawa yang berkuasa itu hanya Allah dalam melaksanakan sesuatu kehendak hamba dan melaksana keinginan hamba. Semua berlaku di dunia ini berlaku dengan tadbir dan kehendak Allah.

Kita iktikad, yang berkuasa itu Allah. 

Tadi kita sebut tawakal –
- serah kita hanya Allah.
- yang berkuasa

- yang mentadbir itu hanya Allah
- yang memberi rezeki itu hanya Allah
- yang melepaskan daripada segala kesulitan itu hanya Allah, 
- yang melaksanakan segala hajat kita, hajat dunia, hajat Akhirat kita hanya Allah. Takda yang lain.

Yang berkuasa itu Allah.

Allah sebut dalam al-Quran, 

وَمَا لَنَآ أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى ٱللَّهِ وَقَدْ هَدَىٰنَا سُبُلَنَا ۚ وَلَنَصْبِرَنَّ عَلَىٰ مَآ ءَاذَيْتُمُونَا ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُتَوَكِّلُونَ

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".

(Surah Ibrahim, 12)

- Bagaimana mungkin kita tidak menyerahkan urusan kepada Allah sedang Allah-lah tunjuk jalan-jalannya dan kita akan bersabar dengan apa pun yang menimpa kita. Apa pun kita sabar, dan hanya kepada Allah berserah segala orang bertawakal

Kita tau apa yang berlaku hari ini, esok, lusa, tulat yang memberi kita rezeki hari ini, semalam dan bahkan akan datang, yang berkuasanya Allah. 

Bukan negara, bukan Pemimpin. 

Walau ada Pemimpin mendabik dada dengan berkata,
“Akulah yang beri rezeki pada kamu!”

“Ini Sungai Nil mengalir bawah kaki aku, aku bagi!
Kalau aku tak bagi, lapar kamu!”

Kalau hari ini, kita kata, “Akulah bagi gaji kamu! Aku tak bagi kamu gaji, mati kamu!”

Firaun kata, “Ini Sungai Nil di bawah tapak kaki aku, aku kuasai sumber-sumber kesuburan. Semua kekayaan daripada aku! Kalau aku tak bagi kamu susah!”

Tuan-tuan.. kita tawakal kepada Allah. Yang berkuasa beri rezeki bukan orang tu, biarlah dia pegang kuasa yang diktator sekalipun seperti Firaun.
Sementelah yang pegang kuasa cuma 4 – 5 tahun?
Yang akan bergilir-gilir?

Bila mereka kata, mereka-lah yang berkuasa itu ini?
Kita kata, kita bertawakal kepada Allah, Allah yang berikan rezeki kepada kita. 
Allah yang menentukan segala-galanya, bukan fulan bin fulan, bukan orang itu ini. 

Ini konsep asas kepada tawakal, iktikad yang berkuasa hanya Allah.

Ada manusia yang mengancam menyekat rezeki kita, mungkin. 
Mengugut memberi mudarat pada kita? Tapi kita yakin yang berkuasa hanya Allah.

Manusia bila bercakap ikut sedap mulut dia.
Hakikat yang berkuasa hanya Allah.

3. Allah pasti beri apa kita nak

Ini orang bertawakal. 

Tadi kita sebut, 
- Yakin Allah yang berkuasa

Dan yang ke (3) proses ke-3 dalam membina tawakal bahawa Allah akan memberi apa yang kita nak, dengan kekuatan tawakal kita.

Sebab Allah perintah kita wasangka baik padaNya,
“Aku berada pada wasangka seorang hamba padaKu. Kalau dia sangka yang baik, dapat baik. Dan kalau dia sangka buruk, maka buruk dia dapat.” 

Kita orang beriman dalam membina makna tawakal, kita yakin bahawa apa kita nak dek benar tawakal kita kepada Allah, Allah pasti akan beri, tunjuk jalan, mudahkan dan beri terbaik apa yang bermanfaat untuk dunia dan lebih besar pahala untuk Akhirat kita.

Allah yang bagi.

Kita nak buat ibadat ikut cara kita?
Mungkin kita nak buat ibadat cara kita, Allah tolak.
Atau pahala sikit. 

Kita serah bergantung kepada Allah dalam ibadat kita, maka di situ Allah beri pahala yang lebih besar.. lebih banyak.

Sebab itu kita berdoa kepada Allah, biar Allah tunjuk apa kebaikan yang perlu kita buat.

Tuan-tuan bila kita memasuki fasa (usia) tertentu, doa pada Allah.

“Ya Allah tunjuk aku kebaikan yang perlu aku buat dengan umur begini, yang cuma tinggal cahaya-cahaya senja, yang menunggu untuk tenggelam.. “

Ada sedikit cahaya-cahaya senja kita.

Mohonlah pada Allah, supaya cahaya senja ini beri manfaat kepada kita.
Kesudahan yang baik. 

Saya umur 50, 60, 70 kadang-kadang kita meraba-raba apakah finishing, ending, khitam terbaik? 

“Kesudahan terbaik macam mana..? Apakah saya buat macam yang biasa saya buat?”

Maka di sinilah perlunya tawakal yang benar kepada Allah. Biar Allah tunjuk kepada kita, jalan apa kita lalui sekarang. Kita nak Allah tunjuk jalan kita macam mana.

Mungkin dulu kita jenis ibadat ‘ part-time ‘, sikit-sikit. 
Maka sekarang kita masuk umur beruban kepala, dengan lemah anggota badan dan banyaknya angka usia tua kita, dan dengan sedikit lagi cahaya senja kita.

Sikit lagi..umur kita tak banyak dah..
Dah baya kita mati belaka, sebahay kita takda belaka.

Dan kita dengar orang sebaya kita hanya kematian. Jarang kita dengar yang sebaya kita kawin, jarang-jarang. 

Yang kita dengar masuk wad, mati. Sakit, mati.
Itu saja kita dengar, dengan umur macam ni.

Maka doa, mintak. Istikharah kepada Allah apa kebaikan paling baik kita buat.
Jangan pakat tembak kebaikan. 

Kita tengok dah tua ni, “Pondok lah Ustaz.”

Memondok. Itu mungkin bukan jalan terbaik di usia tua kita, mungkin. Saya tak kata secara mutlak tapi mungkin.

Yang kita maksudkan mintak kepada Allah. Barangkali pada usia yang tak berapa hari ni, kita gunakan kekayaan kita untuk manfaat umat. Barangkali. 
Pencen kita, 
Duit KWSP kita,
Duit itu dan ini untuk manfaat umum.

Barangkali juga, usia yang seumpama ini untuk kita nasihati umat,
Barangkali juga usia ini untuk kita bantu semua kebaikan umat ini,
Barangkali di usia seumpama ini untuk kita banyakkan ber-uzlah, khalwat kepada Allah.

Kita tak tau, kita minta pada Allah.

Asas membina tawakal, kita katakan tadi (recap):
- Tawakal hanya kepada Allah
- Iktikad kepada Allah
- Yakin apa kita nak kita dapat

Ini orang tawakal.

Allah kata apa..?
“Siapa tawakal Allah cukupkan. Allah beri.”

Kata Imam Ibn Hajar, 
Allah beri apa yang paling manfaat untuk dunianya dan apa paling baik untuk Akhirat.

4. Tidak pernah berputus asa

Kita tak pernah putus asa. Apa maksud putus asa?
Putus asa ini ada dua (2) jenis:

i) Dipuji oleh Allah; dan
ii) Dikeji.

Putus asa dengan makhluk, itu bagus. 
Kita tau semua tak boleh tolong kita.

Tapi putus asa dengan Allah itu keji. Kerana yang berputus asa dengan Allah hanya kafir, dia tak kenal Tuhan.

Kita orang beriman kita tau kita ada Allah maka kita tak boleh putus asa.
Walau semua makhluk melarikan diri, menyepi daripada kita, mengancam kita.. kita tak pernah putus asa. Kita ada Allah.

Tawakal sebenar tak pernah putus asa, tentang urusan,
- Rezeki
- Dunia 
- Akhirat

Walau datang bertalu-talu manusia berkata, “Kamu ahli Neraka!”

“Kamu dimurkai Allah!”

Tuan-tuan kita tak putus asa dengan rahmat Allah yang luas, walau pun orang kata kita najis, haram di dunia ini. Itu kata-kata mereka. Dunia ini milik Allah.

Yang kata, 
“Kamu haram pijak dunia ini!”

“Kamu sampah di dunia ini!”

Kata-kata makhluk tak menjadikan kita melihat diri kita tak berguna, kita melihat keluasan rahmat Allah. Di situlah benarnya tawakal kita kepada Allah.

Ini empat (4) asas.

1. Tawakal hanya Allah
2. Berkuasa hanya Allah
3. Allah akan beri kita nak
4. Tak putus asa.

Ada empat ini, kita berada pada lorong yang benar, tawakal.

Kita sekarang berada di ‘lebuhraya’ tawakal, menyampaikan kita pada destinasi. Jalan terus. Tak perlu lagi toleh kiri kanan, susur kiri kanan. Takda. 
Straight, untuk toll seterusnya.

Tak sesat lagi kita. Ini lebuhraya tawakal yang menyamapaikan kita pada destinasi paling bahagia, paling mulia, paling rehat, paling tenang, paling kuat. 

Maka takda yang perlu kita bimbangkan.

BICARA ULAMA TENTANG MAKNA TAWAKAL

Kata Sahl bin Abdullah At-Tustari,
Orang bertawakal itu ada tiga (3) alamat:

1. Dia tak meminta-minta dengan manusia

‘meminta’ – pergantungan hati

Adapun minta secara zahir itu satu usaha dibenarkan. Anak mintak duit dengan ayah, isteri mintak duit pada suami. Itu pada kerangka dibenarkan, sebab bagi isteri itu kan nafkah?

Suami kata ke isteri,
“Awak tak dengar ke kuliah tadi, jangan meminta-minta?
Awak tak tawakal.”

Seronok pulak suami tak payah beri nafkah, tak boleh memintak dia buat diam je.
BUKAN.. itu bukan kerangka yang kita fahami.

Sebab meminta dimaksudkan, pada benda bukan keizinan syarak; dan
Hati kita bukan bergantung pada apa kita mintak. Hati kita dengan Allah.

Mintak dengan siapa pun, hati kita dengan Allah.

Sebab itu kata Sahl at-Tustari,
(Maksud tawakal), jangan meminta.

Tapi kalau kita mintak hak kita, itu bukan maksud kita tak tawakal. 
Kita patut dibayar gaji tiba-tiba tak dibayar? 
Kita minta, hak kita.

Kita patut dapat, maka kita akan mintak.

Tapi maksud, jangan meminta pada yang tak patut kamu mintak.
Contoh: Kita orang gagah boleh kerja tapi meminta pada orang?
Tak boleh, nak jadikan kerjaya mintak sedekah? Tak boleh.

Tak dibenarkan.

Dan tak boleh meminta dengan hati bergantung pada orang tu:
“Kalau dia tak beri kat saya, susahlah saya.”

Tak boleh.
Orang bertawakal tak pernah bergantung pada orang.

2. Dia tak menolak

‘menolak’ – tiba-tiba rezeki datang pada kita, kita tak tolak.
Ini rezeki yang Allah hantar pada kita.

Sebab itu bila Umar al-Khattab diberikan sesuatu oleh Nabi SAW dan menolak, dia kata,

“Ya Rasulullah.. berikan pada orang yang lebih fakir daripada aku.”

Nabi SAW kata,
“Jangan begitu, kalau kamu diberi sesuatu dalam keadaan kamu tak pernah bercita-cita nak maka ambil. Itu rezeki Allah beri.”

Itu jiwa orang tawakal. Supaya dia tak putus asa dengan rahmat Allah yang luas.

Kita kadang-kadang kita tak meminta tak bunyi, orang bagi.
Allah jadikan, Allah ilhamkan pada mana-mana hamba beri.

“Nah nasi baryani.”

Saja nak beri hadiah hari Jumaat.. kita tak minta pun.

“Ini buat durian..”
“Ini duit..”

Kalau orang bertawakal, dia ambil kerana itu rezeki Allah bagi.
Kita tak pernah tolak. Tolak rezeki itu jiwa sombong.

Kita walau kaya tapi orang beri duit kita taknak? Kita sombong.

Kadang-kadang Allah uji kita. Kita yang ada duit ni diuji dnegan orang bawah beri kita. Tiba-tiba kita marah>
Itu tanda kita sombong.
Dia nak belanja kita makan, Alhamdulillah.

Melainkan kita tolak sebab simpati dia, 
“Ustaz terima.. tapi kesian pulak dia.. bil ni RM1,200.”
Misalnya.

Kita tengok bil pun terkejut, contohlah.
Contoh.

Dia bayar. Gaji dia sebulan RM1,000 sebulan.
Bukan kita sombong dia bayar, tapi takut ia bebanan bagi dia..

Guru kami, seorang kaya jutawan. Ada orang salam dia beri dia duit RM2, dia ambil duit tu. Bukan maksud dia tak cukup dengan rezeki tapi ia melatih diri tidak sombong. 

Kadang ada orang beri kita RM1, RM2, 10 sen, 20 sen.
Ambil, itu tanda tawaduk dan tawakal.
Kita terima apa pun Allah bagi.

Ini Nabi Allah Ayub a.s, Allah beri dia kekayaan macam-macam, suatu hari ketikamana dia tengah mandi jatuh di depannya belalang emas.
Dia pun ambil.

Allah berfirman,
“Wahai Ayub, bukankah aku dah berikan kamu kekayaan? Ambil lagi?”

Nabi Ayub a.s kata,
“Ya Allah, siapa yang cukup dengan kurniaanMu?”

Mendapat kurniaan Allah, tak boleh kita rasa cukup. Kita sentiasa nak kurniaan daripada Allah, sebab itu tanda kemuliaan di sisi Allah.

Sebab itu Nabi Ayub a.s tengah mandi jatuh belalang emas pun diambil.

Kita kadang-kadang dah kaya, orang bagi RM1, ambillah.
Kita tak tau rezeki itu berkatnya dekat mana.

Jangan sombong.

Tengah macam ni, orang beri kita beras.

Orang tengok kita macam takda duit, padahal kawan tu diet.
Nampak tak pernah makan nasi. Kita pun bagi dia 10 kilogram beras. Padahal dia kaya. Cuma rutin dia tak makan nasi. 
Maka ambil (pemberian beras tu).

Tanda tawaduk dan tanda tawakal.

Sebab itu kata Sahl at-Tustari,
Dia tak mintak, tak tolak dan tak kedekut.

3. Tak kedekut

Tak tahan rezeki dia mengalir ke orang lain.

Tuan-tuan rezeki ni nak indah biar ia mengalir sampai ke orang lain, kalau tahan ke kita ia jadi lopak, air yang busuk.

Rezeki ni biar mengalir, bila mengalir air tu jernih. 
Rezeki ni kalau mengalir sampai semua orang boleh tumpang ini rezeki yang jernih yang baik.

Tuan-tuan suka mana,
Air mengalir atau air bertakung?

Air bertakung confirm ada nyamuk Aedes.
Walau jernih.

Kita baca nyamuk Aedes, ia suka air jernih, tak suka keruh. Bertelur di air jernih.
Kita sangka air bertakung bagus, jernih.
Ada nyamuk Aedes dalam tu.

Rezeki kita kalau tak bergerak, bertakung lama-lama busuk.
Biarkan ia mengalir. Biarkan mengalir.

Kalau kita biarkan rezeki kita mengalir, jernih rezeki kita dan jadi makin banyak. Tapi kita tak faham sunnatullah dalam bab rezeki. 

Orang macam kita, kena dah pencen.
Rasa duit banyak tu, maka banyak tu lah tak bertambah.
Dulu masa kerja rasa dapat buat overtime, tambah. 
Sekarang dah pencen, tak nampak sumber macam mana bertambah. Otak kita.

Tengok pencen RM30,000 maka itulah.
Tengok pulak partner kita geng kuliah makan nasi free, macam mana nak jual?
Makan free.

Rasa sumber ni tak boleh hidup. ini wasangka kita pada Allah.

Kita dok fikir cuma rezeki pencen tu tak bergerak-gerak, maka ini buruk sangka pada Allah. 

Orang yang kerja takda pencen tu, agak-agak macam mana dia pencen?
Tetap rezeki dia jalan.

Orang-orang asli dalam hutan KWSP, SOSCO takda. Jalan macam biasa.

Kita dah kata Allah beri rezeki selagi kita bernyawa, dah sampai waktu nak mati, takdalah rezeki kita. Habis rezeki kita walau kaya macam mana pun, tak masuk lagi makanan di mulut, tak masuk lagi air di leher, tengkuk. 

Yang penting rezeki kita cari dengan baik.

Orang-orang yang benar tawakal pada Allah dia takkan tahan rezeki. 
Ini budaya bahaya bergantung pada wang pencen. Wang KWSP. 
Dan sangka seolah-olah tak bertambah.

Kenapa fikir macam sebagaimana fikir orang takda Tuhan?
Rezeki ni datang pada semua orang. Kalau tuan-tuan tak kerja, apakah maksud rezeki itu tertutup? Pintu lain banyak lagi, ia datang. Dengan pelbagai.

Dan kalau rasa dengan tahan, duit tak bocor. Kita silap.
Kadang-kadang kita tahan rezeki kita tak mengalir ke orang lain, tiba-tiba berlaku bocor besar bawah tu. Habis licin tanpa kita sedar. 

Tunggu-tunggu nak guna duit kita simpan, akhir bocor.
Sakit sini, sakit sana.
Habis duit bayar ubat. 
Bocor.

Pencen ada RM400,000 – RM500,000 habis.
Dok bayar jantung je. Habis kita.
Bila kita pilih tahan rezeki.

Tuan-tuan rezeki jangan tahan. Biar ia mengalir ikut aturan Tuhan, maka ia akan jadi jernih. Jangan takut rezeki tak bertambah, ia akan bertambah in shaa Allah.
Akan bergerak sebagaimana yang Allah Taala kehendaki bagi setiap hamba.

Kita hanya jalankan tanggungjawab,
Sampai masa zakat, kita zakat
Sampai masa sedekah, kita sedekah
Sampai waktu kena infak, kita infak.

Semua berjalan macam biasa untuk kita mencari pahala sehingga kita bertemu Tuhan.

Ini tiga (3) asas makna tawakal.

APA ITU TAWAKAL?

Abu Yazid al-Bistomi ditanyakan, 
“Tawakal itu apa?”

Kata Abu Yazid, “Kamu pulak anggap tawakal tu apa?”

Jawab Abu Musa ad-Dubaili, “Di sisi kami tawakal, kalau kiri kanan itu ada binatang berbisa, kala jengking. Kami tak bergerak. Kami serah kepada Allah.”

Ia takkan ubah keyakinan kami, ia takkan beri mudarat kepada kami tanpa izin Allah. 
Takkan pernah.

Kita cakap sekarang, 
“Takkan beri mudarat apa tak diizinkan oleh Allah.”

Itu belum terserempak harimau. 

Belum terserempak kita kata, “Yakin takda mudarat melainkan Allah.”

Itu kita ada ilmu. Tapi sirr (rahsia) ilmu itu belum terbukti. Waktu depan kita betul-betul ada harimau, harimau tengok kita, macam mana waktu tu?

“Wahai Pak Rimua, jangan makan aku!”
Dah mintak tawakal pada Pak Rimau pulak.

Kalau betul, sebagaimana berlaku pada Silah bin Asyam, tengah sembahyang datang singa. Silah berkata,

“Hai singa. Kalau aku malam ni rezeki kamu, silakan. Kalau bukan, sila pergi jauh-jauh aku nak solat.”

Sirr – orang Sufi suka menyebut sirr (tak berubah rahsianya dengan Allah).
Kita bercakap ni zahir. Yang rahsia, dalam.
Rahsia terbukti bila keadaan, contoh ‘anak jantan’.

Anak lelaki itu zahir, anak lelaki sebenar waktu kejadian.
Ramai wanita lahirkan anak lelaki tapi kejadian /peristiwalah yang melahirkan anak lelaki sebenar.

Ayat tu maksudnya, ibu-ibu memang dia lahirkan anak lelaki, itu lelaki jantina.
Bukan lelaki berani. 

Tapi bila berlaku satu kejadian, yang memerlukan keberanian.. maka waktu itu kita perlukan anak lelaki berani. Waktu tu baru kita tau, ini anak lelaki rupanya.
Berani.

Tapi bila berlaku kejadian dan dia takut, baru kita tau – oh pondan rupanya?!
Penakut!

Diceritakan, di satu tempat di mana kaum lelaki diminta berperang mempertahankan agama dan tanah air, lalu musuh kepung satu kampung. 
Ini cerita betul berlaku.

Bila kepung satu kampung, lalu tentera itu berkata,

“Ada lelaki di sini?”

“Takda, yang tinggal hanya perempuan.”

Bila check didapati ada seorang lelaki bersembunyi,
Bila perang orang cari lelaki.

“Ini apa?! Kamu bohong! Ini ada lelaki?”

“Kami tak berbohong. Ini bukan lelaki, lelaki ialah yang berjuang! Ini bukan lelaki, ini pondan.”

Lelaki ialah orang berjuang.

Itu disebut para cerdik pandai, “Ramai ibu melahirkan anak lelaki, tetapi hanya kejadian sebenar melahirkan anak lelaki.”

Kita nak tengok anak lelaki sebenar, atau bahasa kita sebut anak jantan, bukan makna binatang, tapi maksud orang berani.

Kita guna ayat,
“Saya ni anak jantan.”
- Maksudnya, saya orang berani. Saya tak fikir lain. Saya hanya fikir pertahan hak.

Kita mungkin ramai anak lelaki tapi kita tak ramai lelaki waktu kejadian.
Lelaki sebenar dia akan tunjuk semangat juang dia lelaki.
Dia lelaki sebenar waktu ancaman pada agama, harta dan maruahnya.

Dia anak lelaki, bukan perempuan tapi asas keberanian.

Di dunia ni takda orang jadikan perempuan sebagai tentera, takda. Kalau ada pun buat kosmetik, latihan tentera. 
Realiti perang, orang perempuan tak masuk medan perang.

Kalau masuk pun buat sibuk-sibuk je.
Memasak ke, jururawat.

Tapi nak masuk berperang? Peratusannya kecil. Dalam Islam pun ada tapi peratusannya kecil sebagaimana kisah Nusaibah Rha, berjuang bersama lelaki berani, ada..

Tapi bukanlah watak perempuan itu berperang. 
Ia bukan bermaksud penghinaan.. tapi kesesuaian.. 

Orang lelaki ni Allah jadikan dia sesuai semua benda,
Menjahit, memasak sesuai. Dia ‘multi-task’. Dia boleh buat belaka.

Menjahit boleh. 
Yang pandai menjahit sekali, lelaki.
Yang pandai masak, bukan perempuan.
Perempuan masak 3 orang bolehlah.. masak 3 kawah?
Rebah dia.

Lelaki boleh, memang untuk kerja-kerja besar Allah jadikan untuk lelaki.

Kerja rumahtangga betul perempuan, dia perfect.
Masak untuk suami, anak-anak dia perfect.

Tapi masak untuk jamuan? Huru-hara dia.
Rambut mula macam takda rambut!
Muka macam hantu. Tak boleh.

Dia masak untuk suami, lawa lagi muka dia. 
Comel muka dia.

Suami bila datang, peluk belakang lah. Masak untuk jamuan muka dah macam harimau, tak macam orang.

Ertinya, wanita bukan untuk kerja besar.
Kerja kecil dia sempurna, tapi kerja besar.. pergi pada lelaki.
Semua lelaki.

Perang kerja paling besar dalam sejarah, muamalah dengan orang.

Sebab itu Islam ajar jangan bunuh wanita, dia bukan ahli perang. 
Itu Muammar Gadafi, bodyguard dia.
Pemimpin negara pertama guna perempuan, garang-garang. Tapi bila perang, semua cabut! Masuk dapur semua.

Muammar Gaddafi sorang-sorang. Itu antara kesilapan dia.
Dia nak buktikan sesuatu yang bercanggah fitrah. 

Bodyguard tak boleh perempuan..
Nak jaga setiap langkah kita mesti lelaki.

Maka ini bukan penghinaan tapi kesesuaian..

Bila kita sebut tentang ‘sirr’ (rahsia), memang kita dakwa anak lelaki, tapi bila berlaku kejadian? Nampak tak jantan dia.

Maka ditanyakan, apa tawakal.
Kalau ada ular, dan dia tunjuk keberanian dan tak berubah?

Dia kekal khusyuk dalam ibadat.

Kata Abu Yazid, 
“Betul dah tu.. tapi bagi aku makna tawakal pada Allah,
Ia tak membezakan antara Neraka dan Syurga.”

Apa maksud kalimah, ‘tak membezakan antara Syurga dan Neraka?’

- Syurga, nikmat
- Neraka, azab.

Bagaimana tak bezakan?
Kerana dia melihat penyerahan dirinya kepada Allah.
“Saya serah diri pada Allah.”

Sebagaimana bagi kita, bagi orang-orang yang benar-benar bertawakal takda beza kita dapat apa kita nak, dengan tak dapat apa kita nak. 

Sebab kita serah kepada Allah. Apa yang baik yang Allah nak beri kepada kita.
Apa yang baik itu menjadikan kita serah bulat-bulat pada Allah.

Saya memang nak Syurga tapi saya serah kepada Allah.
Saya memang nak Syurga.

Tetapi kita melihat even dalam pilihan Syurga dan Neraka pun kita serah kepada Allah. Kita tak berani kata, 
“Sayalah ahli Syurga!”

Saya serah urusan saya kepada Allah.

Saya tak berani kata, “Awaklah ahli Neraka! “

Saya tak berani even cakap macam tu.

Saya hanya kata, “Mudah-mudahan dia menjadi ahli Syurga.”

Tetapi kita melihat pergantungan kita pada Allah, mana Allah nak letak kita itu urusan Allah. Mana Allah nak letak.

Hari ini kita dapat jodoh ke, tak
Dapat rezeki ke, tak
Sihat ke sakit kita serah pada Allah.
Sama bagi kita.

Barangkali sakit itu lebih baik daripada sembuh.
Saya tak tau, saya serah.
Barangkali kaya lebih baik daripada miskin,
Barangkali miskin lebih baik daripada kaya.
Barangkali.

Ini semua bukan ilmu saya.

Tawakal itu menyerahkan ilmu kepada Allah. 

Kita secara ilmu memang nampak begini A, B, C, D – kita rasa beza. Kita hanya nak yang kita nampak pada pandangan kita.

Contoh: Kita nak jawatan A – gaji besar, saya memang sungguh interview, bersedia.

Kita dapat beza jawatan A lebih bagus,
Tiba-tiba Allah tentukan kita dapat B. apakah tak bagus?

Orang tawakal pada Allah, dia tau B itu bagus.

Maksud, apa pun Allah takdirkan.. 
Kita redha,
Serah urusan kepada Allah.

Disebut kita ahli Neraka, kita tak koyak.
Dan disebut kita ahli Syurga, sombong?
Tak ini urusan Allah.
Itu baik untuk saya. Itu Allah takdirkan.

Bila kita serah macam tu Allah takkan bagi melainkan baik, mutlak kuasa Allah.

“Ya Allah aku tak tau apakah aku Syurga atau Neraka dicampakkan. Ini urusan Engkau Ya Allah.”

Maka mereka sentiasa berhati-hati dalam amalan.

- Amalan ke Syurga,
- Amalan ke Neraka.

“Hanya kepadaMu aku serah urusan.”

Maka datang kekuatan dalam ibadat,
Rendah diri,
Kebergantungan kepada Allah.

Kalau kita kata seorang itu ahli Syurga, sombong.
Dan katakan seorang ahli Neraka, rasa teruk. Kita sedang menutup pintu rahmat Allah yang luas, dan kita dah campur urusan Allah.

Seorang saya sangka jahat, itu ini dan saya meNeraka-kan dia. 
Perbuatan itu ada nas (dalil), dan saya tengok perbuatan ini ahli Syurga: 

Dia sepanjang saya kenal perbuatan dia ahli Syurga. Tapi saya harap, “Mudah-mudahan..”

Kalua kita kata,
“Saya berharap mudah-mudahan dia dan kebaikannya Allah masukkan dia ke Syurga.”

Ini hakikat orang bertawakal. Kita dah serah semua ilmu ghaib itu kepada Allah. 
Syurga, Neraka itu ilmu Allah.

Seorang beribadat itu ini dia mungkin takda ikhlas, ia mungkin berlaku.

Kita beribadat, kemungkinan
- Allah tolak
- Rosak ibadat?

Mungkin.

Tuan-tuan tulis buku, mesej, ada kesalahan (typo)?

Kata Sahl At-Tustari, 
Seperti mayat di tangan pemandinya –

- Tengok mayat di tangan pemandinya, dia bantah?
Tak dia hanya diam.

Itu analogi. Dengan segala takdir Allah beri yang kita tak suka dengan nafsu, semua itu datang daripada Allah. 

Maka kerana itu perumpamaan kita, kalau kita nak benar sifat tawakal kita bak orang mati dimandikan. Ke kanan, kiri.
Diangkat, ditekan perut.

Dipindah ke tempat kering, dikafankan.
Diletakkan di depan, solat.

Akur.

Ke kubur, akur.

Bahasa hal-nya seperti dia terima.

Begitu urusan kita dalam kehidupan dunia, apa pun berlaku pada kita ia kurniaan, takdir Allah.
- Senang, senang ini takdir Allah.

Semua kita kembalikan kepada Allah, sebagaimana Allah ajarkan,

“Semua urusan dipulangkan kepada Allah..”

Seorang bertanyakan Hatim al-Asam,
“Dari mana engkau makan?”

Dia beristeri 4 orang, dia sibuk mengajar, beribadat.
Maka ikut mana (rezeki) dia?

Maka orang tanya, kamu makan sumber rezeki daripada mana?

Hatim bacakan ayat, 

Milik Allah kekayaan langit dan bumi, orang Munafik memang tak faham.
Watak orang beriman dia tau rezeki itu urusan Allah.

Dia isteri ramai, adik-beradik ramai, tanggungan ramai.
Itu urusan Allah.. 

Tak payah ragu-ragu, ragu-ragu itu orang Munafik.

Orang beriman tak takut beranak ramai, orang kafir tak yakin.

“Tangan ini takkan pernah memintak kepada manusia.”

Dia yakin. 

Dia nak kekal berlaku adil, taknak jadi orang meminta.

Kata Guru kami, Hakim di sebuah negara dia takda gaji tapi dia diberi cheque kosong, tulis sendiri berapa dia layak. Dia tulis sendiri.
Dia tau Hakim itu hebat.

Integriti, maruah agama. Maruah diri.
Kita tau kita layak dapat berapa gaji bila bekerja, nilai.
Berapa rate, layak.
Takkan ambil lebih daripada kelayakan. Itu yang patut.

Saya layak banyak ni maka saya ambil.
Atau saya tak layak ambil sebab saya tak kerja. Saya tak kerja tempoh ini, saya takkan ambil. Ini integriti, tanggungjawab.

Hatim al-Asham ditanyakan,
“Ya Syeikh Hatim, macam mana kamu memperkuat keyakinan tawakal kamu dengan Allah?”

Kata Hatim, empat (4) perkara:

1. Aku tau kalau ia rezeki aku takkan ada orang ambil. Kerana itu aku tenang.

2. Aku mengetahui bahawa amal aku tak mungkin dilakukan dengan baik. 

Maka aku sibuk. Aku tak suruh orang puasa, tahlil untuk aku. Kerana aku tau orang takkan lakukan sesempurna aku. 

- Jangan kata “Nanti saya mati ada orang tahlil..” 
Kenapa harap orang? 

Mereka tak mungkin lakukan dengan baik seperti kita. Lakukan sekarang. 

Kenapa harap ke orang yang takkan sempurna? 
Dia datang tahlil kita mungkin sebab terpaksa. Niatnya bercabang.
Kita niat lakukan amal, kenapa tak sibukkan diri kita?

3. Aku mengetahui Allah sentiasa memerhatikan aku, aku malu. 
Aku malu Allah tengok aku bermaksiat.

4. Aku mengetahui cepat atau lambat, mati sedang menanti aku. Kerana itu aku sibuk menyiapkan bekalan bertemu dengan Tuhan.

Dengan empat (4) ini Hatim al-Assam membina tawakal kepada Allah, sehingga berkata, 

“Rezeki saya datang daripada Allah.”

No comments: