Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 13 (m/s 235)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
18 Oktober 2023 | 3 Rabiulakhir 1445
TAWAKAL: USAHA TAK MENETAPKAN HASIL, USAHA MENENANGKAN KITA
Masih lagi dalam perbicaraan makna tawakal, pergantungan kepada Allah SWT dengan memejamkan mata hati kita daripada melihat sebab, walau mata zahir melihat sebab tapi mata hati kita melihat kepada pencipta sebab yakni Allah SWT.
Maka ini secara mukaddimah tawakal.
Apa disebutkan Imam Abul Qasim al-Qusyairi tentang beberapa definisi, cerita dan kisah tawakal.
Kata para Ulama tentang makna tawakal ialah,
‘percaya apa yang Allah atur dan tak bergantung daripada apa diatur manusia.’
Aturan, suatu yang:
Dirancang,
Ditetapkan,
Diingini, dikehendaki.
Orang beriman dalam diri mereka sentiasa melihat aturan Allah.
Aturan Allah Taala itu ada dua (2):
1. Perintah, larangan
Kawin, makan, kerja. Dengan aturan Allah (syarak), dalam bahasa mudah
2. Perkara di luar usaha dan ikhtiar (takdir)
Kesemua takdir, tapi ada suatu takdir kita boleh melakukannya, buat itu ini.
Ada takdir, suatu ketetapan yang kita tak mampu ubah apa-apa.
Ini yang disebut dengan Mubram (tetap) dan Muallaq (tergantung).
Ada benda kita buat, kerja usaha dan mencapai apa kita nak. Itu juga takdir berdasarkan keinginan dan usaha kita.
Disebut oleh Allah dalam al-Quran,
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ
“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.”
(Surah Al-Insan, 30)
- Yang kamu nak tu, ialah itu yang telah Allah kehendaki, takdirkan
Dan suatu kita tak kehendaki,
Sakit, kita taknak sakit.
Susah, kita taknak gagal, dibenci,
Dibiarkan tanpa ditolong.
Itu kita taknak tapi berlaku itu takdir.
Maka ini aturan Allah.
Dan meninggalkan aturan manusia, apa maksud meninggalkan aturan manusia?
Segala benda yang manusia suruh bertentangan dengan perintah Allah.
Itu aturan manusia
- Syarak suruh kita mencari rezeki halal, manusia suruh cari rezeki haram
- Syarak suruh bersabar, manusia suruh jangan sabar.
Maka ini dimaksud aturan Allah,
Seorang melaksana semua perintah Allah maka dia sedang laksanakan sunnatullah, aturan Allah.
Misalnya berlaku kezaliman, aturan Allah waima kita:
- Bersabar; atau
- Membalas kembali (kezaliman).
Berdasarkan apa yang mereka lakukan, itu aturan yang perlu kita buat.
Nabi SAW di peringkat dakwah Mekah, aturan Allah kepada Rasulullah SAW dan para sahabat agar tidak berperang, dan bersabar dalam tempoh 13 tahun.
Dan di Madinah, aturan Allah kena berperang walau dibenci. Kena perang.
Walaupun sebahagian memilih tak berperang.
Damai dan berbaik, kerana musuh sentiasa nak membinasakan umat Islam.
Maka kena perang. Perang jawapan aturan Allah,
Damai juga aturan Allah.
Oleh kerana sikap musuh ingin menghancurkan umat Islam, dan mereka takda belas kasihan. Kanak-kanak, perempuan ke, takda. Kerana mereka tidak ada adab perang, mereka hanya ada kebencian.
Berbeza dengan orang Islam, perang mereka ada adab.
Kita dengar berita semalam, mereka (Yahudi Zionis Israel) bom hospital di Gaza,
500 orang mati. Satu hospital besar dibom. Ini kebencian orang kafir, walau dalam tu kanak-kanak, orang sakit, perempuan.
Yang mengorbankan satu hari, 500 orang.
Doktor, jururawat.
Semua.
Lihat kebencian orang kafir.
Sejarah sentiasa menceritakan inilah hakikat kekufuran, kebencian dan kerana apa umat Islam perlu memerintah, kerana apa umat Islam mesti memenangi perang, kerana mereka menjaga adab.
Kita orang Islam tunjuk bagaimana tawanan Israel dirawat, perempuan patah tangan dirawat dibedah 3 jam. Tapi mereka tunjuk kejahatan dengan bom hospital.
Ini kejahatan yang kita katakan kejahatan orang kafir.
Kebencian.
Aturan Islam perang. Tiada jawapan paling baik khusus golongan Yahudi, tiada jawapan baik kerana mereka hanya mengetahui bahasa perang.
Mereka tak mengetahui bahasa damai, bahasa aman.
Perangai Yahudi bila rasa terancam, walau takda orang ancam, dia rasa je, dia dah bunuh orang. Kalau dia kena sikit, dia akan hancurkan semua. Lakukan kerosakan, tak kira. Dia beri alasan itu semua musuh mereka.
Mereka tunjuk satu peta, untuk Gaza hanya laut dan dataran kosong.
Maksud mereka akan bom semua sehingga jadi rata.
Kita orang beriman, kita sebut dalam aturan Allah, Allah kata,
وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ
“Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”
(Surah Ali-Imran, 54)
- Mereka buat perancangan di sisi Allah sudah ada ketetapan.
Manusia dengan jiwa Syaitannya akan melihat kezaliman tanpa batasan, tapi Allah akan meletakkan batasan.
Tapi Allah letak batasan.
Firaun waktu nak menzalimi Bani Israil, menzalimi rakyatnya, sehebat manapun perancangan Firaun, akhir Allah meletakkan batasanNya dengan kehadiran Musa a.s. Maka berlaku sekatan.
Sebelum itu dibunuh kanak-kanak sesuka hatinya,
Akhirnya berlaku sekatan. Berakhir dengan kehancuran Firaun.
Tuan-tuan, ini Yahudi menyangka dia boleh menzalimi tanpa sekatan? Di sana pasti ada sekatan kerana Allah menjadikan setiap sesuatu ada batasan.
Takda orang boleh melampau.
Ini aturan Allah, sampai masanya.
Sebab itu bila Allah Taala menyatakan,
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍۢ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصَـٰرُ
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
(Surah Ibrahim, 42)
- Jangan pernah berfikir Allah lupa dengan perbuatan orang yang zalim, Allah tak biarkan.
Jangan ada rasa, “Kenapa Allah biarkan..”
Allah tidak biarkan..
Allah berikan mereka (Yahudi) satu tempoh untuk dia tidak lagi punyai alasan untuk dimusnahkan. Ketikamana orang Islam akan perangi mereka, dunia tidak lagi akan kasihan kepada mereka.
Tidak akan lagi belas kasihan pada mereka dengan apa yang mereka telah tunjukkan. Dunia tahu,
“Oh macam ni? Sebab itu orang Palestin lawan.
Jahat sangat!”
Hospital pun dibom. Gereja pun kena bom.
Asal berada di Gaza semua nak dibom.
Dan Gaza ialah permulaan kejahatan mereka,
Dan tempat-tempat lain akan disusuli oleh mereka.
Itu kejahatan mereka Yahudi, yang kita katakan daripada sudut:
1. Aturan Allah
2. Aturan manusia
Aturan Allah:perintah dan larangan, takdir, perlu kita imani.
Aturan manusia: buat ikut aturan hawa nafsu. Mengajak orang menyokong buat apa yang mengikut hawa nafsu mereka, tapi aturan ini akan hancur, akan rosak.
Kalau seorang itu bertawakal kepada Allah, kita sentiasa berjalan di atas aturan Allah, perintah, laranganNya. Dan bersabar dengan ujian.
Umat Islam yang sabar dengan ujian dia sedang mengikuti aturan Allah sehingga Allah datangkan,
- Kemenangan
- Jalan keluar
- Kemudahan
Sebagaimana Allah menyebut,
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(Surah Ash-Sharh / Al-Inshirah, 5 – 6)
- Allah sebut, disebalik kesusahan akan ada kesenangan. Dan sesungguhnya di sebalik kesukaran akan ada kesenangan
Allah menjanjikan dua kesenangan di atas satu susah.
Ada satu susah kita nampak ada dua jalan, atau lebih.
Allah janjikan jalan-jalan yang banyak yang Allah Taala akan tunjuk.
Maka tawakal ini melihat kepada aturan Allah.
Setengah Ulama menyatakan bahawa yang dimaksudkan tawakal ialah hati sunyi daripada memikirkan hal yang bertentangan dengan mencari rezeki.
Tawakal ini banyak disebut tentang masalah rezeki.
Hari ini dan sebelum ini satu dunia bercakap tentang
- Ekonomi, atau rezeki
Semua bercakap tentang rezeki, rezeki sikit banyak,
Jawatan,
Anak-anak.
Kita perlu tau rezeki ini urusan Allah dan janji Allah kepada makhlukNya bahawa semua akan dapat rezeki, sama ada usaha atau tak usaha Allah dah tetapkan.
Orang gila ada rezeki, binatang ada rezeki,
Ulat dalam batu pun ada rezeki.
Nabi Musa a.s satu hari meletakkan tongkatnya di batu dan batu pecah, rupa dalam batu itu ada ulat. Itu cerita ulat dalam batu pun ada rezeki.
Ulat tu hidup dalam batu, dengan keadaan air, makanan takda.
Tapi ulat tu memang hidup dalam batu.
Itu pepatah kata,
‘ulat dalam batu pun boleh makan’, untuk menunjukkan hakikat.
Aturan Allah ini kita kena tau, kita kerja atau tak kerja, rezeki tetap ada.
Tapi apakah hati kita mampu menanggungnya dalam menunggu?
Kita tak mampu, sebab itu kita kerja.
Kita tak mampu tanggung tempohnya yang mungkin kita rasa lambat.
“Saya kalau tak kerja, lambat dapat duit ni.”
Mungkin ada orang bagi, tapi lambat.
Dengan kerja kita hampak macam cepat, itu aturan Allah.
Kita kalau kerja tak dapat duit, jauh lebih tenang daripada tak kerja dan tak dapat duit. Sebab kita kata, kita dah usaha.
Tapi yang jadi masalah hati kita dalam menerima sesuatu. Oleh sebab hati kita lemah, maka datang usaha tadi untuk menjadikan hati kita lebih kuat dalam menerima sesuatu.
Umpama, rumah kalau kita kunci, oencuri masuk,
Rumah tak kunci pun pencuri masuk.
Cuma rumah kalau kita kunci bila pencuri masuk, hati kita lebih kuat menerima sebab kita kata, kita dah kunci. Orang tak salahkan kita.
Kita report polis, “Saya dah kunci, dipecahkan.”
Tapi kalau tak kunci, pencuri masuk, dia tetap masuk macam Allah takdirkan.
Tapi bila cerita ke orang, orang akan salahkan kita,
“Kenapa tak tutup, tak kunci? Kenapa?”
Lalu kita tak mampu tahan.
Realitinya ia tetap berlaku sebagaimana dikehendaki Allah.
Rezeki, urusan Allah.
Rezeki Allah tetapkan semua akan dapat, kerja atau tak kerja Allah tetapkan.
Allah menetapkan rezeki, Allah suruh kita kerja supaya hati kita kuat dalam menerima ujian.
Allah dah kata negeri (dunia) ini, tempat ujian, ikut mana pun kita diuji, jadi apa pun.
Perdana Menteri, Agung, Raja, orang paling kaya, paling berkuasa, paling ramai pengikut.
Rutin kita sama, makan minum, buang air,
Tidur, bangun.
Rutin itu semua manusia sama.
Raja, dia makan minum, sakit demam, bergaduh anak isteri.
Kita orang biasa pun sama, makan minum, tidur, buang air, berkahwin, gaduh isteri anak.
Maka benda sama.
Tapi kita diliputi kepalsuan pangkat dan harta,
Kedudukan bangsa, kaum.
Realiti ujian sama.
Allah dalam memberi rahmat pada hambaNya, Allah nak suruh hati hamba kuat maka diberikan usaha. Allah suruh hamba usaha supaya hatinya kuat. Allah berikan hambaNya pahala, darjat, gantian yang baik.
- Setiap kita diuji Allah berikan ganti yang baik agar kita tak terlalu ingat kesusahan kita.
Tapi ujian itu akan datang lagi.
Allah ganti lagi.
Supaya kita tak terlalu ingat apa yang kita lalui.
Kita ingat dulu, kita susah, kemudian Allah ganti senang.
Dulu cari duit susah, hari ni jadi tauke.
Dulu susahnya nak besarkan anak, hari ini anak dah besar.
Tiada ujian dunia melainkan Allah gantikan dengan kesenangan dan kemudahan supaya kita jangan dok ingat sangat apa yang kita susah.
Kerana disebalik Allah uji, Maha Pemurah Allah, yang uji kita ini Allah Maha Pemurah, diuji sedikit, diambil sikit dan diberi banyak.
Itu belum cerita pahala, Syurga.
Yang tak sepadan ujian kita, tak sepadan.
Bak kerja seminit dibayar gaji 40 tahun, sepadan?
Tak sepadan.
Ini dibayar gaji selamanya, Syurga.
Kita lihat amalan kita dekat dunia langsung tak sepadan dengan nilai Syurga,
Langsung takda. Sehebat manapun amalan kita.
Kalau amalan kita seperti Malaikat pun, belum layak dapat Syurga kalau kira nilainya. Kalau nilainya, tapi Allah beri dengan rahmat.
Kita sebut, Allah uji kita, betul Allah uji.
Tapi Allah tak diuji melainkan diberi kesenangan-kesenangan.
Sebab itu orang diuji pun masih boleh tersenyum. Dan kalau dia mengingati nikmat Allah, senyumnya takkan putus dan syukurnya takkan berhenti. Kalau dia ingat nikmat Allah.
Tapi yang menjadi masalah, bila datang musibah, terhijab nikmat.
Sehingga mata hati kita buta melihat nikmat, maka mata zahir kita dok sibuk melihat musibah.
Sebab itu kita nak bangunkan mata hati melihat nikmat.
Nikmat ini ia tak tersembunyi, tapi dek mata hati yang buta, ia seperti tersembunyi.
Kalau buka mata hati, apakah ada nikmat tersembunyi?
Tidak ada.
Bahkan di sebalik ujian tadi, nikmat keliling dia.
Ujian sikit saja.
Ia umpama kuih yang manis, ada satu yang pahit tapi yang lain manis.
Tapi yang pahit itu dia ingati.
Kita makan setangkai anggur, segugus anggur tadi ada 50 biji.
Makan dan makan, tiba-tiba terkena satu yang masam.
Bila lihat dengan lidah zahir, akan terlupa yang manis.
Lihat pada hakikat yang masam cuma satu.
Kenapa kita makan masam? Supaya rasa manisnya anggur yang lain, nikmat.
Kita tengok makan nasi minyak, tergigit buah pelaga.
Walhal nasi, kuah gulai ayam semua sedap. Tiba-tiba tergigit buah pelaga, terus putus selera!
Sedangkan kalau kita fikir balik, hanya sebutir buah pelaga. Itu pun untuk sedapkan bau nasi minyak tu. Kalau takda buah pelaga, tak jadi nasi minyak!
Bunga lawang, tak jadilah nasi minyak.
Tapi bunga lawang tu kita tak boleh makan.
Buat nasi minyak letak pelaga, bunga lawang, cengkih. Tapi semua tu tak boleh makan, kalau ter-makan, kita melihat nikmat.
Kita taknak langgar orang, jalan raya tu bukan kerja kita langgar orang dan kita tak mau dilanggar. Tapi kalau dilanggar, bersabar.
Dalam nasi minyak, nasi lemak ke.
Dalam mana-mana makanan kita makan, ada herba kita tak boleh makan.
Ia untuk kita sedapkan makanan, bukan untuk kita makan.
Cengkih, makan cengkih?
Kalau cengkih untuk dimakan pasti orang lebih sekilo cengkih, orang panggil nasi cengkih.
Tak orang makan nasi, cengkih untuk melazatkan nasi.
Bunga lawang, buah pelaga melazatkan.
Letak apa pun herba untuk melazatkan, bukan untuk dimakan benda tu.
Hanya sedikit rempah-ratus boleh dimakan.
Kita makan pun sebab khasiat, bukan sebab sedap.
Halia, lengkuas.
Boleh makan, sedap?
Tak. Tapi fikir khasiat.
Ada makan lengkuas,
Ada makan kunyit,
Ada makan bawang putih.
Ia tak sedap tapi kerana khasiat. Ia masuk dalam masakan tapi bukan untuk makan sebiji.
Ini daripada sudut ujian, ujian tu sikit saja,
Keliling nikmat.
Tapi mata hati buta maka kita tak dapat nikmat.
Ada manusia mengeluh pada sedikit ujian dikelilingi banyak nikmat. Maka dia mengeluh, padahal dia dapat semua.
Bila kita sebut makna tawakal,
Hati ini tak memikirkan perkara bertentangan dalam urusan rezeki.
Apa dia bertentangan?
Kita fikir,
Takda rezeki, tak dapat rezeki.
Anak takda.
Itu bertentangan, kerana Allah kata setiap makhluk ada rezeki.
Kalau hari ini kita berniaga dan kata,
“Tak laku hari ni.”
Ini bertentangan dengan janji Allah. Kita berniaga, jangan fikir takda rezeki.
Berniaga je, Allah janjikan rezeki.
Kita kerja jangan fikir gagal, fikir kerja.
“Saya dah usaha, gagal atau sebaliknya itu urusan Allah. Saya dah buat.”
Kita berdakwah, belum dakwah dah fikir gagal.
Akhir tak ramai orang berdakwah.
Belum nasihat dan fikir tak diterima. Akhir ramai orang tinggalkan nasihat.
Belum kerja dah rasa tak boleh. Ramai tinggalkan kerja.
Belum belajar, dah rasa susah. Akhir mereka tinggalkan belajar.
Ini semua orang yang takda nilai tawakal.
Nilai tawakal, bila kita buat sesuatu kita tidak berfikir suatu yang bertentangan.
Naik kereta dan fikir accident?
Fikirlah selamat. Doa kita kan doa selamat, bukan untuk accident.
Maka fikirkan selamat.
Kita kerja, fikirkan ada rezeki. Jangan bertentangan.
Dia berniaga fikir takda orang lalu (singgah)?
Kalau kita yakin kalau berniaga dalam hutan sekalipun kita yakin rezekinya ada, Allah akan hantar seorang datang beli dalam hutan.
Ini tak pernah rasa pelik apa kita contohkan.
Ada orang bandar masuk hutan cari orang asli untuk beli barang dia.
Orang asli tak buka kedai.
Dicari, saya nak barang sekian.
Kalau kita yakin, ini disebut tawakal (iaitu) tak fikir suatu yang bertentangan. Kalau kita benar-benar yakin kita berniaga atas pokok pun orang datang.
Berniaga dalam hutan pun orang datang.
Dan ini dah ada contohnya, bukan takda contoh.
Even kalau takda contoh pun, akan ada contohnya.
Ada contoh yang akan ada yang kita sebut, tengok bagaimana keajaiban rezeki.
Orang Malaysia, duduk Malaysia, membesar di Kanada, dan rezeki dia di Kanada.
Dia orang Johor, duduk Johor buka restoran di Kanada.
Masak asam pedas, sekian.
Lihat aturan rezeki.
Kalau ikut kita tengok anak kita, tengok anak tuan-tuan, agak-agak rezeki dia kat mana?
Asasnya jangan fikir.
Bila kita nak cerita keajaiban, cuba ingat balik waktu anak kita waktu kecil, rezeki dia kat mana? Lalu kita atur dia, sekolah ni itu, masuk universiti ini itu.
Dia akan dapat kerja sekian-sekian.
Anak-anak ni kita tengok ada belajar pandai, ada tak pandai. Ada nampak belajar cepat faham, ada tak faham-faham. Kita rasa takut dia belajar tak faham, kita takut rezeki dia.
Bukan kita takut dia tak faham.
Bukan sebab dia belajar tak faham yang jadi kegusaran kita sebenar, yang sebenar-benar kita fikir kalau dia tak faham, dia nak jawab peperiksaan macam mana?
Kalau dia tak berjaya dalam periksa, nak ada sijil macam mana?
Kita ni, faham.
Kebimbangan kita semua dalam urusan kehidupan ini, REZEKI.
Belajar tu cuma ‘topeng’ je, realitinya kerja.
Akhir tuan-tuan tengok dia belajar lain, kerja lain. Bererti bukan cerita belajar tapi cerita rezeki.
Belajar fizik, bio, kimia.
Berniaga karipap, takda kaitan.
Karipap itu resepi turun-temurun moyang dia.
Dia belajar sampai US. Dia kata belajar pengurusan bisnes.
Akhir Ayah dia kata dia taknak kerja, dia nak jadi suri rumah. Jadi dia manage rumahtangga dia. Belajar tinggi, budak cerdik.
Realiti dia jadi isteri, lagi rehat.
Majikan dia, suami dia. Yang boleh dimarah setiap hari.
Kerja dekat mana tak boleh marah boss.
Tapi isteri ni, majikan (suami) dia boleh marah. Suami kena report dia.
Power dia.
Lihat aturan rezeki.
Tengok anak-anak, fikir rezeki dia dekat mana agak-agak.
Kita tanya bukan syak, tapi ajaib.
Kita tengok anak kita lembik, kena buli setiap hari. Kerja apa agaknya budak ni.
Angkat plastik pun manja, tak boleh.
Tiba-tiba jadi CEO, memang kerja tak angkat-angkat.
Ada watak CEO waktu kecik lagi.
Sebab itu disebutkan dengan tawakal,
‘Hati ini sunyi memikirkan perkara bertentangan dengan urusan rezeki.’
Kita fikir anak kita jodoh siapa.
Dia kawin putera Raja. Hebat lagi.
Hebat daripada kita.
“Saya Ustaz muka takda tapi duit berkepok. Ramailah perempuan lawa nak ke saya.”
Ini anak kita tak lawa, kita fikir logik kita.
Dia ada rezeki, jodoh dia..
Ada hamba Allah dia tengok anak dia gemuk, bila anak perempuan gemuk dia fikir kawin dengan siapalah..
Tiba-tiba dia jodoh lelaki lawa, rupa lelaki tu suka perempuan gemuk.
Dapat anak 6 -7 orang!
Lihat jodoh.
Kalau fikir, “Aneh!”
Itulah kita katakan tawakal, hati ni tak fikir.
Hati ni lebih dalam daripada otak,
Otak berfikir ada helah.
Hati berfikir ia pasrah.
Selagimana fikir dengan otak, jumpa jalan dengan otak juga.
Kalau macam ni, macam ni.
Tapi hati fikir, ia akan berurusan dengan Allah, ia akan kata: “Ya Allah aku serah kepada Engkau.”
Itu hati.
Otak akan terus mencari helah tak berhenti. Kemuncak kelemahan manusia bilamana mereka berfikir dengan hati. Sebenarnya puncak kelemahan itulah kekuatan kerana dia, hatinya berurusan dengan Allah.
Tuan-tuan, bila kita sakit, otak pun berfikir:
Doktor, hospital, orang itu ini, ubat.
Terus, terus.
Akhir otak tu gagal berfikir, hati mula berfikir:
“Ya Allah aku serah padaMu Ya Allah.
Kalau sembuh, sembuh.
Kalau mati, mati.”
Maka ketika itu dia lihat keajaiban, bukan ubat sembuhkan dia.
Hatta satu benda dia tak pernah anggap ubat.
Ada seorang perempuan, dia takda anak. Bila dia takda anak, dia merantau semua tempat cari ubat. Dia ada duit, doktor, pawang habis.
Dia dah putus asa, dia pergi satu negeri, Peru. Macam tu.
Cerita lama.
Dia dahaga, dia minum air paip hotel tu.
Asbab tu dia mengandung.
Ubat tak, apa tak.
Dia teringat, oh dia minum air hotel!
Saya nak sebut bila hati dah pasrah, tertutup maka Allah jadikan suatu benda yang kita tak pernah terfikir jadi sebab, jadi sebab.
Tak pernah.
Tak pernah.
Kerana bila suatu itu mula berfikir dengan hati, sudah tertutup jalannya. Tapi menyerahkan kepada Tuhan yang berkuasa.
Itu yang sebenarnya keajaiban.
Orang yang Sufi dia dah gunakan hati dia dulu, sebelum otak dia.
Kita tuan-tuan, guna otak dulu. Hati last.
Bila otak dah mati, lalu hati kata,
“Ya Allah aku redha..”
Patutnya daripada mula lagi hati kita berkata, “Ya Allah apa pun berlaku, apa pun ketetapanMu aku redha. Ini sedikit usaha yang Engkau perintahkan pada aku.”
Kita tak pernah melihat usaha kita hebat, kuat, banyak. Tapi kita kata,
‘Sedikit usaha’, sebagai satu cara menenangkan hati, bukan satu cara mendapatkan hasil kerana hasil Allah tetapkan.
Untuk tenangkan hati.
Isteri kalau dia tengok suami dia keluar kerja, dia tenang.
Sebab suami dia keluar kerja, walau tak dapat duit.
Suami keluar ke laut walau tak dapat ikan.
Yang dia isteri susah hati, suami dia tidur tak bangun-bangun lagi,
Tak kerja.
Itu dia susah hati, marah dia.
Akhir suami dia kata,
“Itu Si Mat keluar tak dapat ikan pun. Baik aku tidur!”
Tak, itu tak menenangkan hati.
Bukan cerita dapat ke tak.
Usaha ini hanya nak tenangkan sikit hati, itu je.
Bukan mempengaruhi hasil, hasil tetap yang Allah tetapkan.
Kalau seorang kata, “Kerja, usaha menetapkan hasil.”
Kita kata, tidak.
Yang kita lihat dua orang berusaha sama, hasil berbeza.
Makan ubat sama, hasil berbeza.
Erti usaha tak menetapkan hasil, usaha hanya menenangkan hati kecil kita, jiwa kita tenang.
Tengok anak belajar, tuan-tuan tenang..
Tapi tuan-tuan tengok anak tak sekolah, susah hati,
“Bodoh ke anak aku?”
Dulu kan takda sekolah, ok.
Zaman dulu, takda sekolah. Zaman dulu orang belajar dekat masjid je.
Universiti pun takda.
Sekarang kita susah hati anak tak belajar universiti.
Tengok sejarah Mak Ayah tuan-tuan, belajar universiti?
Sebelum itu lagi, nenek?
Kita nak cari sampai satu jawapan, tetap perjalanan hidup sama.
Tengok kawan-kawan kita ada masuk universiti, atau tak masuk.
Ada masuk kolej, ada tak masuk.
Tengok tak apa yang kita usaha tidak menatijahkan sama.
Ikut hukum kita belajar sampai Master, PhD – gaji mesti besar.
Yang ni tak masuk sekolah, gaji dia besar.
Tak mustahil.
Allah tunjuk ribuan contoh,
TAPI bukan maksud tak sekolah, jangan usaha.
Tapi kita nak sebut hakikat usaha hanya menenangkan sedikit hati kecil kita. Tetapi realiti, Allah tentukan.
Orang nak kawin, akhir dia usaha sikit. Guna orang itu ini.
Tapi hasilnya ialah sama.
- Sampai waktu jodohnya, dia akan dapat.
Pramugari, kerja dia buka pintu kapal terbang. Berat pintu tu.
Bila dia buka pintu kapal terbang, tengok pekerja dekat luar.
Terus jatuh cinta!
Akhir penerbangan tu jadi lambat, tutup pintu. Sebab yang tutup pintu tu, tengok lelaki lawa (jodoh dia), dia tengok.
Jadi habis gitu.
Tak payah WhatsApp.
Begitu perjalanan takdir.
Sedikit ikhtiar hanya untuk menenangkan hati kita.
Hakikatnya begitu.
Jadi bila kita bercakap tentang tawakal, hati kita jangan berfikir bertentangan dengan apa yang Allah tetapkan.
Tuan-tuan kerja, ada rezeki Allah tetapkan. Jangan berfikir negatif.
Tuan-tuan beramal, maka ada bahagian amalan kita di sisi Allah SWT.
Serah pada Allah.
Ikhtiar kita ni Allah suruh kita buat dan serah pada Allah.
Jangan fikir negatif khusus yang jatuhkan semangat. Tapi kalau fikir negatif yang bangkitkan semangat, takpa.
Contoh: Seorang beramal takut amalan tak diterima. Dia buat lagi amalan banyak, itu bagus.
Tapi yang salah, fikir yang bertentangan. Itu salah.
Seorang bila dia beramal, dia kata Tuhan takkan terima lalu dia pun stop.
Itu salah.
Seorang yang naik kereta, lalu dia putus asa. Taknak gerak kereta.
Tapi seorang dia bimbang, kalau naik kereta nanti accident. Dia ada bimbang tapi tetap teruskan perjalanan, dengan ikhtiar yang dia boleh buat tanpa dia putus asa.
Ini daripada sudut gambaran pemikiran.
Satu kisah, Ahmad An-Nuri atau nama sebenar Abul Husin Ahmad bin Muhammad, seorang Ulama yang meninggal tahun 295 Hijriyah, apa cerita?
Satu hari dia lapar di padang pasir.
Tiba-tiba terdengar suara berkata,
“Nak sebab (makan) atau nak cukup?”
Untuk kenyang, ada dua cara:
- Makan, digunakan semua orang; atau
- Bersabar, sehingga Allah kenyangkan kita
Nak faham benda ni, bila tuan-tuan puasa. Kita lapar,
Kita biasa habis kuliah, sarapan.
Cuba pasang niat puasa?
Kita pun pasang niat puasa, pagi-pagi tu lapar.
Tuan-tuan tahan sebab tahu tuan-tuan puasa. Akhir sampai pukul 9.00 pagi macam okay. Macam kenyang.
Yang makan (tak puasa) tu pulak tak okay, jadi lemah.
Tidur lepas makan.
Kita ni memanglah pukul 6.30 pagi perut kita, lama-lama kita rasa kenyang.
Pukul 9.00 pagi,
10.00 pagi.
Sampai kita rasa kalau berbuka esok pun boleh.
Allah beri kita tenaga, kekuatan. Itu dimaksudkan dengan ‘cukup’.
Sama ada guna sebab (makan), atau guna cukup.
Maka ketika Ahmad An-Nuri berjalan di padang pasir, lapar jalan lama maka dikatakan padanya, dengan bisikan
“Nak sebab ke, nak cukup?”
- Nak makanan? Kami hantar, (sebagai satu karomah); atau
- Kami kenyangkan kamu tanpa makanan?
Lalu kata An-Nuri,
Bahkan saya nak kecukupan. Tak makan pun takpa.
Asalkan kenyang.
Contoh, supaya faham. Ini bukan mitos tapi realiti hidup.
Kita sakit, nak makan ubat atau nak sabar?
Okay, sakit perut. Sama ada makan ubat sakit perut, atau saya tahan?
Dua-dua menuju kepada sembuh.
Takda masalah.
Ertinya di situ kita melihat, Allah tak beri kita satu benda, kemudahan kita nak dalam dunia melainkan Allah beri jalan-jalan yang banyak supaya kita tak bergantung pada satu jalan.
Bahkan tak bergantung pada semua jalan itu melainkan Allah.
Jalan-jalannya banyak.
Kalau kita nampak penyelesaian banyak, apa berlaku?
Kita tak bergantung. Akhir kita melihat kepada Allah SWT.
Kadang-kala bila kita lapar, kita perlu makan. Kadang-kala kita tak perlu makan.
Tuan-tuan tahan sekajap, tuan-tuan akan kenyang nanti.
Kita haus, minum?
Tak. Tahan sekejap, nanti haus tu hilang.
Kita kadang-kadang bila kita nak sesuatu, cinta sesuatu – nak. Tak dapat, boleh mati?
Tuan-tuan tahan sekejap, tuan-tuan akan taknak.
Ini Nabi Yusuf a.s, waktu digoda Zulaikha, sebagai manusia dan sebagai seorang Nabi dan Rasul bila Zulaikha yang lawa, comel dan pakai pakaian yang menjolok mata, secara fitrahnya semua manusia akan ada keinginan. Semua.
Dan secara umumnya akan ada kecenderungan.
Tapi dek dia bersabar, kecenderungan tu takda.
Takda kecenderungan.
Macam kita kalau suka sesuatu, rasa hari ni nak makan apa?
Mee rebus. Rasa betul-betul nak makan, baik.
Cuba tahan?
Tahan daripada sebut daripada fikir – lama-lama tak rasa nak makan pun.
Apa pun ya.
Kita kadang-kadang mengidam itu ini, cuba tuan-tuan tak fikir benda tu.
Tahan. Lama-lama takda rasa pun.
Fulan-fulan misal kata jatuh cinta, teruk jatuh cinta sampai peringkat gila bayang.
Dia tahan, akhirnya takda. Habis macam tu.
Ini yang Guru kami menyebut sebagai ‘Fekah Tahan Sekejap’.
Kita nak marah?
Tahan sekejap, ia akan hilang.
Jangan fikir, hilang.
Lapar? Jangan fikir lapar tu. Akhir hilang lapar tu.
Penat? Jangan fikir penat. Hilang penat.
Jangan fikir, kadang-kadang kita travel ada benda tak selesa,
Tandas,
Makan.
Kita tahan sekejap daripada memikirkan benda tu, akhir selesa.
Akhir kita lebih selesa daripada orang, siap tidur.
Bertambah makan, yang asal tak selesa.
Ia berkait, ‘tahan’. Tahan nafsu.
Nafsu ni sifat dia gelojoh. Kita ni bila dihidangkan makanan tak sempat doa makan, gelojoh. Kalau kita tahan, okay.
Sebelum makan zikir, akhir terbiasa.
Begitu kekuatan orang-orang bertawakal pada Allah.
Kata Abu Turab an-Nakhsyabi, seorang Ulama yang meninggal tahun 245 Hijriyah, seorang Tabi’ Tabiin. Kata An-Nakhsyabi, atau Abu Turab,
“Saya pernah lihat seorang Sufi hulurkan tangan pada buah semangka (tembikai) untuk makan selepas tiga hari dia tak makan. Maka saya kata,
“Kalau awak benar-benar Tawasuf, maka awak tak layak macam ni.
Awak layak ke pasar.”
Apa maksud?
Seorang yang nak ber-Tasawuf, antaranya ialah kekuatannya pada makanan maka dia boleh Tasawuf.
Kita dah sebut dulu contoh Komando,
Dia akan pilih 100 orang, dan daripada itu hanya 20 orang dipilih diberi beret hijau.
Tapi kalau di kalangan itu masih berstatus askar biasa, dia takkan diterima. Disuruh balik. Berlari sikit pun penat, balik!
Tidur sikit dah demam.. balik!
Akhir tinggal beberapa orang yang kental, untuk dapat beret hijau (Komando). Bukan semua dapat.
Zakir Naik buat satu institusi, untuk orang yang akan berdebat dengan Kristian. Dibuat ujian siapa nak masuk.
Disuruh hafal kitab dalam masa sekian, tak boleh tidur masa sekian atau dia akan digugurkan, sehinggalah yang terpilih sahaja.
Ini benar-benar hafal dan sekian.
Saringan.
Sama Sufi, kalau kita terima saringan duniawi memang macam tu,
Dibuat saringan demi saringan sehinggalah orang-orang yang hebat.
Kita saring anak-anak kita dengan peperiksaan demi peperiksaan sehinggalah dipilih 10 orang layak terima biasiswa.
Sama dalam Sufi.
Kalau dalam hal dunia kita saring, hal Akhirat juga kita saring supaya takda orang mendakwa kosong: “Saya Sufi.”
Kalau benar kamu Sufi, hatta kamu tiga hari tak makan pun kamu tak tunjuk gelojoh kamu. Itu jiwa Sufi.
Jiwa Sufi tak melihat makanan sebagai matlamat. Makanan hanya alat.
Dan kadang-kala alat itu tak diperlukan.
Kerana itu hidup mereka, cenderung menjadikan puasa lebih seronok daripada makan.
Kita kalau makan, lebih seronok daripada puasa kita belum ber-Sufi, belum. Sehinggalah kita rasa puasa lebih seronok. Sebab akhir kita akan puasa jugak bila penyakit banyak.
Puasa roti canai,
Puasa daripada durian.
Puasa sebab penyakit banyak.
Air manis tak boleh,
Beras tak boleh makan. Semua.
Baik kita pilih secara ibadat, daripada disebabkan kita nak hidup lama. Baik pilih secara ibadat.
Kena pulak penyakit buah pinggang, sayur hijau tak boleh makan.
Ayam tak boleh makan,
Daging tak boleh makan.
Segala makanan yang ada potassium tak boleh makan. Nak makan kena rendam air garam dulu. Nak jaga buah pinggang.
Air pun minum sikit je.
Tak boleh minum. Bukan tak dahaga, kerana apa?
Jaga nyawa. Tapi kesudahan mati jugak!
Baik jaga secara ibadat.
Saya memilih puasa daripada memilih berpantang kerana puasa menjadikan ia sempurna dengan pahala dan ibadat.
Dah tau tak boleh makan itu, itu baik puasa terus. Dapat pahala lebih baik.
Kita tak makan sebab perintah Allah, bukan sebab nak panjang umur.
Niat lebih tinggi.
Saya tak kata niat panjang umur tu salah. Tak salah.
Tapi bukankah kita nak satu niat yang lebih hebat?
Saya tak makan sebab saya puasa, menjadikan pahala, kekuatan, kerohanian kita lebih kuat.
TOKKU PASIR GUDANG
No comments:
Post a Comment