Tuesday, October 17, 2023

17. Tawakal (Bahagian 12)

Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 12 (m/s 234)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
17 Oktober 2023 | 2 Rabiulakhir 1445

ASAS TAWAKAL

Masih lagi bicara tentang tawakal, iaitu penyerahan diri kita kepada Allah SWT.

Bilamana kita menaiki kenderaan kita membaca doa:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ

“Dengan Allah aku berserah, kepada Allah.”

Dengan maksud kita tak mengetahui apa pun berlaku di jalanan kita melainkan diserahkan kepada Allah, dan apa pun berlaku dalam apa pun keadaan maka kebergantungan kita kepada Allah kerana kita telah membuang –
- Ilmu
- Kekuatan
- Ramalan
Kita letak kepada Allah.

Selagimana kita menunjukkan ramalan kepada sesuatu bererti tawakal kita belum sempurna. 

Seorang yang bertawakal mereka ini tidak mempunyai ramalan.
Mereka ini juga tidak mempunyai apa pun disebut sebagai kebergantungan. 

Ini asas tawakal kepada Allah.

Bila Uthman bin Affan RA dibunuh, ketikamana orang-orang yang zalim mengepung rumahnya lalu bertekad hendak membunuhnya, lalu Uthman berkata kepada mereka:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.”

Di hadapan para pembunuhnya yang mempunyai niat membunuhnya. Lalu orang-orang ini, golongan yang jahat mengepung Uthman, menikamnya. Dan ketikamana mengalir darah pertama, Uthman berkata:

سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ

“Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

Dan beliau gugur syahid.

Beliau menyebut ketika musuh berada di hadapannya, 
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
- Hari ini, apa pun yang Allah tentukan, aku serah kepada Allah.

Maka ini dalam makna tawakal / pergantungan kepada Allah.
Redha dengan apa yang berlaku,
Bergantung kepada Allah dalam setiap sesuatu, dan membuang segala ilmu dan ramalan melainkan apa yang Allah tentukan.

DIALOG JUNAID AL-BAGHDADI DAN MURIDNYA

Junaid yang dikenali sebagai ‘Sayyidu Toifah’ (Penghulu Sekalian Ulama Sufi), lahir 215 Hijriyah dan wafat pada tahun 298 Hijriyah pada usia hampir 90 tahun.

Murid-murid ini datang bertemu Junaid al-Baghdadi, dan bertanyakan:
Di mana kami nak mencari rezeki kami?

Jawab Junaid,
Asal kamu tahu rezeki Allah Taala tak pernah khususkan satu tempat. Di mana-mana sahaja. 

Rezeki bukan hanya satu tempat, tidak juga berada pada satu posisi, jawatan.
Tidak juga pada satu tempat, wilayah, negeri, negara.

Rezeki di mana-mana pun berada. 
Ini hakikat tawakal yang kita kena tau.

Bilamana kita didik anak-anak kita, rezeki di mana pun. Kita tak ikut cara pendidikan yang merosakkan akal anak kita,
Belajar,
Kerja kerajaan.

Kalau tak kerja kerajaan, nama dia menganggur?

Ini pemahaman salah dalam konsep rezeki.
Anak-anak kita ke sekolah bagus, belajar disiplin. Tapi untuk melorongkan anak-anak pada rezeki tertentu maka ini cara, tarbiyah yang salah pada anak-anak.

Anak-anak bila dia tak dapat macam kita sebut, dia rasa kecewa. Dan dia rasa memang takda rezeki dia.
“Abang belajar betul-betul, takpa jadi doktor.
Gaji besar.”

Tiba-tiba dia tak jadi macam tu.
Habis.

Dan ini berlaku di Jepun, bila anak-anak ditanam cita-cita sejak tadika untuk jadi sesuatu dan mereka terus bergerak ke arah cita-cita tadi,
Engineer,
Arkitek.

Bila mereka tak boleh, mereka kecewa bunuh diri.
Mereka dah dilatih kerja ini. 

Kalau yang Mak Ayah dia nak suruh anak jadi doktor maka dibelikan mainan alat doktor.
Nak suruh jadi arkitek, dibeli mainan alat arkitek.

Dalam Islam kita tau hantar anak ke sekolah untuk belajar adab. Akhlak. Disiplin. Untuk mereka belajar tak buang masa, 
Bersosial, berkenalan.
Mengenali Guru-guru mereka selain Mak Ayah yang akan mendidik mereka, ada orang lain yang akan turut sama dalam membentuk karektar, keperibadian, disiplin mereka pada masa akan datang.

Masalah bila kita kaitkan belajar dengan rezeki, di sini bermula kerosakan belajar.

Dikaitkan belajar – rezeki, maksudnya kita katakan,
Belajar untuk dapat penjawatan ini, ini menanamkan rasa putus asa pada anak-anak. Kita katakan rezeki dekat mana-mana ada.

Rezeki tak mesti di tempat kita.
Kalau kita dah ada perniagaan, jabatan, ruang untuk anak-anak tetap kita berkata bahawa rezeki di mana-mana.

“Awak walau tak kerja dengan ayah, di jabatan ayah, rezeki itu tetap di mana-mana.”

Ini menanamkan konsep tawakal dan rezeki kerana antara kelemahan manusia yang ketara dalam bab rezeki. Kerana itu mereka menghilangkan jati diri dalam rezeki dan agama.

Kita diajar bila belajar satu benda, 
1. Untuk jaga agama kita
2. Jaga maruah diri – maruah lebih tinggi daripada rezeki itu sendiri. Orang menjatuhkan maruah untuk rezeki? Orang ada maruah takkan membenarkannya. Dia tetap menjaga maruah lebih utama. Di situ dia belajar makna tawakal.

Tapi maruah dan agama dikebelakangkan, maka rosaklah tawakalnya.

Kata murid-murid Junaid al-Baghdadi lagi,
(Rezeki dekat mana-mana?), “.. jadi kita akan mohon kepada Allah.”

Mungkin kalaupun kita tak punyai kepakaran dalam bidang itu, apakah kita boleh jadikan ia punca rezeki kita?
Boleh.
Doa pada Allah.

Ramai mana orang tak pakar satu bidang tapi daripada situ dia dapat rezeki dia?
Dia tak pakar dalam bidang tu, tak pandai pun buat rumah tapi Allah bagi rezeki dia dekat situ.

Dan lain-lain perkara.

Dalam bab rezeki, belajar mohon pada Allah. Itu makna tawakal.

Kata Junaid al-Baghdadi pada muridnya,
Bila kamu rasa macam Allah lupakan kamu, banyakkan ingat Allah.

Kadang-kadang manusia ada watak bila dia tak ditolong, tak dibantu, tak dapat apa dia nak, dia rasa Allah tak peduli dia.

Macam mana jawapannya?
Banyak ingat Allah.

“Kalau kamu ingat Aku,
Aku ingat kamu.”

Makna: Kamu rasa Aku tak ingat kamu? Maka kamu tak ingat Aku.

Dalam Al-Quran Allah cerita perangai manusia,
Manusia ni ada dua (2) kelompok:

1. Manusia dapat rezeki banyak, kemuliaan, pangkat banyak dia kata Tuhan sayang
2. Diuji rezeki sedikit, dikata Tuhan tak peduli

Seorang berdoa, angkat tangan:
Ya Allah, kurniakan aku zuriat
Ya Allah kurniakan aku rezeki
Ya Allah kurniaan aku keselamatan daripada apa yang aku benci

Tiba-tiba belum terhasil apa dia nak, dia kata Allah tak peduli.

Bukan Allah tak peduli tapi kamu yang lupakan Allah.

Sebab itu bila kita rasa, kita rasa – sedang Allah sebut Allah sentiasa bersama kita:
“Allah sentiasa bersama kamu di mana saja kamu berada.”

Allah menyebut, 
Allah sentiasa perhatikan kita, tengok kita semua.

Tapi bila datang ujian melemahkan iman, atau menguatkan – terpulang cara kita menghadapi ujian:
Ada sampai ujian, imannya lemah.

Sembahyangnya mula kurang,
Al-Quran mula kurang, 
Mengaji kurang,
Dengan ujian, ada orang macam tu.

Dia rasa macam tak berguna apa dia amal dalam agama. Dia tetap ditimpa musibah!

Ada orang pulak bila dia diuji oleh Allah dia makin ingat Allah kerana dia mengetahui ini satu cara Allah nak mendekatkan dia. Ini adalah LULUS.

Yang TAK LULUS, bila kita ada wasangka: Allah tak peduli kita.

Bagaimana merawat? 
Banyakkan ingat Allah.

Ketikamana kita rasa Allah tak peduli permohonan dan doa kita, ketikamana kita rasa bahawa kita ini seperti diabaikan, tidak dipedulikan maka BANYAKKAN INGAT ALLAH, ALLAH PASTI INGAT KITA.

Allah sebut dalam al-Quran, 
“Kamu ingat Aku, Aku ingat kamu.
Kamu lupa Aku, Aku lupakan kamu.”

Ingat Allah juga, Allah sebut,
Bilamana seorang berpaling daripada ingat Allah, Allah janjikan kehidupan sempit.

‘Siapa yang berpaling daripada mengingatiku, akan Aku jadikan kehidupannya sempit.’

‘sempit’ – bukan takda harta, anak pinak tapi kita tak gembira.
Hilang kegembiraannya,
Hilang keseronokan kemanisan.

Orang beriman sebenar bila dia nak buat baik saja, dia dah gembira sebelum dia buat baik. Orang beriman sebenar bila dia mendapat nikmat sebelum pegang nikmat dia dah rasa gembira. Belum pun dia pegang. Apatah lagi dipegangnya.

Dia pegang, dia tunaikan haknya.

Satu kisah seorang lelaki datang berjumpa Nabi Musa a.s,
“Wahai Musa, doakan aku kaya.”

Kata Musa, “Kamu nak kaya di awal 30an, atau selepas 30an?”

- Nak kaya awal atau akhir?

Manusia umumnya dua ini,
Ada kaya awal,
Ada kaya akhir (usia).

Ada sihat awal,
Ada sihat akhir.

Ada kuat awal, 
Ada kuat akhir.

Umpama kita pasang – surut.
Ada sihat, lepas tu sakit tak sihat.
Ada sakit, sakit, sakit dan sihat. Mati dalam sihat.

Macam dalam keadaan takda apa penyakit.

Ada yang kaya, kemudian miskin.
Ada miskin kemudian kaya.

Nabi Musa a.s tanyakan lelaki ini,
Kamu nak kaya awal atau kaya akhir?

Lalu budak ini kata,
Wahai Musa, aku nak kaya awal. Daripada sekarang aku nak kaya sampai umur 30an.

Nak nikmati, kaya masa muda.

Tapi sudut kita fikir, masa tu lah kita nak kaya.
Takkan dah tua nak kerja lagi?
Kalau boleh dah tua kita rehat, duit pencen banyak. Kalau tak kena ‘scam’.

EPF banyak juta-juta. Boleh rehat.
Melancong satu dunia.
Pindah terus duduk dalam kapal terbang. Beli ‘seat’ tu sampai mati!

Tapi pemuda ini kata,
Saya nak kaya awal.

Nabi Musa a.s doa pada Allah, dan lelaki ini kaya awal.
Berkat rezeki dia. Sampai umur dia 30an.

Dia minta nak kaya sejak umur belasan tahun, hingga umur dia 30an dia masih kaya. Kalau ikut ilmu Nabi Musa a.s, ‘tempoh’ kaya dia dah habis.
Tapi dia terus kaya dan kaya.

Nabi Allah Musa a.s jumpa dia dan kata,
Kenapa kamu masih kaya?

Dijawab, bilamana saya kaya, pertama saya buat,
Saya syukur pada Allah.
Dan saya guna kekayaan untuk ketaatan pada Allah.
Silaturrahim, Mak Ayah, kawan-kawan.

Tujuan dia kaya, siapa pun susah datang jumpa dia.
Bukan jenis kaya seorang, berlagak.

Maka Allah berkati rezeki muda ke tua. Kerana dia gunakan nikmat bagi kesyukuran.

Ini janji Allah, kalau kita guna nikmat kita dalam syukur pada Allah dan melaksanakan ibadat pada Allah maka Allah tak hilangkan nikmat.

Allah ‘malu’ hilangkan nikmat orang yang menggunakan nikmat untuk taat.
Maksud ‘malu’ maksud Allah takkan hilangkan nikmat orang dalam taat. Takda sebab melainkan Allah terus limpahkan dia dengan kebaikan.

Tapi Allah akan hilangkan nikmat orang yang guna dalam maksiat.
Sebab itu bila Junaid al-Baghdadi ditanyakan, 

“Apa itu syukur?”

Ditanyakan dia oleh pak saudaranya, Sariy ats-Tsaqati,
“Syukur itu kamu tak gunakan nikmat dalam bermaksiat.”

Maka apa dia punya implikasi?
Allah tambah rezeki. 

Kita syukur ni, bila semua nikmat Allah bagi tak guna pun untuk maksiat –

Baik apa pun nikmat, 
Pandangan, pendengaran, mulut. Harta-benda, kesihatan.
Maka ini orang syukur betul-betul.

Maka kata Junaid,
Bila rasa Allah lupa kita, ingat Allah banyak-banyak kerana ternyata kita lalai.

Kata anak murid Junaid lagi,
Boleh tak kami nak tawakal saja, dan duduk rumah?

Jawab Junaid,
Cubaa itu kebimbangan.

Maksud,
Nak duduk rumah dan kata tawakal, ini cubaan orang dah buat lama dan akhir menimbulkan syak. Bukan keyakinan.

Orang yang punya keyakinan dan tawakal, macam mana?
Dia nak buat sesuatu dia akan bersiap-sedia dengan segala upaya dia kemudian dia tawakal pada Allah. Dia takkan ragu-ragu dalam tawakal.

Tapi yang akan ragu-ragu dalam tawakal, 
Yang jenis peluk tubuh dan kata tawakal.
- Mula-mula kuat, lama melemah. Timbul syak.

Orang tawakal itu orang yang ‘all-out’ dia buat segala dia ada dan kemudian serah kepada Allah.
Orang ini bertambah yakin.
Ini berlaku pada sahabat Nabi SAW, dalam Perang Khandak dikepung mereka dalam segenap arah oleh Kabilah Arab semua sepakat menentang.

Termasuk pengkhianatan Yahudi, Bani Khuraizah.
Negara Islam Madinah bersendirian berhadapan Ahzab, takda orang.
Dikepung lebih 25 hari. Lama.

Tapi apa kata sahabat?
Bila tengok tentera ahzab dan kesatuannya utuh. Kuat.
Mereka kata, bila melihat tentera musuh yang ramai, apa jadi pada mereka?

“Makin bertambah iman makin kuat tawakal. Dan bilamana orang-orang beriman melihat tentera bersekutu dengan jumlah ramai, kuat bersatu padu, mereka berkata: Benarlah janji Allah dan Rasul.”

Iman, dan tawakal mereka bertambah.

Sahabat dah buat semua, yang boleh buat.
Gali lubang dua minggu tak berhenti.
Digali lubang (khandak: parit besar).

Dua minggu siang malam, pagi petang tak berhenti gali parit.
3,000 sahabat, jumlah tentera lelaki di Madinah.

Nabi SAW gali parit bersungguh hingga buka baju. Tak balik rumah.
Takda nak balik rumah. Nak balik kena minta izin Nabi SAW. Gali dan gali.
Diguna segala kekuatan mereka.

Tanah-tanah di Madinah bukan lembut, nak gali.
Bukan kerja kecik. Zaman takda jengkaut, pakai kudrat tangan. Dua minggu tak berhenti.

Bak kita angkat sabit dua jam tak berhenti.

Mesin rumput satu dua jam tak berhenti?
Bergoyang tangan sampai esok!

Inikan lubang yang dalam.

Orang beriman dan keluarkan semua mereka ada, maka bertambah iman.

Kata Junaid,
Orang yang tawakal tanpa buat apa, last dia akan syak. Dia takkan kuat tawakal.

“Saya sakit Ustaz, taknak berubat tawakal.”

Akhir datang syak dia. Ragu-ragu dia.

“Saya taknak kerja, nak tawakal.”

Akhir datang syak.
Takkan sempurna tawakal dia.

Tawakal berlaku bila kita dah keluarkan apa kita tau, dan serah pada Allah.
Ini menjadikan tawakal makin kuat, sempurna.

Datang pertolongan Allah.

Bila kita nampak kenapa pertolongan Allah tak datang lagi?
Kerana ada benda kita tak buat lagi,buat dulu yang tu.

“Saya dah doa, tak datang lagi pertolongan Allah.”

Ada benda kamu boleh buat, kamu belum buat.
Kamu kena buat.

Kita dah buat semua baru datang pertolongan Allah.

TOKKU PASIR GUDANG

Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal- Siri 12 (m/s 234)
Kitab: Risalah Qusyairiyah 
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Terbitan: Pustaka Amani Jakarta
17 Oktober 2023 | 2 Rabiulakhir 1445H

#jomsebarluaskankebaikan

TOKKU PASIR GUDANG

#jomsebarluaskankebaikan

No comments: