Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 17.Tawakal - Siri 11 (m/s 233)
Kitab: Risalah Sufi Al-Qusyairi
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
16 Oktober 2023 | 1 Rabiulakhir 1444
Al-Imam Al-Qusyairi membawa kepada kita sebahagian pandangan Ulama tentang makna tawakal, kemudian membawa beberapa kisah dalam memberi makna dan erti tawakal yang sebenar.
Tawakal adalah satu keadaan, kemuncak sesudah manusia penat dengan usaha, atau manusia sesudah hilang helahnya dan sesudah manusia gagal dan berputus asa dengan cara dan makhluk-makhluk yang lain.
Maka datanglah TAWAKAL.
Tawakal secara teori – menyerahkan kepada Allah.
Itu boleh dituturkan semua orang.
Tetapi, bila datang kepada realiti yang sebenar, ia umpama orang yang sihat yang kata,
“Kalau aku sakit, aku akan tahan.
Kalau aku susah, aku akan menghadapinya.”
Tapi tidak sama bila dia benar-benar sakit. Ia tak berlaku sebagaimana dia katakan.
Kita kadang-kadang waktu kita senang macam ni kita pun kata, “Kalaulah saya sakit, saya tahan. Kalaulah saya susah saya akan ‘struggle’ (bertahan) itu ini.”
Tapi bila pergi kepada alam realiti, di situ kita hilang punca.
Umpama, kita membaca sejarah Nabi SAW lalu kita berkata:
“Kalaulah kita hidup zaman Rasulullah SAW maka kita akan bela Rasulullah SAW.”
- Membela Rasulullah SAW
- Membela para sahabat RA
- Bersama kelompok kebenaran
Kita kata suatu yang kita belum lalu. Barangkali kalau tiba-tiba kita melaluinya seperti zaman Nabi SAW, maka kita tidak mungkin sekuat yang kita cakap sebelum ini. Akhir berlaku sebaliknya.
Kalau kita tengok orang yang banyak duit, yang sesudah dia berusaha dia mampu dapat lebih banyak dan orang ini mula melihat orang miskin itu malas. Mula melihat orang tak berjaya macam dia itu bodoh. Mula melihat orang yang tak mencapai piawaian seumpamanya itu lemah.
Maka dia bercakap pada posisi dia sekarang, senang.
Maka Allah takdirkan dia jatuh, rebah. Kalah. Akhirnya dia tak mampu bangun dengan segala teori dia buat.
Maka itu yang saya sebut, tak sama apa kita lalui dengan apa yang kita cakap.
Tak sama.
Seorang yang bijak dalam strategi perang dan sentiasa menang dalam peperangan, akhirnya pada strategi yang sama tiba-tiba dia kalah. Maka dia jadi lemah, putus asa.
Jadi tawakal ini sesuatu yang praktikal, bila kita melalui jalan tawakal barulah kita mengenali hakikat tawakal.
Hamadun al-Qashar waktu ditanyakan,
“Apa itu tawakal?”
Katanya, “Tawakal ini benda yang tinggi. Aku pun tak mampu ‘menciumnya’ lagi.”
Saya dah sebut, tawakal secara teori: Saya serah kepada Allah.
Tapi kesungguhan kita untuk berusaha,
Melihat segala sebab, kadang-kala melupakan pergantungan kita kepada Allah.
Akhirnya kalau dikatakan kepada kita, kalau kita tak usaha macam ni, dapat tak?
Kita menafikan, “Tak mungkin dapat!”
Di situ bermula hilangnya pergantungan kita pada Allah. Hilang pergantungan.
Contoh:
“Awak kaya sebab awak meniaga ini dan ini, andaikata awak meniaga lain agak-agak kaya?”
“Mungkin tak kaya.”
Di situ bererti kita dah hilang tawakal sebab kita melihat kepandaian ini yang menjadikan kita berjaya, kalau yang lain, tidak.
Seorang bekerja di laut, dikatakan padanya andai kerja di darat, dapat duit?
Dia kata, tidak.
“Saya tak pandai (bekerja) dekat darat. Mungkin saya (jadi) miskin.”
Maka ini menunjukkan dia tak bertawakal.
Seorang bekerja di darat, dikatakan,
“Andai awak dibuang ke laut, apakah awak mahu bekerja?”
“Oh saya tak pandai.. saya berenang pun tak pandai. Kalau dekat laut saya pasti mati!”
Bererti dia takda tawakal.
Seorang duduk dekat Malaysia dan berjaya di Malaysia:
“Agak-agak kalau awak dibuang ke Afrika, awak berjaya?”
Dekat sini, iyalah ada ‘cable’, tapi tiba-tiba dibuang ke Afrika? Agak-agak boleh berjaya?
Dia mungkin akan kata,
“Saya tak tau.”
Atau dia mungkin akan kata,
“Tak dekat Afrika. Budu pun takda dekat Afrika.. macam mana nak berjaya?”
Dia punya makanan kegemaran budu takda, macam mana nak dapat tenaga?
Bererti di situ kita lihat kecacatan, kelompongan tawakalnya.
Tawakal menjadikan kita dibuang di mana pun, dia yakin pada Allah. Kerana itu Allah mendidik para sahabat RA yang pertama:
1. Berhijrah
Orang Mekah dah biasa dengan suasana Mekah, sibuk dengan perniagaan. Bisnes.
Mereka ini selok-belok bisnes mereka tau. Tiba-tiba mereka diperintahkan oleh Allah berhijrah ke Madinah, yang bukanlah negeri perdagangan tapi ia negeri pertanian.
Di negara di mana mereka perlu membina tapak baru,
Di negara di mana Yahudi sudah menguasai ekonomi,
Di negara di mana berlaku peperangan dua kabilah besar.
Berbanding Mekah,
Yang aman, bahkan Allah bersumpah Mekah sebagai negeri aman:
“Dan demi negeri yang aman..”
لَآ أُقْسِمُ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ
“Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini; Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),”
(Surah Al-Balad, 1 – 2)
- Aku bersumpah demi negeri yang aman ini (Mekah) dan engkau yang tinggal di Mekah Ya Muhammad
Mekah ini aman.
Allah berfirman, siapa yang masuk Mekah maka dia aman.
Tiba-tiba sahabat diminta tinggalkan Mekah dan pergi ke negeri perang, Madinah. Yang waktu itu namanya ‘Yathrib’ (yang busuk, tak baik). Dan Rasulullah SAW tukar nama tu kepada Madinah al-Munawwarah (yang tunduk, beragama lagi bercahaya).
Atau disebut dengan ‘Kota Bercahaya’.
Dan dikenali sebagai ‘Madinatun Nabiy’.
Sahabat-sahabat Mekah ini, Muhajirin – orang-orang korporat dan membesar di Mekah, tak pernah Mekah diancam mana-mana peperangan tiba-tiba ke Madinah yang perang macam-macam, Yahudi pulak ada.
Di situlah dididik tawakal.
Akhirnya para sahabat yang tinggalkan bumi Mekah menuju Madinah, telah membenarkan sifat tawakal mereka kepada Allah akhir Madinah berubah menjadi negeri perdagangan, yang aman seperti Mekah.
Aman.
Yang selama itu aman, aman – bersatu- padu.
Pelbagai kafilah.
Dan menjadi kuat sehingga menjatuhkan Rom dan Parsi.
Jadi kuat.
Walhal asalnya Mekah yang kuat. Mekah yang patut menjatuhkan Rom dan Parsi, tapi Allah pilih Madinah kerana Allah ingin mendidik para sahabat Nabi SAW dalam tawakal mereka, mereka mengalahkan kekuatan dunia.
Allah nak ajar kita umat Islam bahawa kemenangan kita bukan pada sebab-munsabab, tetapi melihat kepada pertolongan Allah SWT. Sehingga hilang pergantungan pada sebab-musabab maka datang pertolonganNya.
Kita bukan buang sebab-musabab tetapi tak bergantung.
Kita kena beza:
- Buang sebab-musabab vs Buang pergantungan
Buang pergantungan: Terus kepada sebab-musabab yang Allah perintah tetapi pergantungan kita, Allah yang memberikan.
Pergantungan yang benar itulah mendatangkan mukjizat dan pertolongan Allah yang benar. Yang akan mengatasi orang yang mengambil sebab seperti kita.
Dia pun macam kita, ambil sebab.
Dia tentera kuat, kita pun.
Dia ada itu, kita sama.
Tapi yang membezakan ialah pergantungan.
Pergantungan kepada Allah SWT.
Sebab itu Umar al-Khattab waktu berbicara dengan bala tentera, beliau berkata:
Kita ni bukan menang sebab kita punyai kekuatan kerana musuh mempunyai kekuatan yang sama. Kita menang kerana ketaatan kita kepada Allah.
Di situ menang kita.
Dan mereka kalah kerana maksiat mereka kepada Allah.
Kalau kita melakukan maksiat, maka kita sama seperti mereka.
Ukuran kemenangan itu pada tawakal.
Benar kata Allah, bila Allah menyatakan:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا
“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq, 3)
- Siapa yang benar tawakalnya kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya, memenangkannya
Ini tentang hakikat tawakal yang sebenarnya terlalu tinggi daripada sudut pemahamannya, yang saya sebutkan tadi kalau kita melaluinya kita akan faham.
Kita tengah sihat, kita tak faham tawakal sehinggalah kita sakit
Kita tengah senang kita tak mungkin faham tawakal, hakikat sehinggalah kita susah
Kita tengah gagah kita takkan faham tawakal sehinggalah kita lemah
Kita sedang beramai-ramai ini kita takkan faham tawakal ini sehinggalah kita bersendirian
Kita dalam terang, cahaya tak mungkin kita faham tawakal sehinggalah kita dalam kegelapan.
Kita di atas bot, kapal kita takkan faham tawakal sehinggalah kita berada dalam laut sendirian.
Lalu kita faham apa itu tawakal.
Ini disebut Hamadun al-Qashr,
Tawakal itu hakikat yang tinggi, yang aku pun belum menciumnya lagi.
Ini hakikat tawakal.
Kata setengah Ulama,
Tawakal itu ialah seumpama seorang bayi yang tak tau apa-apa melainkan tetek ibunya.
Bayi ni dia tak pernah fikir makanan lain. Tak pernah dia fikir,
Dia cuma fikir tentang susu dan dia tak fikir susu tu pada lembu, kambing?
Tak.
Melainkan pada tetek ibunya, dia mencari tetek ibunya.
Malam, siang.
Dia minum dengan tenang.
Begitulah kita lihat pada sumber asalnya.
Sumber kepada segala pertolongan itu ialah Allah.
Sumber kepada segala pergantungan ialah Allah.
Rezeki ni sumbernya daripada Allah.
Sihat tubuh badan, sumbernya Allah.
Maka kita tak nampak yang lain, melainkan pergantungan kita yang telus kepada Allah SWT.
Setengah Ulama membawakan cerita, kisah Al-Imam Abul Qasim membawakan kita tiga (3) cerita yang menarik tentang makna tawakal.
KISAH 1
KISAH INI AKAN MENYEBABKAN KAMU TERGAMAM DAN MENGGELENGKAN KEPALA
Ada seorang orang muda, dia dalam musafir dia pun nak tunggu kafilah (rombongan perniagaan bergerak ke sana sini).
Menjadi kebiasaan dahulu bila orang musafir dia akan tumpang kafilah.
Kita hari ni naik bas ekspres, keretapi.
Dulu takda kenderaan awam macam tu, tapi ada kafilah yang terdiri daripada mungkin daripada 10 ekor unta sehingga lebih.
Kalau kafilah besar sehingga 100 ekor unta dan puluhan orang.
Lalu perjalanan itu selamat membelah padang-pasir. Ditumpang kafilah dan kena bayar. Bukan free.
Dia menjamin keamanan.
Dan juga makan-minum, sebagainya.
Kafilah ini ikut mana pun ia akan bergerak sebab bawa barang dagangan. Siapa nak tumpang kena bayar. Maka kata lelaki ini,
“Saya pun nak tumpanglah satu kafilah ke satu tempat. Tiba-tiba saya melihat satu perempuan tua, dia berjalan perlahan seperti dia meraba-raba (terlalu berhati-hati, penglihatan lemah) berjalan tak laju.
Saya pun kesian, saya simpati seluk poket dan bagi duit.”
“Nah makcik, duit.
Nanti makcik tunggulah, kafilah lain datang makcik bayar (tumpang).
Makcik sampai tempat sekian.. carilah saya. Saya boleh tolong makcik.”
Kata lelaki ini.
Tiba-tiba makcik ini diam, dan dia pun angkat tangan dia ke atas.
Dia macam petik sesuatu, tiba-tiba di tangannya ada beberapa keping duit emas.
Lalu katanya,
“Kamu mengambilnya dari sakumu, sedangkan aku mengambilnya daripada tuhanku.”
Ertinya di sini, ini dalam kaedah para Ulama, dipanggil: Ada satu cara Allah mendidik hambaNya, Allah jadikan orang dipandang rendah itu mendidik orang yang dianggap mulia.
Kalau kita baca sejarah, bagaimana Allah jadikan ada orang yang disebut ‘underdog’, dia mengalahkan ‘Champion’. Tapi dalam tarbiyah, Allah jadikan orang yang dilihat ‘biasa-biasa’, dia boleh mendidik orang yang di atas.
Bagaimana kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir / Khadir a.s
Khidir a.s adalah seorang Nabi, tapi Baginda mendidik Nabi Musa a.s adalah seorang Rasul dan Ulul Azmi.
Kedudukan Nabi Musa a.s tinggi jauh daripada Nabi Khidir a.s, sebab Nabi Musa a.s
- Nabi
- Rasul
- Ulul Azmi
Dan Rasul yang berkata-kata dengan Allah.
Dan Khadir tak dapat darjat itu, namun Allah jadikan Khidir a.s mendidik Nabi Allah Musa a.s, ini dipanggil mendidik orang besar oleh orang kecik.
Sama sebagaimana berlaku pada Umar Abdul Aziz,
Waktu dikumpul orang-orang kampung, untuk report keadaan negeri masing-masing. Maka dipersilakan cakap tiba-tiba ada budak kecik cakap.
Umar Abdul Aziz kata,
“Orang tua dulu.. orang tua (cakap) dulu.. “
Ada satu kampung tu wakilnya budak, umur 12 tahun.
Lain semua wakil orang tua. Tiba-tiba dia bercakap dulu maka kata Umar Abdul Aziz,
“Beri peluang pada orang tua..”
Lalu kata budak ini, “Ya Amirul Mukminin.. kalau-lah umur tua itu keutamaan, pastilah ada orang lebih tua daripada Amirul Mukminin untuk jadi Khalifah?”
Umar Abdul Aziz waktu menjawat jawatan Khalifah umurnya 39 tahun.
Ataupun akhir 30-an.
Ada yang kata umurnya 37 jadi Khalifah, dan meninggal umur 39 tahun.
Kata budak itu,
“Kalau umur yang tua itu menjadi nilai maka sepatutnya ada orang lain jadi Khalifah, dan bukan Amirul Mukminin.”
Lalu Umar Abdul Aziz terdiam,
“Budak ini bijak.”
“Teruskan.”
Lalu budak itu pun bicara, “Kami datang bukan mengadu, bukan meminta sesuatu tapi datang kami untuk bersyukur dengan apa yang telah kami dapat.
Itu saja.”
Orang wakil lain semua datang nak lobi projek, mengadu.
Tapi ini satu saja datang yang mengatakan, datang bukan nak mengadu atau meminta, tapi datang untuk bersyukur.
Terima kasih atas apa kami dapat.
Maka Umar Abdul Aziz memuliakan budak ini.
Kadang-kadang Allah datangkan yang lebih rendah darjat, umur atau mungkin kita anggap ilmu datang menegur kita.
Ini Imam Fakhrul Ar-Radzi,
Bila dia pergi ke satu kota orang berkumpul untuk dengar ceramah dia, lalu dikatakan:
“Inilah orang yang mengetahui seribu dalil tentang kewujudan Allah, dia tau.”
Sehingga seorang perempuan tua berkata,
“Yang perlukan dalil kerana dia ada 1,000 keraguan. Sebab itu dia perlukan dalil. Dan aku tak perlukan dalil untuk mengatakan Allah itu wujud.”
Lalu kata Fakhrul Radzi,
“Hebat wanita ini.”
Dia kata,
- Yang perlu 1,000 dalil itu punyai 1,000 keraguan. Sebab itu dia perlukan dalil
Kata Fakhrul Radzi,
“Ya Allah kurniakan aku iman perempuan tua ini.”
Kita orang yang lemah setiap sesuatu kita perlukan dalil. Lemah.
Tapi seorang yang kuat, imannya dia tak perlukan dalil.
Dia tak perlukan dalil untuk melihat Allah itu berkuasa.
Kitalah, apa dalil Allah berkuasa?
Menciptakan sekian-sekian.
Tapi orang kuat iman?
Saya tak perlukan dalil itu. Saya tau Allah Berkuasa!
Kalimah Allah itu saya dah faham apa maksud, Allah –
Yang kita kalau tuan-tuan percaya seseorang takkan minta dalil lagi. Sebab dah percaya kat dia.
Dia kata,
Esok kita akan ada pertemuan, perjumpaan.
Tapi ditanyakan,
Siapa beritahu, apa dalil. Buktinya?
Dia takkan tanya.
Dia hanya kata, “Okay. Saya datang.”
Kerana percayanya dia.
Tak perlukan apa-apa.
Kita pergi kedai makan, kita tak minta resit, kita percaya.
Tapi bila tak percaya?
“Resit.”
Dia minta resit.
Boleh check satu-satu?
Kita mula ragu-ragu.
Ini pada pandangan wanita ini, walaupun pada asasnya memang semua dalam bab agama perlukan kepada dalil.
Cuma wanita ini bercakap secara dia menerimanya secara mutlak. Sehingga dia pun kata, “Yang mempunyai 1,000 dalil itu mempunyai 1,000 keraguan. Kerana itu dia perlukan dalil. Dan aku, tak perlu. Cukup aku mengetahui Allah berkuasa.”
Macam di kalangan orang-orang yang lemah iman,
Setiap kali dia bertemu Rasulullah SAW dia minta mukjizat untuk membuktikan Nabi Muhammad SAW itu Rasul.
Tapi orang kuat iman tak minta mukjizat kerana mereka yakin kepada kebenaran Nabi SAW.
Macam Abu Bakar as-Siddiq bila Nabi SAW beritahu bahawa Baginda SAW ke Baitul Maqdis, Saidina Abu Bakar RA kata,
“Betul.”
Ketika Abu Jahal, Abu Lahab minta dalil kepada Nabi SAW pergi dalam satu malam dah sampai?
Abu Bakar percaya kerana Rasulullah SAW itu benar.
Tak perlukan dalil.
Sebab itu (Saidina Abu Bakar) digelar dengan ‘As-Siddiq’ (yang membenarkan). Dia tak perlu kata, ‘cerita sikit’.
Katanya, “Kalau Muhammad SAW kata dia ke langit pun aku percaya.”
Dan memang pun Nabi SAW ke langit, tapi Nabi SAW tak beritahu yang ke langit tu. Kalau beritahu pergi ke Baitul Maqdis pun orang tak percaya.. macam mana nak beritahu pergi ke langit?
Tapi Saidina Abu Bakar menyatakan,
“Kalau Muhammad yang kata, memang benar dan aku membenarkan. Kalau dia kata dia pergi ke jauh daripada itu.”
Maka Saidina Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq secara rasmi.
Yang membenarkan.
Orang yang jiwa tawakal dia akan membenarkan apa yang datang daripada Allah tanpa ragu-ragu. Kalau kata Allah berkuasa, cukup. Dia tak lihat lagi yang lain.
Dia kata, Allah Pemberi Rezeki,
Dia tak tengok lagi orang lain.
Perumpamaan bak anak kecil yang hanya nampak susu ibunya.
Dia tak nampak yang lain akan mengenyangkannya, tapi Allah.
Perumpamaannya yang akan mengenyangkan.
Kembali pada kisah wanita ini, yang mendidiknya – “Engkau mengambil dari sakumu. Aku mengambil daripada Tuhan.”
Ini diterjemah, ‘Daripada kesamaran’, dalam Bahasa Arab, ‘daripada yang Ghaib’ (Allah).
Kita kadang-kadang dalam hidup kita kan ada ‘cable’, semua benda. Bilamana kita nak buat sesuatu kita kenal orang ini dan orang ini, lupa untuk berkata,
“Allah yang berikan kepada saya.”
Akhir ‘cable’ yang pernah kita berpegang padanya, yang itulah yang jatuhkan kita.
Setiap orang berpegang pada sebab untuk berjaya maka jadilah sebab itu untuk menggagalkan dia. Setiap orang bila dia mula bergantung pada sebab untuk mendapat satu perkara maka dia akan jatuh dengan sebab yang sama.
Yang ini gunakan bomoh nak melariskan perniagaan. Bomoh.
Tak percaya Tuhan ni.
Bomoh yang sama yang jatuhkan dia!
Sama.
Dia gunakan fulan bin fulan untuk naik – orang yang sama yang jatuhkan dia.
Tengok dalam dunia politik, contoh, yang berkumpul naikkan dia, yang itu juga berkumpul untuk jatukan dia.
Itulah realiti kehidupan dunia, sesiapa yang melihat kepada sebab yang menaikkan dia, maka dia akan melihat sebab itu menurunkan dia.
Sesiapa yang melihat kepada sebab yang mengkayakan dia, maka sebab itu memiskinkan dia.
Sesiapa yang melihat sebab itu yang menguatkan dia, maka sebab itu melemahkan.
Sesiapa melihat sebab itu membahagiakan, sebab itu yang mendukacitakan.
Dia kata, “Saya kalau kawin dengan orang ni, saya bahagia. Anak-anak.”
Akhir dengan sebab kawin dengan orang itulah dia tak bahagia.
Mungkin fatrah 5 tahun pertama bahagia,
5 tahun berikutnya mula ‘goyang’.
Anak-anak kecilnya, dia bahagia.
Lepas anak membesar maka tidak membahagiakan dia.
Kita anak-anak kita daripada berapa bulan sampailah umur dia sebelum baligh, membahagiakan. Tapi dia mula masuk alam menengah, kita mula ujian,
Suara tinggi,
Bergaduh.
Budak ini membesar.
Akhir tak mustahil dia jadi musuh kita, yang sebelum ini kita dukung dia.
Yang sebelum ini bila kita pegang rasa segala kebahagiaan.
Tapi hari ini kita tengok, mula dia datang segala huru-hara, datang segala kebencian. Itu ada ayah halau anak, dan anak anak halau ayah.
Kerana apa..?
Kerana berpusing pada sebab.
Kita nak belajar supaya kita tidak berada dalam kehinaan pada akhir hidup kita, kerana memanglah seorang yang bergantung kepada sebab dia melihat permulaan, melihat kebahagiaan tapi pada permulaan, bukan kesudahan.
Kerana semua orang bercakap.
Orang-orang awam dia bercakap pada permulaan,
Orang-orang khusus dia akan bercakap tentang kesudahan.
Dalam hadis Nabi SAW mengatakan,
“Nilai sesuatu dengan penutupnya.”
Tuan-tuan, ada orang mungkin dia berlari lemah tapi penutupnya laju.
Ada orang bertinju, round pertama lemah. Macam nak tumbang, nak KO.
Round ke-2 juga begitu.
Tapi round ke-3 dia bangkit dan dia kalahkan (musuh).
Dia buat ‘come back’.
Sebab itu nilainya pada kesudahan, sebab itu kita nak biar mula dan akhir semuanya baik. Kita nak yang sempurna – permulaan dan akhir yang baik.
Maka letakkan pergantungan pada Allah.
Saya didik anak-anak saya, sebab mereka saya bahagia. Sebab mereka saya berikhtiar usaha. Tapi saya melihat kepada hakikat lebih tinggi daripada itu, pergantungan saya pada Allah.
Pernah kita cerita seorang Ulama yang terkenal, namanya Asy-Syaikh Abdul Wahab Asy-Sya’rani, alim besar. Tapi dia gagal didik anak dia.
Anak dia malas,
Anak dia sendiri taknak pergi kuliah.
Dia tengok, dia mampu didik anak orang lain jadi Ulama, bahkan dia ini ada halaqah ilmu dengan jin. Dia punya hebat.
Ada halaqah ilmu dengan jin.
Satu hari dia tengah mengajar, jin tu merasuk seorang anak murid dia, kemudian tanya soalan. Jin nak tanya soalan, lalu dia rasuk. Rasuk dan terus tanya soalan:
“Syaikh, saya nak tanya satu soalan..”
Lalu kata Syaikh, “Kenapa kamu rasuk orang? Keluar.”
“Tapi kami (golongan jin) ada soalan.”
Jawab Syaikh, “Kalau kamu ada soalan, kamu kumpul kelompok kamu dan aku akan datang mengajar. Tak payah masuk ke orang. Ini kezaliman.”
Jin ni kalau dia masuk ke orang, dia zalim. Apa pun tujuan dia.
Dia zalim, dia menceroboh batasan.
Umpama orang masuk negara orang tanpa passport, kita masuk negara orang tanpa passport maka kategori bahaya.
Jin kalau masuk badan kita bererti dia tak guna ‘passport’, haram.
Haram jin masuk tubuh manusia, haram.
Kalau jin ni beriman dia kena tau benda ni, haram dia masuk. Kalau dia dengar kuliah kita ni, haram dia masuk mana-mana tubuh. Apa pun sebab, alasan dia.
Kerana itu sempadan dia.
Itu sempadan. Dia kena duduk luar.
Tapi kalau dia masuk (tubuh manusia), maka kita boleh guna apa pun cara untuk halau dia keluar.
Kalau kita tengok jin ni, kalau dia masuk badan manusia dia cari penyakit. Dia macam buaya, harimau dia mula makan manusia, dia cari penyakit. Orang akan cari dia sampai lubang cacing!
Buaya ni orang cari,
Harimau pun orang cari.
Dia tak boleh hidup bahagia.
Jin pun sama, once dia masuk badan orang, dia zalim.
Jin ni.
Maka Imam Asy-Sya’rani ni dia ada kelas dengan jin dan ada kitab soal – jawab dengan jin.
Masalahnya, anak dia tak macam dia.
Apa yang paling kecewa, kalau kita tengok anak kita tak ikut jejak kita?
Kita bagus, talented. Gifted.
Anak?
Masalah. Kita ada semua kelebihan tapi anak kita masalah.
Maka apa disebut Asy-Syaikh Asy-Sya’rani? Dia bukan Ulama yang tak bertawakal, tapi dia mengemaskinikan tawakal.
Sebab Allah Taala kadang-kala,
Kita dah bagus tapi Allah nak ‘upgrade’ kita lebih bagus, lebih bagus lagi.
Sehingga ke tahap yang Allah kehendaki,
Akhir dia Syaikh Asy-Sya’rani kata, “Ya Allah, aku serahkan anak aku padaMu..”
Bila dia dah membebaskan segala kekuatan dan helah dia dan lihat kebergantungan kepada Allah, tiba-tiba anak dia mula minat agama.
Minat, akhirnya ganti dia.
Itu yang dia tak sangka.
Itulah penting kita lurus dalam tawakal.
Lurus dalam tawakal kita.
Kadang-kadang bila kita berada di satu tempat, kita mula hilang tawakal sebenar. Kita mula melihat kita. ‘Kita’.
Saya katakan tadi, siapa yang naik dengan sebab yang dia yakini, sebab itu akan menjatuhkannya.
Sebab sama.
Tuan-tuan dok ingat pening kepala, makan Panadol dan baik. Panadol sama menambah pening kepala!
Biasa bila pening, Panadol.
Pening je, makan.
Last sekali dia makan Panadol, double pening!
Jadi racun.
Suatu disangka ubat jadi racun.
Banyak mana makanan yang lazat yang kita nikmati ia jadi racun?
Dan hari ini kita mula takut dengan makanan tu?
Dulu sebut roti canai, sedap. Dulu..
10, 15 keping makan. Tapi hari ni tengok roti canai, trauma!
Boleh masuk ICU.
Sebab yang sama yang kita rasa sedap.
Dulu kalau sebut ini minum air manis, sedap. Dulu..
Sekarang tengok air manis, takut.
Itu namanya sebab-sebab.
Kerana itu kita orang beriman kita boleh mengambil sebab tapi haram bergantung pada sebab.
Boleh mengambil sebab itu sunnah Nabi SAW.
Meninggalkannya bererti meninggalkan sunnah Nabi SAW,
Tetapi bergantung dengan sebab merosakkan akidah yang suci.
Bergantung.
Kita kalau pergi Mekah tengok Mutawif, dia lah akan tolong.
Kita pun bergantung pada dia sangat-sangat.
Tiba-tiba Mutawif hilang!
Mutawif pulak sesat!
Tuan-tuan yang biasa pergi Umrah, kita dok harap yang kita ni tak tau jalan Mekah, Mutawif pandai belaka. Tiba-tiba kita dengar berita Mutawif sesat!
Orang pakat cari Mutawif.
Lihat Allah nak ubah sekejap je.
Supaya kita melihat mereka sekadar sebab biasa yang Allah suruh kita, hakikatnya Allah yang jaga kita..
Allah yang jaga kita waktu kita dekat Mekah, dekat Malaysia. Dekat mana-mana Allah jaga.
Zahir nampak Mak, Ayah, kawan-kawan tapi hakikatnya Allah.
Itu yang bergantung pada bodyguard, tapi bodyguard yang bunuh dia.
Akhir bodyguard tembak dia, mati.
Bergantunglah pada Allah Taala yang taliNya takkan putus.
Dan bila bergantung pada manusia, kita bergantung pada benda yang lemah. Kita bersandar pada benda yang akan pecah, hancur.
Ini hakikat kebergantungan.
KISAH 2
Abu Sulaiman Ad-Darani, seorang Ulama yang meninggal tahun 215 Hijriyah, dia tengok ada seorang lelaki dekat Mekah, dia tak makan apa melainkan minum air zam-zam.
Dengan air zam-zam dia pun kuat.
Maka Sulaiman Darani lihat kesungguhan dia pada air zam-zam kuat sangat. Lalu ditanyakan satu soalan,
“Bagaimana kalau takda air zam-zam? Atau air zam-zam berubah?”
Seketika dia termenung dah berkata,
“Terima kasih kerana menegurku. Aku selama tiga hari lepas menyembah zam-zam.”
Maksud, bukan sembah tapi kebergantungan itu seperti seorang itu menyembah. Seperti. Bukan maksud sembah.
- Ini tentang akidah
Kita kalau belajar tauhid, disebutkan, “Kita jangan menyembah sebab.”
- Jangan menyembah, sebab mempertuhankan sebab tak boleh
Allah sebut dalam al-Quran,
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍۢ
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar).”
(Surah Al-Jathiyah, 23)
- Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan dia? Sembah hawa nafsu
Orang yang ikut hawa nafsu sampai membelakangkan syariat seperti dia mempertuhankan hawa nafsu. Jangan pertuhankan hawa nafsu, dan jangan pertuhankan sebab.
Lelaki ini ditegur Abu Sulaiman Ad-Darani,
Awak ni asyik minum air zam-zam. Kalaulah air zam-zam (takda).
Kita tawaf di Kaabah, cium Hajarul Aswad, kenapa?
Kerana itu perintah Allah.
Kalaulah Kaabah itu takda, macam mana?
Kita tetap tawaf, walau takda. Itu perintah Allah.
Diriwayatkan bahawa Adam a.s Baginda a.s tawaf walau Kaabah takda. Tawaf kawasan. Yang penting bukan Kaabah tapi kawasannya.
Kaabah diruntuhkan banyak kali.
Sebab banjir, nak bina lebih baik.
Tapi tapak itu menjadi asas.
Kalau sekiranya Kaabah takda, apakah kita takda kiblat?
Kiblat tetap ada.
Dan kita tau akhir zaman, Kaabah akan dihancurkan.
Hajarul Aswad, kita menciumnya.
Bak kata Saidina Umar al-Khattab, “Kalau tak kerana Rasulullah SAW menciummu, aku takkan menciummu (Hajarul Aswad).”
Kalau Hajarul Aswad takda?
Apakah menjadi satu hilang kesempurnaan ibadat?
Jawapannya tidak.
Hajarul Aswad pernah dibawa lari orang berpuluh tahun lama sehingga orang tawaf lama tanpa Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad itu batu yang besar.
Sekarang hanya ada 7 batu-batu kecil. Dibingkaikan dengan perak.
Kecil.
Kita bila cium, tak sempat tengok. Nak cium pun payah!
Kalau kita tengok, zoom-kan, kecik.
Kalau takda? Umat Islam kekal dengan nilai ibadatnya, bukan kepada nilai sebabnya. Kerana sebab-sebab itu akan hilang.
Kaabah itu boleh hilang,
Hajarul Aswad boleh hilang.
Tapi kita kekal dengan ibadat, macam yang Allah perintah.
Sama saja kita andaikata Kaabah itu takda,
Ibadat kita sama,
Arah kiblat sama tak berubah.
Andaikata Kaabah diubah ke tempat lain, in shaa Allah tapi tetap arah Kaabah di situ. Asas.
Saya dah sebut Kaabah pernah roboh, tapi kekal di situ. Perintah Allah SWT.
Di sini kita bercakap tentang sebab-musabab.
Walau benda tu bagus tapi kita tetap lihat pada hakikat macam Nabi Ibrahim a.s datang Malaikat hulur pertolongan.
Nak minta pertolongan Malaikat, tak salah.
Apakah syirik? Tidak.
Tapi Ibrahim a.s melihat nilai tertinggi dalam tawakal, Baginda berkata,
“Wahai Jibril, mintak tolong daripada kamu aku taknak,
Mintak tolong dengan Allah, iya.”
Lihat bagaimana ‘Taslim’, tawakal Nabi Allah Ibrahim a.s
Hakikatnya.
KISAH 3
Ibrahim bin Khawas yang meninggal tahun 291 Hijriyah dalam perjalanan ke Syam.
Dulu kalau sebut jalan, mesti melalui padang pasir dan padang pasir itu banyaklah berkemungkinan
- Keselamatan
- Lapar
- Kurang air
Sekarang dah takda cerita nak rentas padang pasir.
Sekarang kita jalan penuh kawasan rehat.
Ini cerita dulu, sebut nak ke Mekah wajib rentas padang pasir. Takda helah lain.
Bukan ada dekat udara.
Lalu padang pasir.
Dulu kita nak ke Mekah wajib lalu laut. Apa-apa berlaku di laut kita pun tak tau. Sampai mati pun buang ke laut, mayatnya.
Tanya pengalaman orang pergi Mekah, ke laut.
Makan masa dua minggu mungkin dua bulan. Tengok jenis kapal.
Bot besar mana.
Sekitar tahun 60-an, mereka guna kapal lebih besar tempohnya mungkin 2 minggu sampai Mekah.
Pergi 2 minggu, balik 2 minggu.
Tapi kapal lama mungkin 2 bulan sampai.
Atau 2 – 3 bulan.
Sama ada merentasi laut atau padang pasir, itu wajib.
Dulu.
Kita hari ini naik kapal terbang 8 jam.
Sambil makan-makan. Sambil tengok TV. Sampai.
Dulu realitinya begitu.
Maka Ibrahim bin Khawas nak pergi ke satu tempat, tiba-tiba dia tengok satu pemuda ni nampak baik. Pemuda ni kata,
“Boleh tak saya join?”
Lalu kata Ibrahim bin Khawas,
“Kalau lapar, macam mana?
Saya tak jamin ada makanan, takda minuman.”
Lalu kata pemuda ini,
“Kalau kamu lapar, saya lapar.
Saya hanya nak berteman.”
Lalu mereka berjalan empat hari, tanpa jumpa sumber makanan.
Tiba-tiba sampai ke satu tempat, diberikan kepada kami kelapangan,
Rezeki ada.
Maka Ibrahim bin Khawas berkata kepada pemuda ini,
“Jom kita makan, minum.”
Lalu kata pemuda ini, “Saya taknak, saya taknak menghilangkan tawakal daripada awal saya.”
Apa yang berlaku?
Lalu kata Ibrahim bin Khawas, “Kamu ni macam ekstrim (over sangat).”
Lalu pemuda ini mula tegur Ibrahim bin Khawas, “Wahai Ibrahim, jangan mula sombong. Daripada awal kita berjalan kita redha dengan lapar. Kita perlu kekal seperti ini sehingga kita jumpa destinasi.”
Mungkin dalam perjalanan Allah mula uji kita, mula ada kemudahan
Sehingga kita mula bergantung pada benda ni. Maka hilanglah kebenaran dalam makna tawakal kita. Kalau kita perlu mengambil cukup kita mengambil kecukupan, tidak ada sifat tamak untuk lebih.
Bila Ibrahim al-Khawas dah lalu empat hari,
Tiba-tiba hari ke-4 ada makanannya, jumpa orang.
Dia mula nak menikmati.
Selama 4 hari hanya minum air. Jumpa dan orang offer makan tapi lelaki itu dia taknak, nak kekal begitu.
Tanda kebenaran tawakal, sampai ke destinasi.
“Saya takkan dihalang di tengah-tengah.”
Ini kita nak faham, tengok sejarah – cerita tentang tentera Talut.
Tentera Talut waktu melintasi kawasan nak bertemu tentera Jalut, mereka dalam kehausan. Perjalanan cukup panjang.
Talut tak benarkan tenteranya minum untuk menguatkan semangat.
Tetapi dalam tempoh lama tak minum, Talut mengetahui yang dia tau selok-belok jalan, di depan nanti ada sungai.
Orang kalau dahaga betul, dia akan minum sepuas-puasnya.
Maka Talut berkata kepada tenteranya yang dipimpin, dia kata:
“Allah akan uji kamu dengan sebatang sungai. Kalau kamu minum kamu takkan mampu kuat (jadi takut berperang, cinta dunia). Kamu minum air maka kamu takkan mampu ikut aku. Sama ada kamu berlapar, melainkan kamu ambil sikit sekadar membasahkan tekak.”
Penapisan tentera Talut yang melalui tapisan:
- Jarak, terlalu jauh maka tinggal separuh
- Makanan minuman, Talut kata jangan makan minum. Puasa, untuk kuatkan ruh tawakal.
Tentera yang kenyang takkan menang.
Tentera yang masih nampak makan minum takkan menang.
Orang kalau jadi tentera, objektif dia musuh.
Dia tak nampak lagi makan minum.
Macam tuan-tuan belajar, kita nak cemerlang tak boleh tengok makanan, study sampai habis.
Tapi ini study sikit makan burger, makan nasi.
Tak habis..
Dia waktu kita fokus tu kita buang semua makan minum semua.
Fokus pada kerja.
Saya habis kerja baru makan.
Maka Talut tak bagi tentera dia menikmati makanan.
Dan ujian ke-3,
- Tahan haus
Tiba-tiba depan tu ada sebatang sungai, maka Talut bagi amaran,
“Siapa minum je, takkan ikut.
Yang tak minum dia ikut, atau dia hanya ambil dengan tangan sekadar membasahkan tekaknya.”
Maka tentera Talut ada tiga kelompok:
- Minum, abaikan arahan. Gugur daripada tentera.
- Ceduk dengan tangan
- Yang tak minum langsung
Akhir jumpa tentera tinggal 300 lebih.
Daripada 4,000 orang.
Waktu mengadap Jalut, dia tinggi. Besar. Kuat dan tenteranya ramai.
Tentera Talut, sikit.
Dan yang tinggi hanya Talut. Nampak gah.
Tentera yang lain tak tinggi tak kuat. Tapi Allah nak ajar tawakal dan lawan sehingga turun ayat:
“Betapa ramai jumlah tentera yang sikit mengalahkan tentera yang ramai?”
Bila tentera Talut ini ada dua (2):
- Sempit minum sikit
- Tak minum terus
Tentera yang minum sikit air, bila mengadap musuh datang rasa takut.
Lalu mereka berkata,
“Kami tak menang.
Mereka ramai.”
Minum sikit pun datang ragu-ragu.
Tapi tentera yang tak minum kata, “Kita yakin akan menang!”
Kata Allah,
قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ ٱللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍۢ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةًۭ كَثِيرَةًۢ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
“Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
(Surah Al-Baqarah, 249)
- betapa banyak kumpulan yang sikit mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang yang sabar.
Mereka kukuh, kuat. Dan mencapai kemenangan.
Sama yang berlaku di Gaza, tentera Yahudi jumlah tentera mereka semua nak masuk ke Gaza, daripada berita tentera simpanan 300,000 dan tentera sedia ada 169,000.
Hampir setengah juta yang akan masuk melalui Utara Gaza.
Sedangkan orang Islam Palestin yang benar berperang mungkin tak sampai 20,000. Tapi Allah dah sebut ayat ini,
"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
(Surah Al-Baqarah, 249)
- betapa ramai kelompok yang kecil mengalahkan kelompok yang ramai dengan izin Allah?
Bila benar tawakal.
Dan tarbiyah tentera Hamas, jangan makan. Jangan minum.
Orang Yahudi sekat makan minum mereka sangka akan lemahkan.
Bekas tentera Israel berkata, akan buat kaedah lemahkan tentera Islam.
Potong bekalan makanan dan elektrik supaya mereka lemah.
Mereka lupa cerita Talut yang pernah dilalui dalam sejarah nenek moyang mereka, tentera yang lemah makanan inilah yang akan kuat.
Dan akan serang udara habis-habisan sehingga hancur.
Barulah akan masuk darat.
Ini cara dia. Mereka akan masuk melalui utara, walau kita tau mereka cakap macam tu mereka ada helah lain.
Dan orang Islam tau helah dia.
Mereka kata takkan masuk sekarang, cuaca tak berapa elok.
Tak boleh terbang dengan baik akan masuk beberapa hari.
Dunia memerhatikan mereka takut nak masuk.
Tentera Islam, jurucakap Saraya Quds, Abu Hamzah berkata: Selamat Datang ke Neraka.
Ini Abu Ubaidah berkata, “Kami dah bersedia. Sila masuk.”
Ucapan itu menjadikan Israel nampak kerdil di hadapan masyarakat umum kerana golongan ini kata, ‘Sila masuk.’
Sampai sekarang mereka tangguh masuk.
Masih belum confident.
Allah cerita tentang Talut. Dan kisah ini ialah kisah kemenangan.
Jumlah yang sikit mengalahkan jumlah yang banyak.
Jumlah yang diajar dengan sabar oleh Allah sehingga benar tawakal.
Baca kisah tentera Talut, mereka tak makan tak minum.
Benarkan tawakal.
Ini saya nak bawak kisah Syeikh Abul Qasim kisahkan Ibrahim bin Khawas dengan seorang pemuda dan tiba-tiba ada makanan. Tiba-tiba pemuda itu berkata,
“Bukankah kita dah berniat bertawakal? Kalau kita nak ambil pun sikit dan kena teruskan (perjalanan).”
Ini budak muda yang mendidik Ibrahim bin Khawas, ‘otai’ dalam kesufian.
Itu kita sebut tadi, kadang-kala Allah hantar orang kecil, orang muda untuk didik orang tua. Bukan kerana tak pandai tapi nak angkat lagi darjat. Angkat.
Kita kan cara beragama kita orang awam, puasa Isnin Khamis.
Itu pun kadang-kadang berbuka.
Itu biasa takda masalah apa, secara syariat okay.
Tapi seorang bila dalam satu posisi dekat dengan Allah, dia bukan cari sebab untuk membatalkan ibadat tapi dia cari sebab menguatkan ibadat.
Kita orang awam cari sebab nak melonggarkan ibadat.
Maka segala sebab ini kita cari. Dan kita gembira dengan sebab itu, sakit.
Sebab itu kita ada alasan kuat, seronok.
“Kenapa tak pergi kuliah?”
“Oh ada urusan sikit.”
Nampak kuat.
“Saya ni jaga isteri sakit.”
Orang tak boleh argue hujah tu, kita pun tenang jawab dengan laju. Kita tau takda orang boleh batalkan alasan tu.
Kalau datang lambat kerja, orang tanya,
Kenapa datang lambat?
Tayar pancit!
Tapi ada alasan tak kuat.
Jalan jem..
Dah tau jalan jem, keluar lambat kenapa?
Lambat ke cepat tayar pancit, nak cakap apa?
Tapi orang kuat, benar-benar kuat dia tak pernah gembira dengan alasan dia.
Dia tau yang rugi dia itu dia.
Kita tinggalkan ibadat yang ruginya kita dengan kesempatan yang Allah berikan. Kalau terus beri alasan untuk gugur buat kebaikan yang rugi itu kita.
Orang yang tolong tanya itu orang yang Allah gerakkan untuk dia bantu agama kita.
Supaya kita tau ada orang prihatin dengan turun agama kita.
Tapi kalau dah takda orang prihatin, maka agama kita dalam bahaya.
Ada seorang tu dia kata, “Saya lebih suka jiran kafir daripada Muslim.”
Dia kata, kalau dia tak pergi solat Jumaat, dia ditanya.
Tapi kalau jiran Islam, ditanya.
Tak puasa eh?
Tak pergi masjid?
Dia tak tau ditanya itulah cara Allah kuatkan agama dia.
Akhirnya dia pilih jiran dia biar orang kafir. Dia pakai seluar pendek takpa, tak sembahyang pun takpa, jiran tak tanya.
Dia tak tau ruginya dia.
Kita ni kalau dah takda orang prihatin agama kita, kita sudah kehilangan teguran Allah pada kita.
Kalau tuan-tuan masih sekeliling tuan-tuan orang yang tegur agama tuan-tuan, tuan-tuan masih mendapat teguran Allah.
‘Awak ni dah lama tak nampak dekat Jumaat?’
‘Dah lama saya tak nampak awak buat macam ni?’
Ini teguran Allah. Tapi bila teguran dah tak wujud.
Tak daripada mulut Guru atau kawan-kawan bererti agama kita turun dan turun dan terus akan turun. Bila turun mula akan bertemu balik kawan-kawan yang ditinggalkan.
Ulama kata,
Kita bila nak berubah, kita hilang 90% kawan-kawan,
Tinggal 10%.
Bila tuan-tuan nak berubah, upgarde diri.
Kawan-kawan yang ‘lagha’ tertinggal ke belakang. Mungkin tinggal 10% yang boleh bersama.
- Sama kalau ‘downgrade’ balik, tuan-tuan hilang 90% kawan-kawan baik, turun kepada bawah. Pergi ke tempat asal.
Sebab itu bila nak kuatkan agama, maka fokus pada tujuan kita tanpa melihat kelonggaran yang ada.
Terus ingin menguatkan tawakal kita, meneruskan perjalanan dan tawakal kita.
Kita semua hidup dunia sementara.
Tak lama, letak berapa tahun lagi kalau tak berapa bulan, minggu.
Kita perlu fokus pada perjalanan kepada Allah, perjalanan untuk menjadi hamba Allah sebenar. Jangan dikacau sebab-sebab yang boleh menggangu kita.
Kalau ada sebab-sebab tertentu, cuba atasi dengan cepat.
Doa pada Allah agar sebab ini tak menghalang perjalanan kita dengan Allah.
Kadang sebab kita sakit, tak boleh pergi masjid.
Doa Allah sembuhkan cepat. Bukan nak sembuh tu tapi kerana kita nak ibadat tu.
Bukan nak sembuh dan akhir makin jauh.
Maksud kita doa sihat tu kerana bukan lihat sihat tapi nak buat ibadat.
Tapi kalau sihat tak buat.. baik kita sakit.
Ini kita kena fokus dalam tawakal kita, perjalanan kita menuju Allah SWT.
TOKKU PASIR GUDANG
No comments:
Post a Comment