16. Qana'ah (bahagian 2)
Risalah Qusyairiyah m.s. 222
Semalam telah dijelaskan mukaddimah qanaah, bagaimana sifat qanaah merupakan akhlak hati, yang Nabi SAW telah menjelaskan sifat qanaah telah menjadikan manusia paling bersyukur.
Bahkan menjadikan manusia paling rehat, paling kaya.
Menjadikan manusia paling berjaya.
Bahkan menjadikan manusia itu sentiasa berada dalam limpahan kasih-sayang Allah Taala.
Kita dah sebut bahawa rezeki Allah Taala bagi, cukup.
Bahkan semua benda yang kita nak atas dunia ini, sifatnya mudah melainkan bila kita ada perasaan tamak, maka semua jadi susah.
Kita beri contoh semalam, kita nak kenyang?
Dengan apa pun kita boleh kenyang.
Kita nak tidur?
dekat mana pun kita boleh tidur.
Kita nak bahagia, dengan apa cara pun kita boleh bahagia.
Tak tunggu kita beli mainan mahal untuk bahagia.
Kita ingat zaman-zaman dahulu, kita main golek tayar – bahagia dah.
Rim lama, golekkan tayar.
Kita dah gembira.
Main getah, kita dah gembira dah.
Ertinya, Allah jadikan kebahagiaan ini mudah. Tetapi bila timbul sifat tamak, bangga diri.. ketika itulah, kita sentiasa rasa miskin. Atau dalam bahasa mudah, rasa tak cukup.
Rasa tak cukup.
Walhal bila kita dah sebut bila Nabi SAW menyatakan,
“Siapa yang aman perjalanannya,
Sihat tubuh badan dan ada makanannya maka dia telah mendapat dunia dan segala isinya.”
Dia dah dapat semua.
Sebab itu dalam makna qanaah, kita tak pernah membandingkan diri kita dengan orang lain.
Tuan-tuan,
Yang jadikan kita rasa tak bahagia bila kita cuba banding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita tengok orang tu, glamour followers ramai.
Kita?
Ada 3 orang je followers.
Itu pun kena paksa. Isteri, anak.
Kena paksa.
Orang mashaAllah sekejap, followers dia 200,000 – 300,000 orang.
Tuan-tuan jangan banding kita dengan dia.. bersifat qanaah, kita akan bahagia.
Kita tengok orang lain, mashaAllah,
Kerja bagus, gaji lumayan. Rumah besar.
Dia kalau melancong tak melancong dekat, dia hampir hujung dunia.
Eropah, Siberia, Kutub Utara.
Dia melancong naik kapal terbang, kita melancong naik bas berhenti-henti.
Bas berhenti-henti.
Tuan-tuan, jangan pernah mengukur diri kita dengan orang lain, kalau kita nak qanaah. Dia takpalah, itu bahagian dia.
Kita ada bahagian kita. Dan kita tak pernah ukur diri kita dengan orang lain.
Kita ialah kita.
Kalau kita mula mengukur diri kita dengan orang lain, maka bermulalah hilang bahagia kita.
Kita dengan anak isteri kita, cukuplah.
Isteri kita macam ni, perangai dia.
Anak-anak kita dan begini, pencapaiannya.
Tak payahnya nak tengok isteri orang lain..
“Oh isteri orang lain, bagus.. isteri orang lain, kerja.
Isteri orang lain macam baik je..
Isteri kita macam tak baik je..?”
Ini menjadikan kita tak menjadi qanaah.
Bahkan kita sentiasa melihat kebahagiaan pada diri kita, bukan pada orang lain.
Yang menjadi masalah kita lihat kebahagiaan itu ada pada orang lain, kita takda.
Kita lihat kegembiraan ada pada orang lain, pada kita – takda.
Kita nampak macam seronok tu pada orang lain, kat kita? Takda?
Tuan-tuan, kat kita ada segala-galanya.. tapi kita tak melihatnya dengan betul.
Kita tak melihat dengan syukur..
Kita tak melihat dengan qanaah.
Maka itu penting qanaah.
HURAIAN PARA ULAMA AKAN SIFAT QANAAH
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوٓا۟ أَوْ مَاتُوا۟ لَيَرْزُقَنَّهُمُ ٱللَّهُ رِزْقًا حَسَنًۭا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.”
(Surah Al-Hajj, 58)
- Allah akan memberikan kepada orang beriman rezeki yang baik
‘rezeki yang baik’, bukanlah kekayaan.
Kerana orang yang kaya masih lagi rasa, dia tidak berada dalam kebahagiaan.
Bukan rezeki yang baik itu, berjawatan.
Kerana ramai orang yang berjawatan itu, masih tak rasa kebahagiaan.
Bukan juga anak yang ramai, kerana masih ada orang yang anak ramai, tak rasa bahagia.
Maka dimaksudkan dengan رِزْقًا حَسَنًۭا ۚ ialah sifat qanaah (cukup).
Ini juga digambarkan sifat ‘kaya jiwa’. Dalam hadis, Nabi SAW kata,
“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda.. tetapi kaya jiwa (qanaah – rasa cukup).”
Apa yang Allah Taala beri kepada kita ini cukup dan sesuai dengan keperluan kita, dan sesuai dalam mencapai tujuan kita.
Sebab itu kata Ulama dalam menafsirkan makna qanaah,
Qanaah ialah jiwa yang redha dengan segala pembahagian rezeki Allah.
Waima rezeki itu berupa,
Jodoh kita,
Anak-pinak kita,
Pangkat kita,
Harta-benda kita.
Rezeki itu mungkin dinilai daripada segala kebaikan-kebaikan yang kita dapat, kegembiraan-kegembiraan yang kita perolehi. Namanya REZEKI.
Maka kita ni, bila kita dapat banyak mana pun kadar mana pun.. kita rasa cukup – maka ini qanaah. Jiwa cukup.
Sebab itu,
Para Ulama ketikamana mereka membicarakan tentang qanaah, mereka sebutkan lapan (8) kelebihan qanaah.
Bila kita kata qanaah ni bila apa pun Allah bagi, cukup. Yang kita ada tu, cukup.
Tak payah tengok apa kita takda.
Tapi bukan bermaksud kita tak boleh usaha dapat apa kita takda, tapi kita tak memandang dengan pandangan menyesal, tamak.. takda.
Yang kita ada ni kita nak belajar, syukur banyak-banyak..
Bila kita sebut qanaah ni, ada kelebihan yang banyak. Setengah Ulama menyenaraikan lapan (8) kelebihan, dan ada (Ulama) yang kata, lebih daripada itu.
1. Kejayaan sebenar dalam hidup
Siapa yang kata berjaya ni..?
Nabi SAW.
Bila Nabi SAW berkata,
“Telah berjayalah orang Islam yang diberi rezeki yang cukup, dan merasa qanaah dengan apa yang Allah bagi.”
Ertinya, bila kita qanaah ini tanda BERJAYA.
2. Punca cinta Allah kepada kita, dan cinta manusia kepada kita
Kita bila qanaah ni, kita tak cenderung mintak dekat orang.
Orang bagi, bagi.
Tapi kita takdalah nak mintak-mintak dengan orang.
Manusia ni dia ada satu watak, kita tak mintak dengan dia – dia suka.
Tapi kalau kita mintak, dia tak suka.
Mintak sekali-sekala, okay.
Bila kita mintak, lalu mendesak. Dan memperkecil pemberiannya, dia tak suka.
Oleh sebab itu bila kita qanaah, kita tak fikir nak mintak dekat orang.
Mintak dekat Allah sajalah.
Maka orang pun suka kita.
3. Dapat kehidupan yang baik
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan,
“Untunglah orang yang diberikan Islam dan hidupnya cukup dan dia diberikan sifat qanaah.”
Rasulullah SAW menyatakan,
Kehidupan yang baik mencapai kemuliaan dan kebahagiaan sebenar.
4. Kaya sebenar (kaya jiwa)
Sebab itu bila Ulama ditanyakan,
“Siapakah orang paling kaya..?”
“Orang yang kaya jiwanya.”
Dan Baginda SAW paling kaya jiwanya. Tak pernah Rasulullah SAW bercita-cita nak benda yang takda.
Ada, ya.
Takda, takpa.
Bukan tak dapat tanda kita hina. Tidak.
Bukan kita dapat tanda kita bahagian, tidak.
Dapat itu sebagai ujian.
Sebab itu tuan-tuan sekalian, kita nak memupuk jiwa yang kaya.
Jiwa yang sentiasa merasa apa yang Allah berikan kepada kita, inilah kakayaan kita.
Bukan kita lihat, dapat benda tu baru kaya.
Tak. Apa yang kita ada sekarang, kita dah kaya.
Kaya dengan kurniaan Allah.
“Saya dengan anak banyak ni..”
“Saya dengan isteri saya begini..”
“Saya dengan kawan-kawan saya begini..”
Allah dah beri saya kekayaan. Saya hanya perlu bersyukur, dan menikmatinya.
Masalahnya orang bila dapat suatu nikmat dia taknak bersyukur. Bila tak bersyukur, maka dia tak mampu menikmatinya. Akhir, dia tengok muka isteri nak marah, benci. Tengok muka anak-anak, serabut.
Kenapa?
Dia tak bersyukur maka Allah haramkan dia menikmatinya.
Allah takkan beri kita menikmati nikmat yang kita tak syukuri.
Tuan-tuan saya bersyukur dengan isteri, anak-anak saya.
Akhir saya tengok muka isteri, hati saya sejuk, damai.
Walau isteri saya tak pakai bedak,
Bedak dia hanya tepung gandum dan wangian dia minyak masak.
Campur bawang, rencah.
Tapi saya rasa wangi isteri saya, saya qanaah. Cukup.
Tengok isteri dekat dapur dah lawa dah, jangan kata dalam bilik.
Dekat dapur dah lawa.
Ini ada orang tengok isteri dalam bilik pun, tak lawa.
Ajak bini keluar pun tak lawa lagi?
Tengok bini orang, lawa.
Kenapa..?
(Tiada) qanaah.
Kita tengok anak-anak kita, kita rasa tenang.. damai.
Tak payahlah nak tengok anak orang lain. Biar anak kita hitam pun tapi mashaAllah, mendamaikan. Ini anak-anak penenang jiwa kita.
Tengok Abang Long hingga yang bongsu, tenang.
Seronok kita balik rumah dapat jumpa anak-anak. Ini qanaah.
Tapi ini tengok anak orang lain rasa bahagia. Tengok anak sendiri, tak bahagia?
Ingat, kaedah kalau kita tak mensyukuri nikmat Allah, Allah haramkan kita menikmatinya dengan baik. Syukur dulu.
Sebut ‘Alhamdulillah’.
Lalu tuan-tuan, isteri kita walau dia serba kekurangan asalnya pada pandangan kita, lalu Allah zahirkan kesempurnaan. Anak-anak kita walau zahir ada kekurangan, Allah zahirkan kemuliaannya.
Ini bila kita qanaah.
5. Mulia dengan sifat qanaah
Mulia, tak hina. Apa tidaknya, kita tak mintak dengan orang. Hidup kita, kita tak harapkan orang. Kata pepatah Arab,
“Keldai kita, lebih baik daripada kuda jiran sebelah.”
Maksud, tak perlulah harap kuda jiran sebelah. Kita ada keldai, naik keldai sudah.
Keldai kita lebih baik daripada kuda jiran sebelah.
Tuan-tuan, telur lebih baik daripada lembu semalam.
Lembu semalam hanya tinggal cerita.
“Sedap lembu (wagyu) semalam.. sedap makan Ustaz..”
Makan lembu, itu cerita semalam.
Telur yang ada depan kita hari ini lebih baik daripada lembu semalam. Sebab lembu tu dah takda dah.
Ini telur sebiji depan kita yang ada sekarang, ini qanaah.
Tak payahlah dengar cerita orang begini dan begini.
Tuan-tuan, yang ada depan kita, kita nikmati dulu.
Orang cerita, kedai sana sedap. Laksa Johor.
Dekat hujung. Dekat Muar?
Laksa sedap sekali dekat Pagoh?
Kita ni tengah makan mee goreng.
Tuan-tuan, mee goreng ini jauh lebih baik daripada Laksa Johor yang esok baru boleh pergi. Itu pun belum tentu boleh pergi.
Yang esok nak pergi, sampai tak selera nak makan mee goreng?
Teringat Laksa Johor.
Walhal, nikmatilah yang ada sekarang.. qanaah.
“Takpalah, esok-esok itu tak tau cerita lagi.”
Tiba-tiba taknak makan, nak makan Laksa Johor?
Rupa nak pergi tutup. Cuti umum.
Tak kebulur kita?
Ini sebab tak qanaah.
Sebab itu kata pepatah Arab,
“Telur hari ini lebih baik daripada lembu semalam.”
Lembu yang saya kata, hanya dengar cerita.
Atau makanan yang jarak jauh daripada kita – lambat lagi boleh makan.
Kita dok makan nasi dagang isteri kita buat, kita kata,
“Sedap lagi nasi dagang atas tol.”
Ini (masakan isteri) jauh lebih baik, sedang yang atas tol itu belum tentu kita sampai.
Belum tentu.
Pergi, tutup.
Baik kita nikmati nasi dagang isteri buat. Ini qanaah.
Dia tak tengok yang jauh yang belum pasti, tengok yang depan yang dah ada.
Ini jiwa qanaah.
6. Bila seorang itu qanaah maka redha Allah padanya
Allah redha orang ada jiwa qanaah, bahkan orang-orang yang merasa cukup dengan apa yang Allah beri – dia berada pada kedudukan yang amat dekat dengan Allah.
7. Akan terhasillah makna syukur sebenar
Dan bila syukur sebenar, Allah tambah rezeki kita.
8. Itulah keberkatan rezeki
Dalam hadis Nabi SAW menyatakan,
“Siapa yang mengambil harta dengan jiwa qanaah maka diberkati apa diambilnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita dapat gaji, berniaga dapatlah RM300.
Kita dok bajet RM1,000 sehari, dapat RM300.
“Alhamdulillah.. cukup.”
“Cukup ke? Kan biasa dapat RM1,000?”
“Takpalah, biasa begitu. Hari ni Allah bagi RM300 itu cukup untuk saya..”
Tuan-tuan, Allah berkati rezeki tu.
Sebab itu rezeki ini sebenarnya bukan nilai banyak, tapi keberkatannya.
Dan keberkatan terhasil daripada sifat qanaah, cukup, redha dengan apa Allah bagi sehingga mendatangkan syukur.
Lalu menjadikan kita dapat menikmati rezeki itu dengan betul.
Selagimana kita takda qanaah, maka kita takkan mampu menikmati rezeki itu.
DEFINISI QANAAH MENURUT ULAMA
Kata Ulama,
Yang dimaksudkan dengan qanaah, menganggap cukup dengan sesuatu yang ada dan tidak berkeinginan apa yang belum ada hasilnya.
Contoh, nasi yang kita dah makan lebih baik daripada nasi seberang jalan, yang kita belum tau dapat atau tidak.
Kata Ulama lagi,
Kemuliaan dan kekayaan ia cari kawannya.
- Siapa kawan paling akrab bagi kemuliaan? Maruah. Dan juga kekayaan..?
Iaitu sifat qanaah.
Bila datang qanaah ia akan menetap, maksudnya orang yang berjiwa qanaah ini benar-benar mulia dan kaya.
(Sifat kaya, duit banyak) + (mulia, pangkat tinggi, pengaruh dan orang ramai kenal)
= mencari tempat berlabuh.
Kalau dia jumpa qanaah maka ia sebaik-baik tempat untuk dia berdiam / menetap.
Orang tu bila dia kaya harta, dan pengaruh besar dan berjiwa qanaah..?
Ini orang paling hebat.
Tapi masalahnya, siapa yang dibalai sifat kaya, dan sifat berpengaruh maka dia akan ada satu sifat iaitu TAMAK, dan TAK CUKUP.
Hanya yang dapat kalahkannya ialah qanaah.
Kemudian kata Ulama lagi, Wahab bin Munabbih,
Kata Ulama,
“Barangsiapa yang qanaahnya gemuk, maka dia akan mencari makanan yang ada lemaknya.”
Terjemahan: Sesiapa yang qanaahnya besar, maka apa pun makanan memadai baginya.
- Tidak cerewet
Siapa yang qanaahnya gemuk, dalam Bahasa Arab,
‘Siapa yang dia benar-benar bersifat qanaah, maka apa pun jenis lauk-pauk dia boleh makan. Jadi sedap.’
Kita boleh kenal orang qanaah. Kalau dia jenis selektif bab makan, dia tak qanaah.
Tapi orang yang hulur, dia maka belaka..
Orang hulur keropok, dia makan keropok.
Hulur kerepek, dia makan kerepek.
Maka orang inilah qanaahnya menjadikan dia boleh selera makan semua benda.
Hulur kuih, dia makan kuih
Hulur nasi, dia makan nasi
Hulur singgang, dia makan singgang
Asam pedas, asam pedas.
Dia takda dihulur asam pedas, dia minta singgang.
Dihulur singgang, mana ikan bakarnya?
Dia sentiasa tak sedap dekat mulut dia.
Tapi orang yang qanaahnya gemuk (besar), apa pun yang diletakkan di hadapannya hidangan apapun dia boleh makan.
Yang disebutkan para Ulama di sini:
“Menjadi sedap pada mulutnya semua lauk-pauk.”
Tuan-tuan tengok, kita ni agak-agak yang jadi kita tak selera sana-sini, barangkali ktia tak qanaah, tak cukup?
“Saya tak boleh Ustaz.. boleh makan nasi Arab je.”
Nasi Arab je?
Nasi kampung tak boleh..
- Ini penyakit (tak) qanaah
“Saya ni Ustaz.. boleh makan ikan besar je. Ikan selayang tak boleh.”
Orang ini ada masalah. Tuan-tuan kita ni, orang angkat (hidang) ikan selayang boleh.. ikan kembung boleh. Siakap boleh. Jenahak boleh. Ikan merah boleh, paus pun boleh. Ikan bilis pun boleh makan.
Ini orang qanaah.
Dia tak kisah makan apa, dan ini akhlak Nabi SAW.
Kadang-kadang Rasulullah SAW ni, sahabat ajak (jamu) makan cuma kaki kambing.
Nabi SAW makan.
Kadang-kadang roti cicah dengan cuka,
Rasulullah SAW makan.
Tak bunyi (tak komplen) pun Baginda SAW.
Ini qanaah.
Dan diceritakan, ada satu kisah, kata Ulama,
Siapa yang dikembalikan urusan kepada Allah, maka dia akan diberikan rezeki, namanya qanaah.
Tuan-tuan, semua pengaduan kita biar kita mengadu pada Allah.
Jangan mengadu pada makhluk, pada orang.
Allah belaka..
Hal isteri,
Hal anak-anak,
Hal pekerjaan,
Hal kawan-kawan,
Hal penyakit kita,
Kemurungan kita, sedih kita.
Mengadulah pada Allah..
Allah akan beri kita apa..?
Rasa qanaah.
Apa qanaah..?
Redha apa yang berlaku pada kita.
Kita ni, saya dah sebut berulang-kali, dunia ini tempat ujian..
Tuan-tuan kalau berharapkan bahagia dekat sini, ia mengharapkan perkara sia-sia.
Dengan maksud nak cari kebahagiaan sebenar?
Takda.
Kita kalau nak bahagia, sekejap je boleh dekat sini.
Tengah elok-elok kita sayang, pasangan kita tiba-tiba mati dia.
Nak bahagia macam mana?
Tengah baru kita anggap macam panas berterusan, rupanya hujan di tengah hari.
Kita berharap hujan selalu, rupa panas pulak?
Ini DUNIA.
Yang mampu mengalahkan semua ujian ini ialah qanaah, rasa cukup.
Ada waktunya, kata Allah Taala,
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:”
(Surah Al-Baqarah, 155)
- Kami pasti menguji kamu dengan pelbagai ujian, dengan ketakutan, kebimbangan, kelaparan, kekurangan harta-benda, buah-buahan dan kehilangan nyawa. Berilah khabar gembira kepada orang sabar..
Tuan-tuan,
Dunia ini kita akan hilang benda yang kita suka. Tapi Allah nak ganti dengan benda lebih baik nanti.
Tapi kita, oleh kerana ilmu kita ni hanya melihat nikmat dunia sementara, sebab itu kita suka dunia. Kita lupa Akhirat ni Allah bagi lebih agung daripada itu.
Sebab itu dengan membentuk qanaah menjadikan seorang itu melihat dunia yang kita sebut semalam, melihat dunia dengan sifat sementaranya dan Akhirat itu abadi – sebagaimana firman Allah Taala, rezeki Allah itu lebih baik, lebih kekal.
Kita bukan nak cari dunia ni, nak cari rezeki Akhirat yang lebih baik.. lebih kekal berupa pahala, redha Allah dan juga SyurgaNya.
Suatu hari Abu Hazim, dia berjalan dan jumpa tukang sembelih (qashab). Lalu qashab ini kata,
“Tuan Syeikh ini ada daging gemuk, daging comel ni.
Ambillah.. murah murah.”
Kata Abu Hazim,
“Aku tak bawak duit.”
Kata qashab,
“Takpa Syeikh.. hutang dulu takpa.”
Lalu kata Abu Hazim, “Aku lebih tau tentang diri aku.”
Dia taknak berhutang. Tak dapat, sudah.
Ini satu petua yang baik. Kita kadang-kadang, kita nak beli kerusi set. Sofa.
Nak hutang ke, besi cash?
Kalau hutang, boleh beli sekarang.
Tapi nak beli cash kena tunggu dua, tiga bulan.
Mana lebih baik?
Maka kita kata, tunggu lagi dua, tiga bulan. Sabarlah.
Ini jiwa qanaah.
Dan benda (sofa) tu pun bukan benda segera. Bukan benda perlu.
Maksud, orang-orang berjiwa qanaah dia cuba elak berhutang untuk dapat perkara-perkara yang bukan keperluan, yang bersifat dururiyat.
Kita nak beli kereta idaman, keluarga kita dah besar nak belilah kereta besar sikit, Alza. Besar sikit. Selama ni kita MyVi. Contoh.
Tapi nak beli kena pinjam banyak, hutang lagi..
Takpa, sabar dulu.
Sabar, tunggu lapang rezeki, kita belilah.
Taklah hutang banyak sangat.
Kita kadang-kadang nak beli rumah, beli rumah. Sabar dulu.
Kemampuan kita sekarang tak mengizinkan. Maka ini qanaah.
“Tak kisah Ustaz, saya nak berhutang.”
Akhirnya kita terperangkap dengan hutang yang kita tak mampu bayar.
Ramai orang, yang menjadikan dia gagal bayar hutang, bahkan terperangkap dengan mainan persepsinya sendiri sebab dia takda jiwa qanaah, jiwa sabar.
Cukuplah apa yang ada sekarang.
Kita boleh pakai kereta biasa dulu, takpa.
Kita tengok orang pakai kereta H, kita nak
Orang pakai kereta T, kita nak
Orang pakai kereta sekian, kita nak ikut je dia.
Kita sebut dalam makna qanaah, jangan banding diri kita dengan orang lain.
Kita dok tengok anak nak sekolah, belanja banyak.
Takpalah, saya lupakan dulu. Kereta apa yang ada ni, saya pakailah dulu.
Ini qanaah.
Dia tak memerangkap diri dia dalam bebanan hutang.
Kemudian kata Syeikh Abul Qasim lagi, bila Ulama ditanyakan:
Ulama pernah ditanyakan,
“Siapakan orang paling qanaah?”
Orang qanaah ni dia ada dua karektar,
Maka jawabnya,
“Orang yang selalu memberikan pertolongan, meskipun kekayaannya sedikit. Dan kurang bebanannya pada manusia.”
- Suka memberi pertolongan; dan
- Tak membebankan manusia
Tengok jiwa tu ada tak pada kita?
Suka tak tolong orang..?
Suka tak jangan susahkan orang, hatta taknak susahkan isteri kita.
Kita kadang nak buat air, tunggu isteri turun.
“Turun.. buat air..”
Padahal, jarak kita dengan dapur lebih dekat daripada isteri kita.
Isteri kita nak ke bilik air, nak tidurkan anak, nak kemas itu ini, lipat kain baju.
Tapi tak, nak tunggu isteri juga?
Siap kata, “Awak ni kena utamakan suami. Taat pada suami!”
Padahal isteri dia lipat baju dia jugak.
Kemas bilik tidur, dia nak tidur jugak.
Kalau suami, mudah-mudahan kita bukanlah suami yang membebankan isteri kita.
Kita jarak dengan dapur, kan dekat?
Pergilah kacau buat air, apa salahnya?
Nak bentuk jiwa qanaah.
Kadang-kadang nak suruh ambil stokin, anak kunci kita.
Anak kita duduk tingkat 3, dipanggil,
“Ambil kunci Abah..!”
Padahal, kita lagi dekat. Walhal kalau kita ambil kan lebih bagus?
Ini cara kita latih, kerana qanaah itu terlatih dengan sebab:
1. Kita suka tolong orang
2. Kita tak susah menyusahkan orang walau orang paling dekat dengan kita
Uthman bin Affan bila berjaga malam, dia tak gerak khadam dia untuk ambil air.
Dia bangun, dan ambil air sendiri.
Orang tanya,
“Kenapa tak gerakkan Khadam?”
Dijawab, “Dia dah banyak kerja, penat. Biarlah dia tidur.”
Walhal dia Khalifah, boleh saja suruh 24 jam pun takpa. Nama Khalifah.
Tapi tidak.
Dia ambil kira juga. Ini qanaah.
Kata Ulama,
Dalam Zabur disebutkan, orang qanaah adalah orang yang kaya meskipun kelaparan.
Pandangan Ulama, menyebutkan:
Allah Taala meletakkan lima (5) hal pada 5 tempat.
1. Kemuliaan – dalam taat
2. Kehinaan – dalam maksiat
3. Kehebatan – dalam melaksanakan solat malam
4. Kebijaksaan – dalam hati yang kosong
5. Kekayaan – pada jiwa qanaah
i) Kita nak mulia, bukan sebab kita ada pangkat tinggi – tapi kerana kita taat Allah, maka Allah muliakan kita.
Allah jadikan orang pandang kita dengan mulia. Sebab apa?
Kerana kita taat Allah.
Kerana siapa yang menundukkan dirinya kepada Allah, Allah tundukkan hambaNya kepadanya. Siapa memperhamba dirinya kepada Allah, Allah merdekakan dia di kalangan manusia.
- Siapa tak menundukkan diri kepada Allah, Allah jadikan dia hamba di pandangan seluruh manusia (hina)
Pilihlah jadi hamba Allah untuk ktia merdeka di hadapan manusia semuanya.
ii) Allah jadikan hina itu pada maksiat
Hina kita bukan sebab keturunan sekian, orang itu ini. Bukan sebab tu.
Hina kita bukan sebab kita datang dariHulu Pueh.
Datang dari pedalaman, negeri takda pembangunan.. bukan.
Hina sebab buat maksiat. Sebab yang jadikan kita hina bila langgar perintah Allah.
Apa kata Allah?
“Siapa yang Allah hina, takkan ada yang muliakan dia.”
Bila Allah hinakan seseorang?
Bila dia cenderung buat maksiat.
Sebab itu bila kita nak suruh anak-anak kita mulia, dan kita pun nak mulia.
Takda orang nak hidup nak dihina, takda.
Saya hidup kalau boleh sampai mati nak dimuliakan, taknak orang hina saya.
Saya juga taknak ada orang hina anak-anak saya.
Dan kawan-kawan saya.
Jadi apa resepi dia?
Jangan langgar perintah Allah.
Sebab yang mengangkat kita pada kedudukan manusia, Allah.
“Allah-lah yang mengangkat kedudukan orang beriman di kalangan kamu.”
“Dan orang yang Allah berikan ilmu, Allah angkat lebih tinggi daripada orang beriman.”
Anak-anak kita, kalau kita nak dia mulia – bukan kita dok tekan belajar tinggi-tinggi, masuk universiti berprestij sekian, mulia?
Bukan.
Ajar dia duduk mana pun, jangan derhaka pada Allah.
Ajar dia duduk mana pun, patuh pada perintah Allah.
Maka kita ajar anak kita mulia.
iii) Kehebatan pada melaksanakan solat malam
Bila Rasulullah SAW menyatakan, tentang hebatnya orang beriman bila dia melakukan solat malam.
Solat malam ni hebat, masalahnya kita tak buat.
Jaga malam selalu buat, tengok bola..
Jaga malam sebab nak pergi melancong..
Tapi berjaga malam untuk qiyam, mana?
Rugi kita, melepaskan waktu-waktu penuh barokah. Turun rahmat Allah di 1/3 malam akhir di langit dunia, Allah menawarkan pengampunan, menawarkan pengkabulan setiap doa bahkan menawarkan pendekatan.
Lalu kita melepasi malam-malam, walau usia kita senja menunggu matahari tenggelam. Menunggu kematian.
Kita tunggu apa lagi?
Masa kita bersungguh, habis pada benda sia-sia.
Carilah kemuliaan pada usia tua.
Kita di usia tua takkan mulia dengan anak-anak, anak-anak kita sibuk belaka.
Takkan mulia dengan jawatan, kita dah dihentikan, dah dipencenkan.
Takkan mulia dengan kekayaan, kita tua-tua kaya tak dipandang dah. Dah tua.
Orang kata kaya, pakai duit anak ni..
Tuan-tuan, yang jadikan kita mulia dirikan qiyamullail.
Bangunlah malam.
Sementelah dah tua ni, tidur pun tak selera.
Maka gunakan untuk bangun malam.
iv) Kebijaksaan pada hati (perut) yang kosong
Bijak, bila perut kosong maka bijak. Perut yang kosong.
Bila perut kita kosong maka tajam akal kita. Kalau perut penuh je, akal tak tajam sebab bila perut penuh, asyik nak tidur.
Mengantuk.
v) Kekayaan sebenar pada qanaah
Kaya inilah ramai orang tak cari. Kaya yang orang cari duit berbilion itu.
Walhal kita kalau baca sejarah millionaire, multi millionaire, billionaire, multi billionaire ini, apa kesudahan hidup dia sebenarnya?
Dapatkah dia kebahagiaan yang dia nak?
Takda.
Cerita sama, kemurungan, perceraian, pergaduhan, saman-menyaman.
Macam-macam.
Kita dok ulang ‘skrip’ yang sama, orang yang gagal.
Kita tak kata salah kaya, tapi mencari nilai kekayaan sebenar pada qanaah.
Bila kita dah qanaah, kaya tu datang macam mana pun, kita tak kisah.
Datang macam mana pun (kekayaan), maka waktu itu qanaah menyelamatkan kita daripada kelalaian harta benda.
Kata Ibrahim al-Marasthani,
Balaslah (hukum) loba-mu, dengan qanaah sebagaimana engkau membalas musuhmu dengan qisas (hukum, potong, bunuh).
- Lawanlah tamakmu dengan qanaah, sebagaimana engkau lawan musuhmu dengan qisas.
Baik kita ada hukum qisas.
Qisas, orang tu pukul kita, kita pukul dia balik.
Kalau dia potong tangan kita, kita potong balik tangan dia.
Ini qisas.
Kita takkan biar orang zalim kita.
Zalim sebenar bukan orang jahat tu, tetapi nafsu haloba kita. Maka cara nak lawan nafsu haloba dengan cara qanaah.
Kita ni nak makan banyak, takpalah cukup sikit.
Sikit lebih baik.
Taknak kongsi dengan orang?
Kongsilah, pahala banyak. Maka kita latih qanaah.
Inilah orang yang mempunyai kekuatan melawan hawa nafsu.
Kata Dzun Nun Al-Misri mengatakan,
Barangsiapa menerima ketenangan daripada hasil pekerjaan maka dia telah memberi kenikmatan pada semua orang.
Terjemahan lebih tepat: Sesiapa yang berasa qanaah maka dia menjadi rehat, dia merehatkan seluruh ahli zamannya dan mengatasi seluruh orang di zamannya.
Terjemahan Bahasa Arab,
Siapa yang qanaah maka dia terselamat daripada kejahatan orang zamannya.
Katanya lagi,
Dan dia akan mengatasi orang sezaman dengannya.
Maksud,
Siapa benar-benar qanaah maka dia terselamat daripada kejahatan orang ramai. Dan dia akan mengatasi orang lain daripada sudut kemuliaan.
Hari ini kita tamak, kita bersaing dengan orang-orang jahat.
Kalau kita qanaah, takda orang nak bersaing dengan kita, lalu kita berada pada kemuliaan kita.
Umpama, jalan ini semua orang nak lalu. Jadi terpaksa bersaing berlumba.
Dan ada satu jalan lagi, takda orang nak lalu.
Jalan ni kalau kita lalu straight sampai.
Inilah jalan qanaah.
Ketika orang semua cari ketamakan, tapi kita cari kecukupan.
Sebab itu kata Ulama,
Siapa yang qanaah maka dia akan rehat daripada kejahatan manusia.
Dan dia akan mengatasi mereka semua.
- Ini terjemahan tepat kata-kata Dzun Nun Al-Misri
Muhammad Qattani mengatakan,
Barangsiapa menjual loba dengan qanaah (yang menjual sifat tamak untuk membeli sifat qanaah), maka dia akan memperoleh kemuliaan dan harga diri.
- Menjual lobi – meninggalkan tamak maka dia memperoleh kemuliaan dan harga diri.
Sebahagian Ulama mengatakan,
“Barangsiapa yang kedua matanya memandang kekayaan orang lain, maka dia akan sentiasa berdukacita.”
Kalau tuan-tuan,
Saya dah sebut, kita tak perlu nak ukur (banding) diri kita dengan orang lain. Itu tanda kita berjaya bersifat qanaah.
Orang lain berjaya, bijak pandai.. biarlah dia. Itu bahagian dia.
Mudah-mudahan Allah jadikan dia menyempurnakan amanah.
Kita tak bijak, tak kaya macam dia. Takpa.
Ini kadar kita, buat ikut kadar kita. Tak perlu pandang nikmat orang lain.
Sebab itu dalam Al-Quran Allah sebut,
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِۦٓ أَزْوَٰجًۭا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰ
“Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.”
(Surah Taha, 131)
- Dan jangan kamu memandang kepada nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada orang lain dalam kehidupan dunia ini. Itu cuma ujian, dan rezeki di sisi Allah lebih baik, lebih kekal.
Kita bila tengok orang lebih daripada kita, jangan ingat itu kelebihan.
Itu UJIAN.
“Ustaz, isteri dia lebih lawa daripada isteri kita..”
“Isteri dia Ustaz, lebih berkerjaya daripda isteri kita..”
“Suami dia Ustaz, lebih hensem..”
“Suami dia lebih berkerjaya..”
“Suami dia lebih pemurah, bagi duit RM4,000 sebulan.
Suami kita bagi RM400 sebulan, itu pun mintak balik separuh!”
Tuan-tuan, apa yang kita tengok dalam keluarga orang itu bukanlah kelebihan, tapi ujian dia. Dia ujian syukur.
Kita ujian sabar.
“Habis Ustaz, saya redha?”
“Iya, kena redha.”
“Tak boleh ubah?”
“Boleh. Doa pada Allah, “Ya Allah jadikan suami saya suami yang baik yang soleh, jadikan isteri saya isteri yang solehah.”
Tuan-tuan selagimana masalah kita, kita mengadu kepada Allah maka itu masih memberi maksud kita qanaah. Tapi bila kita mengadu kepada makhluk tentang apa Allah buat pada kita,
“Hmm.. Allah tak bagi saya kaya..”
Mengadu orang, Allah tak bagi kat dia.
Macam nak burukkan Allah depan orang.
Kenapa pulak?
Macam kita kata,
“Mat tu tak tolong saya..”
Maksud kita burukkan Mat ni.
“Mat tu susah dia tak tolong saya, dia tengok je.”
Macam kita kata,
“Allah tak bagi saya senang. Allah bagi saya susah.”
Ini macam kita mengadu ke orang, akan perbuatan Tuhan pada kita.
Ini bahaya.
Tuan-tuan mengadu perbuatan orang terhadap kita, kepada Allah itu bagus.
Tapi mengadu perbuatan Allah kepada orang,
“Allah tak bagi saya anak..”
Kenapa awak nak mengadu macam tu?
Seolah-olah, kedekut dekat awak?
Cakap macam tu, niatnya apa?
Tapi kalau sebut,
“Allah tak bagi saya zuriat, sebab Allah tau ada kebaikan..”
Itu betul, kita tak sebut keburukan tapi kita kata Allah tak bagi sebab ada hikmah yang hebat.
“Allah tak mustajabkan doa saya, barangkali kalau Allah mustajabkan, saya jadi jahat..”
Maka itu sangka baik pada Allah.
Dan kita wajib wasangka baik.
Tapi ini mengadu, “Allah tak bagi saya.
Allah bagi ke dia.”
Dok mengeluh.
“Kenapa Ya Allah .. Engkau bagi kat dia.
Saya tak dapat?”
Kita mengadu ke Che Mat, Ali, Abu.
“Ali tengok, Allah bagi ke orang.
Allah tak bagi aku.”
Kita kata, “Buat apa awak mengadu ke saya tentang perbuatan Allah ke awak? Awak nak marah Tuhan ke?”
Jangan begitu. Bahaya.
Kita kadang tak sedar, kita mengadu perbuatan Allah Taala kepada kita, pada orang lain, seolah kita minta simpati orang lain terhadap apa Allah buat pada kita?
Tuan-tuan,
Allah tak takdirkan pada kita melainkan baik.
Semua baik belaka.
Tapi cara kita memandangnya dengan pandangan nafsu, maka tak baik. Tapi kalau pandang dengan pandangan iman:
Wajib wasangka baik pada Allah
Wajib kita mengetahui Allah itu berlaku adil, rahmat, penyayang.
Allah sayang pada orang beriman, wajib kita tau.
Maka pandangan kita, terhadap segala uijan Allah dengan pandangan betul. Bukan pandangan syahwat.
Bila pandangan nafsu, lalu kita mengeluh terhadap apa Allah lakukan pada kita. Kita kata,
“Tengok ni, aku ni rezeki sikit. Allah tak beri rezeki banyak.
Ada kerja kena berhenti.”
Kita mengadu ke si Ali.
Salah.
Jangan pernah mengadu perbuatan Allah pada kita, pada perbuatan makhluk.
Mengadulah perbuatan makhluk terhadap kita, kepada Tuhan. Pencipta.
Maka itu benar.
Kemudian kata Ulama berkata,
“Sebaik-baik pemuda adalah orang yang tak memperoleh apa-apa daripada hari ke hari dia adalah orang yang kaya kerana memperoleh kemuliaan dan kelaparan.”
- Sebaik-baik pemuda, adalah orang yang tidak memperoleh apa-apa daripada hari ke hari, dan dia adalah orang kaya kerana kemuliaan (qanaah) dan sanggup berlapar
“Takpalah saya tak ambil hak orang. Saya berlapar takpa.”
Ini adalah orang yang mempunyai jiwa qanaah.
Saad bin Abi Waqas, antara pesan kepada anaknya,
“Wahai anakku tercinta,
Kalau kamu nak cari kekayaan maka carilah qanaah kerana ia adalah harta yang tak pernah habis.”
Sebab itu tuan-tuan, kita nak doa dengan Allah Taala semoga Allah berikan kita jiwa qanaah. Kita tau dunia ini sementara, kita tau apa Allah berikan kepada kita, dia dan semua orang itu suatu ujian.
Kita tau bahawa kita di sini, Allah menuntut kita syukur dan sabar.
Dan kita tau yang merehatkan hati kita ialah redha kita dengan segala pemberian Allah, dan berasa cukup.
Dan melihat kebijaksaan Allah dalam menentukan segala-galanya.
Allah beri saya banyak ini,
Allah beri dia banyak itu –
Dengan kebijaksaan Allah, dan kasih-sayang Allah.
Jangan pernah ukur (banding) diri kita dengan orang lain.
Kita tak glamour macam orang lain, syukurlah pada Allah.
Buat apa nak glamour macam dia?
Dia biarlah dia glamour.
Kita cara kita.
Kita tak kaya macam dia, biarlah.
Allah nak beri kita bahagia cara ini, dengan cara inilah kita ada masa dengan anak isteri, kawan-kawan. Dek cara inilah kita masih ‘humble’.
Kita tak tau kalau kita kena (diuji kaya) macam dia, kita pun tak tau watak kita, macam mana.
Maka Allah dah beri kita dengan keadaan yang baik, yang kita nampak kekurangan zahirnya, tapi itulah kesempurnaan. Penyebab untuk kita banyak ingat Tuhan, banyak berzikir, masih berpeluang menuntut ilmu, ke masjid / surau, solat berjemaah, baca Al-Quran, berzikir.
Banyak.
Jangan bimbang, yang penting takda nikmat yang mengganggu kita dalam ibadat.
Ibadat kita tetap sempurna, ini yang kita nak cari.
Inilah kepentingan qanaah yang kita cari dalam diri kita.
TOKKU PASIR GUDANG
No comments:
Post a Comment