Majlis 62 Perihal Liku-Liku Tauhid
"Putuskan Semua Sebab, Tanggalkan Semua Tuhan Baru Engkau Selamat" (M.S 648)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
4 Mei 2023 | 13 Syawal 1444H
Syeikh Abdul Qadir membuka bicaranya dengan kisah seorang Ulama bernama Abu Yazid al-Bistomi / Bastami – atau nama sebenar Taifur bin Isa bin Syarusan.
Taifur – seorang Ulama, yang lahir pada tahun 188 Hijriyah, meninggal tahun 261 Hijriyah. Di kalangan para salafussoleh terkenal dengan kesufian, kefakihan, mujahadah dan contoh tauladan pada akhlak dan sifat.
Al-Imam al-Zahaby ketika membicaranya tentang diri Abu Yazid al-Bistomi sebagaimana disebutkan dalam kitab beliau bahawa Abu Yazid dipanggil Sultan Al-Arifin.
Syeikh Abdul Qadir baca kisah dia,
Dia Imam Abu Yazid bukan jenis orang suka bercakap banyak,
Bukan juga berceramah banyak tapi tinggalkan kesan yang banyak.
Beliau tak karang banyak kitab tapi tinggalkan anak-anak murid tinggi keilmuan.
Disebut Syeikh Abu Yazid berceramah 7 kali.
Namun tinggalkan kesan yang mendalam.
Inilah ‘Adamiyah Basyariyah’ (contoh anak Adam, manusia sebenar).
Kata Syeikh dia,
Rupa manusia tapi terima takdir dengan baik.
Batinnya berkumpul dengan Malaikat: keyakinan, ketaatannya kepada Allah.
Kita lihat beliau berikan gambaran jelas makna Sufi.
Sebagaimana dinakalkan ucapan beliau oleh Imam Az-Zahaby, ada dua perkataan nak ambil gambaran keilmuan Imam Abu Yazid.
Bila beliau mengatakan:
“Di kalangan hamba Allah ada boleh berjalan atas air, tapi takda nilai di sisi Allah.”
- Ada dapat keistimewaan menakjubkan sehingga boleh berjalan atas air.
Katanya lagi,
“Kamu melihat seorang dapat karomah sehingga boleh terbang di udara, jangan kamu tertipu sehingga kamu tengok dia perhatikan dia, bagaimana keadaan dia ketika datang perintah dan larangan Allah. Dan bagaimana dia menjaga hukum hakam Allah, syarak.”
- Nak kenal Sufi sebenar bukan dengan cara dia berjalan atas air atau terbang di udara itu Wali TAPI bagaimana dia tunduk pada perintah Allah dan tunduk diri pada larangan Allah, dan syarak.
Sufi bukan yang berzikir banyak dan asyik dengan zikir
Bukan Sufi digambarkan pada makanan dan pakaiannya.
- Tanda ini mungkin betul, mungkin salah.
Orang-orang paling mulia namanya para Nabi a.s, antara sifat kemuliaan para Nabi a.s mereka berdiri teguh pada perintah Allah.
Dengannya mereka dimuliakan.
Sufi mesti mematuhi syarak.
Maka jangan tertipu dengan Sufi dengan perbuatan ternyata salah.
Dan kata-kata Abu Yazid al-Bistomi ke-2:
“Siapa yang menyangka ada orang yang lebih jahat daripada dia, dialah yang sombong.”
Makna tawaduk,
Dia lihat semua orang lebih baik (kata Hasan al-Basri).
Abu Yazid pula kata,
Dia yang rasa ada orang lebih jahat, dia sombong. Dia kena rasa dia lebih jahat supaya dia membaiki diri.
Kita, kita sentiasa kena lihat diri seorang yang rosak dan perlu dibaiki.
Seorang yang ada aib yang perlu dipulihkan,
Yang lemah perlu dikuatkan,
Yang miskin dan perlu dikayakan dengan rahmat Allah.
Ini dua kata-kata Abu Yazid.
Kata-kata ini akan mensyarahkan kata-kata Syeikh Abdul Qadir kemudian.
- Jangan dilihat Tasawuf pada zikir, pakaian, makanan atau kumpulan tertentu tapi dilihat pada perintah dan larangan Allah, teguh atau tak.
Syarak teguh atau tak. Kalau ya, dialah yang bersih hati.
Katanya,
“Engkau taat di mukamu.”
Apa maksud?
Ertinya, kamu itu ialah – ketaatan bukan dihati kamu, cuma di wajah.
Di wajah memang nampak taat, tengok muka, muka orang kuat sembahyang, berjaga malam, puasa.
Kata Syeikh Abdul Qadir,
Memang antara kamu taat di wajahmu, pada pakaianmu dan lahir (zahir) tapi yang ROSAK, dalam.
ZINDIQ di masa khalwatmu.
- Kamu seperti seorang-seorang macam takda dah perintah dan larangan ikut hawa nafsu
- Tapi waktu ramai kamu tunjuk kamu ikut
Itu zindiq.
“Dan hati kamu penuh sifat buruk.”
- Kamu sendirian tak serancak ketika seorang buat ibadat.
Ketika kita sendirian tertutup takda orang tengok, isteri pun tak nampak.
Masa tu apa kita buat?
Solat?
Zikir?
Muhasabah diri?
Tapi kita dalam ramai mashaAllah bagus, tapi seorang tak tau buat apa.
Termenung,
Tidur?
Hiburan?
Sebab itu kita ni tak mampu baiki kerosakan kita,
Kerosakan dimulakan baiki daripada dalam, baru luar.
Kita luar dah bagus, berhijrah dah bagus
- Bertudung
- Ke masjid
Itu bagus. Tapi dalaman belum.
Zahir dan berubah,
Tapi batin dia menjerit-jerit nak menyanyi lagi.
- Yang menyanyi nak menyanyi lagi
- Yang perangai buruk ada lagi tapi luar dah berubah.
Sebab itu kita kata,
Kuliah tak jadikan kita baik,
Kita sibuk yang luar, dalam kontang.
Kita bila sendirian kita tak praktik.
Orang tengok dalam ramai orang kata kita orang mengaji, tapi bila sendirian kita macam tak pernah dengar tazkirah, ceramah.
Ini ukuran jujur kita dengan Allah.
Ertinya, waktu sendirian seperti takda agama.
Dalam sendirian buka pakaian itu satu hal.
- Kita dengan orang pakai jubah, sekian.
- Seorang, telanjang?
Zahirnya ok. Mana ada aurat?
Tapi bila orang yang dekat dengan Allah, dia ada perasaan malu
- Ketika sendirian; dan
- Ketika bersama orang.
Uthman bin Affan ketika dalam bilik air tak dibuka aurat seluasnya, hanya sekadar keperluan dibuka. Dia pelihara dirinya.
Kata Nabi SAW,
Allah lebih patut kamu rasa malu.
Seorang hamba dia menjaga pakaian dia walau sendirian.
Tak salah, dia sendirian walau hanya pakai seluar dalam.
Hakikat khalwat, maka kita walau sendirian kita masih jaga cara berpakaian. Jaga.
Kalau kita tidur, masih lagi menjaga pakaian kita, tidaklah sebebasnya.
Ia latihan kita walau secara hukum fekah tak salah apa.
Tapi secara hukum orang yang jaga dirinya, sebagaimana dia dengan orang begitu dia sendirian.
Ini disebut Syeikh Abdul Qadir, zindiq.
- Pada khalwat kamu zindiq
“Dan dalam diri kamu ada sifat kufur.”
- Kufur di sini bukan maksud kafir, tapi adanya benda-benda yang merosakkan diri.
Syeikh Abdul Qadir beri contoh:
- Nifak
- Ujub
- Buruk sangka pada manusia
Nifak, apa itu nifak?
Munafik.
Munafik ada dua
- Munafik akidah
- Munafik sifat
Munafik akidah, pura-pura islam. Keluar Islam.
Munafik sifat, dia tak munafik tapi sifat.
Nabi SAW kata ada 4 munafik
- Janji tak tepati
- Cakap bohong
- Amanah khianat
- Bergurau melampau
Sifat-sifat ini mungkin ada pada kita.
- Janji kita janji nak buat ini dan ini, tak buat
Kita janji dengan Allah banyak. Sama ada janji azam nak buat baik kerana mendapatkan sesuatu, nazar kita.
Kita janji bulan ni dapat bonus nak sedekah banyak sikit.
Banyak mana keazaman kita nak buat baik kita tangguhkan dan tak buat?
Kita ada sifat Munafik.
Kata Abdullah bin Mubarak, ada dua penyelamat dan dua pembinasa manusia:
Dua penyelamat:
1. Niat nak buat baik
Bila seorang hidupnya sentiasa ada niat nak buat baik (perancangan).
Kita rancang benda baik.
‘Saya nak ziarah orang sakit, nak ziarah orang susah.’
Tiba-tiba kita tak buat?
Maka itu ada sifat nifak kita.
Kita janji nak buat. Kita dah janji dan kata: Ustaz saya kalau hasil buah menjadi sedekah separuh.
Tak buat juga.
Niat baik dia tak buat itu sifat Munafik.
Kategori Munafik, ada yang mengurangkan iman kita.
Kita bila buat baik, bertambah iman.
Kurang buat baik, iman kita berturun tapi ia lebih turun bila ada yang baik kita janji nak buat dan kita tak buat.
Lebih menurun iman orang berjanji buat baik dan dia taknak buat.
Sebab itu hati-hati dengan janji kita.
Walau tak lafaz nazar, hanya keazaman.
Kita umur tahun ni dah 50,
Azam kita dah pencen – umur pencen nak mula mengaji,
Nak duduk pondok.
Dua tahun sebelum pencen dia kata begitu tapi dah pencen dia buat bisnes.
Dia kata tak boleh masuk, sibuk.
Payah geng-geng janji ni,
Dah pencen nak buat ini, ini.
Nak pondok orang pencen, senang dan pencen nak mengaji.
Ini orang-orang pencen mengaji – dia kata lagi 5 tahun nak pencen.
Dia minta dan kita buat pondok.
Dia tak datang-datang.
Akhir dia tak datang, maka
“Saya gali kubur je untuk awaklah.”
Sifat Munafik ni bertitik sikit-sikit, antaranya disebut Ulama:
“Janji buat baik untuk diri. Bukan orang lain.”
Janji Ramadan nak mengaji sekian juzuk tapi satu juzuk juga.
Janji nak iktikaf 10 akhir Ramadan, tak juga.
Dia lebih berani dia cerita perancangan dia pada orang, lebih teruk.
Orang mula menilai dia.
Berhati-hati bila kita berniat buat baik.
Dua penyelamat manusia:
1. Niat yang baik – kita tidur niat baik
Kita niat nak sambung silaturrahim.
Niat kita nak tolong orang,
Niat setup bisnes nak tolong orang, tapi lepas tu Allah tengok betul tak awak buat?
Sebab itu kena jelas niat kita buat baik.
Ramai orang rancang umur dia untuk lebih baik tapi dia tak buktikan.
Ada kata bila umur 40, 50, anak dah besar.
Lama, Allah panjangkan umur kita dan dia,
“Haji, lama tak nampak?”
Dia jawab, “Cucu Ustaz.”
Maka orang beri alasan cucu, dia dah karam dengan alasan.
Kalau dia sebut cucu, dia ambil benda (hal cucu) yang takda tanggungjawab.
Bukan dia terpaksa jaga cucu, dia yang pilih.
“Takkan nak orang lain jaga?”
Takda dalam kitab kata jaga cucu.
Kita ambil tanggungjawab tak perlu, cucu pulak.
Rugilah orang.
Cucu tak jadi kewajipan kita, kita suruh diri kita lihat apa lebih utama dibuat.
Ramai orang bila dia mati, cucu dia tak kenal.
Berapa banyak cucu pergi kubur atuknya?
Kalau pergi pun tak sengaja sebab kubur sebelah ayah.
Kalau betul nak pergi, tak semudah itu.
Siapa pun pergi kubur tanya dia siapa,
Dia akan kata mak, Ayah.
Hatta lagu sedih raya, mak ayah.
Cerita nak balik kampung pun Mak Ayah.
Saya umur atuk ada cucu bukan maksud tak boleh jenguk, main tapi bukan tanggungjawab.
Boleh main dengan cucu, kita tak kata salah. Bagus baik.
TAPI keutamaan masa.
Tak boleh pergi kuliah, solat jemaah sebab ada cucu dekat rumah?
Lihat bagaimana keutamaan, nilai masa dia dah kurang.
Ini titik nifak di hati bila kita berniat nak buat baik dan tak buat.
2. Kita benar-benar menjaga diri kita jangan buat benda yang Allah larang
Jangan buat, walau di situ ada syahwat kita jangan buat.
Ia binasakan kita.
Walau di situ ada keperluan kita, jangan!
Jangan ambil makan, rezeki haram.
Jangan pernah.
Selagi kita patuh dua ini
-niat baik
-jaga diri pada larangan Allah.
Kita selamat.
Ia penyelamat.
Dua pembinasa kita:
1. Ujub
2. Putus asa (Qunutho)
Dua ini penghancur manusia.
Ujub,
Apa itu al-Ujub?
Ini disebutkan Syeikh Abdul Qadir,
Disebut kufur batin.
Pada contoh yang biasa berlaku pada diri kita,
Contoh yang jarang kita perasan,
- Azam buat baik dan kita tinggalkan itu nifak.
Kufur batin ini ujub,
Apa maksud ujub – perasan melihat diri kita lebih daripda orang dan melihat nikmat itu segala-galanya sehingga kita lupa pemberi nikmat.
Takabbur – seorang takabbur dia akan banding diri dengan orang secara jelas.
Riak – dia bercakap, rasa diri dia bagus
Ujub ni perasaan dalaman, dalaman kita / ungkapan / pelakuan secara dalaman tanpa orang nampak.
Ujub ni orang tak perasan, hatta kadang kita pun tak perasan.
Ulama kata ujub ni orang terlalu gembira nikmat dia ada sehingga dia terlupa Allah pemberi nikmat.
Dan definisi ujub,
Orang yang merasakan dia lebih baik,
Rasa ada orang lebih jahat daripada dia.
Bahasa mudah,
Ujub ini satu keadaan diri kita merasakan kita baik.
Natijahnya, sebagaimana kata Dzun Nun al-Misri,
Dia akan mula marah-marah kalau orang tak muliakan dia.
Dia mula marah-marah dia tak dapat layanan VIP sepatutnya.
- Marah itu kesan ujub
- Ujub hasilkan marah
Seolah ada kaitan kuat.
Kalau kita nak bicarakan apakah sebab-sebab ujub ini ada dalam diri kita.
Ujub ini bak tanaman ada dalam diri merosakkan diri kita.
Ulama menyebutkan apa sebab kita ada ujub?
1. Kita jahil tentang diri kita siapa
Kita air mani, hina.
Keluar daripada tempat hina.
Dua kali.
- Tempat hina daripada Ayah dan Mak kita,
- Tempat hina belaka, tempat busuk.
Kita pun keluar, keluar dalam jahil takda apa.
Akal takda.
Jahil serba-serbi.
Mati akan jadi bangkai, takda gelaran Profesor, Doktor.
Nama kita pun takda.
“Sekejap lagi Si mati dalam perjalanan ke hospital.”
Tak disebut nama, tak disebut nama orang mati setiap pergerakan berlaku pada dia.
Bila orang tu mati, nama dia hilang.
Orang bicara tentang dia, nama dia hilang.
Kita akan kata mandikan jenazah,
Van pun tulis ‘ Van Jenazah ‘
Tunjuk semua orang sama, jadi jenazah walau van tu kita punya!
Waktu kita mati yang hilang
- Nama
- Keluarga
- Harta kita
Bila sebut nama, habis semua gelaran hilang!
Walau orang cuba abadikan nama kita di kubur, tapi nama tu tak lekat,
Orang tetap panggil si mati, nak ke kubur arwah.
Sebagaimana nama kita tak wujud sebelum dihidupkan.
Allah sebut dalam al-Quran,
“Tidakkan manusia tahu mereka dulu tak disebut nama?”
Dan ia berulang balik bila kita mati.
Takda lelaki, perempuan
Namanya jenazah, si mati.
Hilang nama kita cepat.
Kalau kita faham hakikat ini apa kita nak bangga?
Nama Iskandar sekian
“Awak nanti nama jenazah.”
Manusia kalau faham hakikat dirinya dia taknak ujub.
Ibnu Muhallaq bila marah Ulama tak hormatinya,
“Apakah kamu tak kenal aku?”
“Kenal, kamu asal daripada air yang busuk!
Kamu air yang busuk, kamu rasa kamu lebih bernilai daripada minyak wangi?”
Kita bila mati, siapa nak tidur dengan kita?
Dulu kita hidup berkeliling nak tidur dengan kita.
Bila kita mati, siapa nak tidur dengan kita?
Isteri pun tak sanggup,
Suami pun tak sanggup!
Dia takut, kena badi mayat!
Kalau boleh masa mandi, mandi sekali?
Taknak.
Masuk kubur letak sekali?
Lagi taknak.
Kata sayang, masuklah sekali.
Taknak masuk.
Orang-orang yang kita anggap sayang kita.
Dan sebab seorang itu ujub,
2. Dia suka dipuji
Kita suka dipuji, hari ini ada media sosial
Orang Like.
Dan kita pun suka.
Kata Nabi SAW,
“Celaka kamu, kamu dah bunuh saudara kamu!
Jangan melampau memuji.”
Ada dua (2) ketakutan kita,
- Puji
- Keji
Suka puji?
Baik.
Puji ni % benar dia rendah
Keji % ia benar tinggi.
Kalau orang kata kita bodoh, benar.
Sejak bila kita cerdik?
Orang yang nafikan orang kutuk kita bodoh – kalau kita muhasabah, betul.
Dan kalau kita dipuji,
‘Cerdik dia ni, hebat. Macam Imam Shafie.’
Orang puji kita, bohongnya lebih banyak daripada benar.
- Dalam puji dan keji ada bohong tapi mana lebih tinggi
- Dalam puji dan keji ada benar, mana lebih tinggi?
Dia baik macam Malaikat!
Itu depan kita.
Belakang?
‘Saya beranggapan dan Allah lebih mengetahui dia ini baik.’
Dia baik dalam kuliah istiqamah, tapi dia di sisi Allah saya tak berani kata,
Saya kenal dia secara peribadi baik. Semoga benar begitu.
Kita dalam hidup jangan buru puji,
Orang tak puji takpa.
Ktia posting media sosial kita buat, orang nak like tak like takpa.
Kita buat baik.
Kita tak bangga dengan pujian orang.
Kita boleh bergembira dengan kurniaan Allah pada kita,
Walau orang tak puji.
Dan punca ujub,
3. Kita bandingkan orang yang bawah kita
Kita banding dengan orang lebih atas / tinggi daripada kita
- Banding diri dengan orang lebih lawa daripada kita, kita pun down (tak bangga diri)
Ada seorang Ulama buta, orang Mesir dia jadi Imam di Amerika.
Syeikh Abdulllah Kamil.
Dia baru ni meninggal dunia, usianya 38 tahun.
Dia orang soleh,
Dia ni orang baik.
Ramadan baru ni dia katam al-Quran 24 kali.
Kita fikir secara ukuran 24 kali,
Maka 1 ½ hari katam sekali.
Fenomena ini orang hebat, kematiannya jadi orang-orang soleh bicarakan.
Dia sebelum mati, dia dah buat syair,
Bagaimana hari kematianku ditinggalkan keluargaku.
Kita gambaran kesedihan bila kita mati,
Duduk sendirian di kubur,
Apakah amalan selamatkan kita.
Kita mesti ada imaginasi itu, melalui detik kematian kita.
Orang takda imaginasi kematian dia tak ingat mati.
Dia mati agak muda umur 38 tahun.
Ini orang yang tak pernah harapkan pujian dia orang buta.
Dan nampak istiqamah dia dalam ibadat, amal soleh.
Kita rasa dah baik? Maka banding diri kita dengan orang macam ni.
Kalau kita gagal banding diri orang lebih baik, maka kita akan ujub.
Banding diri kita dengan orang macam ni.
Sebab itu dalam hal-hal ibadat, bandingkan diri dengan orang lebih tinggi.
Kita sedekah banyak? Orang kata RM10,000 –
Kita rasa masih sikit dengan apa yang Allah bagi.
Kita sedekah RM20,000, RM30,000
Tapi nombor plat kamu beli RM80,000.
Kita sanggup beli rumah harta juta, tapi rumah dalam kubur tak beli pun.
Padahal kita nak duduk rumah kubur.
Beli rumah berjuta tapi mati tinggal.
Istana dalam kubur taknak beli!
Di sini kita nampak cuai kita.
Kita kena pandai bandingkan diri kita dengan yang lebih baik.
Kita dalam kategori orang baik?
Bandingkan orang lebih baik. Takda zaman ni, banding orang zaman dulu.
Syeikh Abdul Fatah Ghuddah, cerita orang rajin belajar
Seorang ni rajin datang awal, sampai waktu dia nak terkencing dia tak berani keluar dan kencing dalam jubahnya pada tempatnya.
Dia bawa bekas, botol. Dia kencing dalam masjid.
Ulama bahas hukumnya.
Ada lelaki dia datang awal kuliah,
Dia bawa jubah spare, kumpul jubah dan kencing sehingga jadi macam pampers.
Dia istinjak dan letak tepi.
Macam contoh hari ni, orang masuk masjid pakai pampers.
Dalam pampers dia kencing.
Air kencing tadi tak kena masjid tapi terkepung dalam jubah dia.
Kita?
Pergi kencing terus tak masuk.
Tau-tau dah ke kedai mamak!
Dia beri kencing alasan, tengok dia ke kedai mamak.
Tapi cakap kat isteri ke kuliah ustaz!
Kita lihat orang pencapaian agama lebih baik, kita jadi tak ujub.
Kita qiyam 4.00 pagi,
Tengok orang qiyam 2.00 pagi –
Tengok orang qiyam tak tidur!
Orang yang qiyam, setiap hari pukul berapa?
5.30 pagi?
Awak baca orang qiyam pukul 2.00 pagi,
Orang yang qiyam tak tidur malam.
Terus straight qiyam.
Hati-hati kita rasa lebih dalam agama, kita lihat orang bawah memang akan ujub.
Orang lain yang kuliah ratus ribu orang tengok
Kita nak bangga apa?
Kata Ulama,
4. Cara didikan, tarbiyah kita lalui
Sama ada kita sebut sebagai tarbiyah masyarakat.
- Media sosial, netizen
- Kita dah ditarbiyah dipuji, ditarbiyah glamour, popular
Tarbiyah macam ni sikit sebanyak jadikan kita ujub.
Hati-hati anak kita hari ni. Ia bentuk sifat ujub akan datang.
5. Kawan-kawan yang sentiasa angkat kita sehingga kita ujub
Jumpa kawan-kawan kaki ‘kipas’,
Tak salah tapi kita ingatkan bahaya ujub.
6. Terpesona dengan nikmat sehingga terlupa pemberi nikmat
Orang terpesona nikmat
Sehingga terlupa pemberi nikmat.
Bila orang puji kita sebut ini daripada Allah,
‘haza min fadli robbi’ –
Jadi setiap kali kita berbicara tentang nikmat, lihat nikmat ini daripada Allah.
Seorang tadi
Pandai,
Cantik, lawa
Nikmat ni ada dua bentuk:
Nikamt ada dua:
i. Nikmat tak usaha memang dapat ke kita
Lahir comel, putih, hidung mancung, orang puji. Dia tak buat apa-apa.
Dia tak solek pun comel, kalau solek tak payah cakaplah.
Nikmat gagah.
ii. Nikmat yang kita usaha
Kita belajar, jadi orang alim
Kerja, dapat jawatan tinggi
Dua-dua nikmat ini, katakan semua daripada Allah.
Jangan jadi macam Qarun, “Ini semua aku perolehi daripada ilmuku!”
Akhir dia ditenggelamkan.
7. Kita pegang jawatan
Ada kuasa.
Siapa pun ada kuasa, ujubnya lebih cepat.
Tak kira dia Imam Masjid ke, ketua kebersihan ke, Menteri lagi teruk!
Jawatan itu menyebabkan boleh ujub.
Sebab itu nak pegang jawatan ni hati-hati.
Jawatan boleh binasakan kita.
Sebab itu orang lantik kita jangan gembira sangat,
“Ya Allah jangan jadikan jawatan ini fitnah ke atas saya.”
Jawatan kita rasa beban, berat.
Jangan rasa gembira kelak ujub menjalar dalam diri kita.
8. Terlalu dihormati
Bila kita terlalu dihormati,
Kita datang orang letak karpet merah, tabur bunga mawar.
Bahaya kita, jangan suka sangat orang muliakan kita, ujub boleh masuk dengan cepat.
Satu ketika orang panggil Umar Abdul Aziz, “Wahai Khalifah Allah.”
Dia kata,
“Panggillah aku dengan Umar, aku tak kisah.
Bila aku ada anak orang panggil aku Abu Hafs.
Dan bila aku jadi Khalifah orang panggil aku Amirul Mukminin.
Tapi kamu panggil aku Khalifah Allah sedang itu Nabi Daud a.s
Maka jangan panggil aku nama Khalifah Allah, besar nama Khalifah Allah.
Jangan sebut Khalifah Allah tapi Khalifah Rasulillah (yang menjalankan kerja Nabi SAW).
Umar Abdul Aziz tak redha orang panggil gelaran.
Gelaran, kita tak seronok orang letak gelaran banyak-banyak.
Memang antara benda kita kena tolak bila orang hormati kita secara melampau.
Bila orang hormati kita secara melampau maka kita terjebak dalam bahaya besar.
Orang hormat takpa itu tanda iman dia, tapi biarlah berpada-pada.
Hormat sikit-sikit takpas tapi hormat melampau seolah kita ni hebat sangat.
Kita bimbang.
Jangan kita suka dihormati secara melampau.
Dihormati sebagai hak kemanusiaan, Guru – Murid sekadar perlu.
Hati-hati, jangan pernah izin orang hormat kita melampau. Hidup kita atau mati.
Mati kita dipuja pulak kubur kita!
Jangan.
Jangan hidup kita dipuji, mati dipuja.
Ini merosakkan dia dan kita.
Ini sebahagian punca ujub, 8 punca.
TOKKU PASIR GUDANG
#jomsebarluaskankebaikan
No comments:
Post a Comment