Friday, May 12, 2023

Para Auliya' Dan Ragam Mereka Bahagian 2

Majlis 62 Perihal Liku-Liku Tauhid
"Para Auliya' Dan Ragam Mereka" bahagian 2 (M.S 653)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
12 Mei 2023 | 21 Syawal 1444H

Kalau semalam kita bicarakan tentang nama Allah yang agung (Ismullahil A’dzam), yang dengannya kita sebut maka Allah Taala:
- Perkenankan permintaan kita; dan
- Mustajabkan doa kita.

Tapi syaratnya ialah
- Sebut nama Allah dengan sepenuh hati
- Buang pergantungan kepada makhluk

Tidak ada gunanya menggunakan Ismullahil A’dzam kalau sekiranya dalam hati masih penuh dengan manusia.

Kita ke Mekah, pergi Haji, Umrah untuk mendekati Allah SWT.
Kita pun berdoa,
Kita zikir,
Beribadat.

Tapi kalau dalam diri masih ada kehendak pada dunia, kehendak pada manusia maka ia takkan memberi kesan setiap ibadat dilakukan.

Setiap ibadat dilakukan mesti kosong daripada pergantungan pada manusia, pergantungan, takut – harap kepada manusia kerana ibadat ini, 
- Pergantungan kepada Allah.
- Harap kepada Allah
- Takut pada Allah
- Rindu dan cinta kepada Allah SWT.

Itu terhadap apa kita bicarakan semalam, Ismullahil A’zam, disebutkan Ulama, 14 nama-nama yang agung. Dan kita dah sebut dua kalimah yang agung ialah
- Allah
- Ya Hayyu Ya Qayyum.
 

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani,
“Jadikan zahirmu buat manusia, dan batinmu buat Akhirat. Manakala batinmu berhenti di sisi Allah, keluar dari dunia dan Akhirat.”

Ini kalimah / tadbiran yang kita perlu faham.

Zahir kita, sebagaimana ahkam (hukum-hakam) dunia.

Kita senyum pada manusia,
Kita memberi dan mengambil daripada manusia,
Berjual-beli dengan manusia,
Mencari keuntungan di sisi manusia,
Elak kerugian di sisi manusia.

Demikian muamalah zahir kita, yang ada hukum-hakamnya.

Namun disebalik muamalah kita dengan manusia ada falsafah, ada objektif.
Dalam muamalah ini ada kehendak, 
Kebergantungan kita kepada Allah (Akhirat).

Contoh: Kita beri sesuatu, untuk
- Gembirakan dia
- Dekatkan dia dengan kita
- Menambahkan kasih-sayang kita padanya 
- Hal bersangkutan memberi

Tapi hakikat batin ialah kita memberinya kerana Allah,
tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Sebagaimana Allah sebutkan dalam al-Quran.

اِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللّٰهِ لَا نُرِيْدُ مِنْكُمْ جَزَاۤءً وَّلَا شُكُوْرًا

“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih daripada kamu."

(Surah Al-Insaan, 9)

Bila Nabi SAW ucapkan secara hukum zahir,
- Kita beri hadiah, maka kita akan bertambah berkasih-sayang, bertambah cinta, bertambah ukhwah dan silaturrahim.

Ini asas hukum zahir.

Bila Nabi SAW menyuruh kita sebarkan salam, ini asas kasih-sayang yang kita lakukan. Mahabbah yang kita lakukan.

Namun kadang-kala bila kita lakukan semua ini, kita tak dapat apa kita harapkan.

Contoh: kita beri salam, kita harap dia jawab.
Kita harap dengan salam menguatkan hubungan kita dengan dia.

Tapi dia, salam pun tak jawab.

Contoh.

Atau dia jawab dengan jawapan tak menyenangkan kita,
Kita tau pada intonasinya ada sesuatu,
- Kebencian
- Permusuhan
- dendam.

Daripada apa kita dengar, kita dapat tau daripada respon.

Memang beri salam, tujuannya untuk ukhwah, kasih-sayang.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri katakan,
“Takkan masuk Syurga sehinggalah kamu beriman,
Takkan beriman sehingga kamu berkasih-sayang.
Mahukah aku beritahukan kamu sesuatu bila kamu lakukan kamu akan berkasih-sayang? Sebarkan salam di antara kamu.”

Ini asas zahir, tapi kadang kala kita tak perolehinya, secara zahir.
Saya beri salam, waima:
- Dia tak jawab
- Jawab dengan perlahan, dia tak raikan saya; atau
- Jawab dengan nada yang agak kasar.

Saya tahu itu bukan jawapan salam sebenar.

Kalau kita beri salam, ‘Assalammualaikum’, dan orang jawab dengan kasar, kita tau itu bukan jawapannya, dan itu bukan tujuan yang kita nak.

Contoh kita berziarah orang, tiba-tiba kita tak dialu-alukan.
Dia layan lebih kurang.

Maka kita tau, tujuan ziarah untuk kuatkan hubungan.
Tapi ia tak berhasil macam kita faham, macam kita inginkan.

Ini kita sebut bahawa kita lakukan zahir ini kerana tuntutan Allah kepada kita manusia.

Tapi kembali kepada tujuan Akhirat
- Saya beri salam, saya dapat pahala
- Saya bersilaturrahim, saya berukhwah, saya dapat kelebihan

Kalau dia taknak kelebihan sama, maka itu hal dia.

Umpama, saya mengajar, ia hukum zahir mengajar bagi,
Memberi faham kepada manusia,
Menjelaskan kekeliruan, 
Menjawab persoalan mereka. 

Tapi saya tak dapat respon baik, 
- Takda orang dengar
- Yang dengar hanya nak cari kesalahan saya
- Yang datang mungkin ada tujuan bukan untuk islah diri

Maka saya takkan kecewa kerana secara hukum muamalah dengan manusia saya dah buat. Tapi pada tujuan amalan tadi, untuk mendapat Akhirat.

Namun kata Syeikh Abdul Qadir,
Hatta tujuan Akhirat mesti berhenti kepada Allah.

Kalau kita katakan, beramal, untuk Syurga
Betul. Itu yang Allah suruh

Ada amalan Allah perintah dengan tunjuk manfaat kepada manusia, yang kita perolehi:
- Kasih sayang
- Murah rezeki
- Panjang umur

Kata Nabi SAW,
“Siapa yang mahu rezekinya lapang, umurnya panjang maka hubungkan silaturrahim..”

Ini kelebihan yang Nabi SAW sebut,
Kelebihan hubungkan silaturrahim, rezeki banyak, umur panjang.

Ini hukum zahir.

TAPI hakikat saya nak Akhirat, Syurga.
Tapi Syurga pun tak berakhir di situ, saya nak lebih daripada itu, KEREDHAAN ALLAH.

Contoh: Seorang pekerja, dia bekerja, tujuannya nak dapat gaji.
Normal? Atau tidak?
Normal.

Dia dapat gaji, dia mungkin naik pangkat.
Tetapi sampai peringkat dia sendiri suka kerja tu, bukan pada gajinya.
Walau tak dapat gaji.
Sehingga peringkat dia suka yang memberi kerja, dia suka bosnya.

Bukan lagi cerita gaji atau cinta kerja, 
Tapi kerana bosnya.

Kita dalam muamalah kita seharian, ada kita buat sesuatu kerana kita suka orang tu.
Bukan kita harapkan balasan luaran melainkan kerana cinta orang itu.
Lalu kita buat, walau tak dapat untung material.

Tapi kita dapat cinta, lalu kita sanggup buat.

Demikian bila orang sampai peringkat cintakan Allah.
Dia buat kerana cintakan Allah.

Allah SWT tak larang kita buat sesuatu amalan dengan kelebihan yang Allah SWT sendiri sebut, atau Nabi SAW sebut.

Seorang kalau dia hubungkan silaturrahim untuk dapat
- Pahala
- Rezeki
- Panjang umur

Apakah salah?
Tak salah. Kerana itu yang Rasulullah SAW sebut. 

Ertinya, boleh berniat ke arah tu.

Sehingga Nabi SAW sendiri sebut,
Siapa yang mahu begini, begitu
Amal ini dan itu. Buat ini, itu.

Ertinya kalau kita buat amalan Akhirat untuk dapat hasil duniawi yang disyariat, diperintahkan, maka itu perkara yang dibenarkan.

Namun fahami amalan itu dengan tiga (3) peringkat:

1. Zahir kita buatlah segala hukum dengan manusia

Zahir saya senyum walau tak suka. 
Saya beri salam, walau kalau boleh saya taknak beri salam sebab jawapan salam dia tidak menyenangkan saya. 

Dia pun buat tak dengar.

Saya tetap ambil hukum zahir,
Jumpa saja, 
Beri salam,
Senyum,
Muamalah dengan baik, tanya khabar.
Tanya khabar keluarga.

Sebagai hukum-hukum muamalah dengan manusia.
Tapi kalau saya tak dapat respon yang baik darinya, ia tak hentikan muamalah saya dengan manusia secara zahir sebab,

2. Saya ada hubungan batin dengan Allah,
- Harapkan pahala
- Syurga

3. Mengharapkan cinta Allah

Ini tiga peringkat dalam muamalah.

- Manusia, hukum zahir
- Syurga pahala, dosa pahala -hukum batin
- Allah, lebih tinggi daripada itu

Ibadat saya bukan Syurga, tapi Allah.
Tak salah ibadat untuk dapat Syurga, Allah sebut.
Tapi seorang di makam yang lebih dia nak Allah, lebih daripada segala-galanya.

Kadang-kadang, kita ziarah rumah orang sebab nak tengok rumah.
Atau kadang kita ziarah rumah orang untuk tengok tuan rumahnya, 
Rumah takda apa bagi kita, kecik besar – sama.

Tapi tuan rumah kita nak tengok. 
Kita mungkin sayang, suka, hormat tuan rumahnya.

Kadang ada ziarah untuk tengok rumah,
Rumah baru, 
Dapur daripada Itali.
Pinggan-mangkuk pun baru beli.

Atau nak tengok kereta baru, katanya dia baru dapat anak.

Ada benda-benda jadi kita semangat nak ke rumahnya.
Rumah ada lif, ada taman, tergantung.
Katanya rumah dia ada kolam, bahkan kolam mandi!

Tuan-tuan teruja nak pergi. Tapi ada orang pergi rumah tu bukan kerana rumah atau apa disiapkan di dalam rumah tapi nak jumpa tuan rumahnya.

Saya tak peduli rumah dia macam mana, tapi saya nak jumpa tuannya.
Bukankah tujuan kita berbeza?

Ini yang disebut, tentang muamalah kita dengan segala hukum hakam.
Ada patuhi hukum hakam untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan ini, dan ada yang nak dapat lebih atas daripada ini.

Ada yang nak dapat lebih daripada itu.

Di sini kita lihat tingkat-tingkat keimanan manusia.

“Jadikan zahirmu buat manusia, dan batinmu buat Akhirat. Manakala batinmu berhenti di sisi Allah, keluar dari dunia dan Akhirat.”

- Cinta kepada Allah
 
UZLAH DAN IKHTILAT ADA KELEBIHANNYA

Kata Syeikh Abdul Qadir,
“Kalau engkau boleh buat begitu, kalau tidak jangan biarkan dirimu bahkan larilah ke hutan rimba dan di tanah lapang.”

Kalau kita mampu muamalah dengan manusia macam tu.
Tapi kalau tak mampu, kita kena ber-uzlah.

Perkataan Syeikh Abdul Qadir,
- Ber-uzlahlah kamu, jangan bercampur dengan manusia
- Carilah teman soleh untuk kamu ber-uzlah

Uzlah – 

Kita ada, ‘hautoh’, dan ‘uzlah’

‘Hautoh’ (ikhtilat) yaknni bercampur; dan
Uzlah, berasingan.

Keduanya ada kelebihan.

Kita tak boleh kata uzlah lebih baik daripada bercampur; atau
Bercampur lebih baik.

Kata Imam Haramain, bergantung pada kaitan dengannya.

Kalau saya nampak diri saya lemah, saya tak mampu bergaul dengan orang.
Saya bila beri salam dia tak jawab..
Saya nak marah juga.

Atau saya beri salam, tapi dijawab secara keras, kasar.
Tak tunjuk cara diraikan dijawab.

Berhadapan dengan orang macam ni, saya bimbing rosak agama saya.
Saya juga bimbang dia juga agama dia kerana perbuatan dia itu mengundang murka Allah.

Saya dah buat baik dengan orang ni, tapi dia balas dengan jahat.
Wasangka buruk.

Saya juga bimbang berhadapan dengan situasi ini, maka saya ambil sikap uzlah.

‘uzlah’ – menyendiri

Uzlah ini ada beberapa peringkat:

1. Banyak duduk rumah, tak banyak jumpa orang sangat

2. Kita dekat rumah pun tak duduk, kita menjauhkan diri pada satu tempat yang dianggap takda orang duduk – gunung atau mana-mana tempat yang memang takda orang

Sebagaimana Nabi SAW ke Gua Hira’,
Dan kisah Nabi Musa a.s ke Bukit Sinai

Dan kisah-kisah Nabi a.s yang banyak.

Dan sebagaimana kisah Ashabul Kahfi, mereka lari duduk dalam gua.

3. Bersama dengan manusia macam biasa, bersama orang ramai tapi tak bersama manusia pada kejahatan mereka

Kejahatan tak campur. Dia duduk dengan orang, tapi pada kejahatan tak bercampur.

Peringkat uzlah:
- Duduk rumah je
- Duduk Maldives, duduk jauh. Lari terus daripada orang. Duduk tempat orang tak kenal
- Dia duduk dengan orang, tapi dia beruzlah dengan sikapnya

i. banyak berdiam, tak banyak bercakap. Duduk di masjid, surau, majlis ilmu tapi dia ambil sikap mendiamkan diri;
ii. tunduk pandangan; atau 
iii. uzlah pada akal fikiran taknak fikir. Tak fikir masalah tu. Dia buat tak tau.

Kadang-kadang kita berhadapan suatu kita tak suka, maka kita buat tak tau.
Kita dah muamalah dengan orang dan kita pun tau sikap dia macam tu,
Kita pun buat tak tau.

‘ buat bodoh’, macam takda apa.

Kita tau dia membenci kita,
Kita tau dia memusuhi kita,
Kita tau dia nak mudaratkan kita.
Tapi kita buat tak tau.

Maka ini peringkat uzlah orang-orang kuat buat.

Tapi orang lemah, duduk rumah saja tak bercampur.

Yang lemah lagi, duduk jauh taknak jumpa orang langsung.

Tapi uzlah orang kuat, 
Dia duduk dengan orang, tapi mulut ida,
Cara lihat dan fikir, dia tak peduli semua itu.
Dia cuma apa patut dia buat.

Ketiga-tiga ini tak secara mutlak.

Para Ulama ketika beri syarat uzlah:

1. Uzlah hanya bagi orang ada ilmu

Orang jahil atau orang yang alpa, lupa, lalai dia tak layak uzlah.
Dia tak tau uzlah tu apa.

Orang alim kena uzlah.

Tapi syarat uzlah, dia tak mencuaikan dirinya menunaikan hak-hak wajibnya kepada makhluk
- taat Mak Ayah
- tanggungjawab dalam keluarga, suami – isteri – 
- hak sebagai anak berbakti kepada Ibu bapa
- hak silaturrahim dalam menghubungkan

Nak uzlah, boleh.
Tapi hak pada manusia kena tunaikan juga.

Kalau dia ada Mak Ayah, tunaikan.
Dia ada pasangan (suami / isteri) maka dia kena tunaikan hak.
Dia suami / isteri, hak-hak hamba Allah Taala.

2. Tak boleh abai hak syarak

Solat Jumaat.

Uzlah tak solat Jumaat? Tak boleh.
Mana awak Jumaat, tak nampak masjid?
Saya uzlah. 

Diharamkan.

Uzlah sampai tak solat Jumaat, tak solat berjemaah. 
Atau tidak sampai pada amar makruf nahi mungkar?

Ada seorang Ulama nak uzlah, tak nak campur?
Boleh, tapi hak amar makruf nahi mungkar dia kena buat.
Dia mengajar – sampaikan.

Ini amar makruf nahi mungkar.

Ini syarat umum kepada uzlah,
Masih terikat dengan,
- Hak manusia; dan
- Hak Allah

Seorang uzlah dengan meninggalkan solat Jumaat?
Salah.

Meninggalkan jemaah, juga salah.
Dia kalau taknak bergaul dengan orang yang di situ orang kuat mengumpat, mengata..

Datang solat berjemaah saja.
Takkan waktu solat berjemaah pun mengumpat?
Takkanlah?

Waktu sembahyang mana ada orang mengumpat?
Jadi pergilah solat berjemaah tu.

Tapi kalau masa tunggu pun sempat kata tak baik, maka pergilah waktu orang iqamah. Maka solat.

Ini hak-hak yang perlu dilaksanakan.
- Hak solat Jumaat
- Hak solat berjemaah
- Hak menuntut ilmu

Syarat uzlah, orang jahil tak boleh uzlah. Sebab banyak benda dia kena belajar, banyak dia tak tau.

Awak kena jugak duduk belajar di sebalik kekurangan yang berlaku kerana ilmu tadi menyelamatkan awak.

Orang alim juga boleh uzlah, tapi kena laksana amar markruf nahi mungkar.
Tapi tuntutan mengajar mesti disampaikan.

Kata Syeikh, kalau tak mampu muamalah macam disebut secara zahir, batin dan kerana Allah maka ber-uzlah.
Cari kekuatan.

Uzlah ini ada kelebihan:

1. memperbanyak masa mentaati Allah
2. mengisi banyak sifat baik kita
3. Menghilangkan sifat buruk daripada kita

Kita ada perangai buruk, bergaul dengan orang, kalau orang campak satu lagi benda buruk, bertambah buruk kita.

Kita dah ada dengki,
Kawan tunjuk dengki dia, maka kita pun dapat lagi perangai dia.
Bertambah dengki.

Kita jenis cemburu, berkawan pulak lagi dengan orang cemburu – bertambah cemburu kita.

Kita jenis pemarah, berkawan pula dengan pemarah,
Bertambah pemaran kita.

Aura negatif masuk.

Kita dah kaki mengumpat, jumpa pulak kaki mengumpat
Kita peringkat bawang, dia peringat rempah-ratus umpat?
Dia lagi teruk!
Jadi kita lagi teruk!

Dengan bertemu orang teruk, kita lagi teruk!

Kita uzlah sebab kita tak mampu tangkis segala perangai buruk masuk diri kita
- Wasangka
- Sifat jahat lain

Umpama sakit,
Tuan-tuan sakit, lepas tu duduk dalam masyarakat berpenyakit – 
Memang merebak habis!

Asal batuk,
Tapi orang ni ada selesema, sekian
Habis berjangkit kita.
Batuk kering.
Campur semua penyakit orang.

Dalam ber-zulah kata Ulama sebut ada tiga kebaikan utama
- Banyak masa ibadat
- Hiasi sifat baik dalam diri
- Buang sifat jahat

Maka kita tengok, saya bergaul dan perangai jahat saya bertambah?
Stop. Ber-uzlah.

Tapi saya ni bila bergaul jadi makin baik.
Maka bergaul.

“Saya Ustaz, asalnya kuat dengki.
Tapi berkawan, geng ni semua bukan dengki. Baik.”

Maka bagus awak dah jumpa orang yang baik.

“Saya asalnya orang yang malas dalam ibadat.
Duduk dalam geng-geng rajin ibadat saya pun tak sengaja puasa.
Tak sengaja.
Geng ni semua geng tak sarapan.”

Dia terdedah buat baik. Kalau macam ni komuniti kita, sila bergaul.
Tapi kalau komuniti yang tak baik,

“Saya taklah sampai macam ni jahat, tapi dok bergaul jadi jahat bertambah.”

Ketika itu kita faham, dururiyat (keperluan) ber-uzlah. Maka sila ber-uzlah.

Sebab itu setiap orang ber-uzlah bercampur ikut keadaan diri dia,

Kalau saya rasa dengan bercampur dengan orang,
Saya boleh nasihat orang ini,
Boleh ingatkan orang ini,
Boleh betulkan orang ni. Maka bercampur lebih baik.

Dan saya nampak, saya boleh rawat penyakit ini.
Maka sila bercampur.

Umpama doktor yang duduk dengan semua pesakit, 
Penyakit pesakit satu pun tak merebak ke dia.
Dan dia pulak menyembuhkan semua pesakit. 
Maka doktor boleh bergaul dengan semua pesakit

- Dia tak kena jangkitan
- Dia sembuhkan

Maka sila bergaul. Bergaul lebih baik.

Ini disebutkan,
‘Orang beriman yang bercampur dengan orang dan mampu bersabar dengan kejahatannya lebih baik daripada orang beriman yang tak bercampur dan tak mampu bersabar dengan kejahatan orang.’

Rasulullah SAW sebutkan,
- Orang beriman terbaik itu dia boleh bercampur, dan boleh bersabar dengan kejahatan orang.
- Orang beriman tak boleh sabar dengan orang.

Syeikh Abdul Qadir bagi syarat yang lan,
Kamu nak uzlah, kamu perlu seorang kawan yang membantu kamu.

Manusia kebiasaan (ghalib) bersendirian satu azab.

Tuan-tuan mampu bersendirian satu hari?

“Ustaz saya sendirian sorang-sorang sehari, migrain kepala..”

Ramai mana orang cerita kebosanan dia duduk seorang. Dia tak kuat.
Rasa nak gila, walau duduk rumah mewah.
Walau rumah penuh makanan hiburan.
Dia jenis tak boleh duduk sorang.

Dia lemah daripada sudut jiwa dia.
Dan sebagainya. 

Maka dia perlu ada satu teman menguatkan dirinya, kena ada seseorang.

Orang yang kuat boleh duduk seorang, dia tau banyak benda dia nak buat.

Kalau orang kata,
“Awak boleh duduk seminggu sorang?”

Dia kata,
“Boleh.
Sebulan pun boleh.”

“Saya boleh tak jumpa orang sebab saya tau apa saya nak buat.
Apa saya nak lakukan.”

Ini orang-orang yang kuat.

Tetapi apa pun dalam tindakan kita, kita melihat apa yang lebih baik.
Bukan bagaimana kita boleh buat.
Kita cerita bagaimana kita patut dan mesti buat. Bukan bagaimana kita boleh buat.

Kalau ikut kita, 
“Saya nak buat macam ni.”

Betul. Tapi daripada segi hukum syarak bagaimana?
Ita letak syarak di depan.

Allah berfirman,
“Wahai orang beriman.. jangan kamu utamakan hawa nafsu kamu, lebih daripada Allah dan Rasul.”

Kita ikut mana pun,
- Allah dulu
- Rasul dulu

Walaupun saya kata,
“Saya boleh buat. Buat itu ini.
Saya ikut saya. Saya boleh pukul semua orang!”

“Itu ikut awak..
Tapi ikut syariat?
Jangan pukul..”

“Saya kalau ikut saya, saya boleh marah semua orang.”

“Itu ikut awak..
Ikut syariat?”

“Saya kalau ikut saya, saya nak dendam dengan semua orang!”

“Itu ikut awak.. ikut syariat?”

“Ustaz kalau ikut saya, saya nak kedekut dengan semua orang!”

“Itu ikut awak.. kalau ikut syariat?”

Maka di sini kita faham, kita kalau hidup ikut kita, kita takkan dapat apa pun faedah. 
Cuma kita dapat puaskan diri kita.

Memuaskan diri, orang yang hidup puaskan diri akhirnya dia tak puas.

Ramai kata, “Yang penting saya puas hati!”

Tuan-tuan, kita takkan puas hati.
Takda satu pun amalan menjadikan kita puas hati buat itu. Puas hati buat ini.
Tapi amalan yang mengikut syarak itu menjadikan kita puas hati, redha.

Ramai orang,
“Yang penting saya puas hati Ustaz.”

“Dia langgar saya, saya langgar dia balik!
Puas hati saya.”

Takkan puas, itu mainan nafsu.
Nafsu ajar buah puas.

“Puas saya.”

“Dia fitnah saya?!
Saya fitnah dia balik. Puas hati saya!”

Nak puas macam mana? Cuba terjemah makna puas tadi dengan betul.

“Ustaz dia buat saya macam itu dan ini, saya tinggalkan dia.
Puas hati saya.”

Puas macam mana?
Kalau kita bercakap tentang puas hati, sifat hati tak pernah puas.
Dan setiap orang bercakap begitu dia akan menyesal dengan apa dibuat.

Dia marah isteri, dia pun tinggalkan rumah.
Dah 4 bulan tak balik.
Dia takkan dapat apa diidamkan.

Seorang isteri marah suami, dia lari.
“Puas hati saya!
Saya lari dan duduk rumah sekian-sekian.”

Orang yang cara hidup puas hati, kita nak telusuri hidup orang ini, 
Betul ke dia puas hati?
Orang-orang yang bertindak dengan hawa nafsu, 
Dan tidak bertindak secara neraca syarak.
Lalu dia bercakap tentang puas hati dia?
Kita nak lihat di mana puas hati dia?

Melainkan ini ucapan-ucapan palsu dibisikkan Syaitan padanya.
Walhal nafsunya tak pernah puas, dan dia akan menyesal dengan apa dilakukan.

Kita diajarkan bila buat sesuatu berdasarkan hukum.
Walau tak puas hati tapi dah hukum kata begitu maka saya buat.
Kelak kamu akan redha dengan hukum-hakam tersebut.

Sebab setiap hukum hakam ada kebaikan, keberkatan daripada Allah.

Yang Allah kata,
“Allah berkati padanya.”

Semua benda.

Bila kita dapat suatu kita tak suka, lalu kita redha lalu kita sabar.
Last sekali kita rasa seronok.

Kita tengok ibadat puasa, betul-betul menyalahi nafsu kita 
Nafsu makan,
Nafsu minum.
Nafsu jalan kita semua terhenti dengan sebab puasa.

Bulan puasa pun kita tak jalan jauh sebab tak boleh makan.
Nak berziarah pun tak boleh makan!

Sebab makanan berkait banyak benda.

Tuan-tuan jalan-jalan dan tak boleh makan, suka jalan?
Tak.
Tak sempurna jalan kalau tak makan.

Tuan-tuan ziarah orang, takda makan.
Rasa sempurna tak ziarah?
Tak sempurna..

Sebab itu bulan Ramadan takda orang berziarah sangat, sebab takda makan.
Makanan ni ia melengkapkan banyak tujuan manusia.
Banyak.

- Kawan-kawan bertandang, kita letak makanan
- Bermusafir, ada makanan
- Bermesyuarat, ada makanan
- Lepas kuliah ada makanan lagi.

Makanan melengkapkan aktiviti kita.

Tengah meeting, minum, makan sikit.
Tengah ziarah, air pelengkap. Kalau duduk lama tak datang jumpa air.. nanti keluar sumpah-seranah, kena marah dia (tuan rumah).

Itu pelengkap.

Tiba-tiba datang Ramadan, 
Seolah ia ganggu perjalanan hawa nafsu, keinginan kita.
Tapi lihat apa berlaku selepas Ramadan?
Kita tenang, bahagia dengan ibadat.

Manusia jiwanya tenang, jinak dengan ibadat.
Kalau dengan nafsu, sekejap je. Orang yang cakap puas hati dengan melanggar hukum syarak, sekejap je. 
Dia akan menyesal.

Orang yang kata puas hati melakukan dengan mengikut syahwat, nafsu.
Sebab itu kita jangan guna kaedah tu, ikut puas hati.
Dan jangan takut orang yang ikut puas hati, kita bercakap soal hukum.

Dia nak ikut puas hati,
Tak kiralah. Silakan.
Kita yakin siapa dapat dokongan, sokongan dalam tindakan.

- Saya bertindak berdasarkan hukum syarak
- Dan seorang nak buat ikut puas hati, maka silakan.

Kalau segala peringatan ini tak boleh beri manfaat,
Maka kamu rasai sendiri akibat tindakan.
Ini adalah wahyu Syaitan kepada manusia yang lemah iman bila bercakap soal puas hati.

Nak cakap puas hati? Biar ikut syarak –
- Dapat tolong dia, puas hati saya
- Puas hati saya, dapat khidmat Mak Ayah saya sampai mati..
Takpa. Awak cakap puas hati dengan ruh syariat.

Tapi kalau cakap puas hati dengan kejijikan hawa nafsu?
Awak akan nampak akibatnya.

 
PERIHAL MURID 

Kata Syeikh Abdul Qadir,
“Sang Murid mengambil daripada Allah.
Sang Arif ambil daripada manusia. 
Kerana Si Arif itu adalah orang yang utama, pengganti Raja yang mengambil daripada manusia untuk orang ramai, dan dulangnya ada pada Raja di hadapannya dan daripada belakang pintu hijab, syahwat di bawah tumit Raja dan manusia sekalian di bawah kakinya.”

Ini satu taswil, tasybih.

Nama Murid, 
Orang yang masih terikat dengan 
- Ilmu
- Nasihat
- Seliaan
- Pengawasan

Itu disebut Murid.

Dalam istilah mudah, kalau tuan-tuan faham -
Budak sekolah yang nama dia murid.

Dia dalam pengawasan, keluar masuk. Apa patut dia belajar.
Dia taak boleh ditentukan apa dia belajar apa.

“Ustaz boleh tak ajar saya ilmu ini, ini.”

“Tak.”

Awak nama murid, saya yang akan tentukan awak belajar apa.

“Ustaz boleh tak baca 8 helai?
Ustaz baca sikit sangat, lambat katam!”

“Awak nama Murid, saya yang akan tentukan berapa helai saya baca.”

Beza, Murid dia nak sesuatu pada Gurunya – Gurunya akan tentukan.

Dia boleh cakap.

“Ustaz, saya nak belajar ilmu agama.”

“Ok.”

“Ustaz boleh tak saya nak belajar ilmu tafsir dulu.”

“Gurunya yang akan tentukan.”

“Tak.
Awak kena belajar ilmu Tauhid dulu.
Kenal diri, kenal Pencipta.”

“Awak kena belajar ilmu Tasawuf, Fekah dulu.”

Whatever
Apa diputuskan Gurunya.
Ini nama Murid.

Kita Murid, kita boleh cadang,

“Ustaz boleh tak baca kitab ini dan itu.”

Boleh.
“Ustaz, kitab Ustaz pun dah nak katam.
Boleh tak baca kitab lain, Tajul Muluk ke. 
sekian-sekian.”

Yang kita rasa seronok.
Talbis Iblis ke.
Atau Ihya Ulumuddin.”

Atau sekian kitab.
Dalam bab Tasawuf, hati, kejiwaan.
Ilmu ghaib sebagainya.

Tuan-tuan boleh cadang, tapi Guru kita tau apa kita perlu
Dia tau
- Level
- Keperluan kita berdasarkan pengalaman kita dengan dia.

Kita nak bercakap tentang Sang Murid,
Kata Syeikh Abdul Qadir,

Sang Murid kena ambil dengan Allah
Sang Arif dia kena ambil dengan manusia

Sang Murid – orang yang sedang memperbaiki jiwa, sedang bertawakal
Sedang mengukuhkan iman.

Maka setiap sesuatu dia mesti mintak dengan Allah.

Orang ini tak mampu gabung antara musabab dan musabib.
Akhirnya kebergantungannya pada sebab lebih kuat daripada Allah

- Sebab dia tolong saya, saya senang!

Tak.. Allah.
Tapi ia agak sukar untuk mencapai hakikat tadi sebab imannya belum kuat.

Kita waktu sakit, tengok Panadol
Dah biasa demam, sakit, Panadol ni buat saya baik.

Di sini kita nak didik diri, 

Saya sekarang sakit, demam, batuk, pening kepala.
Saya tengok Panadol.

“Kalau makan Panadol, saya akan sembuh.”

Tapi saya ingat balik yang sembuhkan saya Allah
Maka latihan saya pada diri, saya taknak ambil.

Kerana apa?
Selagi saya tak kuat memahami penyebab itu Allah, lebih saya ingat Panadol ini maka ini akan merosakkan akidah saya!

Kerana itu saya memilih bersabar sehingga Allah sembuhkan saya.

“Alhamdulillah saya sembuh tanpa ambil Panadol.”

Tapi kalau Allah Taala nak tegur dia.
Dia tau, pening – ambil Panadol dan baik.
Tiba-tiba tak baik?
Maka ia satu pelajaran.
Ubat bukan apa kita fikirkan ia ubat. Ia hanya ikhtiar, sebab-musabab.
Tapi Musabib itu, Allah.

Sebab itu Nabi Allah Ibrahim a.s letak kefahaman ini daripada awal.

“Kalau aku sakit, Allah sembuhkan.”

Umpama, kita lapar.
Jawapan kepada lapar, 
Saya makan dan saya kenyang.

Ini antara sebab-musabab pernah kita terangkan dulu.

Apakah sebab itu lebih kuat kita pegang daripada Allah yang mengenyangkan kita?
Kalau kita rasa tak,
Saya makan sebagai ikhtiar, yang beri kenyang itu Allah.

“Tapi Ustaz kalau tak makan, memang lapar punya!”

Ye ke tak makan lapar?

Contoh: Pengalaman puasa, pagi-pagi, lapar?
Lapar.
Kita pun tahan.

Masuk tengah hari, lapar?
Tak. Tahan lapar.
Sampai Maghrib.

Tengah azan Maghrib dia goreng mee lagi, rasa gagah.
Masalah juga, dah azan, berbukalah.
Walau rasa kuat.

Tak boleh ikut lemah atau kuat, tapi ikut syariat.

Kita tak boleh ikut lemah dan kuat kita, tapi ikut syariat.

Sebab itu ada orang bila dah azan Maghrib, dia goreng mee lagi.
Dia kata,

“Kejaplah..”

“Marilah berbuka, makan kurma..”

“Takpa, saya lewat sikit takpa.
Saya okay.”

Bukan masalah okay, tapi syariat!
Dia kata dia okay?
Dia lupa bahawa, sebagaimana dia mampu tahan tadi kerana syariat,
Dia juga perlu berbuka kerana syariat.

Kata Nabi SAW,
“Sentiasalah umatku dalam kebaikan selagimana mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Dan bilamana kita nak berbuka puasa, kita diajar ikut syariat.
Lapar sangat, 

“Mana boleh Ustaz.. kita biasa makan baryani terus.”

“Tak, makan kurma je.
Lepas tu kita solat dulu.”

“Solat dulu?
Kalau Ustaz baca Surah al-Baqarah, kan panjang?”

Tapi kita cuba buat.
Macam ok.
Dah makan kurma, sembahyang Maghrib pun lebih relax.

Contoh..

Kita nak fahamkan tentang sebab-musabab tadi.
Yang kita kata sebab-musabab tadi tak semesti bertindak begitu.

Sebab itu Syeikh Abdul Qadir sebut, 
Murid yang lemah iman, dia kena ambil daripada Allah – bimbang dia lihat pada sebab-musabab, dia lemah.

TETAPI orang Arif, 
Dia boleh ambil sebab itu, dia tau itu cuma alat, ikhtiar.

Dia tau masuk sekolah itu cuma alat pandai.
Tapi dia juga tau tak masuk sekolah pun boleh pandai.
Dia tau.

Orang kalau dia belajar bisnes, dia pandai bisnes.
Kalau tak belajar?
Dia pandai juga!

Ramai mana orang-orang kaya bukan keluaran bisnes, 
Tidak keluaran universiti atau sekolah.
Kalau kita senaraikan jutawan Malaysia, ramai jenis tak sekolah.

Kita bukan nak kata dia hebat.
Tapi ktia nak lihat pada sebab-musabab dan bagaimana Allah yang tentukan.

Allah bukan nak tunjuk orang ini hebat, Allah nak tunjukkan kuasa Allah.

- Ada orang cerdik, dan tak berapa cerdik
- Ada orang kaya, dan tak berapa kaya

Bukan nak tunjuk dia hebat, orang tu takda apa. Tapi ALLAH.
- Dalam hukum syariat
- Sunnatullah

Kita tengok orang ni dah berlanggar 8 kali, takda apa
Hari tu terbabas lori, ok selamat dia
Baru ni terbabas basikal, selamat

Baru ni dia terbabas berjalan, asyik terbabas dia.
Tapi dia asyik terselamat, orang kata dia hero.
Supernatural!

Yang ni pulak, sikit accident, terus mati!
Mati, langgar tiang rumah, mati!
Misalnya.

Yang ini langgar macam-macam tak mati!

Bukan orang ini hebat atau tak hebat, tapi lihat bagaimana Allah jadikan sebab-musabab. Tidak bersifat mutlak!

Ada orang kena tumbuk, tak mati.
Ada orang kena tumbuk, mati.
Ada kena tumbuk bertubi-tubi, tak mati dia!

Ada satu sejarah hukuman mati.
Dengan skuad penembak.
Seorang itu dijatuhkan mahkamah hukuman mati maka ada skuad penembak.
Empat, lima orang.

Skuad penembak itu bersedia dan lepaskan tembakan.
Habis peluru, orang itu tak mati.
Dia satu-satunya tak mati,
Dia dirawat di hospital tapi masih bernyawa, walau cacat sana sini tapi dia hidup.

Allah nak tunjuk bukan orang kena tembak tu hebat tapi bagaimana perjalanan sunnatullah.

Jadi ketepikan pandangan kita, bila kita nampak seorang itu lebih. 
Dia hebat?
Bukan.

Ia bagaimana percaturan Allah.

Ada orang tak masuk sekolah berjaya jadi multi-millionaire.
Billionaire.

Ada orang keluar, Profesor bidang bisnes.
Tapi berapa kali kena scam?
Dia Profesor bidang bisnes, dan dia pun tak berjaya bisnes.

Bukan dia tak hebat. Tapi lihat perjalanan sebab-musabab yang Allah jadikan.

Sebab itu Syeikh Abdul Qadir kata,
Murid ini ambil daripada Allah – 

Maksud: Dalam mengambil sesuatu dia kena faham, bahawa ini Allah bagi.
Tetapi orang Arif boleh mengambil daripada manusia sebab dia cukup memahami sebab-musabab.

Dia Arif, dia kenal.
Maka segala benda yang berada di hadapannya, berada di bawah tumit kaki, dan di bawah syahwatnya.
- Semua dalam kendaliannya

Kalau dia makan ubat, dia tau ubat bukan menyembuhkan dia.
Tapi Allah.

Ini orang Arif.

Sebab itu kita bila berhadapan anak-anak kita, anak-anak makan kenyang.

“Abang makan kenyang, Allah yang kenyangkan Abang.”

Ajarkan dia begitu.

Anak-anak mesti dididik dengan jiwa murid tadi,
Walau kita mati dia anak tak putus asa – sebab dia tau Allah yang bagi.

Ini yang disebutkan seorang wanita solehah,
Yang memberi kami makan, suami itu dah mati
Tapi Dia yang memberi kami rezeki, tak mati.
Dia beri rezeki kepada suami saya, saya dan anak-anak saya.

- Ini menjadikan penyampai berita kematian suami ini teruja melihatkan wanita yang anak ramai, dapat pulak berita kematian suami

- Dia bimbang nak sampaikan berita, kondisi anak ramai dan dia tak bekerja 

- Ternyata wanita ini terdidik dengan suaminya dengan baik

Wanita itu kata,
“Iya benar. Yang memberi kami makan sudah mati.
Tapi yang memberi rezeki kepada suamiku, diriku dan anak-anakku tak mati.”

Kekal akidah dia.
Kekal kekuatan ilmu dia.

Bayangkan kalau kita tak ajarkan begitu?
Semua jadi putus asa.

Mati orang diharapkan,
“Habis dah saya Ustaz.. Siapa lagi boleh tolong saya?”

Ini ucapan syirik.
Kita sentiasa diajar, yang membantu menolong kita ialah Allah.
Dalam semua keadaan, Allah.

Kita ada nama-nama Allah yang agung, berdoa kepadaNya.

Kadang-kadang kita belum berdoa, baru niat nak berdoa, Allah dah makbulkan.
Maka ini menunjukkan Allah itu
- Ada
- Allah yang sempurnakan kita

Kalau kita cita-citakan manusia menyempurnakan hak kita, takkan pernah sempurna.

Kalau kita ingin manusia cintakan kita dengan cara dia, kita takkan dapat cinta yang kita harapkan.
Haraplah cinta Allah. Atas nama cinta Allah maka datang cinta manusia.

Tapi kalau kita nak macam tu.. jangan sembang je

“Ustaz saya takpalah tak harap cinta orang. Cinta Allah!”

Apa maksud cinta Allah
- Memahami peraturanNya
- Muamalah dengan orang secara hukum.
MAKA KAMU AKAN DAPAT CINTA ALLAH

Muamalah secara hukum.

Jangan isteri kata,
“Saya tak harap cinta Abang. Cinta Allah je.”

Lepas tu lari rumah?
Cinta Allah macam mana?
Awak nusyuz berdosa besar
Dan awak berpura-pura cinta Allah?
Awak tak ikut hukumNya.

Kalau betul mencari cinta Allah, patuhi peraturanNya.

Seorang suami juga macam tu,
“Saya tak harap lagi cinta awak, saya harap cinta Allah.”

Kemudian dia abai isteri secara nafkah dan sebagainya?
Lalu dia kata cinta Allah?

Dia takkan dapat.

Seorang nisbahkan sesuatu kepada Allah, ingat.
- Ada ilmu perlu difaham
- Ada pengorbanan perlu dijalankan
- Ada hawa nafsu perlu ditundukkan
- Bahkan keinginan dia sendiri

Keinginan tidur, makan, berbalah bergaduh, semua ditundukkan.

Cinta Allah takkan diperolehi dengan menyalahi hukum dan syariat.
Melainkan orang itu dakwa palsu.

Dia dakwa cinta Allah, Subuh tak sembahyang.
Penyelesaiannya bukan cara yang Allah ajar.

Kita dalam rumahtangga penyelesaian bukan cara Allah ajar, maka kita takkan dapat cinta Allah.

Allah takkan menyebelahi kita kalau penyelesaian kita secara hawa nafsu.
Penyelesaian kita dalam persoalan silaturahim,
Dalam kemasyarakatan dan semua benda.

Kalau seorang memilih cinta Allah maka selesaikan mengikut hukum Allah.

Kita bab harta pusaka, selesaikan secara hukum Allah maka dengan cara itu datang cinta Allah pada kita.

Tapi orang yang dakwa cinta Allah tapi penyelesaiannya ikut hawa nafsu, tapi cuma berkata omongan kosong –
‘Saya memburu cinta Allah’

Mana mungkin?

Sebagaimana kata Imam Shafie,
Mengharapkan cinta pada Allah tapi tak mentaatiNya..?

Kamu lawan, lalu kamu kata ini cinta Allah?
Prosedur tak ikut, cara nak dapat cinta Allah.

Kita bezakan tadi antara Murid dan Arif
- Murid, semua datang daripada Allah
- Orang Arif, bukan mereka tak diingatkan dengan Allah tapi mereka sudah kenal, sudah faham

Segala sesuatu dengan izin, takdir Allah.
Walau di hadapannya segala sebab-musabab,
Lemah atau kuat maka dia tak nampak – atas asas lemah atau kuatnya sebab-musabab tapi atas kebijaksanaan Allah dalam mentakdirkannya.

Sebagaimana kita contohkan, seorang selamat daripada accident dan ini tak selamat?

Bukan orang tu hebat.
Ini Allah nak beritahu sunnatullah pada kita.

Bila Allah datangkan malapetaka, ada orang yang Allah nak selamatkan.
Bukan nak angkat dia sebagai ‘Hero’ dalam filem.

Ini istilah karut-marut dimainkan dalam sentimen filem.
Realiti dalam dunia takda istilah hero, yang ada, hamba Allah.

Nak kata hero yang selamat semua benda, siapa manusia selamat semua benda sedangkan tak boleh selamat daripada kematian?

Walau mungkin selamat daripada mati ditembak musuh – mati sebab lain
Selamat daripada pergaduhan tapi tak selamat dalam hal lain.

Kadang-kadang sebab paling aman, kita boleh mati.
Duduk di rumah.
Tapi boleh mati dalam rumah.

Bukan duduk di medan perang, konflik.
Dia duduk di rumah,
Aircond terbuka,
Nyaman terbuka,

Hygiene, makanan berlambak dan dia jatuh mati.

Dalam keadaan dia buat benda paling aman untuk hidup, ketika makan.
Manusia ketika dia makan, dia rasa umur dia panjang.

Sebab itu tak boleh makan, rasa umur pendek.
Bila boleh makan, rasa umur panjang.

Waktu paling aman, waktu makan pun boleh mati.
Waktu seorang bersama dengan isteri, dia tak fikir mati sebab keseronokan bersama.
Tapi waktu tu pun boleh mati.

Maka di situ kita faham takda istilah hero. 
Yang ada adalah istilah hamba Allah yang taat, ataupun hamba Allah yang melakukan maksiat.

Berjayalah hamba Allah yang taat dengan anugerah Syurga dan redhaNya.
Dan kecewalah hamba Allah yang buat maksiat dengan dosa, dan NerakaNya.

No comments: