Majlis 40: Mengasak Diri Dengan Ilmu-Ilmu Agama
''Dera syahwatmu bila dia memberontak'' bahagian 1 (M.S 313)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
14 Disember 2021
Syahawat ialah sesuatu yang kita ingini dalam hidup.
Aal Iimran:14; syahawat manusia cinta pada perempuan, anak, harta, kenderaan, binatang ternakan, dan ladang-ladang. Semua bersifat sementara dan akan ditinggalkan.
Syahawat jika tidak dipenuhi maka akan terganggu diri. Akan disalahkan orang di sekeliling serta tidak akan salahkan diri sendiri. Dia hanya membinasakan diri sendiri.
Jika salah diri apabila perkara yang tidak diingini dinamakan muhasabah.
Asal hukum syahawat ialah harus. Namun perlu diambil ikut hukum supaya terselamat daripada binasa.
Apabila hendak ikut syahawat:
1. Ikut syara'.
2. Jangan melampau.
3. Tahu akibat ikut syahawat.
Maryam: 59; Para nabi dan rasul diutus untuk mengajar umat mereka kawal syahawat.
Apabila didirikan solat maka boleh kawal syahawat. Perlu diikat syahawat dengan solat.
Antara sebab syahawat menjadi haram kerana aktiviti sendiri atau sebab aktiviti yang melalaikan solat.
Jangan ambil syahawat secara melampau (israf) sehingga ibadah terganggu. Badan tidak mampu untuk penuhi syahawat yang banyak.
Segala-galanya telah disediakan di akhirat. Maka tidak perlu berlebihan dalam memenuhi syahawat.
Apabila ambil syahawat secara melampau atau berlebihan:
1. Berlaku kerosakan.
2. Nikmat akan hilang.
3. Berlaku kelalaian (ghaflah).
Belajar kawal syahawat:
1. Berlapar terutama berpuasa.
2. Bersederhana dalam kehidupan.
3. Rasa takut akibat berlaku.
4. Banyakkan istighfar.
(Hadis) Buat perkara-perkara sunat ikut kemampuan.
Jika tidak mampu buat satu ibadah maka buat sesuatu yang seumpama dengannya. Contoh beri makan kepada orang berpuasa.
Semua makhluk yang dijadikan telah ditetapkan takdir.
Berdamai dengan takdir:
1. Tingkatkan kekuatan iman.
2. Mujahadah melawan nafsu.
3. Sentiasa lakukan istiqarah.
Istiqarah bukan sekadar menerima yang terbaik, adakala istiqarah supaya dapat menerima takdir Allah SWT.
Umumnya takdir Allah SWT terlalu berat jika tidak mengikut kehendak sehingga berputus asa atau terlalu ringan jika mengikut kehendak sehingga lalai mengingatiNya.
No comments:
Post a Comment