Majlis 62 Perihal Liku-Liku Tauhid
"Kategori Makhluk" bahagian 1 (M.S 654)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
13 Mei 2023 | 22 Syawal 1444H
Bila kita melihat secara umum makhluk Allah SWT yang diperintahkan melakukan ibadat:
1. Taklif
2. Tasyrif
Kita tau bahawa perintah Allah ini waima –
i. Taklif – melakukan atau meninggalkannya, ada pahala dan dosa.
ii. Tasyrif – perintah Allah itu memuliakannya, tak dikira pahala atau dosa
Umpama,
Para Malaikat beribadat, bila para Malaikat beribadat
- Takda pahala;
- Takda dosa
Ertinya, Malaikat yang mentaati Allah itu kerana Allah muliakannya, dengan rukuk, sujud dan sebagainya. Kerana Malaikat kita tak sebut makhluk Allah yang mukallaf, tapi Malaikat, makhluk Allah yang dimuliakan.
Kita manusia dan jin, makhluk mukallaf.
Kita akan masuk Syurga atau Neraka.
Malaikat tak masuk Syurga atau Neraka.
Tetapi apa dilakukan Malaikat, kemuliaan. Maka ini kita sebut perintah Allah, ada yang disebut:
- Taklif
- Tasyrif
1. MALAIKAT
Makhluk Allah yang semuanya baik.
Tidak ada lelaki dan tidak ada perempuan.
Tidak berjantina.
Tidak pondan.
Sentiasa beribadat kepada Allah,
Tidak pernah penat.
Tidak bernafsu, cuma ada akal.
Diciptakan daripada cahaya.
Sentiasa melaksanakan perintah Allah, tanpa tangguhan.
Tanpa beralasan. Tanpa sebarang keuzuran.
Mereka diciptakan bagi mentaati Allah, sebagai kemuliaan para Malaikat a.s
Jumlahnya juga maklum, makhluk Allah paling ramai sekali, para Malaikat.
Bahkan para Malaikat ini lebih banyak daripada debu-debu di pantai,
Jauh lebih banyak daripada mana-mana makhluk Allah hatta semut atau ikan yang banyak di lautan dan daratan.
Malaikat jauh mengatasi jumlah mereka.
Ini MALAIKAT.
Sama ada Malaikat itu yang berada di
- Langit
- Bumi
- Arasy
- Batang tubuh manusia
Sebagaimana Allah sebutkan dalam al-Quran,
‘Malaikat penulis-penulis yang berada di samping kamu, yang mengetahui apa yang kamu lakukan.’
‘Tidak ada lafaz dikeluarkan di sisi manusia melainkan ada Rakib dan Atid.’
Ini Malaikat, maklum.
2. SYAITAN
Syaitan, daripada perkataan,
‘Syatuna’ – atau ‘Syatoo’
Apa maksud? - yang jauh daripada petunjuk Allah, tinggalkan petunjuk Allah.
Syaitan, makhluk yang sentiasa tinggalkan perintah Allah.
Tak pernah buat walau sekali.
Namanya Syaitan, semua jahat.
Kenapa tak sebut jin?
Jin ada baik, ada jahat.
Dan Syaitan daripada kategori jin yang jahat semuanya.
Dan kalau kita lihat misi Syaitan ialah masukkan manusia ke dalam Neraka. Syaitan menjadi tentera-tentera Iblis.
Adapun jin, dia seperti manusia.
Ada baik, ada jahat.
Tapi kenapa Syeikh Abdul Qadir tak sebut tentang jin?
Kerana kita tak perlu bicara tentang jin walau ia ada dalam kehidupan kita, ia tak pengaruhi kita secara total.
Ia (jin) tak pengaruhi agama kita.
Yang kita bercakap tentangjenis-jenis Syaitan sebab ia pengaruhi agama kita.
Tapi jin jenis kita tidur dia tindah, ia tak pengaruhi agama bahkan kuatkan agama.
Makin rajin baca Ayatul Kursi.
Jenis macam tu, takda masalah.
Jin jenis bunyi dekat rumah, asalnya rumah bukak lagu, tapi sebab jin macam tu akhir hari raya pun kita buka al-Quran.
Jin macam ni tak kurangkan agama kita.
Kita bercakap tentang jin yang kurangkan / rosakkan agama kita namanya Syaitan.
Setakat jin alih pinggan mangkuk di rumah, alih sekian – ia tak mudaratkan agama malah makin kuat agama. Makin rajin baca al-Quran.
Kita bercakap tentang jin bernama SYAITAN.
Sedar tak sedar kita makin jauh daripada Allah, tanpa kita merasakannya.
Sedar tak sedar kita musuhi orang-orang baik tanpa kita merasakannya.
Syaitan ini yang kita maksudkan.
Misinya, memasukkan manusia dalam Neraka,
Menyesatkan manusia daripada jalan Allah.
Ini bicara kita tentang Syaitan. ‘Jahat belaka’ – kata Syeikh Abdul Qadir.
3. MANUSIA
Ada baik, ada jahat
- Yang baik, kategori Malaikat
- Yang jahat, kategori Syaitan
Ini disebut Allah dalam al-Quran,
“Jin dan Syaitan manusia.”
- yang menyesatkan, melakukan maksiat, dan pelanggaran.
Kadang-kala kita dihasut oleh
- Syaitan
- Manusia berpewatakan Syaitan yang melakukan kejahatan.
Selepas Syeikh Abdul Qadir membahagikan jenis-jenis makhluk Allah, kata beliau:
‘Wahai kaum (orang Islam), Islam perlu pertolongan kamu. Islam sedang menangis perlukan pertolongan kamu agar Islam ini sentiasa dijaga.’
Allah turunkan Islam,
Dan Allah Taala jadikan permulaannya disebarkan Nabi-nabi dan RasulNya
Sehingga datang Nabi dan Rasul penyudah, Nabi Muhammad SAW.
Kerja Rasulullah SAW 24 jam,
Jaga islam,
Tegakkan Islam,
Sebar dan bercerita, bercakap tentang Islam.
Rasulullah SAW tak dibenarkan bercakap tentang lain.
Percakapan Rasulullah SAW tentang Islam (tunduk pada Allah) -
- Rumahtangga
- Ekonomi
- Politik
- Sosial
- Berhibur
- Bersendiri
- Berkumpulan
Rasulullah SAW bercakap tentang Islam.
Maka agama Islam ini bila Rasulullah SAW wafat, ia akan dijaga orang beriman.
Sehingga dinamakan orang beriman sebagai orang Islam.
- Nisbah pada Islam kerana menjaganya, bukan nisbah pada Islam hanya berbangga dengan namanya.
Orang nama Islam, automatik dia
- Duta Islam
- Hujah pada manusia
- Sebab petunjuk / hidayah semua orang
Orang kafir membenci Islam, hatta mana-mana individu yang kelihatan lagha.
Sehingga kita lihat gerakan membunuh Islam, bukan hanya yang pergi masjid.
Orang Bosnia, sebelum peperangan tahun 90-an, mereka minum arak persis orang kafir.
Mereka tetap bencikan dan dibunuh.
Dihalau negeri.
Sehingga datang kesedaran jihad, umat Islam jaga diri.
Sehingga datang kesedaran Islam, kita orang Islam macam mana pun, orang kafir akan benci
- Islam jenis bertatu, tak sembahyang?
- Orang kafir tetap melihat kita sebagai Islam untuk memusuhi, melalui perancangan jahat Syaitan
Akhir orang Islam terus jadi mangsa,
Kata Nabi SAW,
“Hampir waktunya kamu jadi sasaran seluruh umat, sebagaimana sasaran orang yang makan dengan pinggan dan dulang.”
- Orang Islam bak makanan dalam dulang, ditunggu masa nak diratah
Umat Islam di China, India, di Eropah
Ditindas.
Atas nama orang Islam akan berlaku kezaliman pada orang Islam.
Dan takda dinafikan hak melainkan Islam
- Hak beragama
- Hak bercakap
- Hak sekian di kebanyakan negara.
Syeikh kata,
Di antara tanggungjawab kita orang Islam
- Jaga Islam
- Sebar Islam
- Elak Islam daripada ahli bid’ah dan yang tak pedulikan Islam
Tugas kita,
Allah sebutkan dalam Al-Quran,
“Agama diterima oleh Allah hanya Islam.”
Dan bila Allah menyatakan: “Siapa yang mencari selain Islam, Tuhan takkan terima. Dan dia hari Akhirat menjadi di kalangan orang yang rugi.”
Syeikh kata,
Islam yang kita perlu sentiasa berkhidmat padanya.
Semua warganegara perlu fikir apa sumbangannya pada negara.
Tapi lebih tinggi,
‘ apa sumbanganmu pada Islam ?’
Sumbangan pada negara, habis di sini dan berkesudahan negara hancur.
Sumbangan pada Islam, di sini dan di Akhirat.
Tiga (3) soalan penting di kubur:
1. Apa agamamu
Kata Ulama, apa sumbanganmu pada agama?
Kalau tanya agama, maklum.
Tak mungkin pertanyaan nak tau status agama kita?
Malaikat tak tanya benda basic dijawab, tapi ada makna sebaliknya
- Sejauh mana kamu tunduk pada Islam
- Sejauh mana sumbangan pada Islam?
Kalau sehari-hari kita tak fikir sumbangan pada Islam,
Orang beriman fikir setiap hari.
Apa kita buat.
Kalau setiap hari fikir perut kita dan segala perancangan dunia, sedang itu semua binasa.
Nabi SAW fikir Islam.
Jumpa orang je, diajak masuk Islam.
Nabi SAW takkan conar banyak.
‘Masuk Islam kamu selamat.’
‘Islamlah kamu.’
‘Kamu Islam, kamu dapat dua.
Islam kamu dan Islam rakyatmu.’
Itu dilakukan Nabi SAW,
Kita juga perlu ada watak ini, watak berfikir
- Apa saya lakukan untuk Islam, agama saya
Kita pelajari
Memahami
Menyebar
Menjaga, memelihara.
1. Kita orang Islam kena belajar, apa itu Islam?
Belajar bukan belajar biasa, tapi faham.
Belajar bukan untuk sijil tapi faham.
2. Faham untuk mengamalkan,
3. Amal untuk sebar
4. Saya mempertahankannya.
Slogan mempertahankan Islam itu perlu jadi slogan semua.
Kita dalam rumahtangga, kena pastikan Islam terjaga dalam rumah
Anak tau halal haram, dosa pahala
Aurat, solat.
“Jangan kamu mati melainkan dalam Islam.”
Ini jadi wasiat.
“Ketikamana Allah berfirman kepada Ibrahim: Islamlah (tunduklah) kamu.
Ibrahim berkata,
Malah aku tunduk.
- Tunduk pada perintah, larangan Allah.
Ini orang Islam, peranannya,
Bertanggungjawab pada agama
Jadi duta.
Syeikh kata,
Keras hati kamu, anjing lebih baik daripada kamu.
Anjing diberi makan, dia setia, tunduk faham arahan.
Syeikh kata, kamu lebih teruk daripada anjing.
Dah diberi nikmat tapi masih takna tunduk pada Allah, pada batasan Allah.
Ini disebut kufur nikmat.
Allah berkata dalam al-Quran,
“Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengubah nikmat Allah jadi kufur, menjadikan negeri mereka kebinasaan.”
- Kata Allah di kalanga manusia dengan nikmat diberi, kufur pada Allah
‘kufur’ – kalimah melayakkan empunya ke Neraka, bersifat kekal atau tidak.
Membawa ke Neraka.
Para Ulama menyebut kategori kufur.
Ada disebut sebagai:
1. Kufur besar – keluar dari agama Islam (kufra akbar)
2. Kufur kecil – dia tak pindah orang keluar daripada agama tetapi dia membawa pelakuannya / menjadi ahli Neraka bersama orang kafir dalam Neraka.
Kufur besar ada enam (6) kategori:
i. Kufur ingkar – dia tak akui dengan hati dan lidah akan kebenaran Islam.
ii. Kufur juhud (orang yang juga memberi maksud menolak). Dia dengan hatinya percaya tetapi dengan lidahnya dia menolak seperti Firaun.
Firaun percaya Musa a.s itu Rasul, dia percaya.
Dia beriman tapi lidahnya taknak sebut dengan ego, dan jawatan dia ada.
Hati dia percaya.
Abu Jahal, misal kata – ataupun ada orang yang mengakui kebenaran Islam. Tapi lidahnya taknak sebut.
iii. Kufur sombong – Iblis, dia tau betul. Dia tau dia buat salah tapi tetap meneruskannya. Bayangkan Iblis dah bersama Malaikat dan dah tengok Malaikat, berkumpul secara fizikal dan bersembang secara fizikal dengan Malaikat. Dah tengok Syurga dan Neraka. Berada di Alam Malakut (alam tinggi). Dia tengok dan masuk Syurga. Dilihat segala pohon Syurga. Ini Iblis. Iblis cukup tau benar – salah. Dia pun tau dia akan masuk Neraka. Dia tau. Ini kufur jenis sombong. Persis kufur mana-mana Pemimpin yang tau benar tapi sombong menghalang dia.
iv. Kufur i’rad (kufur berpaling) – dia tak kata Islam betul atau salah, dia buat kerja dia je. Berpaling.
Ada orang bukan Islam, dia tak musuhi Islam dan dia tak minat pun nak dengar.
Ini kufur orang yang taknak peduli tentang Islam.
Ada orang jenis taknak peduli.
Ada orang peduli politik,
Dan ada orang taknak ambil tau langsung tentang politik.
Dia cuma nak berniaga,
Dia rasa politik tak penting – dia tak peduli.
Tanyakan dia tentang politik, dia tak tau.
Dia taknak ambil tau.
Tak tau pada setengah perkara, membahayakan kita.
Ada tak membahayakan.
- Tak minat bola, tak ambil tau tentang bola.
- Siapa main, menang – kalah saya tak peduli
Ini tak beri mudarat.
Menang ke kalah.
Tapi kita perlu ambil peduli perkara beri kesan pada kita:
- Politik, kalau tak ambil tau akan datang undang-undang menzalimi kita, naik orang-orang kufur.
- Mudaratnya kita nampak
Ada benda tak ambil tahu, bahaya.
Dan lebih bahaya, taknak ambil tau tentang Islam,
Jenis orang kafir
- Tak lawan
- Tak benci
- Taknak ambil tau
Ini juga kufur
v. Kufru syak (tak jelas kekufurannya) – dia ragu-ragu tentang kekufurannya. Dia takda maklumat akan kufur dia. Dia kita beritahukan tentang Islam, dan dia pun tak percaya juga berhala dia. Dia ikut orang sembah, dia sendiri syak.
Awak yakin agama awak betul?
Saya pun tak yakin.
Saya lihat amalan tu tak masuk akan.
Dia kufur syak
- Dia anut agama tak sah, dan dia pun tak yakin
Masyarakat Kristian tak yakin dan hina.
Dia tak percaya.
Kalau datang dakwah yang baik, tersusun – mudah dia masuk Islam.
vi. Kufur nifak – mulut dia kata Islam tapi hatinya menyimpan kekufuran. Ini Munafik sepanjang zaman
Kufur kecil
Dipanggil sebagai kufur amali (perbuatan)
Tadi kufur iktikad.
Ini kita nak beritahu tentang kufur nikmat.
Kufur nikmat, kita panggil kufur kecil, kufur amali.
Dia ini tak keluar daripada Islam.
Jenis-jenis kufur:
i. Kufur nikmat
Orang kufur nikmat, dia tak kafir.
‘Awak ni Allah beri macam-macam tak sembahyang. Kufur nikmat!
Taknak tutup aurat..kufur nikmat!’
Dia jadi makin teruk, buat maksiat.
Ini kufur nikmat.
- Nikmat tiap hari Allah bagi tapi taknak solat, taknak bersyukur padaNya.
Kufur ini tak keluar daripda Islam tapi membatalkan pahala.
Habis pahala. Mungkin pahala tadi habis terus!
Seumpama kufur isteri pada suami, kufur nikmat.
Bila gaduh isteri kata,
‘Abang ni sepanjang kawin takda benda baik saya dapat!’
Walhal anak dah 10.
Itu baik lah tu.
Alhamdulillah dia duduk rumah je.
Alhamdulillah dia balik kampung tiap bulan.
Tapi bila bergaduh..?
‘Abang tak pernah
Tak pernah sayang,
Tak pernah buat baik..’
Ini kufur nikmat, batal pahala isteri dia.
Itu sebab disebutkan hadis Nabi SAW,
Wanita masuk Neraka.
Rasulullah SAW sebut sebab wanita masuk Neraka,
- Mereka kufur pada suami dia
Kufur dengan suami, bagaimana?
Menolak kebaikan suami pernah buat, menafikannya.
Walhal kawin mesti ada buat kebaikan satu sama lain.
‘Jangan kamu lupa kebaikan sesama kamu..’
- Walau dah bercerai
Jangan lupa bekas suami / bekas isteri pernah beri kebaikan.
Takkan tak pernah belanja tomyam, roti canai
Isteri takkan tak pernah masakkan kita
Mesti pernah. Tapi jiwa kufur taknak mengakui.
Bercerai, takda masalah. Tapi jangan mengingkari kebaikan pernah didapat.
Jangan pernah.
‘bekas suami saya tu teruk Ustaz.. kawin 20 tahun.’
- Walhal 2 – 3 bulan kebelakangan teruk
20 tahun kawin.
Kita periksa, 20 tahun awak kata teruk?
Sepanjang kawin siapa beri makan?
Dia.
Anak-anak sekolah?
Dia.
Rumah?
Pun dia.
Maka mana datang, itu daripada sifat kufur.
‘Teruk Ustaz isteri saya.. 30 tahun kawin.’
Teruk dekat mana?
Iron baju, jaga anak-anak, buat urusan itu ini?
Tetamu datang siapa kacau air? Isteri.
Itu kan kebaikan?
Ini semua penyakit kufur.
Tapi Rasulullah SAW sebut sifat kufur isteri lebih teruk.
Sifat emosi melampau.
Sebab itu bila kita sebut kufur kecil
- Kufur nikmat, pada Tuhan yang beri nikmat, tak guna pada ketaatan dan bermaksiat. Ini kufur nikmat pada Allah
- Kufur nikmat pada manusia, orang tolong, perbuatan kufur.
Apa kesan?
Pahala habis.
Dan kufur kecil, orang berhukum selain hukum Allah.
“Siapa tak berhukum dengan hukum Allah, dia kafir.”
Apakah seorang tak berhukum Allah dia kafir? Tidak.
Tapi daripada segi amalan, dia tak ikut perintah Allah.
- Kufur kecil, dia tak keluar daripda Islam tapi membatalkan pahala.
Di antaranya bila Rasulullah SAW kata,
Maki orang Islam, fasik.
Membunuh orang Islam, kafir!
Maksud,
Kalau orang Islam kerja dia suka maki orang Islam lain, ini perbuatan fasik.
Hati-hati suka maki orang, perbuatan itu fasik.
Dan membunuh pula, kafir.
- Kafir bukan maksud keluar daripada Islam.
Rasulullah SAW sebutkan secara hadis,
Membunuh orang Islam itu kafir (pada nikmat diberikan padanya)
- Dia habiskan nyawa orang lain dengan mudah.
Dia tak tau bahaya gaduh ini boleh bawa mati.
Seorang bergaduh dengan lawan, berakhir dengan yang ditumbuk itu mati.
Sebab itu kita orang Islam, orang ajak bertumbuk
Jangan.
Kita bimbang dia mati, atau perbuatan itu kita mati.
Orang Islam khusus, elaklah bertumbuk.
Elak. Mudarat kita tak jangka.
Seorang yang mati, bertumbuk
Seorang mati,
Seorang dipenjara 18 tahun.
Sebab itu elak perbalahan secara fizikal.
Secara mulut dahlah.
Secara fizikal hati-hati..
Walau tahu silat, badan besar tapi tahu risiko dia.
Kufur di sini, bukan kufur keluar Islam. Tapi kufur nikmat.
“Tidak ada seorang pun mendakwa orang lain sebagai ayahnya melainkan dia kafir.”
Dia lihat seorang lelaki lain berpengaruh, dia mengaku itu ayahnya.
Dia malu mengaku ayahnya miskin.
Dia lihat seorang berpengaruh dalam masyarakat.
Dia kafir, kata Rasulullah.
Dia kufur nikmat.
Bila Syeikh Abdul Qadir menyatakan,
Lihat diri kamu dengan anjing.
- Anjing binatang yang cepat bersyukur
- Beri dia makan, latih dia
Manusia, Allah hantar rezeki setiap waktu
Duduk, baring, tidur, dapat rezeki. Rezeki jalan dengan pelbagai bentuk.
Sebagaimana kita sebut sebelum ini
- Rezeki bernafas kita
Bila Nabi Allah Daud a.s bertanya,
Ya Allah.. apakah nikmatMu paling tersembunyi?
Allah kata,
Wahai Daud bernafaslah.
Kita kira nafas je dah banyak.
Ini dikatakan, “Kalau kamu kira nikmat Allah.. kamu tak boleh kira.”
Cuba kira berapa kali kita bernafas?
Setiap hari nak bilang pernafasan kita?
Sebab itu Allah nyatakan, “Kami berikan kamu, apa saja kamu mintak.
Kalau kamu kira nikmat Kami pada kamu, kamu tak dapat kira.
Manusia itu zalim dan kufur (nikmat).”
Lihat anjing dan bandingkan dengan diri kita,
Anjing diberi nikmat begitu kesetiaan dia,
Kenapa ktia tak setia dengan Allah Taala?
- Alasan
- Kesibukan
- Terus kata kita ada itu ini
Ingat kesetiaan kita pada nikmat yang Allah beri pada kita.
Kata Syeikh,
Wahai Ghulam, tak memadai dengan fakir dan sabar sahaja untuk engkau mendapta keselamatan.
a) Fakir
- Takda harta
- Bergantung pada Allah
‘Kamu semua fakir kepada Allah (bergantung pada Allah).’
Kita sihat, kita walau sihat tapi bergantung pada Allah.
Tiba-tiba batuk, selesema.
Maka sifat fakir ini ialah sifat selamat.
Selagi manusia bergantung pada Allah, dia selamat.
Nikmatnya kekal.
Tapi bila dia bergantung pada diri, maka Allah hilangkan semua nikmat.
Kita ada banyak harta, jangan bergantung pada harta.
Bergantung pada Allah.
Anak ramai, jangan bergantung pada anak.
Ada ramai bodyguard, jangan bergantung pada bodyguard.
Tuan-tuan ramai mana ada bodyguard, bodyguard tu yang bunuh dia.
Khianat dia.
Ramai mana rumah ada pengawal, itulah yang rompak dia.
Ramai mana orang ada bibik, bibik itulah yang mengkhianatinya.
Supaya kita tau yang menjaganya, ALLAH.
Sebab itu pergantungan kita pada Allah itulah punca keselamatan.
Jangan bergantung pada kekuatan,
Bergantung pada Allah.
‘Allah izin saya angkat ini. Sebab itu saya boleh angkat.’
‘Allah yang izin saya hari ini datang tuntut ilmu, datang dari jauh.
Ini Allah yang izinkan..’
Jangan kata,
‘Saya sihat, saya boleh drive KL ke Pasir Gudang.
Balik hari..’
Jangan bergantung pada kesihatan, jangan bergantung pada apa pun yang ada kerana setiap pergantungan itu berakhir kekecewaan.
Maka bergantunglah pada Allah.
b) Sabar
Dunia ini ialah sabar.
Senang pun kena sabar, jangan kata susah.
Manusia kena hidup dengan sabar.
Sabar mesti menjadi dia mesti tahu, menjadi sebahagian hidupnya.
Nak makan, nak order dulu.
Bukan terus siap.
Kita cakap pada orang rumah kita,
‘Masakkan nasi lemak.’
Dua jam tunggu, sabar.
Cari daun pandan, beras, santan tunggu kedai bukak.
2 – 3 jam baru siap.
Sabar. Makan.
apa pun kita nak, beli rumah.
Masuk loan, 2 – 3 bulan.
Hidup ni memang sabar.
Seorang yang memahami hakikat hidup dengan
i. Letak pergantungan pada Allah, sentiasa fakir
ii. Letakkan kesabaran itu sebagai keutamaan dalam hidup
Yang dalam:
- Rumahtangga, kena sabar
- Kerja, kena sabar
- Mengajar, kena sabar
- Belajar, kena sabar
Semua kita kena sabar. Takda satu pun tak menuntut kesabaran.
Semua menuntut kesabaran,
Sekaya, sesenang mana kita.
Tetap sabar itu menjadi satu yang penting.
Bersedia memahami makna sabar dan kelebihannya.
Kata Syeikh Abdul Qadir,
Kalau kita bergantung kepada selain Allah, maka seluruh kekayaan kita menjadikan kita ikut hawa nafsu, melalaikan kita daripada Allah, menyebabkan sombong, menjadikan kita mudah buat maksiat, menghina orang lain.
Siapa bergantung pada sesuatu, maka tumbuh watak jahat.
Bergantung pada Allah, tumbuh watak baik. Dan ilham yang baik.
- Orang kaya, dia melihat Allah dalam kekayaannya maka dia diilhamkan buat baik. Diilhamkan dia merendah diri.
- TAPI orang kaya bergantung pada harta, mula watak-watak jahat dia wujud. Mula watak Qarun dia ada, watak Firaun pun ada. Sombong, rasa boleh beli semua orang. Boleh beli maruah dan kemuliaan orang.
Dia dengan duitnya cuba menghina orang.
Walhal tak semua orang akan tertawan dengan duit dia.
Setengah orang fikir,
‘Kita ada duit, semua orang hormat kita.’
Tak. Ini orang tak tau hakikat hidup.
Mungkin orang yang hormat ialah orang yang nak duit macam kamu.
Tapi orang hidup nak redha Allah takkan tunduk pada kamu.
Ramai mana orang soleh takkan terima rasuah?
Berilah rasuah, dia takkan terima. Tak terliur pun.
Orang ini hidupnya bukan nak duit.
Orang yang kata,
“Ustaz kita ada duit semua orang dengar cakap kita..”
Siapa kata semua orang dengar cakap kita?
Kadang isteri kita pun tak dengar cakap kita.
Itu ada duit tu.
Suami pun tak dengar kata,
Kucing pun tak dengar cakap kita!
Kalau kita kata, kalau kita ada duit semua orang dengar cakap kita?
Hanya dengar perangai yang macam kamu.
Tak semua manusia perangai macam kita.
Kita pernah ceritakan, berlaku dalam satu peperangan.
Umat Islam berjaya mengambil harta rampasan perang (ghanimah) yang banyak. Antara harta ghanimah itu ialah mahkota Raja kafir.
Ketika para Jeneral berfikir, berbincang tentang agihan harta ghanimah, kata mereka,
“Pada pandanganmu, adakah ada yang akan menolak diberi mahkota ini padanya?”
Kata mereka,
“Takkan ada.. ini mahal.”
Kata Jeneral ini,
“Ada seorang aku tau dia akan tolak. Kalau bagi pun dia taknak.”
Kata mereka,
“Kami tak percaya.”
Lalu mereka panggil Muhammad bin Wasi’ R.A
Muhammad bin Wasi’ turut berperang, dalam peperangan tersebut.
Seorang Ulama, sezaman dengan Hasan al-Basri.
Meninggal tahun 123 Hijriyah.
Muhammad bin Wasi’, maka Jeneral ini kata,
“Ambil mahkota ini.”
Dijawab,
“Saya taknak.”
Dikatakan, “Ambil, saya bersumpah dengan nama Allah kamu kena ambil.”
Lalu kata Muhammad bin Wasi’
“Dek kamu bersumpah dengan nama Allah, aku kena ambil.
Supaya aku tak jadikan kamu terpaksa batalkan sumpah kamu.”
Maka Muhammad bin Wasi’ pun ambil, lalu kata Jeneral ini kepada pembantunya,
“Ikut dia.”
Muhammad bin Wasi’ pun keluar,
Dia jumpa peminta sedekah dan dia pun beri mahkota tu.
“Nah ambil.
Hadiah.”
Dia meninggalkan mahkota itu tanpa melihat nilai sedikit pun.
Dia bukan tak tau nilai tapi dunia dalam diri dia, takda nilai.
Bukan dia tak tau harga (mahkota) tu..
Tak. Dalam hati dia takda harga benda tu.
Akhir pembantu Jeneral ini berhenti pada pengemis tadi, dibayar duit untuk ambil balik mahkota.
Ternyata pengemis itu yang tak tau harganya.
Muhammad bin Wasi’ tak ambil kerana mereka orang yang tak bergantung pada harta.
Oleh sebab itu bila Syeikh Abdul Qadir kata,
‘Ada dua perkara menyelamatkan kita,
1. Fakir (bergantung pada Allah SWT)
2. Sabar dalam seluruh kehidupan kita.
Dua sifat ini menjadikan kita tundukkan hawa nafsu,
Tundukkan tabiat,
Tundukkan Syaitan,
Tundukkan kejahatan dan perkara-perkara yang haram.
Semua perkara ini tak boleh menguasai dan mempengaruhi kita.
No comments:
Post a Comment