Majlis 44: Dunia Itu Adalah Penjara Orang Mukmin
''Dunia itu sementara dan akhirat pula kekal abadi'' (M.S 337)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
11 Januari 2022
Orang beriman terasing di dunia kerana mereka sibuk dengan tanggungjawab terhadap suruhan Allah SWT.
Mereka umpama tetamu di rumah orang yang akhirnya akan meninggalkan rumah tersebut.
(Hadis) Orang beriman umpama penjara di dunia, orang kafir menganggap syurga di dunia.
Penjara di dunia:
1. (Imam Nawawi) Orang mukmin dilarang melakukan perkara haram dan makruh serta terpaksa menanggung taklif yang berat.
2. (Imam Ibnu Hajar Al Asqalani) Apa yang orang Islam terima lebih kecil daripada apa yang akan dapat diperolehi di akhirat kelak. Orang kafir yang terima di dunia masih dianggap syurga berbanding azab neraka yang bakal diterima kelak.
3. Orang beriman terikat (dipenjara) dengan hukum manakala orang kafir tidak terikat dengan apa-apa hukum.
4. (Syeikh Abdul Qadir) Sebanyak mana nikmat yang ada hati tetap memikirkan akhirat.
Orang beriman cerai dunia dengan tiga talak:
1. Mengikut pada hukum syariat.
2. Beri keutamaan akhirat.
3. Sudah rasa kemanisan akhirat.
Apabila sudah menikmati kemanisan akhirat akhirnya diceraikan akhirat.
Orang zuhud terasing di akhirat. Orang arif terasing pada semuanya kecuali Allah SWT.
Makhluk dan alam adalah ciptaan Allah SWT. Makhluk diciptakan, alam benda baru.
Umpama penadol:
Ahli dunia: sebab sembuh.
Ahli akhirat: panadol hanya alat, Allah SWT menyembuhkan.
Ahli arif/makrifah: panadol tiada apa. Ambil hanya sebagai syarat.
Siapa yang takut Allah SWT, semua makhluk akan takut kepada mereka.
Selagimana kita tidak nampak Allah SWT adalah segala-galanya, maka dia belum mendapat makrifat.
Orang yang dapat makrifat akan mengisi masa mereka hanya kepada Allah SWT. Semua orang beriman mendapat rasa sedikit makrifat pada detik sebelum meninggal.
Orang makrifat gembira setiap detik kerana segala pergantungan hanya kepada Allah SWT.
Apabila menjadi ahli makrifat dunia akan berkhidmat untuk mereka dan keluarga mereka.
Umar Al Khatab menangis apabila segala harta kekayaan Parsi di hadapannya. Beliau kata jujurnya rakyatnya kerana meletakkan semua harta tanpa ambil sedikit.
Saidina Ali KW berkata jika ''ya Amirul Mukminin, jika kamu menjaga maruah maka rakyat kamu juga akan menjaga maruah. Jika kamu jujur, rakyat kamu juga akan jujur''.
Pada ketika itu beliau ingat pesanan Rasulullah SAW untuk pakaikan mahkota dan gelang kisra kepada Suraqah yang dijanji ketika hijrah.
Suraqah hanya pakai untuk syarat kerana telah memeluk Islam dan haram memakai emas.
Orang beriman hanya seronok dengan haknya, tidak gembira dengan hak orang lain.
Allah SWT jika hendak beri benda terbaik semua benda di sekeliling akan nampak tiada apa. Allah SWT ada pemberian terbaik pada seorang hamba.
Umpama jodoh apabila seorang lelaki minat pada seorang wanita dia tidak nampak pada orang lain.
Orang beriman mengambil kesempatan yang ada bukan kesempatan yang diharap.
Mereka melakukan yang terbaik pada hari ini. Tidak harapkan esok seperti mengharapkan semalam.
Bersungguh-sungguh lakukan sekarang, jangan tangguh esok, waktu rehat ialah ketika bertemu Allah SWT.
Allah SWT memilih para rasul di kalangan para pengembala kambing, memilih wali di kalangan hamba (orang tidak terkenal).
Mereka mempunyai persamaan ialah merendah diri kepada Allah SWT dan Allah SWT mengangkat darjat mereka.
No comments:
Post a Comment