Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Jangan sesiakan ilmu tanpa amal'' (M.S 335)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
10 Januari 2022
Ilmu adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Ilmu ialah satu wasilah untuk beramal dan beramal itu satu wasilah untuk keselamatan di sisi Allah SWT.
Umpama duit, tiada guna jika tiada nilai untuk membeli. Barang yang dibeli itu juga tidak bernilai jika tidak membawa kebahagiaan.
Imam Khatib Al-Baghdadi mengumpama ilmu itu umpama pokok. Bukan pokoknya tapi buahnya. Sia-sia tanam jika tidak mendapat manfaat buah.
Soalan ditanya di akhirat kelak:
1. Umur ke mana habiskan.
2. Waktu muda apa digunakan.
3. Hartanya dari mana dapat dan ke mana gunanya.
4. Apakah beramal dengan ilmu.
Ilmu adalah hujah atau hujah ke atasnya di akhirat kelak.
Kesungguhan beramal adalah lebih penting daripada kesungguhan menuntut ilmu.
Para salafus soleh amat menekankan beramal daripada menuntut ilmu.
Abdullah ibnu Umar tidak pernah tinggal qiamullail semenjak ditegur oleh Rasulullah SAW.
Saidina Umar mencadangkan nama pengganti beliau:
1. Saidina Uthman bin Affan.
2. Saidina Ali KW.
3. Abdul Rahman bin Auf.
4. Saad bin Abi Waqas.
5. Talha bin Ubaidillah.
6. Zubair bin Al-Awwam.
Saidina Umar berkata jika berlaku apa-apa pilih antara 6 orang ini dan jika berlaku perselisihan minta pandangan Abdul Rahman bin Auf.
Sahabat mencadangkan ibnu Umar antara cadangan khalifah tetapi ditolak oleh saidina Umar.
Saidina Umar hanya masukan nama ibnu Umar sebagai pemerhati dalam senarai pengganti khalifah.
Hakim bin Hizam apabila ditegur oleh Rasulullah SAW suka meminta akhirnya tidak meminta sehingga khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar beri hak beliau pun beliau tidak ambil.
Abu Zar Al-Ghifari apabila ditegur oleh Rasulullah SAW kerana hina saidina Bilal terus tidak hina sahabat sehingga apa yang dipakai dan dimakan oleh beliau sama diperolehi oleh hambanya.
Bersungguh dalam menuntut ilmu:
1. Niat kerana Allah SWT.
2. Amal ikut rukun dan syarat.
3. Jaga ibadah jangan sampai riya'.
4. Jangan merendahkan orang lain.
Niat ialah benda yang mendiam dalam hati, bukan yang dilafaz.
Kita berusaha meninggikan diri kita kepada Allah SWT dalam masa sama tidak merendahkan orang lain.
Islam banyak menganjur untuk berjemaah dalam melakukan ibadah.
Semakin bertambah keikhlasan dalam beribadah, semakin bertambah jalan untuk melakukan amal ibadah.
Apabila tidak ikhlas semakin kurang pintu amal dibuka dan semakin bertambah pintu lagha dibuka.
Manusia boleh menjarakkan sesama manusia namun tidak mampu menjarakkan diri dengan Allah SWT.
(Saiditina Aisyah) Orang yang paling jahat ialah orang yang mengaku dirinya baik.
Ikrimah bin Abu Jahal orang yang dianggap ahli neraka tetapi akhirnya meninggal sebagai syuhada dalam peperangan Yamamah.
Anak Nabi Nuh keturunan Rasul akhirnya meninggal dalam kekufuran.
Kita hanya benci perangai bukan pada individu seseorang. Orang yang tidak dapat beza orang dan perangai belum mencapai tahap makrifat.
Cara mengenal hamba kepada siapa lihat sejauh mana kita bergantung luaran dan dalaman kepada siapa.
Biasakan diri tenang dengan Allah SWT dalam erti kata tenang (fokus) dalam melakukan ibadah, akan datang ketenangan apabila diperlukan.
Masa paling tidak tenang dan paling getir ialah sewaktu menemui sakaratul maut. Semua akan lalui.
Apabila dapat ketenangan sebenar dari Allah SWT, segala apa yang dilakukan, dikatakan menjadi ketenangan kepada orang di sisiNya.
Jangan melihat ibadah sebagai satu bebanan, jadikan satu yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment