Majlis 44: Dunia Itu Adalah Penjara Orang Mukmin
''Kenapa sampai membanggakan amalan'' (M.S 339)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
12 Januari 2022
Antara perkara yang membatalkan amalan ialah berbangga iaitu dengan:
1. Hina orang lain
2. Rasa diri baik
3. Rasa diri yang mencorakkan
Nikmat, hikmah, ilmu, dan makrifat dikurniakan supaya kita bersyukur.
Ubudiyyah ada 2 sayap:
1. Syukur.
2. Sabar.
Keingkaran Iblis yang menjatuhkan martabatnya bermula dengan rasa bangga apa yang dia ada.
Tiada perubahan mendadak. Semuanya mengikut sunnatullah sebagaimana penghasilan alam selama enam hari.
Kita disyariat banyak beristighfar. Rasulullah SAW tetap beristighfar meskipun nabi tak perlu.
Namun disebabkan takut cara pemikiran umat Baginda SAW yang salah dan sesat, maka Baginda mengajar umatnya dengan Baginda sendiri melakukannya.
Tidak dibenarkan ikut ibadah khusus untuk Rasulullah SAW seperti kahwin lebih daripada empat orang.
Perlu dibersihkan kotoran (amalan buruk) pada diri kita setiap hari, bukan menyimpannya di bawah tikar.
Antara tanda Allah SWT terima ibadah kita dengan ada perubahan yang lebih baik pada perangai kita. Antara alamat ibadah ditolak ialah perangai tidak berubah atau menjadi lebih buruk.
Dalam doa kita memohon, bukan sebut ayat yang pasti. Kita tak berhak bercakap tentang hakikat.
Sebab tidak boleh, tidak layak bangga dengan ibadah:
1. Bukan milik kita.
2. Segala yang diberi hanya ujian.
3. Semua benda hanya pinjaman.
Maqam kita hanya syukur. Allah SWT sentiasa memerhati kita. Semua benda hanya pinjamanNya.
Sifat minyak menyebabkan badan kita cepat terbakar. Sebab itu manusia ialah bahan bakar api neraka.
Tiada yang boleh mendakwa tiada penyakit kerana mati juga ialah satu penyakit.
Harta tidak menjamin masa hadapan, hanya perasaan sahaja yang rasa.
Peranan kita yang paling utama ialah menyelamatkan ahli keluarga daripada masuk api neraka. Perkara ini tidak kira usia.
Islam akan terus berjalan. Begitu juga dengan ibadah. Akan terus ada orang yang terus ibadah. Jangan berbangga dengan ibadah.
Sentiasa rebut melakukan ibadah agar kita tidak terkeluar daripada pilihan Allah SWT.
Orang yang berbangga ambil jalan rehat, orang yang bersyukur akan terus melakukan ibadah.
Kecenderungan kita untuk berbangga dan mengharap pujian kerana ada nafsu dalam diri kita.
Kita perlu ada amalan yang tidak dizahirkan kepada masyarakat.
Dunia disukai oleh jiwa, akhirat disukai oleh hati. Allah SWT disukai oleh rahsia. Hanya orang yang merasainya sahaja yang tahu.
Umpama kita takut orang tahu kejahatan kita, orang yang hendak Allah SWT suka takut orang tahu amalannya. Mereka ialah ahli rahsia.
Al-Quran dan hadith adalah ikutan kita. Kita terbang dengannya. Rasulullah SWT adalah ketua kita.
Golongan yang segala amalan tiada kaitan dengan Rasulullah SAW dan tidak mengikut syariat yang disuruh ialah golongan zindiq.
Segala maqam sufi perlu ikut Rasulullah SAW iaitu maqam:
1. Khauf.
2. Raja'.
3. Ubudiyyah.
4. Sabar.
No comments:
Post a Comment