Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Tuhanlah yang menunaikan semua permintaanmu'' (M.S 330)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
4 Januari 2022
Tiada orang yang akan melakukan ibadah kepada kita umpama kita perlukan sumber pendapatan sendiri yang tetap.
Tiada orang yang akan memberi pahala kepada kita, maka tidak perlu buat amalan kerana hendak orang puji.
Hakikat teman yang sebenar ialah mengajak membuat kebaikan dalam mendapat manfaat di sisi Allah SWT.
Hakikat musuh yang sebenar mengajak membuat kejahatan dan menyebabkan kita lambat mengingati dan jauh dari Allah SWT.
Perlu sentiasa bertaqwa umpama memakai baju besi dalam perang. Dalam menyerang juga perlu menjaga keselamatan diri.
Boleh menipu untuk mencegah diri daripada kemungkaran. Iktibar di ambil daripada kisah Nabi Ibrahim yang beri alasan tidak mahu sertai program mungkar pada zaman baginda.
Sahabat baik kita cari jalan, sahabat jahat kita cari alasan.
Allah SWT memberi masa mustajab doa agar hamba-hambaNya sentiasa sibukkan diri bersamaNya.
(Hadis) Pada hari Jumaat ada waktu yang Allah SWT mustajab doa.
Waktu musibah juga adalah waktu mustajab doa. Dimulai dengan menyebut ''Innalillahi wa inna ilaihi rajiun'' sebelum berdoa.
Ummu Salamah dan Abi Salamah adalah contoh pasangan terbaik yang diuji dan dapat bersama.
Musibah bukan menyebabkan dunia makin gelap hatta menjadikan dunia lebih terang.
Abdullah bin Abbas pernah ditanya adakah dibenarkan bertaubat setelah bunuh orang, beliau kata tidak boleh kerana beliau tahu orang yang tanya tersebut ada niat untuk buat jahat.
Tidak perlu cemburu dengan orang yang diberi kelebihan rezeki kerana rezeki Allah SWT tidak terbatas.
(Hadis) Jika ziarah orang sakit doakan perkara baik kerana para malaikat meng'amin'kan doa kita.
Waktu sebelum solat zohor (qabliah) adalah waktu mustajab doa. Rasulullah SAW minta waktu tersebut diangkat segala amalan Baginda SAW.
Punca ibadah kurang dan kurang bersyukur adalah disebabkan hawa nafsu.
Arah hawa nafsu supaya:
1. Buat perintah Allah SWT.
2. Tinggal larangan Allah SWT.
3. Sabar hadapi cabaran.
Cara didik hawa nafsu:
1. Jangan turut segala kehendaknya.
2. Cari alasan untuk lawan.
3. Sabar dalam hadapi kepahitan.
No comments:
Post a Comment