Monday, January 3, 2022

''Tiada keutamaan seperti membendung nafsu''



Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Tiada keutamaan seperti membendung nafsu'' (M.S 328)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
3 Januari 2022

Peringkat nafsu:
1. Amarah.
- keakuan. Penting diri.
2. Lawwamah.
- mencela perbuatan disebabkan ada sedikit ilmu.
3. Mulhamah.
- sentiasa mencari ilham yang baik.
4. Radhiyah.
- redha dengan takdir Allah SWT.
5. Mardhiyah.
- mendapat keredhaan Allah SWT.
6. Mutmainnah.
- tenang, rindu bertemu Allah SWT.
7. Kamilah.
- sempurna. Semua benda hanya melihat Allah SWT.

Nafsu ialah diri kita, tabiat, kehendak kita. Jika tidak dipandu oleh agama akan lebih cenderung kepada kejahatan.

Sebab berkembang nafsu amarah:
1. Ananiyah (pentingkan diri).
- hilang kepercayaan kepada tuhan.
2. Isti'jal (tergesa-gesa).
- hendak kebaikan segera capai.

Dalam hadis ada menyatakan bahawa akan dijamin pembinaan istana di syurga jika mengelak perbalahan meskipun benar.

Dalam membuat kebaikan perlu bersabar untuk mendapat pahala yang bermakna di akhirat kelak. Ganjaran pahala terlalu besar sebab itu hanya diberi di akhirat kelak.

Garis panduan utama untuk lawan hawa nafsu ialah dengan: 
1. Mengenali perintah Allah SWT dengan menuntut ilmu.
2. Laksanakan segala perintahNya.

Kriteria nafsu amarah:
1. Jahil.
- asal kita berada dalam keadaan jahil.
2. Zalim.

Nafsu amarah sentiasa hendak memenuhi hak diri sendiri. 

Tudung bukan sekadar tutup anggota badan tetapi juga tutup aib.

Dunia akan menyebabkan terhijab dengan akhirat. Akhirat menyebabkan terhijab dengan Allah SWT.

Golongan yang dekat dengan Allah SWT sentiasa menceritakan tentang bertemu dengan Allah SWT.

Hati tempat letaknya taqwa. Selagi mendapat ilham dengan tabiat, bukan dengan hati maka masih belum dikategori buat baik.

Apabila kita rapat dengan Allah SWT maka kita akan mengetahui rahsia-rahsia Allah SWT.

Fudhail bin Iyad apabila isteri, anak-anak dan haiwan tunggangan tidak ikut cakapnya maka beliau akan muhasabah diri.

Selagi ada kekotoran nafsu amarah maka tidak dapat bertemu Allah SWT.

Sentiasa mengingati mati. Apabila kita meninggal maka nama akan bertukar menjadi jenazah atau allahyarham.

No comments: