Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Siapa yang mahukan dunia akan terluput akhiratnya'' (M.S 331)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
5 Januari 2022
Apa yang kita hendak bukan satu kehendak, apa yang Allah SWT tentukan adalah kehendakNya.
Menjadi tanggungjawab kita melakukan kehendak Allah SWT, dan redha dengan semua ketentuanNya.
(Hadis) Sekiranya hendak dunia akan memudaratkan akhirat, sekira hendak akhirat akan memudaratkan dunia.
Dunia hendak supaya nafsu dipenuhi sepuas-puasnya dengan hiburan namun akhirat membataskannya.
Dunia sentiasa hendak pujian manakala akhirat mengajar kita keikhlasan.
Dunia dan akhirat dapat didamaikan dengan menjadikan dunia makmum kepada akhirat.
Jadikan dunia sebagai makmum. Ada masa akan berhenti. Maka ambil sekadar yang perlu sahaja.
Kita hidup di dunia untuk akhirat. Apabila hendak akhirat, jangan pedulikan kata-kata dunia.
Para salafus soleh semakin meningkat umur semakin banyak amal ibadah mereka.
(Abdullah ibnu Mas'ud) Satu penyesalan apabila semakin kurang usia tetapi kurang amal ibadah.
Sekiranya ketika hidup mengambil dunia maka akan kecil kuburnya dan menjadi lembah neraka bagi mereka.
Jika ambil akhirat ketika hidup maka kubur akan jadikan alam kubur sebagai taman syurga.
Kehidupan dunia akan sempit dalam semua perkara sekiranya diutamakan dunia berbanding akhirat.
Cara memilih akhirat:
1. Banyak bersabar tolak dunia.
2. Redha.
3. Fana'.
Zaman sekarang banyak mencari kekuatan fizikal daripada mencari kekuatan kesabaran. Inilah kekuatan sebenar yang hilang.
Ahli dunia tidak ada rasa sabar. Mereka hanya nampak dunia sahaja dalam pemikiran mereka.
Sabar beerti masih ada keinginan untuk sesuatu perkara tetapi bertahan daripada mendapatkannya.
Redha adalah tahap kesabaran yang sempurna di mana berada pada tahap tiada keinginan kepada sesuatu perkara yang diingini.
Apabila sudah redha maka akan datang rasa fana', melihat apa yang diterima membawa kebaikan kepada dirinya meskipun tidak baik pada pandangan umum.
Imran bin Hussain diuji dengan strok selama 30 tahun. Apabila ditanya tentang sakit beliau, beliau berkata jika Allah SWT suka beliau sakit maka beliau lebih suka.
Orang fana' sentiasa melihat kebaikan apabila datang ujian kepada mereka.
Apabila sudah fana:
1. Jauh makin dekat.
2. Yang syirik menjadi tauhid.
3. Tidak memandang mudharat dan manfaat daripada manusia.
Kebahagiaan adalah pilihan sendiri. Apabila cepat memilih marah maka akan hilang bahagia.
Kekuatan hendak marah bergantung sejauh mana bergantung dengan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment