Sunday, January 2, 2022

''Hakikat kaya ialah kaya dengan Allah''


Majlis 42: Perihal Taqwa Kepada Allah
''Hakikat kaya ialah kaya dengan Allah'' (M.S 327)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
2 Januari 2022

Cara manusia kumpul kekayaan:
1. Menggunakan kuasa.
2. Kumpul orang.
3. Pelajar pelbagai ilmu.
4. Buat kajian.

Zaman sekarang meskipun sudah kaya tetapi masih menganggap miskin.

Akhir zaman Allah SWT mengeluarkan segala kekayaan. Akan kering Sungai Furat dan keluar emas daripadanya. Sesiapa yang ambil akan mati.

Ibadah pertama yang akan diangkat ialah sedekah. Satu masa tiada siapa yang akan terima sedekah.

Persaingan kekayaan hari ini sehingga menjadikan orang sekeliling sebagai anak tangga untuk jadi kaya.

Orang yang tiada kawan sebenar:
1. Paling berkuasa.
2. Paling kaya.

(Saidina Ali KW) Kita sebenarnya tidak boleh kata kita kaya sehingga dibentang amalan kita di hadapan Allah SWT.

Antara kemuliaan anak Adam ialah mayat akan tetap dicari meskipun sudah lama meninggal dunia.

Orang kaya sebenar ialah dekat hati dan dirinya dengan Allah SWT. Orang miskin sebenar orang yang jauh dari Allah SWT.

Hendak dekat dengan Allah SWT adalah melalui amal soleh. 

Matlamat kaya sebenar ialah syurga yang diperoleh di akhirat kelak.

Benda dunia akan hilang nilainya atau pemiliknya yang akan hilang nilainya.

(Hadis) Orang kaya bukan banyak hartanya, tapi kaya sebenar ialah kaya jiwa.

Sebab harta bukan kaya sebenar:
1. Pindah tangan.
2. Binasa.
3. Mati meninggalkannya.

Kaya jiwa:
1. Redha dengan apa yang belaku.
2. Syukur.
3. Lihat orang di bawah kita.
4. Berdoa.

Dunia sebenar:
1. Sihat tubuh badan.
2. Ada makanan.
3. Ada pakaian.

(Hadis) Sentiasa lihat orang dibawah kita berbanding orang di atas kita agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diterima.

Doa Rasulullah SAW agar dijauhi:
1. Ilmu tak manfaat.
2. Hati tidak kusyuk.
3. Doa yang tidak mustajab.
4. Diri yang sentiasa tidak cukup (tamak).

Orang kaya sebenar tidak akan mengambil hak orang lain.

Setelah kaya jiwa, kita akan rasa setiap ibadah kita adalah kekayaan yang diperoleh.

Usahawan muslim sebenar dapat membantu muslim lain dapat menanggung keluarga.

Berusaha menjadi kaya supaya dapat menjadi wali Allah SWT supaya menjadi kunci kepada pintu kebaikan.

No comments: