Friday, January 7, 2022

''Akibat sabar mestilah baik''


Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Akibat sabar mestilah baik'' (M.S 332)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
7 Januari 2022

Apabila hendak mati pastikan nafsu tunduk kepada kita dan dunia kita tidak mengatasi akhirat.

Perlu banyak bersabar dalam erti kata:
1. Melakukan ketaatan.
2. Meninggalkan larangan.
3. Menerima ujian.

Melakukan ketaatan

Malas disebabkan:
1. Fitrah (kepenatan).
2. Alasan (jiwa yang kotor).

Tiada satu alasan pun yang berguna di sisi Allah SWT. Perlu berusaha selesaikan masalah hingga Allah SWT bantu menyelesaikannya.

Jangan limitkan ibadah yang dilakukan. Jadikan nilai atau bilangan (target) sebagai permulaan untuk melakukan ibadah, bukan penamat.

Apabila dilimitkan takut akan tergelincir dalam ibadah. Apabila diletakkan permulaan maka akan mendapat bantuan dari Allah SWT. 

Orang beriman ketaatan mereka sentiasa bertambah, orang munafik sentiasa memberi alasan.

Sentiasa qadha amalan yang biasa dilakukan sekiranya terlupa melakukannya.

Sabar meninggalkan kejahatan

Tinggalkan kejahatan dengan:
1. Bersungguh-sungguh tinggalkan.
2. Beri alasan untuk tinggalkan.
3. Tambahkan jarak daripada kejahatan tersebut.

Dalam larangan, Allah SWT menyuruh kita daripada menjauhinya dengan menambah jarak daripada mendekatinya.

Jauhi maksiat dalam jarak kita tidak nampak maksiat dan maksiat tidak nampak kita.

Sabar menerima ujian

Sabar melakukan ibadah lebih mulia daripada sabar dalam menerima ujian dari Allah SWT kerana memilih untuk sabar lebih mulia daripada sabar kerana bersabar.

Matikan diri menjadi rijalul ghaib dengan perubahan sepenuhnya daripada buat kejahatan kepada buat kebaikan sepenuhnya.

Tidak dibenarkan mencela orang yang sudah berubah dan tidak dibenarkan dedah dosa-dosa yang pernah dilakukan kerana kedua-duanya adalah satu dosa besar.

Hanya dibenarkan cerita keaiban untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan.

Uwais Al-Qarni salah seorang rijalul ghaib yang tidak suka menonjol diri mereka di hadapan khalayak ramai.

Rijalul ghaib tidak suka menonjol dan tidak mahu menyaingi ulamak lain.

Fudhail bin Iyadh pernah masuk dalam satu majlis, ulamak tersebut tidak mampu sambung kuliah apabila melihat beliau.

Dalam majlis ilmu, antara kita banyak persoalan atau kita ada banyak jawapan untuk dijawab. 

Jangan pedulikan orang yang tidak duduk dalam disiplin ilmu untuk mendapatkan jawapan.

Selagi kita ada iman selagi itu kita akan diuji sehingga kita tiada persoalan yang hendak dijawab.

Marah biar kerana melanggar perintah Allah SWT atau meninggalkan kebaikan yang selalu diamalkan.

Tiada kebaikan yang boleh menghalang kebaikan, hatta kebaikan menarik kebaikan. Sekiranya dihalang maka disebabkan silap urus.

Sekiranya masih tidak hukum diri sendiri disebabkan meninggalkan amalan yang selalu dilakukan maka masih belum tergolong dalam golongan mujahadah.

(Imam Syafie) ada dua golongan yang mulia:
1. Doktor rawat zahir.
2. Ulamak rawat agama.

Perlu bersabar dengan mereka kerana mereka berusaha hendak beri kesihatan kepada kita.

Di dunia perlu berusaha untuk menemui hikmah. Semua di dunia perlu ada sebab. Di akhirat semuanya kudrat (Allah SWT sediakan).

Sentiasa bermuhasabah, sempitkan pintu maksiat dengan perbanyakkan bertaubat kepada Allah SWT. 

No comments: