Tuesday, September 7, 2021

''Kelazatan afiat dengan membelakangi dunia''




Majlis 21: Bila Sudah Maju Pantang Menoleh ke Belakang
''Kelazatan afiat dengan membelakangi dunia'' (M.S 196)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
7 September 2021

Rasulullah SAW berkata Allah SWT melihat kepada hati kemudian melihat pada amal. 

Benda paling privasi bagi orang beriman ialah hati. Hati tempat letak Allah SWT dan menikmati urusan akhirat.

Indikator orang cinta dunia ialah hendak mati selepas hilangnya nikmat dunia.


Dunia akan terus menjatuhkan ahli dunia dan tertawakan mereka. Syaitan dan iblis akan berada di sisinya turut bersama ketawakannya.

Senjata utama syaitan ialah dunia.

Umar Al-Khatab, perumpamaan dunia dan akhirat umpama lompatan arnab.

Akan dipersoal kelalaian di dunia umpama ditanya kenapa tidur di tempat kerja.

Dikategorikan tewas awal sekiranya gagal mengenal tipu daya dunia.

Syiar orang beriman; akhirat memimpin, dunia dipimpin.

Utamakan akhirat daripada dunia. Jika hendak guna perkataan 'kalau' guna untuk urusan dunia, bukan urusan akhirat.

Menurut Sayyar Abul hakam; dunia dan akhirat berkumpul di hati. Siapa yang menang, yang kalah akan ikut.

Letakkan syarat-syarat untuk urusan dunia. Utamakan akhirat.

Menurut Nabi Isa A.S; hati umpama satu bekas, tidak boleh ada air dan api dalam satu masa. Tidak boleh ada dunia dan akhirat dlm satu masa.

Dunia umpama tidur, akhirat umpama terjaga, antara keduanya ialah kematian.

Nikmat dunia amat sedikit berbanding akhirat. Nikmat sedikit itu pun akan terus kurang sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur umpama bateri telefon. Pada ketika itu perlu utamakan kegunaan yang paling penting.

Akhirat kurniakan tawaran yang cukup hebat. Perlu diutamakan dalam pencarian hidup.

Menurut Lukmanul hakim; dunia ini umpama lautan, ramai sudah tenggelam.

Imam Hassan Al Basri, tanda celaka:
1. Hati keras.
2. Mata tak pernah menangis.
3. Panjang angan-angan.
4. Tamakkan dunia.

Tamak ialah sifat bagaimana kita lihat dunia. Utamakan dunia dari akhirat. Perkara ini tidak semestinya berlaku pada orang kaya.

Orang miskin yang sombong lebih dibenci daripada orang kaya yang sombong.

Ulama' suk mengindahkan ilmu melalui mulut mereka sahaja, tidak melalui amal mereka.

Lebih bahaya dunia masuk ke badan daripada benda lain masuk badan.

Imam Abu Bakar As Syibli menjadi sihat daripada sakit teruk apabila tabib diraja memeluk Islam di hadapannya.

Perasaan gembira boleh bantu merawat sakit secara psychology. Sebab itu boleh dilihat orang gembira makan banyak.

Waqi' bin Jarrah, guru kepada imam As Syafie banyak makan kerana terlalu gembira menjadi orang Islam.

Nikmat kemenangan di akhirat satu kemenangan yang tidak tergambar indahnya. Perlu diutamakan mencari kemenangan di akhirat.

No comments: