Majlis 43: Perihal Nafsu Yang Ammarah Bis-su'
''Bila sudah bertaubat jangan mengulangi lagi'''' (M.S 333)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
8 Januari 2022
Aqabah
1. Taubat.
2. Ilmu.
Tidak sempurna taubat apabila tidak sertai majlis ilmu.
Cinta kepada dunia adalah pokok kepada segala kejahatan. Dunia akan jadikan seseorang itu sehina-hinanya.
(Nabi Isa) Harta dalam dunia banyak penyakit kerana empunya harta tidak terelak daripada riya' dan sombong, jika tidak dia akan sibuk urus harta daripada ingat Allah SWT.
Disebabkan dunia kebanyakkan orang beri alasan untuk tidak lakukan amalan akhiran.
Hanya amal soleh yang dapat dibawa ke dalam kubur.
Antara sebab terlalu cinta dunia ialah kerana baru kenal agama.
Suluk ialah bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka yang bersuluk akan mengasingkan diri seperti sertai kem.
Umur 60 tahun adalah umur yang tiada alasan untuk tidak bersuluk.
Apabila umur 60 namun masih lalai dengan dunia bermakna selalu ditipu. Orang yang selalu ditipu bermaksud tiada agama.
Tanda Allah SWT beri bahagian dunia:
1. Tidak suka dengan hak orang lain.
2. Tidak ganggu ibadah.
3. Boleh berkongsi dengan orang lain.
Cara Allah SWT beri harta:
1. Beri dengan diuji.
2. Diberi dengan kasih sayang.
3. Diberi untuk dibenci (istidraj).
Segala yang berlaku hanya dengan izin Allah SWT. Mereka yang beriman dengan qada dan qadar tidak akan risau dengan konspirasi.
Rasulullah SAW telah menceritakan kronologi kiamat antara bukti bahawa tiada konspirasi yang dapat dikuasai dunia sepenuhnya.
Selagi ada Islam maka tiada kuasa yang dapat menguasai dunia. Akhirnya Islam akan menguasai dunia.
Istidraj ialah satu kelebihan yang diberikan dan akan diambil Allah SWT dalam keadaan hina.
Manusia paling kaya di dunia ialah nabi Sulaiman. Allah SWT beri kekayaan dengan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment