Monday, September 6, 2021

Sessi Soal Jawab 6 September 2021



Sessi Soal Jawab

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
6 September 2021

Orang yang hidupkan aktiviti lepas subuh memurahkan rezeki jasmani. Mengaji lebih afdhal daripada aktiviti lain termasuk solat sunat. 

Orang tua tidak boleh ditegur terus. Perlu berhikmah dengan penuh hormat. Rasulullah SAW bersabda; Orang muda sekiranya hormat orang tua, apabila sudah tua, orang muda akan hormat mereka.


Rezeki benda susah untuk diperoleh. Namun ada cara mudah untuk dapatkannya sekiranya dipelajari. 

Nabi Khidir dapat hidup panjang kerana minum air maul hayah yang berada atas gunung. Dia mahu hidup di zaman Rasulullah SAW kerana teringin dengan surah Al-Fatihah.

Air dan makanan perlu bersih (untuk fizikal) dan suci (untuk rohani). 

Rezeki jasmani: 
1. Makan minum. 
2. Pakai termasuk kesihatan. 

Antara waktu mustajab doa: 
1. Lepas subuh. 
2. Lepas solat. 
3. Lepas baca Al-Quran. 
4. Waktu hujan lebat. 
5. Waktu hati jadi lembut. 
6. Doa orang soleh.
7. Antara dua khutbah. 
8. Terbenam matahari. 
9. Doa orang sakit. 
10. Amal surah tiada kaf iaitu surah Al-Asr, Quraish, Al-Falaq. 

Zaman Bani Israel, pernah Allah SWT menyuruh nabi menyampaikan kepada sepasang suami isteri untuk pilih bila hendak kaya; awal usia kaya atau hujung usia baru nak kaya.

Si isteri mintak kaya di hujung usia manakala suami minta di awal usia. Keduanya beralasan untuk mudah beribadah. Akhirnya Allah SWT kurniakan kekayaan kepada mereka sepanjang hidup mereka.

No comments: