Majlis 21: Bila Sudah Maju Pantang Menoleh ke Belakang
''Nasihatlah manusia dengan penuh ikhlas'' (M.S 194)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
6 September 2021
1. Rendahkan orang.
2. Tinggikan diri.
3. Ada kepentingan.
4. Jalan lebih dekat dengan Allah SWT.
Menurut Fadhil bin Iyadh; orang terdahulu tinggi darjat mereka kerana ada sifat:
Menurut Fadhil bin Iyadh; orang terdahulu tinggi darjat mereka kerana ada sifat:
1. Sedekah, pemurah.
2. Lapang dada.
3. Suka bagi nasihat kepada semua.
Kaya tidak semestinya pemurah. Pemurah ialah satu sifat mulia. Lawan sifat pemurah ialah sifat bakhil. Perlu didik keluarga agar pemurah.
Sedekah akan dihantar ke akhirat. Kita akan berlindung di akhirat dengan harta yang kita sedekah.
Sedekah akan dihantar ke akhirat. Kita akan berlindung di akhirat dengan harta yang kita sedekah.
Imam Abu Hanifah pernah nasihat seorang wanita pemintal kain agar jual kain pada harga yang lebih tinggi dan berbaloi dengan usaha dibuat wanita tersebut.
Generasi terdahulu hebat sebab sering memberi nasihat.
Beri nasihat dengan tiada kepentingan, tiada rasa hendak jatuhkan orang, tidak mencela orang lain atau hendak menaikan diri sendiri.
Beri nasihat dengan tiada kepentingan, tiada rasa hendak jatuhkan orang, tidak mencela orang lain atau hendak menaikan diri sendiri.
Orang yang mencela dengan mengaibkan orang lain selalunya akan terjadi kepada dirinya apa yang dicela olehnya kepada orang lain.
Menegur biar kerana taqwa. Elakkan tegur sekiranya akan kena musibah kepada kita.
Perbandingan orang yang melakukan kemungkaran dengan orang yang tidak tegur umpama satu bahtera.
Perbandingan orang yang melakukan kemungkaran dengan orang yang tidak tegur umpama satu bahtera.
Orang yang melakukan kemungkaran berada di tingkat bawah, manakala orang yang tidak tegur berada di tingkat atas. Orang yang melakukan dosa di tingkat bawah terpaksa naik atas untuk dapatkan air.
Jadi cara senang mereka yang berada di bawah hendak dapatkan air ialah dengan tebuk lubang. Disebabkan orang atas tidak menegur, akhirnya kapal karam dan menyebabkan semua lemas.
Jangan tegur sebab hendak tunjuk baik tapi dalam hati penuh kejahatan.
Niat orang beriman lebih baik daripada amal mereka, amal orang munafik lebih baik daripada niat mereka.
Sabiqah adalah satu penentuan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Benda tersebut di luar pengetahuan kita. Oleh itu kita perlu berikhtiar menuju kebaikan dan menjauhi kejahatan.
Rasulullah SAW pernah pergi perkuburan garqad. Selepas selesai satu perkebumian, Baginda SAW duduk dan dikelilingi sahabat-sahabat.
Baginda SAW berkata yang kita sudah ditentukan syurga dan neraka.
Sahabat berkata kalau macam tu lebih baik tidak perlu beramal sebab sudah tahu akan ke mana.
Rasulullah SAW kata jangan begitu, kita kena beramal kerana kita akan dimudahkan menuju ke mana yang akan pergi.
Hadith ini memberi penekanan agar kita takut dalam melakukan kejahatan, dan perlu baiki diri jika banyak kesalahan.
Hadith ini memberi penekanan agar kita takut dalam melakukan kejahatan, dan perlu baiki diri jika banyak kesalahan.
Jangan suka salahkan orang. Kita mungkin akan rasa selesa apabila salahkan orang tapi kita tidak dapat baiki diri kita. Antara kejayaan syaitan apabila berjaya menjadikan anak Adam asyik menyalahkan mereka tanpa muhasabah diri kita.
Jangan salahkan benda lain melainkan salahkan diri sendiri dahulu.
Jangan salahkan benda lain melainkan salahkan diri sendiri dahulu.
No comments:
Post a Comment