Thursday, September 2, 2021

''Semua Nikmat Itu Datang Dari Allah''



Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Semua Nikmat Itu Datang Dari Allah'' (m.s 189)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
2 September 2021

Orang yang tidak nisbah segala nikmat kepada Allah SWT akan gagal. kita perlu nisbahkan segala nikmat kepadaNya untuk menjadi orang yang berjaya. 

Kewujudan kita adalah satu kenikmatan terbesar supaya berusaha menuju ke syurgaNya. Allah SWT memelihara kita sejak dalam kandungan tanda pemberian kenikmatanNya kepada kita. 

Allah SWT turunkan musibah supaya kembali ingat kepadaNya. Allah SWT turunkan musibah sehingga seseorang itu rasa lemah, dungu pemikirannya supaya akhirnya kembali mengingatiNya.


Kekuatan sebenar ialah kekuatan dalam mentaati Allah SWT. Kita perlu syukur kepada Allah SWT, dan Rasulullah SAW serta mencintai kedua-duanya. Perasaan cinta akan melengkapkan rasa syukur. 

Benda yang paling mudah dipercayai ialah fitnah. Fitnah ini berlaku sepanjang zaman.

Nikmat dan musibah perlu diitiqadkan daripada Allah SWT untuk kita lebih bersyukur dan sebagai nasihat daripadaNya. Manusia hanya asbab sesuatu perkara umpama pintu, hakikat segala-galanya datang dari Allah SWT.

Tanda-tanda kekufuran: 
1. Tidak bersyukur. 
2. Perkecil benda yang berlaku. 
3. Nisbah sesuatu perkara bukan daripada Allah SWT. 
4. Mula melakukan maksiat. 
5. Rasa sesuatu perkara datang dari ilmunya. 

Kesan-kesan tidak besyukur: 
1. Allah SWT kurangkan nikmat. 
2. Dihilangkan nikmat. 
3. Hati mula mengeras. 
4. Berlaku kekufuran.

Apabila kufur nikmat, nikmat tersebut akan bertukar fungsi menjadi menyusahkannya. 

Tamadun yang hancur meninggalkan: 
1. Runtuhan bangunan. 
2. Sumber air terbiar. 
3. Bekas istana yang ditinggalkan 

Semua kesan tamadun yang ditinggalkan supaya manusia ambil pengajaran agar bersyukur kepada Allah SWT.

Kerajaan Saba': 
1. Tempat cukup bersih. 
2. Setiap rakyatnya kaya. 

Akhirnya empangan maghrib kepunyaan kerajaan Saba' pecah dan penduduk mula tinggalkan negara tersebut kerana trauma.

Orang yang benar-benar bersyukur: 
1. Hati akan berkata semua nikmat datang dari Allah SWT. 
2. Melafafazkan dengan lidah. 
3. Guna nikmat yang diperoleh untuk ketaatan. 
4. Berkongsi nikmat yang diperoleh. 

Syukur lebih tinggi pahalanya daripada bersabar kerana sedikit sahaja yang bersyukur. 

Antara tanda kufur nikmat dengan menyatakan semua perkara daripada diri atau usahanya.

Semua nikmat perlu dinisbahkn kepada Allah SWT dahulu (perlu dipegang) sebelum diceritakan urusan kita untuk diikuti.

No comments: